Thursday, June 23, 2011

Cinta Pepsi

assalamualaikum

kata-kata aluan
memandangkan cerpen cubaan pertama saya yang berjudul Rindu Diulit Kenangan mendapat sambutan yang agak bagus sebanyak 20 like,jadi disini akan ade cerpen cubaan kedua yang akan saya coretkan dalam entry ini dengan harapan mendapat lebih dari 20 like.jadi sila like jika suka ye :)







Aku baru sahaja ingin melelapkan mata petang itu saat ayahku, satu-satunya ayahku yang aku sayangi memanggil namaku lantang dari ruang tamu.
"ye ayah... adik dalam bilik yah..."aku turut menjawab dengan suara yang kuat agar ayahku mendengar dari balik dinding yang berlapis-lapis. Selang beberapa minit sahaja aku terdengar derap kaki ayah di depan bilik comelku.
"hantar ayah pergi bank jap sayang" pinta ayah ketika dia sudah berada di depan pintu bilikku.
"sekarang yah?"soalku lagi. Sebenarnya aku terasa ingin bermalasan lagi di atas katil.
"ye la...malas ye?" soal ayah sebelum berpaling. Aku sekadar senyum melihat ayah yang berlalu. Ayah yang dictator tapi punya hati yang sangat pengasih.

----------------------------------------------------------

Aku memandang ayah yang beratur di mesin ATM. Panjang sekali. Kasihan ayah. Hujung-hujung bulan begini memang ramai sahaja yang 'melawati' bank lebih-lebih lagi hujung minggu begini. Aku langsung melangkah ke kedai untuk membeli air pepsi. Aku tahu ayah sangat menyukai pepsi.
Di dalam kedai mataku ralit mencari di mana letaknya peti sejuk untuk minuman ringan. Ketika aku membuka peti tersebut, ada tangan lain juga yang serentak cuba membuka peti tersebut. Aku tersenyum pada si empunya tangan dan dia sekadar tertawa senang.
"cik dulu" pelawanya ikhlas. Cik...sopannya. hai... laki dari planet manalah ni...
"terima kasih.." aku tidak memandang pada tin minuman yang aku capai kerna mataku ralit memandangnya hngga dia seperti tidak selesa. Aku menyedari keadaan itu lantas meminta maaf.
"seperti pernah jumpa orang yang seiras dengan encik..." begitu shaja aku menjelaskan lalu berlalu untuk membayar. Sememangnya seperti ada seseorang yang seiras dengannya. Seseorang yang pernah menyentuh hati dan kehidupan aku....
Aku melihat ayah yang sudah menanti di sebelah keretaku.
"adik beli pepsi tadi yah..." terangku sebelum menyerahkan air pepsi itu kepada ayah. Ayah pantas sahaja membuka tanpa melihat tin minuman tersebut. Aku pula pantas sahaja mula menghidupkan enjin kereta.
"adik!" ayah menjerit sepatah padaku. Aku terkejut. Aku kira aku sudah melanggar sesuatu yang aku tidak sedari.
"nape yah.." aku mula kalut melihat muka ayah yang tajam melihat pada tin minuman tersebut. Aku turut melihat pada tin tersebut. hah..... terbeliak mataku melihat tin dalam pegangan ayah. Aku kira aku sudah faham mengapa ayah menjerit tadi.
"dah tak kenal pepsi ye dik...ke pepsi dah tukar rasa?" ayah memerli aku sinis. Aduh... aku tersenyum kambing memandang ayah. Ayah terus menyuakan tin aiskrim soda itu padaku.
"warna dia nak sama yah.. adik tak perasan" aku cuba membela diri sambil terusan tertawa sambil menyedut air tersebut.
"alasan... satu warna biru laut, satu lagi warna biru tua dik...ni mesti tengok laki handsome ni" aku tersedak ketika ayah menyakat aku.
"kan dah betul... hati-hati dik. Adik tengah drive" aku sekadar mengangguk sambil menumpu perhatian pada jalan yang agak sesak.
"diam je.. betul la kan?" ayah masih ingin mengusik aku.
"ayah kan suruh adik hati-hati drive.." aku tersenyum senang menjawab gurauan ayah. Dan ayah terusan meledakkan tawanya.

-------------------------------------------------------

Aku melangkah ke keretaku yang dipakir berdekatan taman di tadika tempat aku mengajar. Tanganku penuh dengan mainan dan buku-buku membuatkan aku lambat-lambat berjalan. Tiba-tiba ada satu suara kecil memanggil aku. Aku terlihat salah seorang daripada anak muridku sedang berlari-lari ke arahku.
"ye Hidayat...kenapa tak balik lagi? Kawan-kawan Hidayat semua dah balik" soalku pada anak kecil itu.
"pak su lambat datang la cikgu... Hidayat nak tolong cikgu" ujarnya girang. Aku tersenyum lalu menyerahkan barang mainan yang telah digunakan oleh anak-anak muridku untuk bermain pagi tadi.
"pukul berapa pak su Hidayat nak datang?" soalku ketika aku selesai memunggah barang ke dalam bonet kereta.
"kejap lagi agaknya cikgu"tulus anak kecil itu menjawab.
"biar cikgu temankan Hidayat ye. Bahaya tunggu sorang-sorang" aku menawarkan diri lalu sama-sama duduk bersamanya di taman tersebut. Baru sahaja aku ingin duduk, ada suara memanggil nama Hidayat dan anak lincah itu pantas sahaja berpaling ke belakang.
"cikgu, ni pak su Hidayat" Hidayat memperkenalkan ayah saudaranya padaku. Aku tersenyum dan menghulur tangan untuk berjabat. Namun ketika dia membuka cermin mata hitamnya, aku sedikit terkejut. Dia juga begitu. Lalu dia tersenyum manis.
"jumpa lagi cik.. cikgu Hidayat rupanya" dia tertawa. Aku jangkakan mungkin dia tidak mengingati aku lagi. Tapi mana mungkin, baru semalam aku melihatnya.
"ini cikgu Siti Hanifah, pak su.." Hidayat bersuara riang pada lelaki itu. Dia mengangguk-angguk sambil mengusap kepala anak buahnya.
"saya Hakimi" dia masih menyimpul tangannya menjabati aku. Aku sekadar senyum ramah.
"saya nak temankan Hidayat tadi sebab kawan-kawan dia dah balik" aku menerangkan pada lelaki itu.
"saya agak sibuk hari ni. Minta maaf cikgu" aku senyum lagi mendengar ucap maafnya yang sungguh sopan itu.
"lain kali datanglah awal sikit. Bahaya tinggalkan budak kecil sorang-sorang" aku memberi ingatan padanya dan dia senyum lagi. Hingga dinihari, aku membawa senyumannya yang manis itu ke alam mimpiku.

-----------------------------------------------------

Aku memerhatikan Hidayat yang leka bermain basikal kecilnya di taman tadika. Hakimi menyuakan tin pepsi padaku. Aku kira bukan sekali dua aku menemuinya. Dia seperti sering sahaja mencari peluang untuk menemui aku. Entah benar atau memang kebetulan sahaja. Tapi setakat ini kami bukan sekadar bertemu malah bermesej dan kadang kala bergayut berjam-jam lamanya. Dia akan melaporkan kes-kes mahkamahnya dan aku akan berkongsi kisah-kisah lucu di tadika. Mengenangkan itu aku senyum sendiri.
"senyum sorang-sorang. Ada yang lucu ke?" soalnya setelah menyedari tingkahku. Aku malu sendiri lalu menggeleng sahaja.
"abis tu, senyum-senyum nape?"soalnya lagi masih tak puas hati. Aku tertawa senang.
"tak ada apelah..suka tengok Hidayat" aku sedikit menipu. Dia memandangku. Lama.... lalu senyum pula. Aku sedikit malu dipandang begitu.
"cikgu suka Hidayat, dapatkan sorang anak kecil lah. Ok?" dia masih tersenyum dalam tutur bicaranya. Aku kira dia terlalu murah dengan senyuman.
"kalau ambik Hidayat je, tak boleh?" aku memandang anak matanya yang berwarna hazel itu.
"oh..tak boleh..Kimi sayang Hidayat.opah dia pun sayang Hidayat jugak. Tapi kalau cikgu nak selalu dengan Hidayat, boleh je" dia menyilang kakinya pula sambil menundukkan badannya ke arahku. Dalam keadaannya seperti itu, membuatkan dia terlalu dekat denganku.
"mestilah boleh. Saya kan cikgu dia" aku menjawab lurus sambil berganjak sedikit dari tempat dudukku untuk menjarakkan kedudukan kami.
"kalau cikgu nak tengok dia malam-malam pun boleh" dia yang masih membahasakan aku sebagai cikgu walau sudah hampir 3 bulan berkenalan mula mendekati aku pula. Aduh...sudah.. dia suka begini. Aku yang biasanya penat mengelak diri.
"oh ya...bagusnya" aku tidak dapat berfikir untuk menjawab apa lagi kerna sibuk cuba beralih kedudukan sedang aku sudah berada di hujung bangku.
"bagus? Kalau macam tu, hujung minggu ni saya mintak mak saya anta rombongan merisik" tiba-tiba sahaja dia berkata sedemikian.
"Ha?!" aku sedikit terkejut. Namun kemudian aku mengawal suaraku.
"merisik siapa tadi?" aku kira aku tertinggal mana-mana butir bicaranya kerna sibuk cuba menjarakkan diri.
"cikgu" dia bersuara perlahan. Kedengaran begitu romantis pada pendengaranku. Dia tersenyum. Mungkin lucu melihat tingkahku yang mula kalut itu.
"hah?!" aku terjerit lagi. Hidayat memandang hairan namun kemudian dia leka semula bermain tanpa mempedulikan aku yang separuh nanar di sebelah bapa saudaranya.
"siapa?" aku meminta kepastian lagi darinya.
"Cikgu... awak.. awak sayang.." aku serasa bergegar lututku ketika dia mengucapkan perkataan sayang. 3 bulan berkenalan, berpuluh kali keluar bersama, aku kira tidak mustahil dia punya perasaan itu. Sedang aku cuba menidakkan berkali-kali agar perasaan itu tidak hadir sama sekali. Namun hari ini...tidak...
"saya tak dapat sembunyikan lagi hati saya rasanya. Dari pertama kali saya jumpa cikgu.emmm...sayang...dari hari pertama saya jumpa sayang, saya dah jatuh hati. Tak sangka sayang cikgu Hidayat" merona merah wajahku mendengar pengakuannya. Dia sudah berani memanggilku sayang. Aduh... tidak..
"saya rasa bagi saya masa dulu... saya tak dapat berfikir" ujarku bersahaja bagai tiada perasaan sedang dalam hati ada gemira, terharu,teruja dan sedih...tiba-tiba aku terasa ingin menangis. Jangan Hanifah... kuatkan hati..
"ambillah sebanyak mana masa yang sayang perlu. Saya akan tunggu" dia menyimpul senyum padaku. Begitu sahaja hari itu berlalu dan aku membiarkan sahaja hal itu berlalu tanpa pernah memberi jawapan padanya malah semakin meminta masa untuk terus berfikir. Aku tidak tahu apa yang patut aku lakukan. Mengikut hukum, aku tidak sepatutnya bersama dia. Tapi mengikut keadaan, aku bisa bersamanya. Aku hanya mampu berserah dan berdoa pada Allah agar memudahkan perjalananku. Tipulah andai aku tidak punya perasaan yang sama dengannya. Malah kadang kala aku merasakan persaaanku lebih tulus ikhlas daripadanya. Sekurang-kurangnya dalam seumur hidupku aku pernah merindui, menyayangi dan mencintai seseorang dengan seikhlas hati walau aku tidak seharusnya punya perasaan itu.

------------------------------------------------------

"kita nak pergi mana hari ni?"aku menyoal ketika dalam kereta yang dipandu oleh Hakimi.
"saya nak bawa sayang jumpa opah Hidayat" selamba dia menjawab sedang aku sudah gelabah.
"opah Hidayat...mak awak..." aku bersuara perlahan namun dia pastinya masih dapat menangkap suaraku.
"dia mak angkat saya sebenarnya. Saya Cuma pak cik angkat Hidayat sebenarnya. Saya jadi anak angkat dia dua tahun lepas. And sekarang saya duduk dengan dia sebab saya nak tolong dia jaga Hidayat jugak" lelaki berkumis itu menerangkan padaku.
"mak ayah awak sendiri?" aku mula berminat untuk mengetahui lebih lanjut. Selama ini memang aku tidak pernah bertanya hal keluarganya walau hampir setengah tahun aku bersamanya.
"ada di Australia. Dorang ada perniagaan kat sana" aku hanya mengangguk lalu diam sahaja.
"emmm... saya tak pakai baju cantik..." aku cuba mencari alasan untuk menghindar diri dari berjumpa wanita yang dimaksudkan oleh lelaki yang tenang ini. Aku tidak tahu sampai bila aku harus meghindar diri dan menyiksa dia dalam penantian. Ah... aku sendiri tersiksa dalam penantian yang tiada jawapan untuk bertahun-tahun lamanya.
"so?"selamba sahaja lelaki ini menyoal aku.
"so..lain kali lah kita jumpa opah Hidayat ok" aku cuba senyum walau nyata dibuat-buat sahaja. Sungguh aku terasa berdosa... pada banyak insan.
"Hidayat dah tunggu sayang..."dia bersuara mendatar. Aku kira aku tiada pilihan lain. Tiada guna juga berdolak dalih.
"ok..." aku menjawab perlahan. Seketika kemudian ruang yang ada hanya terisi dengan bunyi deru kereta.
"boleh jugak sayang jumpa mak ayah Hidayat nanti. Dorang baru balik dari oversea minggu lepas"dia bersuara setelah agak lama mendiamkan diri. Aku tidak tahu kiranya dia terasa hati atau memang menumpu perhatian pada jalanraya yang basah ditimpa hujan lebat ketika itu.
"awak....lepas jumpa opah hidayat nanti, saya ada benda nak bagitau awak" aku bersuara sebelum mataku tepat memandang wajahnya. Dia juga berpaling dan senyum lagi.
"boleh cakap sekarang. Jauh lagi baru kita sampai sayang" dia mengesyorkan padaku. Pastinya tidak..kerna aku belum bersedia.
"no..after this" akhirnya begitu keputusanku.
"ok. Saya tunggu" dia mengucapkan lagi ayat itu. Ayat yang biasa, terlalu biasa diungkapkan andai aku meminta ruang untuk berfikir. Aku harap sememangnya dia akan menunggu aku selamanya..walau apapun yang terjadi.

-------------------------------------------------------

Ketika memasuki satu kawasan perumahan, aku bagai tersentak. Aku bagai pernah melalui jalan ini. Terlalu pernah...4 tahun dahulu.. walau hujan lebat namun aku dapat menangkap susur jalan yang dilalui oleh Hakimi. Ketika dia memberhentikan kereta di satu rumah, aku berkira-kira untuk keluar. Dan ketika dia membuka pintu untukku, aku masih dua tiga untuk keluar. Hinggalah ketika Hidayat melonjak-lonjak kegembiraan melihat kedatanganku, barulah aku keluar dari kereta. Lututku bergegar, seperti ingin tertanggal.
"kenapa..tak sihat sayang?" soal hakimi menyedari keadaanku yang serba tak kena. Aku kira wajahku pucat apabila melihat persekitaran rumah itu. Semuanya tidak berubah.. dan kenangan ada di mana-mana... ya Tuhan... apa yang ingin Engkau beri aku Ya Tuhan...
Ketika kaki melangkah masuk, aku mendengar gelak tawa yang sungguh aku kenali. Suara yang aku terlalu rindui..suara yang aku kenali sebelum aku melarikan diri dari rumah ini.
"dah sampai Kimi...." suara itu... aku kenal suara itu. Tidak salah lagi. Ya Tuhan...tidak...
Ketika dia menghadap aku dan Hakimi, suaranya hilang. Matanya terbeliak kaget. Sungguh.. airmataku tak tertahan saat itu. Aku hanya ingin berada dalam dakapannya sahaja.
"Ibu...." aku sudah melontarkan tubuhku padanya sedang dia terpaku terdiam sebelum dia juga menangis lalu memelukku erat. Sungguh.. aku terlalu rindu pada belai kasih sayang ibu mertuaku itu.
"ibu...ibu kenal Hanifah?" Hakimi tidak dapat membendung rasa ingin tahunya pastinya. Hidayat terpaku melihat aku dan opahnya saling menangis. Soalan Hakimi tidak berjawab. Hanya pelukannya yang erat pada tubuhku.
"Haikal....Haikal! tengok sape ni Haikal....." ibu mertuaku mejerit memanggil nama keramat itu, tidak....tidak ibu.. aku menggeleng berkali kali enggan melihat lelaki itu. Tidak.. bukan saat ini aku ingin menemuinya.
"Hanifah...." hanya itu sahaja ucapannya ketika melihat aku yang masih dalam dakapan ibu. Di sisinya isterinya, maduku. Wanita berambut panjang itu mendukung Hidayat yang tidak mengerti apa-apa. Adakah... adakah Hidayat anak tiriku?
"abang pun kenal Hanifah? Tolonglah.. tolonglah sape-sape cakap apa sebenarnya yang jadi" aku kira Hakimi sudah sesak kepala memikirkan apa yang terjadi di hadapan matanya itu.
"Hanifah....isteri abang... isteri kedua abang.." Haikal menjawab soalan Hakimi. Saat itu Hakimi terdiam. Dia hanya memandang kosong wajahku. Seperti hilang sudah semua sinar cintanya padaku. Aku tidak mampu lari lagi... akhirnya di sini segalanya terserlah. Akhirnya dia tahu juga bahawa aku isteri orang... isteri yang bukan isteri...
"kenapa awak tak cakap kat saya? Kenapa????!!!!" begitu sahaja lantangnya tengkingannya padaku, mengalahkan bunyi guruh di luar. Aku tiada jawapan untuk itu. Aku hanya mampu menangis. Aku tidak tahu aku menangis untuk apa. Adakah kerna rindu pada ibu, pada suamiku, pada rumah itu atau menangis kerna segalanya terbongkar juga atau adakah aku menangis kerna serasa berdosa pada Hakimi, pada ibu dan pada suamiku... yang aku tahu, aku hanya ingin menangis.
"jawab Hanifah...aghhh...." dan akhirnya dia juga rebah menahan hati. Sungguh aku tidak sanggup melihat keadaannya yang sebegitu. Lalu aku terus melepaskan diri dari rangkulan ibu dan berlari keluar. Sekali lagi...seperti 3 tahun lepas. Aku melarikan diri lagi dari rumah itu.
"Haikal..Haikal..tahan Hanifah Haikal...Hanifah...jangan tinggal ibu nak.."aku serasa ingin kembali memeluk wanita mulia itu ketika mendengar suaranya merayu-rayuku. Namun aku tegarkan hati untuk berlari dalam hujan lebat. Tiada Haikal, mahupun Hakimi yang mengejarku..aku hanya berlari dan terus berlari dalam lebatnya hujan. Airmata bagai bersatu dengan air hujan yang mencurah-curah, hingga aku tidak terasakan yang aku menangis namun hati terasa begitu sakit, pedih dan retak berkecai-kecai.
Sebuah kereta berhenti di hadapanku ketika aku masih berlari-lari mencari arah pulang. Ibu keluar membawa payung dan tuala. Aku hanya menuruti langkahnya yang membawa aku pulang. Saat di hadapan pintu rumah, ayah sangat terkejut melihat keadaanku dan kedatangan besannya. Pastinya dia menjangkakan Hakimi yang meghantarku pulang. Hakimi sudah tiada ayah... dia tidak bisa menungguku lagi...

--------------------------------------------------------

Seminggu selepas kejadian itu, Haikal mengunjungi aku di rumah dalam keadaan aku yang demam panas. Aku memandangnya yang masih segak. Tiada rindu buat lelaki ini, yang tinggal hanyalah rasa hormat. Hingga saat ini aku masih isterinya. Walau tidak pernah diambil peduli kerna cintanya bukan aku pastinya. Dan kerna juga aku yang memutuskan untuk lari dan bersembunyi darinya.
"Hanifah hidup baik-baik tak selama 3 tahun ni?" soalnya lembut. Kali ini lebih berbaur simpati berbanding dahulu yang lebih ketara bencinya padaku.
"seperti yang abang tengok" perlahan suaraku. Tiada rasa ingin menyindir tapi mungkin dia terasa begitu.
"Hanifah... abang dah jelaskan pada Hakimi" dia bersuara perlahan-lahan. Mungkin takut andai aku melenting.
"jelaskan tentang apa?" soalku lagi sedang aku amat jelas tentang apa yang perlu dijelaskan oleh lelaki itu pada adik angkatnya. Dia masih di kerusinya sedang aku sudah berganjak ke arah balkoni. Aku tidak sanggup memandang wajahnya lagi. Bukan benci... Cuma hati terasa disiat-siat.
"tentang kita...dia tak tahu Hanifah isteri abang sebab masa kita kahwin, dia belum jadi anak angkat ibu. 2 tahun lepas baru dia jadi keluarga abang" dia bersuara perlahan, hampir-hampir tidak aku dengari lantaran angin yang menderu agak kuat.
"bahawa saya tinggalkan rumah dan tinggalkan suami saya sedangkan itu kewajipan saya? Tentang saya yang bersembunyi dari abang dan ibu?" aku berpaling memandang yang sudah 3 tahun aku tinggalkan setelah setahun hidup bersama walau perkahwinan atas nama sahaja. Selebihnya, aku dengan duniaku dan dia dengan dunianya.
"tidak...tentang abang yang tidak adil kerna menikahi Hanifah atas wasiat arwah ayah abang sedang abang dah bernikah dengan Afikah dan abang dah ada Hidayat semasa abang kahwin dengan Hanifah. Tentang layanan abang pada Hanifah selama Hanifah di rumah ibu. Tentang kejamnya abang pada Hanifah... untuk semua itu abang minta maaf..."dia menunduk tanpa memandang wajahku. Dari getar suaranya, aku tahu dia ikhlas mengucapkan kata-kata itu.
"untuk apa dijelaskan semua tu? Hanifah bukanlah sebaik-baik manusia sebab saya sendiri yang lari, bukan abang yang halau" aku cuba mencari kebenaran dari lelaki yang tidak pernah menyentuhku walau seinci pun kecuali ketika dia menyarung cincin sewaktu akad nikah. Betapanya setianya dia pada Afikah.
"sebab..Hakimi terlalu menyintai Hanifah. Dia kerap bercerita tentang Hanifah pada abang. Tanpa abang tahu, Hanifah yang dipujanya adalah Hanifah, isteri abang yang abang abaikan" sejurus sahaja dia mengucapkan itu, airmata aku pecah lagi. Apakah benar Hakimi terlalu menyintai aku? Mengapa sampai saat ini dia tidak mencari aku?
"Hanifah, abang kira Hanifah menanti dan Hanifah perlu ungkapan ini... " dia menghampiri aku dan memegang lenganku. Aku kaget dengan reaksinya. Sepanjang aku bergelar isterinya, dia tidak pernah menyentuh aku, mengapa pula kini... aku mencari matanya dari sebalik rembesan airmataku.
"Siti Hanifah binti Abdul Hatta, saya Mohd Haikal bin Hamzah menceraikan awak dengan talak satu" lancar sahaja ungkapan itu dan serentak perkataan cerai menjengah gegendang telingaku, aku rebah lagi. Bukankah ini yang aku nantikan selama ini. Namun begitu, kakiku tidak mampu untuk berdiri lagi. Walau dia menahanku dari jatuh namun dia tidak mampu menahan airmataku dari terus mengalir.
"kenapa abang ceraikan Hanifah..." aku bersuara dalam esak tangis yang tiada henti.
"sebab Hanifah perlu hidup dengan orang yang Hanifah cintai..." tenang dia bersuara sambil tangannya masih gagah menahan aku dari jatuh rebah lagi.
"kalau saya katakan yang abang adalah orang yang saya cintai?" aku cuba menduganya walau memang benar tiada cinta di hatiku buat dirinya walau aku tahu dia adalah suamiku. Mungkin cintaku telah ditelan waktu setelah dia langsung tidak menghargai diriku sebagai seorang isteri.
"kalau Hanifah cintakan abang, Hanifah takkan lari dan Hanifah takkan berahsia dari Hakimi" dia masih tenang. Bagai tiada simpati, bagai tiada apa yang berlaku. Namun aku tahu, pasti dia punya perasaan kasih yang kuat buat isterinya.
"terima kasih sebab ceraikan saya. Kirim salam pada ibu. Saya tak akan bersama Hakimi sebab kalau saya dengan dia, saya akan berdepan dengan abang selalu. Saya tak kuat untuk hidup semula di rumah tu" aku cuba menapak walau ternyata lemah sekali untuk bergerak. Segalanya terlalu mengejut.
"Hakimi nak pergi esok. Dia nak sambung belajar kat Scotland. Kejar dia...jangan lepaskan lagi orang-orang yang Hanifah perlukan" Haikal masih sempat memberi pesan sebelum aku menghilang diri. Di ruang pintu balkoni, aku terpandang ayah yang tenang duduk di kerusi malasnya. Aku kira dia mengetahui semua yang berlaku tadi. Ayah tidak memandang wajahku namun aku tahu hatinya sedang memandangku. Memandang anakya, satu-satunya anaknya yang baru sahaja diceraikan sebentar tadi.
----------------------------------------------------
"adik..." aku terdengar suara ayah melaung dari luar pintu bilikku. Aku menjengah keluar melihat ayah yang bermalasan di hadapan balkoni.
"hantar ayah pergi bank dik" auah memberi arahan padaku. Aku mengangguk sahaja sambil terus memandang ayah yang berlalu untuk menukar pakaian. Di balkoni inilah ayah mendatangi Haikal lalu menumbuknya setelah dia menjatuhkan talak padaku. Aku tetap mengingati saat itu walau hampir setahun telah berlalu.
"akhirnya kau ceraikan dia... setelah bertahun-tahun. Sekurang-kurangnya kita sebagai lelaki patut menghargai perempuan walau kita benci dia. Aku menyesal.. sangat menyesal menikahkan kau dengan anak aku. Terima kasih sebab jaga dia dengan penuh kebencian" aku hanya mendengar dan memandang ayah yang diamuk amarah tuanya. Marahnya penuh kasih, marahnya penuh sayang.. selepas itu sememangnya Haikal tidak pernah memunculkan diri. Untuk apa jugalah. Aku bukan isterinya lagi. Aku juga agak kekok dengan Hidayat yang dulunya terlalu rapat denganku. Namun aku cuba kembali seperti biasa. Dan aku memenangi semula hati anak kecil itu. Mungkin kerna hatinya suci lagi untuk memaafkan orang. Seperti juga hati opahnya yang kerap, terlalu kerap mengunjungi aku di sini. Wanita lembut itu rupanya bertahun-tahun mencariku. Memang salahku. Aku yang bersembunyi daripadanya. Aku yang terlalu membawa hati yang retak. Aku yang membawa diri ketika Haikal membawa Afikah dan Hidayat ke rumah. Aku mengangkut diam-diam segala harta bendaku dan hanya meninggalkan nota buat ibu itu. Aku yang bersalah. Sungguh aku yang bersalah. Sejak itu juga aku tidak pernah menjengah mahligai penuh kepalsuan itu. Ibu selalu menitip khabar berkenaan Hakimi. Namun dalam setiap khabarnya itu, tidak pernah terselit pesanan buatku. Apakah dia telah melupakanku? Bukankah dia yang dahulu sering mengungkapkan bahawa dia akan sentiasa menungguku? Sudah pastinya dia sedang berbahagia dengan bunga-bunga di Scotland. Di sudah jauh.. terlalu jauh dariku. Namun mengapa rinduku sentiasa hadir untuknya? Jika dahulu aku menanti Haikal kerana kewajipan dan hormat, kali ini aku menanti Hakimi kerna cinta... ya.. aku tahu aku menyintainya.. setulus hatiku, aku terlalu menyintainya.
"dah siap?" ayah menghentikan lamunan panjangku. Lamunan yang tidak jengah berhenti mengunjungi mindaku. Ketika ayah di dalam bank, aku melangkah ke kedai. Kedai yang sama ketika aku kali pertama bersua Hakimi. Lambat-lambat aku mencapai pemegang peti minuman ringan itu. Mengharap ada tangan Hakimi juga secara tidak sengaja berada di situ. Aku mencapai telefon bimbit dan mengunjungi menu diari. Hari ini genap setahun.. setahun yang dahulu aku di sini bersamanya, secara tidak sengaja bersua muka.
"minta maaf cik, nak minta lalu" ada satu suara meminta laluan. Lalu aku mendekatkan diri ke peti agar hamba Allah itu dapat melalui ruangan di belakangku. Minta maaf....cik... aku memutar semula ingatan pada kata-katanya tadi. Cik... Hakimi...


Aku terus berpaling dan mencari kelibat orang yang bersuara denganku tadi. Aku memandang ke sebelahku. Tidak... Hakimi...tidak. Bukan Hakimi di situ. Hanya seorang lelaki sibuk meneliti barang. Ada titisan airmata yang ingin pecah namun aku cuba menahan sebaik mungkin. Ada rindu yang bertandang.. sungguh.. aku terlalu merinduinya.
"assalamualaikum" seseorang memberi salam dan aku menjawab perlahan sebelum berpaling. Ketika aku memandang wajahnya aku tidak dapat menahan jeritan kecil. Hakimi.. dia di depanku kini. Ada mata-mata yang memandang kami namun aku tegar berdiri tegak di situ dan dia hanya memandangku dengan senyuman manisnya yang telah lama tidak menyentuh hari-hariku.
"Sayang sihat?" dia bersuara perlahan. Sayang... adakah dia masih sayangkan aku? Aku menitiskan airmata lagi. Dia tertawa melihat aku yang mula menangis. Pastinya dia gembira. Dari sinar matanya aku tahu dia gembira.
"saya kat sini sebab... hari ni ulangtahun pertemuan kita di sini.. saya rindu saat itu. Dan saya sangat rindukan sayang..." begitu sahaja dia bersuara perlahan dan hati-hati sambil matanya tetap tertancap padaku. Dia mengingatinya... aku sekadar diam tiada kata-kata yang terluah sedang hati terlalu ingin mendakapnya lantaran kerinduan yang terlalu menggunung. Dia tertawa lagi melihat kebisuanku.
"mesti sayang nak pepsi kan? Biar saya belikan ok? Kita cakap kat luar ok sayang" dengan selamba dia mengambil tin pepsi dan membayar di kaunter.
"kalau kita ada anak nanti, saya nak namakan dia.. pepsi.." aku tiba-tiba tidak dapat menahan gemuruh dan bahagia di dalam hati. Dia berpaling dan tertawa lagi. Sungguh bahagia tawanya itu. Cashier di depan kami turut tersenyum melihat gelagat kami berdua.
'pepsi... nice name" dia masih lagi tertawa dalam bahagia yang nyata terserlah pada wajahnya. Sesaat kemudian, jemariku sudah bersimpul dalam genggamannya.
"kimi sentiasa menunggu saat ini sayang" aku juga... aku sentiasa menunggu. Kerana aku seorang wanita yang sentiasa setia menanti. Aku dapat bayangkan senyuman di bibir ayah andai terlihat aku dan Hakimi..



Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

7 comments:

THE AUTHOR said...

HUh!!! ada bakat buat novel...
nice cerpen..
minat buat cerpen tapi tak pandai susun ayat..huhuhu
Hanif bin Idrus Blog

K said...

wah!! XD

NuSaNa NoSa 91 said...

wahhhhh~ best la cite ni.. suke2!! ^_^

Ai-Sis said...

hanif;hahaha.takde laa.malas nak buat novel.hehe

Ai-Sis said...

keroro;ape wah??geget nak?haha

Ai-Sis said...

nusana nosa;hahaha.suka je ke? :p

Mekz's! said...

waaaaaaah bukan main lagi. asyik kuut sy bace cerpen ni. banyak betul idea ye (^^) nice bro'! two thumbs up lah!!