Thursday, December 15, 2011

tak faham perangai manusia yang sorang ini.



assalamualaikum

kali ini nak update pasal something yang aku rasa cam bengap pon ade juga.yealah manusia kan pelbagai ragam dan ye setiap ragam itu tidak sama.tapi sekarang ni aku nampak macam ada saja persamaan antara satu sama lain.bukan aku nak cakap semua,tapi segelintir lah.

okay sekarang ni aku just nak bagitau yang aku tak puas hati sangat lah kan dengan manusia yang jenis begini.manusia jenis mana?haa jenis yang memang negative je memanjang.aku tak faham kenapa dan perlunya jadi begini?

kalau ada orang mengadu sesuatu atau menceritakan kisah hitam atau pon memberitahu sesuatu yang tidak elok,perlu ke nak mencaci dan memandang serong terhadap dia?dia jadi begitu bukan sebab dia mahu jadi begitu pun.mungkin sebab ada faktor pendorong yang membuatkan dia melakukan benda benda itu.

dah tu kalau tak cerita pula,macam macam fitnah orang tu dapat.semata-mata kerana tidak menceritakan kisah silamnya,macam-macam tanggapan yang manusia jenis ini lemparkan kerana tidak bagitahu apa yang sebenarnya.

then bila da bagitau,macam itu jugak.pandang serong jee.bukannya nak membimbing ke jalan yang benar.lagi mengutuk dan menjauhkan diri dari dia ada lah.sebab itu lah dia tak nak bagitahu perkara sebenar dengan manusia spesis ini.bagitahu ke tak bagitahu ke sama je tanggapan.

dah tu pergi sebarkan berita buruk yang dia bagitahu kat manusia spesis ini.dah lagi ramai yang terkena pengaruh syaitan bermuka topeng ini.bertambah dosa laa mereka-mereka ini semua.walaupun tahu cerita sebenar,tak patut kita sebarkan.kalau untuk dijadikan pengajaran,jangan pernah sebut nama mereka yang terlibat sebab itu dikatakan mengaibkan orang lain.

aku pon tak tahu mana nilai nilai murni dalam manusia spesis ini.dah la orang itu da jadi teruk dan down,lagi la manusia spesis ini buat macam ni,lagi laa dia jauh terpesong dan tersesat.lagi lah syaitan bertepuk tangan sakan sebab takde orang nak tolong membimbing dia.

haih.di manakah mentaliti seorang manusia disaat mereka yang diperlukan,tapi tidak diendahkan,malah lagi dicemuh dan dihina semahu-mahunya?di manakah sifat murni itu semua hilang?huh cakap bukan main pandai lagi itu ini semua.ceramah bagai semua.tapi bila golongan ini muncul untuk dibimbing,sorang pon takde tampil ke hadapan dengan niat nak menolong,tapi tampil dengan niat nak mencemuh.

manusia spesis apakah ini?cakap tapi tak serupa bikin.masih adakah orang yang bersifat ingin membantu mana-mana golongan yang telah rosak ini ke jalan yang benar?kalau ada pon boleh dikira.kalau yang mencemuh,tak terkira bilangannya.

bagus bukan?terasa gembira bukan bila mencemuh dan menghina mereka-mereka yang rosak ini?sangat terasa bangga bila kita bukan dari golongan itu kan?tapi fikir lah balik,bagaimana kalau mereka ini berdendam dan bersumpah untuk menjadi askar syaitan iaitu berdendam dan akan merosakkan anak-anak korang pula?mungkin korang dengan anak korang tak kena,tapi cucu cicit korang?

haaa jangan memain dengan benda seperti ini.what goes around comes around.jangan sekali kali kau buat orang lain kerana Allah telah berjanji setiap apa yang dikerjakan akan dibalas sama ada cepat atau lambat sahaja.jadi berfikirlah sebelum buat sesuatu.

beramal lah dengan cara yang baik dan bantulah kepada yang ingin dibantu.bak kata pesanan TV 3,hulurkan tangan ringankan beban.jangan jadi seperti harapkan pagar,pagar makan padi.jadilah orang yang berguna pada agama,bangsa dan negara.

sekian sahaja tazkirah di jumaat yang mulia ini.

selamat beramal sahabat ku.


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Wednesday, December 14, 2011

gadis dan wanita




assalamualaikum.

kali ini nak update pasal sesuatu.yea benda ini bukan benda yang baru dalam dunia tanpa sempadan ini.dan yea ramai juga orang yang hebat dalam bidang IT ini.tetapi segelintir dari mereka menyalah gunakan ilmu yang dipelajari dari guru-guru mereka.

aku terpanggil untuk menulis entry sekali lagi kerana aku tak sanggup lagi menahan dan membiarkan orang yang tidak bertanggungjawab dalam memalukan maruah para gadis dan wanita sekalian tidak kira bangsa,kaum dan peringkat umur.kesemua mereka mempunyai maruah,tiada orang yang tidak mempunyai maruah diri melainkan diri sendiri yang tidak mahu menjaga maruah itu.

tadi aku dikejutkan dengan berita mengenai salah seorang blogger yang mana kawan aku juga,kira boleh la.takde la rapat sangat.awek orang.dia update status pasal perkara ini.perkara apa?perkara gambar mereka diupload dilaman lucah dan banyak yang diberi tajuk yang sangat merangsangkan nafsu seorang lelaki.bukan aku nak buat cerita,tapi dia sendiri memberi aku link itu dan aku telah melihatnya.

alhamdulillah gambarnya tiada yang seksi pon.semua lengkap bertutup.tapi yang aku kesiankan ramai yang menjadi mangsa manusia yang giler sex dan tidak bertanggungjawab ini.tak pasal pasal maruah mereka tercalar dengan hanya beberapa keping gambar sahaja.

kebanyakkan yang menjadi mangsa mereka ini boleh dikatakan 70% bertudung dan ada juga yang masih bersekolah.sungguh memalukan dan ramai juga lelaki hidung belang yang turut ber comment lucah tanpa segan silu diantara sesama mereka.

kawan aku ni menyedari apabila kawan kepada kakaknya terlihat gambar dia didalam laman tersebut dan dimaklumkan kepada dirinya awal pagi tadi.aku merasakan kesian sangat sebab gambar yang menutup aurat itu diberi tajuk lucah.sangat sakit hati bila ada kawan aku yang kena macam ni.

semakin teknologi meledak dengan kecanggihan semakin banyak benda yang songsang berlaku dan boleh dikatakan ramai yang sudah tidak bertamadun kembali gara-gara otak yang sangat bijak untuk memanipulasikan kegunaan teknologi yang terkini.

jadi disini saya menyeru kepada semua rakan taulan serta para pembaca semua untuk berhati hati semasa mengupload gambar dalam dunia tanpa sempadan ini.kalau boleh private,private kan.kalau nak bagi orang tengok pon,biarlah kawan yang boleh dipercayai sahaja.jangan mudah untuk memberi orang yng tidak dikenali mendapatkan gambar secara sewenangnya.

tolong berhati-hati sebab hanya dengan gambar sahaja,maruah boleh tercalar.dengan gambar sahaja orang lain boleh buat macam-macam dengan teknologi yang canggih.dan tidak mustahil kerana sekeping gambar masyarakat memandang serong terhadap anda semua.

sila ambil pengajaran daripada apa yang telah berlaku.mungkin sekarang tidak berlaku pada korang,mungkin juga satu hari gambar korang adalah sebahagian daripada laman web yang tidak bermoral itu.untuk lelaki,mungkin rasa seronok melihat gambar dan kata-kata lucah itu,tapi ingatlah,jika kau berkahwin nanti gambar isteri atau anak perempuan kau pula yang terpampang dalam laman web tidak bermoral itu dan ramai lelaki hidung belang berkata lucah disitu,baroo kau rasa bagai mana malu dan tercalarnya maruah kau sebagai seorang suami dan bapa.

jadi sila mengingati orang yang tersayang supaya mengambil langkah berjaga-jaga sebelum perkara tidak diingin berlaku.jangan biarkan nasi dah jadi bubur,tapi sediakan payung sebelum hujan.sila renung-renungkan dan saling ingat mengingati sesame kita.semoga kita dihindari dari fitnah dunia.

pesanan ikhlas buat sang hawa dari sang adam.



Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

im a hopeless boy.

assalamualaikum

day by day im living in my own world.world without no one to be understand the pain,tears,fears,screaming and dark.everyday i feel like im useless person.just like im not gonna be okay for the rest of my life.i've live in this kind of situation for almost 8 years.

always lack of confident and faith inside me.well yeah,many of my friends smile and enjoying their life and their days like there is no tomorrow to look at.i tried to be brave and confident but i couldn't do that.all i've showed is a fake.the fake me.

i wont show the true of myself because i know they didnt want to see that either if i,myself also didnt want to see at all.everyone has their own dark secrets and yes this is my dark secret that i've used to keep to myself from other people.

everyday,i woke up and see in the dark eventhough its a day time and yes i couldn't smile at all.all i need to do is go on with what happen.im helpless person.always covered with tears,pain and dark in me.i used to scream but only inside me because whenever i tried to scream,my voice disappear.

no body understands me even myself couldn't understand at all.im just sucks for everything and yes i hate myself very much for being like this.how i wish i could be happy for the rest of my life but i know it wont happen at all.this tears and pain is following me like a shadow.its hard to get away with it.

living without a hope is a useless.i've lost my hope from the begining of the fight.maybe.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Spontaneous Thursday #6

aku memang mudah untuk memberi kasih sayang dan mesra.
tapi aku tidak mudah memberi kasih sayang dan mesra itu lebih dari biasa.

Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Monday, December 12, 2011

tolong boleh?

assalamualaikum

hahaha mesti korang pernah mengalami punya kejadian ini.jangan nak tipu laaa kan.hahaha.elok je korang baroo pas makan kan,then tetibe peruk korang meragam tak tentu pasal.pastuh cari la toilet yang berdekatan.selagi boleh,nak pejam bukak je dapat cari tandas.korang pon senyum laaaa bila nampak tandas

macam ni la muka korang senyum bila nampak tandas kat depan kan?HAKHAK :P

korang tengok ade penjaga kat depan tu.muka kerek jeee yang jaga tandas tu.korang pon bayar lah 20cent untuk menikmati perkhidmatan tandas yang superb seperti hotel 5 star.ade bilik mandi,ade sabun ada tuala.bogel terus boleh mandi.takde laa tipu jeee.berangan dah laaa.HAKHAK.

then korang pon pergi laaaa check tandas yang kosong.tengok ni penuh.tengok sana penuh.last last semua toilet penuh.korang pon tunggu la sambil menahan buat muka berkerut macam lagi setengah cm je nak kluar.cuba bayangkan.then ada sorang kluar dari tandas tu.korang pon laju jela nak pergi kan?perduli la bau macam mana pon janji dapat buang hajat.korang bukak je korang tengok

taik(najis dalam bahasa sopan) bersepah kat situ.

pergh memang korang rasa cam nak flying kick je orang tadi tu kan?gilak pengutur siut!terus hajat korang yang da nak kluar tu sedut masuk dalam balik.perghhh sanggup tunggu toilet lain kowt.bapak pengutur.yang buatnya bukan budak kecik.tapi remaja dan orang dewasa.korang tengok orang tu slamber derk je buat muka tak bersalah cuci tangan pastuh bla.sakit hati wwwooooo~

segelintir rakyat malaysia memang macam ni kowt?pengotor gila babeng.rata-rata semua shopping complex atau tempat perhentian pon ada kowt terjadi benda ni.kalau kat tandas awam dah macam ni,tandas rumah macam mana pula kan??

renung renungkan lah yerk.sila dan tolong jangan jadi pengutur.sekian.

Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

what if a heart broken?



assalamualaikum

today im going to discuss about a mainly topic who always been disappointed with their couples.i mean,someone who clash with their couples.and yes the topic is about,what if you're heart broken?im going to explain a lil bit about the topic.

when you're heart broken,you gonna feel that you're lost your strengh and yes you also gonna feel the heartache without no doubt.you gonna curse the person to satisfied your heart.some of them gonna hurt themself with knives and yes some of them also died because of the disappointed is too strong.

for a person who clash just because of the third person,im sure you gonna crash his/her face or else you're not gonna feel calm right?you will gonna get them in no matter what it will cost you and them.you will make sure they regret with what they did to you.

at start,it was so hard for you to take another step with your loved one.i know it,even for me,its hard to get along for what happen.it just like you dont want to wake up by the reality and wish that this is not happen at all.missing all those memories and yes you still want to fly at the sky with it.

but,think once again.whats the point you doing all those things?beat and hurt them wont change anything at all.you're just gonna be caught with the policeman for what you've done to them and yes you also gonna be hate by people around you.dont you feel sorry for yourself at all?you get paid for your action and yes once you're caught,your future gonna be dark for your record.

if you're being positive,being a heart broken is not bad at all.it teach you how to be strong.teach you to grown up and yes its also teach you how to make a correct decision.dont ever looked at the bad side because it will make you feel much more down.

sit down,take your time and think carefully.if you gonna get revenge,things wont solve things but its gonna get worst.for what ever happen in life,life must go on.you must not remember the things that have to do with your ex.walk away far from your ex to start a new life.

forgive your ex for what happen.and most importantly,forgive those people all around you.get yourself busy with doing your fav thing such as watching movies,hang out with friends,sports,playing games,singing,hang out alone at beach and etc.

when someone didnt be the one for you,always remember that Allah will exchange that with something better for you.do always being positive and pray.Allah is the closes to us than anything.when you pray,with Allah's will,the things gonna be happen.if you're praying for something good.if you're asking Allah for something bad,you will get it first.

have some faith in yourself and Allah.do believe that everyone around you still love you the way you are.dont be someone who is not you.just be yourself and get going to be loved by who really loves you.im sure the time will arrive when your time is come.sooner or later,wont change at all.you need to be patient.dont feel down at all if you have been waiting for so long.Allah knows better then us.believe in it and you will get it right.


.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Friday, December 9, 2011

cinta datang lagi



assalamualaikum

huhuhu lama tak update entry secara umum.selalu update entry syok sendiri je kan?kali ni nak update entry pasal cinta sebab apa?sebab cinta adalah lumrah dunia dan merupakan sebahagian daripada kita semua.termasuklah aku sekali.

sebagai seorang manusia normal,cinta itu wajib.tak kira dengan siapa,cinta itu tetap akan hadir jika seseorang itu adalah normal.dan adalah tidak normal jika kita bercinta dengan kaum sejenis.lihat,itu juga adalah cinta.tapi cinta terlarang yang tidak akan diredai oleh yang maha Esa.

tak aku nafikan,seorang manusia itu akan jatuh cinta banyak kali dalam hidupnya.well yeah mungkin ada yang terpilih oleh yang maha Esa untuk jatuh cinta sekali dan berkekalan sehingga ke akhir hayatnya.tapi mereka yang terpilih itu bagaikan 1 dalam berbillion.cukup rare untuk dilihat.dan kebanyakkannya akan jatuh cinta berkali-kali.

aku bukan nak kupas pasal benefit bila jatuh cinta sekali dengan jatuh cinta banyak kali.bukan.aku hanya nak kupas tentang pengalaman itu mengajar seseorang untuk menjadi lebih berhati-hati apabila jatuh cinta untuk kali kedua dan seterusnya.

secara am nya,semua orang akan berasa takot untuk kehilangan orang yang dicintai dan lebih menakotkan yang akan menyebabkan kita untuk sedih sangat adalah kerana puncanya adalah kecurangan terhadap kita.well ini adalah salah satu sebab utama kita jatuh cinta lagi.dan ada yang membuat keputusan untuk berhenti seketika dan tidak lupa ada juga yang sudah tidak mahu jatuh cinta lagi.

bila sudah jadi begini,secara automatiknya dalam diri kita akan ada rasa sangsi dengan pasangan kita.kerana apa?pengalaman mengajar kita.sekiranya percaya 100% bila sudah tak jadi nanti,hati akan berasa sangat terluka.sebab itu kita kan merasa sangsi tak kira apa pon.pendek kata,tak akan mempercayai 100%.

selain itu,kita juga akan cuba untuk menyiasat ke mana dia pergi,dengan siapa,dan paling penting sekali,kita mesti nak tengok adakah kawan yang dia kluar itu memberi pengaruh besar terhadap hidup pasangannya.maksudnya ex dia lah.

sekiranya tiada baru lah kita akan merasa lega kan?tapi itu tak bermaksud kita perlu lepas tangan.errrr maksud aku,naluri pasangan tu tetap perlu ada.dengan erti kata lain,mengambil berat tentang pasangan kita dengan lebih berhati-hati.

secara tidak langsung jugak,sekiranya pasangan kita ada akaun dalam memana network,kita pon mesti nak buat kan?tak cukup dengan satu,buat sampai dua tiga akaun yang lain dan add semua friends pasangan kita semata-mata nak tahu dengan siapa dia berkawan dan dengan siapa yang dia rapat.dengan erti kata lain,ialah stalker.pelik kan?stalk awek sendiri.

paling common sekali ialah handphone.pasal bab handphone ni of course kita nak check dengan siapa dia sms dan call sebab handphone sekarang ni bagaikan satu alat yang memegang rahsia seseorang.of course la sms yang jiwang dan romantik yang dapat dari pakwe/makwe kan?jadi mesti kita nak tahu juga apa yang terkandung dalam handphone itu selain dari sms yang kita bagi kat dia.

dan paling tak tahan tu,ada juga sesetengah dari kita,terover plak dalam nak berhati-hati.dalam kata lain,awek/pakwe dia kluar je,dia follow sekali.sekali bukan kluar berdua.tapi kluar berasingan sebab nak mengintip depan depan kerana kita akan lebih percaya dengan apa yang kita lihat dengan mata kita sendiri kan?well pengalaman mengajar kita dan tidak mustahil dia juga buat benda yang sama terhadap kita kan? :)

jangan pernah salahkan sesiapa kerana berbuat begini kerana dia hanya bersikap ingin tahu dan itu tidak salah.tapi salah kalau cemburu buta.dalam erti kata lain,kalau sekadar melepak macam borak borak sambil makan dan minum biasa kat kedai mamak pon nak marah,itu da melampau.kan?hahaha.

jangan tipu aku la kalau korang tak buat semua ini walaupun salah satu sebab aku juga adalah salah seorang yang buat benda ini.tapi tidak semuanya.semuanya ini aku hanya dapat berdasarkan pengalaman aku memerhati kawan-kawan aku sendiri :)

okay lah kalau taip pepanjang nanti korang mengantuk plak nak baca.jadi sampai disini jela dulu sebelum insya~Allah akan ada sambungan dalam entry yang lain :)


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Thursday, December 8, 2011

sudah tiba.

assalamualaikum

ini hanyalah nota untuk mereka-mereka yang aku kenali.buat masa sekarang aku rasa nak mengundur diri daripada sentiasa muncul dan menjadi hyper active sama ada di facebook,twitter mahupon di blog.kalau korang perasan aku dah jarang nak update blog.sebab ape?sebab aku rasa dah tak perlu nak selalu update blog kerana semua cerita adalah sama je.

jadi aku nak mengundurkan diri untuk seketika.aku tahu mereka sudah tidak perlukan aku lagi.mungkin aku hilang pon mereka tidak perasan.yeah...mungkin juga sudah tiba untuk aku beralih arah lagi.tugas aku untuk menceriakan mungkin sudah tamat.

sila jaga diri.kalau sakit,sila makan ubat.jangan tido lewat sangat.keje tu keje juga,rehat jangan dilupakan sekali kali.sentiasa senyum dan bergembira selagi boleh.jangan biarkan kesedihan itu menguasai diri.kepada yang dah berjanji tu,harap janji ditepati.jangan mungkir janji tak baik.

harap semuanya akan gembira sehingga ke akhirnya.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Wednesday, December 7, 2011

susah kan?



assalamualaikum

aku tak tahu kenapa susah sangat untuk orang lain faham yang aku ada untuk mereka.menngambil berat tentang mereka dan menerima mereka seadanya.susah sangat ke nak faham?

kat sini aku tak nampak apa yang susah sangat untuk difahami.nak bagi tahu sakit,susah semua itu bukan susah sangat pon.masuk hospital ke ape ke,bagi tahu je.bukan aku nak makan orang.

tak perlu nak sembunyi semua bagai.lambat laun aku akan tahu jugak.dan bila aku dah tahu yang aku lambat mengetahui,saat itu aku da tawar hati.aku kuatkan diri aku untuk mereka.tapi?

mereka langsung tidak faham.aku kuatkan diri untuk mereka kerana aku syg mereka.aku nak ada selalu disisi mereka tak kira susah atau pun senang.susah sangat ke nak faham itu?

ye aku juga tahu,aku memang tak boleh nak buat apa-apa walaupun aku tahu perkara perkara seperti itu.tapi atleast aku akan cuba berada di sisi ketika diperlukan.salah ke?salah?



aku korbankan duit dan masa untuk melihat mereka bahagia dan gembira selalu.tapi mereka ada terpikir ke?mungkin ada lah tapi tak tahu la tak nak tunjuk ke ape itu i dont care at all.cukup bagi aku sekiranya mereka senyum dan tertawa.

kata-kata dan setiap percakapan itu adalah doa.sendiri pon tahu kan?itu sebab aku melarang sama sekali dan tak suka bila bercakap pasal mati ke,bila dah tak ada nanti ke ape ke,memang aku tak suka.nak mengingatkan,yes aku tak nafikan.tapi tak perlu nak cakap sampai macam tu.

aku cuba untuk positivekan diri mereka.tapi mereka selalu juga cakap pasal kematian.aku cuba untuk tahan mereka daripada bercakap begitu,ada juga yang cakap lagi.aku da fed up.

tak boleh ke selalu cakap benda positive?tak boleh ke?susah sangat ke nak cakap benda yang positive?susah?susah sangat nak fikir positive?tolong lah.aku tak suka betul orang cakap pasal mati semua tu.please la tolong jangan cakap pasal ini lagi.

sekarang ni aku rasa nak give up sebab aku sendiri tak mampu nak buat apa terhadap mereka.aku dah gagal.gagal untuk apa yang aku pertahankan.

"miracle happen with a positive words such as prayers.do think about that.maybe you're right,no body understands what you had been through.no body understand your painful feeling if they didnt even go through what you had been through.but you need to know,peoples who love you didnt stop praying for your wellness,healthiness and your happiness.you should be thankful to Allah because when you going through this,there is always someone who had similar happen to them,but the different is,there is no one stand behind them."

ini adalah ayat yang aku bagi kat muna.sesuatu yang perlu untuk difikirkan.sekarang ni terpulanglah pada diri masing-masing.aku tak boleh nak buat apa kalau mereka terus begitu.paksa pon tak guna kalau diri sendiri tak nak.tetap akan melakukan benda yang sama.

p/s:kalau tak syg diri pon,tolong fikirkan orang yang syg terhadap korang.


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Tuesday, December 6, 2011

like a million blade stab at the heart.



assalamualaikum.

sometimes i felt like i didnt had a reason to go on this life.

i just dont know what happen to me lately.everything is not right.it seems somewhere inside my brain is damage i think?i've become much more sensitive towards other people.i could feel the pain eventhough they didnt tell me about it.

sometimes i do feel the pain inside me.whatever you showed me,whatever you talk to me,whatever you shared with me,i just cant stand to watch your tears falling down your cheeks.well as a friend i should wipe out your tears but sometimes,i've failed and i just had the feeling that i'm useless.they deserve much more than i could ever done.

day by day i keep on feeling the pain people around me.it do really make my tears falling down but i wont show the tears.all i've need to show is a sweetest smile for them.i need to be strong for them.i need to show them that they could do it without giving up.

there is so much happening around me that i could not and if i could,i dont want to see the facts around me.one by one of my friends is going to give up every second upon a life.and i keep on remind them to be positive for what ever happens in life.i know its not easy but all i could do is to be there for them whenever they need someone to talk with,someone to cry with,someone to share with and someone to wipe their tears.

i've got no strength left to hold.eventhough im weak,i tried to be strong for them because i keep on telling my self,if i give up on life,if i've gone,what about them?who will take place of me for them?who will be there for them if isn't me?

everyday at night,i look at the outside wondering what would happen to them if im not around.and without i noticing,i've wondering far away and tears start to falling down again every night.its hurt deeply inside when a precious and important person to me always said that they want to give up but they didn't know they are the reason that i hold on to not give up upon life.its really hurt.like a million blade stab at the heart.

i tried to not give up,but they didn't.i know it theirs decision to do what they want to do.and once again,i've lost my strength and soul.being weak once more.maybe the last...


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Monday, December 5, 2011

akhirnya~

assalamualaikum

heeeeeeeeeeeeeeeeeeee hati berlagu nyanyi riang dipagi iniiii yeeeaahhh!!!hahaha.dont worry entry pendek je ni...just nak memaklumkan je aku da boleh dapat JPJ test punya esok dan tarikhnya adalah 21 haribulan.memang terbaik laa sekejap je aku da boleh dapat cop.

untuk pengetahuan korang,aku sekarang ni L je untuk motor.tak sempat nak ambik P masa 6 bulan lepas sebab dia kata kena tunggu algi sebulan baru boleh buat P.so hari ini,hari isnin aku ade latihan memandu motor la untuk 30 minit jeee.

tapi aku buat beberapa kali jee pastuh da boleh dapat cop esok untuk JPJ punya test masa 21 haribulan.hahaha.mesti korang cakap da tua bangka!!!! baroo nak ambik lesen.hahaha aku cuma boleh cakap,ADA AKU KESAH???hahahahaha jangan marah kang cepat tua.HEHE ~

aku sebenarnya malas nak ambik lesen ni sebab dulu pikir macam nak sambung dekat dekat je dengan rumah.boleh suh parents atau abg antar.tapi dapat tempat jauh plak.so nak tak nak kena la ambik lesen jugak untuk kesenangan diri.attooii~ malas nak buat test jpj laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa -______________-"

ok itu je nak taip.hahaha terima kasih sebab sudi meluangkan masa bersama :P
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

rahasia hati.

setiap kali aku bernafas aku terasa seperti lelah.lelah kerana namamu disetiap hela nafasku.entah mengapa setiap hari hanya namamu dimindaku.mataku hanya melihat bayanganmu dihadapanku.kehangatan hembusan nafasmu masih kurasakan sehingga kini.

wahai pujangga hati.ketahuilah sang perindu sedang memanggil dan memuja dirimu dari jauh.hanya mampu kirimkan sang angin sebagai penganti diri ini.melihat sang rembulan bertemankan angkasa yang kosong umpama seperti sang rembulan rindukan sang bintang yang jauh berada disana.hanya cahaya yang mampu dikirimkan.

ketahuilah bahawa aku sudah tidak mampu untuk membendunginya lagi.aku sudah penat melawan semuanya.mungkin ada baiknya ku pendamkan apa yang dirasakan.biarlah orang yang aku sayangi bahagia dengan orang yang tersayang.

kerana sayang,aku harus mengorbankan segala-galanya.sebuah senyuman mu mampu membuatkan dunia ku terang benderang dengan sang pelangi.maafkan aku atas semuanya kerana sudah tidak mampu untuk berdiri lagi.

kerana senyumanmu sangat bererti buatku.maafkanku kerana berahsia dan maaf kerana aku sudah tidak pasti sampai bila aku kan ada disisimu lagi.



Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Sunday, December 4, 2011

kenapa?

assalamualaikum.

kali ni nak bebel sengsorang.maksudnya bebel pasal diri sendiri.jadi nak baca atau tidak terpulanglah.tak memaksa untuk membaca.lagipon apalah kuasa saya yang membolehkan atau tidak membolehkan anda semua membaca entry ini kerana saya tulis hanya untuk meluahkan dan kepuasan menulis.

ok apa yang aku tulis kat status FB aku tu bersebab.dan hanya yang berkaitan sahaja yang mengetahui apa yang aku katakan dengan status aku tu.tapi entahlah kadang kadang orang yang berkaitan buat-buat tak tahu,dan ada yang berkaitan juga kadang-kadang membalas dengan status tak pun inbox dan sms.

cemburu?hahaha.yea aku cemburu dan aku pasti dia pon tahu ini adalah satu sebab kenapa status itu aku tulis kerana da terang terangan status itu ada perkataan sakit hati.tapi tah la dia buat buat tak faham ataupon dia memang tak faham.mana taknya,orang yang aku rasa penting buat macam tu.aku ni pon manusia biasa.tak terlepas dari perasaan dan emosi yang membelenggu hati,jiwa dan perasaan.

tah laaaa.rasanya manusia memang macam tu kowt?senang dapat tak hargai.bila da hilang,baru nak terkial-kial.mungkin juga salah aku sebab senang sangat bagitahu apa yang dirasakan.mungkin.perempuan itu sangat sukar untuk difahami tapi aku akan cuba untuk memahami.

demi melupakan perkara yang menyedihkan,tak best atau stress dengar cerita daripada perempuan salah satu tips ialah melantak makan.jadi aku pon nak pergi melantak makan kat burger king.lama tak makan.pernah makan sekali je.tah berkesan ataupon tidak tips melantak ni.

haaaiihhh.mlas nak taip pepanjang.selalu nak taip.tapi tidak kesampaian.pendek pon jadi lah.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Sunday, November 27, 2011

fikir boleh?

assalamualaikum

sekali lagi aku terpanggil untuk membuat satu entry yang mana,aku sendiri pon tengah takde mood sekarang ni tapi tadi berlaku satu peristiwa yang membuatkan aku nak buat satu entry pasal cemburu buta atau dikenali sebagai cemburu bodoh.

seperti yang kita tahu,perkara seperti ini pon bukan perkara baru.da banyak kluar dalam surat khabar sebab cemburu buta ni.kalau dapat pasangan cemburu buta,paling tak teruk pon kesan lebam je.paling teruk mati la dengan pasangan dia.

maklumlah bila orang cemburu buta ni cemburu,macam macam dia akan buat.lagi lagi diluar kawalan dirinya sendiri sehingga tak sedar pasangan dia da mati.senang citer orang macam ni senang hilang pertimbangan akal.da tak tau nak bezakan yang mana betul dan yang mana yang tidak betul.tapi orang seperti ini perdulik apa.janji hati dia puas.dia tak pernah nak fikir kesan dan akibat pasangan dia alami.

orang seperti ini,sekiranya kita da terlihat awal-awal lagi perangainya macam ni,elok dielakkan.tak kiralah sayang dan cinta sedalam mana sekali pon,elakkan.kita nak hidup dengan aman dan harmoni.takde kacau bilau dalam rumah tangga.kalau da pasangan cemburu buta,ingat boleh hidup dengan aman ke?ade je benda yang dia tak puas hati.ada je benda yang dia nak ungkit dan tak kena.maklumlah cemburu buta la katakan.berbaloi ke bercinta dengan orang macam ni?kalau rasa berbaloi nyatalah kau tengah mimpi!

itu kalau yang dah berkahwin.kalau yang muda mudi sekarang ni kan gatal nak mencuba pelbagai benda kan?lagi lagi pasal hal cinta.come on laa.wake up.time bercinta semuanya cakap,dia yang sangat fahami aku.dia yang paling terbaik buat aku dan semuanya dia laa senang citer.

bila da clash,da ade penganti baru,mula la nak cakap,dia lebih baik dari ex.dia seorang je faham diri ini.aku cuma cakap,kau orang paling bodoh.sebab ape?time bercinta memang la semuanya indah.dulu ckap ex kau lah segala-galanya.bila da clash dan dapat penganti,cakap penganti kau sekarang la pulak segala-galanya walaupun dia cemburu buta.

look people,hello?can i have your attention please?dunia berputar okay?sedar tak?dunia ini luas.bukan kecik macam penjara.ramai lagi kat luar tu yang lebih elok.bukan aku nak halang korang semua nak bercinta pada masa masa ini.itu hak korang.tapi tolong bukak mata!

daripada orang yang kuat cemburu buta,baik cari orang lain.nak ke hidup dalam ketakotan?setiap hari kena maki.setiap hari kena pukul.eyh tolong lah.parents pon takde nak buat macam tu la.sedar diri skit.aku bebel ni bukan ape.aku bebel  untuk benda yang baik.tak pepasal kalah cik bedah dan kak kiah bergosip.haiyooooo.

so please please please.fikir dengan lebih rasional.


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Wednesday, November 23, 2011

spontaneous thursday #6

Seorang jejaka melamar seorang perempuan..
Tapi hasratnya ditolak.. Cintanya bertepuk sebelah tangan..
Tapi dia x sedih... Dan kawannya b'tanya :

Knapa kamu tidak sedih??
Jejaka t'sebut menjawab : "Mengapa patut aku bersedih??"

"Aku hanya kehilangan seorang perempuan yg x pernah m'cintai aku .."
"Sedangkan perempuan itu kehilangan seseorang yg benar2 mencintainya.."

Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Tuesday, November 22, 2011

lelaki buat buat tak faham?



assalamualaikum

haaaa kali ini nak buat pasal topic kenapa sering kali lelaki buat-buat tak faham bila terjadi sesuatu terhadap perempuan.tak kira lah sape pon.asalkan perempuan.kalau dengan lelaki lagi laaaaaaa buat tak faham langsung.topic ini aku bicarakan atas salah seorang blogger yang bertanya.aci tak aku buat entry pasal ini ketika berbual?hahahaha.orang kata ilham tak dapat di cari kalau tidak dicari :)

oklah macam ni sebenarnya.ada sebab kenapa dan mengapa sesetengah lelaki itu buat-buat tak faham bila terjadi sesuatu.first of all,tentu lah ego.kenapa ego?sebab bagi lelaki ego itu penting.tanpa ego orang lain akan pijak kepala kerana orang lain merasakan lelaki itu lemah dan lembut sangat.ini adalah sebab utama kenapa lelaki buat-buat tak faham walhal dia paham.

secondly,sebab ini adalah salah satu kemungkinan.bukan aku kata mesti yea.sila fahami ayat aku.okay dia tak nak bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.takot agaknya dengan sesuatu yang baroo berlaku.tak pon trauma.ini adalah kes kes yang tertentu membuatkan lelaki itu trauma dengan apa yang berlaku.

thirdly,dia tak nak orang itu mengambil kesempatan terhadap dia.iaitu dari semua segi la.dari segi duit ke,penat lelah ke ape ke dan yang lelain.bukan aku kata selfish sangat.tapi cuma langkah berjaga-jaga.kalau dia dah tahu perempuan itu perangai macam tak boleh diharap,jenis yang buat apa saja untuk dapatkan apa yang dia inginkan,memang la laki tu buat-buat tak faham je.yea tak?

seterusnya,dia tak nak orang itu mengada-ngada dengan dia.maksudnya jadi puteri lilin lah.kata lainnya,tak manja sangat.kalau ada apa-apa berlaku takde la merengek je.mengadu je dengan laki tu memanjang.erti kata lain,mengajar untuk berdikari sendiri,selalunya sifat ini ada pada ibu dan ayah lah nak didik anak mereka.

selain itu,lelaki juga tak nak dilihat sebagai senang sangat untuk di pergunakan oleh kaum wanita.nanti maruah mereka sebagai seorang lelaki tercalar.maklumlah mulut orang,kalau nampak macam tu,nanti mula la mengumpat.kata laki tu takde otak la ape la sebab selalu tolong dan manjakan si kaum hawa itu.itu yang selalu dielakkan oleh para lelaki dan merasakan martabatnya sebagai seorang lelaki diperkotak katik kan oleh orang lain.

lastly,haa fikir la sendiri.semua nak suap je.hahaha.orang kata,kalau bagi ikan sahaja kat orang itu,orang itu akan cepat mati kelaparan sebab tak tahu macam mana nak cari ikan.kalau ajarkan cara untuk dapatkan ikan orang itu akan hidup dengan lebih lama sebab dia tahu macam mana nak cari ikan.jad fikirlah yea.hahaha :p


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

sayang?

assalamualaikum

terpanggil untuk membuat entry ini sebab ramai yang tidak memahami erti dan konsep perkataan "sayang" itu sendiri.jadi dengan ini aku terpanggil untuk mencoretkan sebuah entry tentang perkataan "sayang" sebab ramai yang aku rasa masih tidak sedar tentang pengunaan perkataan "sayang" ini sebenarnya.

okay ini adalah konsep yang aku gunakan tentang perkataan "sayang".aku tak expect pon korang untuk follow konsep yang aku pegang ini.okay ramai yang perasan kalau sesiapa yang selalu aku tegur tu tahu la,aku selalu panggil sayang terhadap kaum hawa.perasan tak?dengan laki tak payah la,laki kan kuat.rileks.aku ade penjelasan dia.

bagi aku sendiri perkataan sayang itu tidak mewakili status apa-apa pon.word is just a word.aku tahu sesetengah orang itu merasakan "sayang" itu bermaksud untuk yang tersayang,iaitu orang yang paling kita cintai dalam hidup kita sendiri.

bagi aku,"sayang" itu tak semestinya dengan orang yang kita cintai dalam hidup kita sahaja."sayang" itu sendiri perlu digunakan sekiranya hati telah merasa sayang.tak kira kepada sesiapa sekali pon.kalau dah sayang,ucapkan sahaja sayang.tak perlu nak hipokrit bagai dengan sembunyi rasa hati yang sebenar.

macam nilah.aku mengunakan perkataan sayang ini berkonsepkan "takot terlambat" faham?maksud aku,aku takut terlambat untuk mengucapkan sayang terhadap orang yang aku sayang.aku takot tak sempat nak bagitahu orang yang aku sayang bahawa aku sayangkan dia kerana ajal dan maut tidak kita tahu bila akan menjemput kita.

sering kali aku mendengar cerita daripada sahabat handai aku yang bercerita tentang penyesalan dia terhadap orang yang dia sayang.dia tak sempat nak ucapkan yang dia sangat sayang terhadap kekasihnya.dan kini genap 4 tahun kekasihnya pergi meninggalkan dirinya.kerana apa?biarlah rahsia.hanya perlu sedekahkan al-fatihah kepada arwah.

disini sahaja aku terlihat bahawa bertapa menyesalnya kawan aku ini kerana selama dia bersama dengan arwah,tak pernah dia cakap sayang.dia terlalu ego dengan arwah.dengan aku kerap kali cakap dia sayangkan arwah.tapi entah mengapa lidah dia kelu untuk memberitahu arwah yang dia sayangkan arwah.

sehingga hari ini aku masih terasa penyesalannya bila aku berbual dengan dia.jadi aku tak nak mengulangi kesilapan yang kawan aku lakukan.terlambat untuk memberitahu.jadi aku mengambil keputusan sekiranya hati aku da kata sayang,tak kira lah adik ke,kakak ke,kawan ke,aku akan panggil "sayang".

kalau ditanya macam mana aku membezakan antara orang yang aku cinta dengan orang yang aku sayang,terus terang aku cakap,tiada kata-kata yang boleh menjelaskan perasaan cinta itu dengan jelas.jadi mengapa mesti pilih perkataan "sayang" ini sebagai perkataan keramat untuk orang yang bercinta sahaja?

ini adalah sebab utama kenapa aku suka memanggil "sayang".jadi kepada diluar sana,harap jangan membuat kesilapan yang sama.kerana takut untuk memanggil "sayang" itu hanya akan mengundang penyesalan dikemudian hari sekiranya orangnya sudah tiada dimuka bumi ini.

renung renungkan :)


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Friday, November 18, 2011

berani mengambil risiko

assalamualaikum

bersua kembali dalam blog ini.haaaa kali ini nak update pasal berani ambil risiko.ambik risiko ini lebih kepada topic memasak la kot,rasanyalah.aku pon tak pasti apa yang aku nak bebelkan sebenarnya.takpe just read ahead sampai habis yea.mana tau ending dia lain ke kan?haha

aku suka style western.dan aku juga suka memasak dengan imaginasi beralaskan style western.kebanyakkan barang masakkan aku semua adalah basic.cuma aku takde la guna whine ke arak ke ape ke benda yang haram tu takde la macam orang putih guna untuk memasak.

nak buat sesuatu yang sedap dan baru kita perlulah berani ambil risiko walaupun benda simple,tapi memberi impak yang sangat mendalam dalam memenuhi selera makan.jangan pandang rendah terhadap tugas seorang chef.sekarang ni budak budak pon da pandai nak memilih membuatkan kita perlu pandai dan kreatif dalam menyediakan sajian.

contohnya aku buat spagetti yang guna angel hair tu.nak buat sesuatu yang sedap dengan mengunakan barang yang ada sahaja.tak perlu barang mahal-mahal nak buat makanan sedap,betul tak?barang yang simple pon kalau kita tahu pakai,memang akan sedap.kan?jangan pandang sebelah mata beb.

kadang-kadang kita guna barang yang mahal,contohnya seperti udang,daging,ayam dan lelain untuk bahan utama masakkan.tapi kalau tak tahu bermain dengan imaginasi dan berani untuk mengambil risiko untuk mencuba pon tak guna juga kan?

berbalik pada spagetti aku tadi,aku masak kuah dia mengunakan sos cheese and herb.aku rasa kalau makan kosong macam ni memang tak sedap.aku pon open la fridge aku.sebab dalam otak aku fridge aku da kosong rasanya sebab tak pergi beli barang dapur lagi.

aku tengok bahan yang simple je untuk ditambahkan dalam sos aku.yang aku tengok ada kerang yang dah siap mak aku kupas.so aku capai la kerang tu.untuk pengetahuan korang aku tak pernah masak spagetti dengan kerang okay sebab bagi aku kerang itu mempunyai aroma yang sangat kuat.

so aku ambil risiko dalam mencuba sesuatu yang baru.aku rendamkan kerang tu dalam air tepung untuk beberapa minit kemudian aku letak dalam kuah sos spagetti tadi.aku rendam dalam air tepung tu untuk hilangkan sedikit bau kerang yang sangat kuat kalau buat kuah.

dan yes.aku berjaya buat sesuatu yang baru dengan berani mengambil risiko dan ianya menjadi serta sangat sedap.dihidangkan dengan daun ketumbar di atas serta daun bawang.memang terbaik la makan.tapi abg aku yang habis makan sebab aku ingatkan nak simpan untuk malam.tengok dia da habis makan.hahaha tau pon sedapnya.hahaha.

contoh lainnya,setiap malam aku memang akan lapar dan kemungkinan besar aku ade insomnia kot?tu pasal tak tido dan merasa lapar bila da larut malam.berjaga pula depan laptop dalam suasana gelap.memang terasa lapar la.

then tadi aku berimaginasi lagi melalui style wester iaitu nak buat chicken burger with hash brown and cheese.memang style kan?tak pernah dibuat orang rasanya kat malaysia ni.memasak kita perlu menjadi kreatif dan positive.

then aku pon tengok bahan,roti takde.so tak jadi la nak buat chicken burger with hash brown and cheese.so aku just buat hash brown with cheese je.makan dengan begitu sahaja.sedap gak rasanya.macam ni la kiranya kalau aku ada roti nak buat resepi aku.jeng jeng jeng!



lepas aku da makan tu aku pon buat la research skit.rupanya kat jepon da ade da orang buat.tapi kat MCD la.


secara konklusinya beranilah ambil risiko dengan bermain dengan bahan masakkan untuk membuat sesuatu masakkan yang baru dan sedap.begitu juga kita mengaplikasikan dalam kehidupan seharian kita.

nak berjaya kita perlu berani ambil risiko dan mengorbakan apa sahaja untuk mendapatkan hasil.hidup ini adalah mengenai risiko.orang yang berani mengambil risiko dan tidak takot jatuh adalah orang yang berjaya.

jadi sila fikir yea kawan kawan :)


.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

bila dah bosan



assalamualaikum

heee kali ini aku nak update tentang bosan.bosan ini adalah satu perasaan yang tidak asing yang ada di dalam diri setiap manusia.aku juga begitu.tidak terkecuali.bosan ini ada beberapa tahap dan ketegorinya.eyh sama je kan?ok abaikan.

so aku nak kongsi beberapa tahap dan ketegori je la yea.rasanya semua orang da tahu kot?first tahap bosan manja-manja je.maksudnya boring sekejap je.pastuh tak sampai dua ketiga ke,lima jam kemudian kembali mengadap benda yang sama yang dirasakan bosan beberapa jam yang lalu.aku tahu ini selalu je terjadi pada setiap orang yang membaca entry ini.

selalunya macam main game la.terlalu dan kerap sangat akan merasa jemu.begitu juga dengan makanan.selalu makan pon akan merasa bosan juga kan?tapi still perlu makan sebab kalau tak makan,takde tenaga macam mana nak buat kerja kan?

then tahap kedua.bosan sedang-sedang.maksudnya bosan dalam satu jangka masa jelah.contohnya 4 tahun ke,6 tahun ke,20 tahun ke macam itu la.itu selalunya terjadi pada pasangan yang bercinta.khususnya para remajalah.of course la kan?sebabnya semasa remaja ni lelaki bersikap panas baran.dan perempuan tidak bertolak ansur.kedua dua sikap ini akan menyebabkan sesama sendiri bosan dengan diri kita sendiri.

well manusia kan?biasalah tu kalau bercinta.adat ketika bercinta.resepi utama adalah penyayang dan yang mengukuhkan adalah perbalahan yang kecil.insya~Allah.manusia mana yang boleh tahan lama-lama dengan perangai macam itu?tak lama babe.haha.jadi awas lah yea kalau da bercinta tu kawal lah panas baran dan sila bersikap tolak ansur kalau nak kekal dengan lebih lama.

seterusnya tahap bosan sangat.waktu ni memang dah tak tau nak buat apa dah.buat ini bosan buat itu bosan.semuanya jadi tak kena dan tak pepasal orang yang berada di tahap bosan sangat ini merasakan sangat stress dengan diri dia sendiri sebab tak tahu apa benda yang boleh dilakukan untuk menghilangkan rasa bosan.semuanya  bila dia buat,dia rasa macam tak kena je memanjang.

orang macam ni bagi dia cool down dulu.kalau tak silap,bagi la dia tido dulu ke,tengok wayang ke.haa insya~Allah dia akan cool down dan mula buat benda lain.dalam situasi ini harus pandai mencari sesuatu yang boleh melepaskan kebosanan.macam aku tengok wayang dan kluar dating la kot selain berblogging?hahaha.ade orang tu berkaraoke,membeli belah,makan dan sebagainya.

yang terakhir sekali,bosan tahap petala tujuh.kenapa tujuh?sila rujuk al-Quran.dalam Quran Allah mencipta semuanya dengan angka tujuh.jadi sila fikir kenapa tujuh yea.malas nak berceramah panjang pasal keagamaan pula.okay bosan tahap petala tujuh ini sangat-sangat merbahaya dan hanya akan terjadi apabila perasaan benci yang tersangat itu mula timbul.

contohnya macam ade orang buat satu kesalahan yang memang memberi impak sangat besar dalam hidup kita.contoh paling senang,kita kehilangan orang yang kita sayangi oleh sebab seseorang.maksudnya macam accident lah.lagi lagi bila accident dengan orang yang kita kenal.ini memang akan ada bosan tahap petala tujuh ni.memang comfirm dah tak nak jumpa dia dah.kalau boleh nak dia pon jadi arwah juga.

ini sangat bahaya yea.kalau orang yang memegang ajaran agama,tak kiralah agama mana-mana pon perkara yang terbaik adalah memaafkan pelaku itu tersebut serta reda dengan apa yang dah berlaku.sentiasa berdoa dan insya~Allah semuanya akan kembali normal seperti sedia kala cuma gelak tawa dan senda gurau itu je yang tiada.

oklah ni sebab aku da bosan la ni aku dok merepek buat entry ni.mesti korang baca pon bosan kan?sebab aku mengarut benda yang bosan dan tah hape-hape.actually aku memang tak tahu ape benda yang aku dah melalut dalam entry ni.segala salah dan silap mohon dimaafkan yea.hahaha terima kasih sebab sudi baca :p

.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Thursday, November 17, 2011

lepas ni nak berdarah ape pula?



assalamualaikum

heeeeeeeeee seperti biasa.aku takde mood ke ade mood ke aku tetap berblogging juga maklumlah blog ini da macam ceritera hati seorang remaja yang bakal akhil baligh menjadi seorang dewasa seperti seekor ulat bulu,bertukar menjadi kepompong dan akhir sekali menjadi seekor rama-rama.

beberapa hari yang lepas mulut aku berdarah.tak tahu la kenapa kan tetibe je.tengah mandi rasa cam masin plak dalam mulut ni.aku pon ludah leee.tengok warna merah.huyooo boleh berlakon dalam KL gangster 2 tak nanti?takperlu guna bahan untuk buat darah bila kena tumbuk.aku sendiri boleh kluarkan darah sendiri tanpa ditumbuk.hebat kan?hahaha

bila aku periksa sendiri mulut aku,takde pun ulser ataupon luka yang aku tahu lah penyebab utama berdarah.pelik kan?tapi tah la.ade la dalam sepuluh ke lima belas kali aku ludah dan berkumur untuk hilangkan kesan darah dalam mulut aku yang tiba tiba ada masa mandi.

then sejak kebelakangan ni juga hidung aku asyik gatal je memanjang lepas bangun dari tido mesti selsema.mungkin habuk kot kat bantal semua ni sebab maklumlah berbulan takde orang guna,berabok la kowt?tapi da alaskan dengan tuala dan dah kebas-kebas bantal semua.tapi still selsema bila bangun tido.

disebabkan itu maka selalu la aku gosok hidung aku yang gatal manja ni.then tetiba tadi tengah sibuk blog dan facebook walking,hidung aku gatal rasa cam ade kekotoran disitu.aku pon guna la jari aku untuk korek hidung aku.*tak perlu nak jijik sangat la macam korang tak pernah pula kan?sengih2 macam kerang busuk plak.hahahaha :p*

mata aku sibuk tertumpu pada screen laptop.khusyuknya aku sampai tak perasan jari aku terasa cam kelat skit lah.dah lama cam tu baroo terlihat jari aku sudah berwarna merah.jari aku ade darah tapi da macam warna kelat skit la sebab da lama terdedah.

damn betul.sib baik papan kekunci aku takde warna merah merah sebab darah dah kering kat jari.lama gak la aku masukkan air dalam hidung aku ni.ade la dalam lima hingga sembilan kali aku buat.tu pon macam tak bersih lagi.still ada darah skit skit la.

ok aku renungkan balik apa benda yang aku makan sejak aku balik KL ni.aku makan nasi sekali.then makan roti butterschots then makan roti gardenia yang aku letak magerine then panaskan kat kuali macam orang jual burger tu selalu buat.then aku makan MCD.

lepas tu makan maggie.maggie 2 kali je tapi bukan dalam satu hari.lepas tu makan spagetti yang mana kuah cheese aku letak sekali dengan kerang.then sampai malam tadi just makan nasi goreng,telur dadar hirisan,ikan bilis dan ayam masak kicap skit.takde la semuanya benda yang panas aku sebat.air 100+ bukan main lagi aku teguk.tu pon boleh buat badan aku panas ke?eyh jangan salah faham.ni apa yang aku makan selepas aku balik KL sampai hari ini.bukan semuanya dalam satu hari yea.

bior leeeee.badan aku terlebih darah kowt?hahaha.mulut sudah.hidung pon sudah.lepas ni apa pula yang nak keluar darah ni?

.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Wednesday, November 16, 2011

notes for the hearts.



sometimes i did confuse what do you mean.whether its for me or for someone else?yeah i know its not easy to forget someone who we truly love.the first one is tough to forget.i know.its not easy.even a year later you will be still remembered him.it just like it happen just yesterday.

but yeah i know my limits.im not the type who love to ask and force someone to follow my way.i believe every people does had their own freewill to choose.its up to you.maybe this is not my time.but i do still believe,if you are made by Allah for me,you wont go far away from me.

eventhough i know that you are still not mine for now,i do had a reason for being happy for you because he made you happy and smile for all the day.thanks to him,i could see you smile.right now,im just following your flow eventhough i know that im not someone special.

yeah...just follow the flow.


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

bukan mudah untuk puaskan hati orang lain



assalamualaikum

lamanya tak update blog.yeah terasa macam malas nak bergiat dengan dunia blog untuk sementara waktu.nak rest rasanya tapi tak boleh.ade je benda yang aku terpanggil untuk berkongsi bersama-sama dengan readers yang tak putus-putus menjenguk blog aku ni walaupun aku takde post ape-ape still ade yang datang menjenguk.terima kasih.

kali ini topic dia topic yang selalu diperkatakan dan takpernah padam dari mulut dan akal yang ligat berputar berbicara.yeap.bukan mudah nak puaskan hati orang lain.takperlu nak tengok jauh-jauh.cukuplah melihat contoh disekeliling kita sahaja.

contoh paling terdekat adalah ibu bapa kita sendiri.yea.aku juga tidak terkecuali tergolong dalam golongan yang orang kata inginkan kebebasan sendiri.tapi itu tak bermaksud aku menderhaka kedua ibubapa aku sendiri.

ceritanya macam ni,parents aku bising sebab da holiday pon aku still melepak dalam bilik mengadap laptop je memanjang.dah empat hari berlanjutan macam ni.parents aku pon bebel la kata tak sihat la dok depan laptop je,pastu makan then tido.mana tak booollaatt?kan?*ada kebenaran disitu* -kebenaran sangat menyakitkat.urgh-

pastu hari ini aku pon kluar la lepak lepak dari tengah hari sampai malam jam 11 baroo balik rumah.yang aku peliknya,aku tak duduk kat rumah pon kena bebel juga.yeah.aku sedang tengok wayang pon tak rasa selesa sebab handphone aku asyik vibrate je memanjang.

see?tak ikut cakap,kena bebel.da ikut cakap pon kena bebel juga.ini baru dengan parents kita.orang yang kita hidup bersama selama 17 tahun dari kita lahir.mungkin la sesetengah tu beberapa tahun je sebab duduk asrama kan?haaaaa.ini parents tau.kita hidup bersama pon susah nak puaskan hati.apetah lagi orang yang kita baru kenal.kalau da kenal pon,duduk tak sebumbung kan?

kalau dah kerja nanti macam mana la agaknya yea?nak puaskan hati bos itu sangat menakotkan.bukan tidak berani nak buat apa-apa,tapi takot bila fikirkan result yang mungkin memakan hati.biasalah bos kan?macam parents juga.semua nak yang terbaik.

so jangan pernah cakap la kita pernah puaskan hati orang walaupun seorang.hati manusia sangat susah untuk dipuaskan.ada saja yang tidak cukup.ada saja yang tidak kena.manusia ini sebenarnya tamak,tapi ego untuk mengaku.ini adalah hakikat yang terpaksa diterima.maaf kalau terguris hati.

haih...susahnya nak puaskan hati orang...
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Friday, November 11, 2011

pengumuman GA

assalamualaikum

haaa korang masih ingat lagi tak?GA yang aku janji janjikan tu?mesti tak ingat punya kan?sebab ape?sebab itu entry bulan lepas.meyh click sini untuk mengenang kembali memori dulu kala.haaaaaaaa da baca da?ingat da?haa bagus.

seperti yang aku katakan,aku nak tengok berapa ramai yang nak join kalau aku buat GA,respon kat comment.tapi ramai yang like daripada comment.jadi dengan ini aku mengumumkan GA tu tak jadi nak buat sebab tak ramai respon comment kat entry GA tu.so GA itu cancel.

disebabkan dah cancel maka buku itu aku buat hadiah untuk gath kat melaka nanti yea :)
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Wednesday, November 9, 2011

fikir sentap kau je,sentap orang lain kau tak fikir?

assalamualaikum

kali ni aku nak update rasa tidak puas hati aku juga lah tentang seorang kawan aku ni.secara totally memang aku dan orang lain pon kalau berada dalam keadaan aku atau dia,sudah pasti aku rasa bengang yang amat sekali serius.

aku sebenarnya dah lama tak puas hati dengan sorang ni.ada ke patut member dia yang datang dari jauh,dengan tak makan ape dari pagi cuma sempat minum sikit je pagi tu semata-mata kejar masa nak jumpa dia,dia boleh layan biasa-biasa,dengan tak bagi dia makan dan minum dia buat derk je mengadap laptop.sampai malam.

weyh come on la weyh!kau tu sebagai tuan rumah.member kau datang dari jauh,tak makan pape datang jumpa kau,kau hanya pentingkan nafsu online kau je kan?member ape kau ni?bila kau ade masalah kau cari dia,kau luahkan kat dia semua.dia duduk dengar je masalah kau bila kau nak mengadu pape kat dia.

tapi ini yang kau buat?aku tahu dia datang niat dia nak jumpa aku.tapi bila dia tak datang,kau juga yang sibuk tanya dia macam macam bila nak datang semua kata rindu bagailah semua tu.mengimbau memori la nak nangis la ape la sebab rindu.tapi ini yang kau bagi kat dia?layanan sebagai tuan rumah terhadap tetamu macam tu?tak bagi makan minum?

kau sendiri tahu dia tak sihat.pening kepala kan?aku tahu kau ade ajak dia kluar makan masa aku nak kluar makan tapi dia tak nak sebab dia tak nak ganggu.tapi kau sebagai kawan yang dikatakan rindu bagai semua mengarut tu,tak reti nak fikir nak bungkus kan pape untuk dia ke?wei dia tu datang dari jauh tak makan pape kau tahu tak?

dia sampai rumah kau waktu petang.tapi kau sibuk dengan laptop kau lepaskan gian kau nak bertweet kau sebab kau da dapat broadband kau sendiri kan?member ape kau ni hah?member kau datang dari jauh tapi kau busy tweet.tak hiraukan dia pun.dia da macam tungkul je kat rumah kau.kau ni ade otak ke takde?

jangan nak pentingkan diri kau sendiri la weyh.aku terasa panas hati bila dia datang rumah aku jalan kaki dengan keadaan yang tidak sihat,tak makan pape dari pagi walaupun dia da sampai petang sebab kau yang KEMARUK NAK ONLINE kau tahu?

dia start makan jam 1.50 pagi kau tahu?dengan keadaan tak sihatnya pening kepala,terus dia muntah kat situ kau tahu?sebab ape? sebab dia rasa loya dah.lambat sangat makan sebab ape?sebab kau!kau tak reti nak faham keadaan orang lain.TAU NAK ONLINE je kerja kau!!!fikir diri kau sorang je!!!

even aku ni yang tahu kau tak makan pape pon waktu keluar makan dengan aku,kau cakap kat dia kau dah makan,waktu kau mengamok dengan aku pon,semata-mata sebab aku tanya kenapa tak bagitau dia ade kat sini,aku still bungkuskan kau makanan untuk kau makan!!!aku bukan nak kata aku baik sangat!atleast aku still ingat orang lain yang tak makan!

kau?member jauh datang,apa pon tak bagi!siap nak mengamok plak dengan member kau,siap nak naik angin nak bermasam muka plak dengan member jauh kau!!!kau tu ade otak,pikir la skit!!!da besar!orang tanya skit nak taching bagai!bukannya marah tu pon nak tacing bagai!MANJA SANGAT!!!

semua nak orang bagi perhatian kat kau sorang je!bila orang ade masalah,kau buat kepala kau sendiri!langsung tak nak faham keadaan orang lain!fikir kepala kau,fikir diri kau je!bila orang lain buat kau macam tu,tau pulak nak cari member jauh kau mengadu bagai semua!

aku betul betul terkilan la dengan kau kawan.kau terlalu pentingkan nafsu kau untuk online sehingga mengabaikan member jauh kau sendiri.dia makan pon tak lalu sampai termuntah muntah sebab kau sendiri.kau fikir la weyh!

kau ingat kau sorang je boleh sentap bagai!member kau tu pon boleh je nak sentap dengan kau,tapi dia tahan je dengan perangai manja kau tu yang mengarut.kalau kecik boleh tahan lagi nak manja.ni da besar panjang mengada macam budak tadika!sikit sikit merengek.mengadu itu ini.

kau tengok la lepas ni aku pon da malas nak layan kau.kau sendiri fikir lah.salah kau sendiri kau tak nak fikir.salah orang semua kau nampak.patut la ramai tak nak layan kau sangat dah.baru aku tahu kenapa.selama ni mungkin sebab aku kabur dengan apa yang berlaku.

sorry to say lah.huh buang masa aku je.nyesal aku baik sangat dengan kau,tapi kau tak reti nak menghargai apa yang orang lain buat untuk kau.terkilan aku kalau jadi member jauh kau tu.fikir sentap kau je.sentap orang lain tak nak fikir.

lantak kau la.aku da malas nak fikir.kau renungkanlah apa yang aku cakap ni betul ke tidak.aku harap kau ubah la perangai manja nak mampus kau tu.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

dasar budak hingusan!!!



assalamualaikum

hari ini.bukan hari ini.sejak malam semalam aku terasa nak memaki sorang budak lelaki yang merupakan seorang blogger yang membuat hal dengan adik aku.tapi aku merasakan tidak berbaloi nak maki atau gaduh dengan budak lelaki tu.

maklumlah umur baru 16 tahun.SPM pon tak lepas lagi,tapi da pandai nak couple.bukan aku marah kalau nak couple.itu hak masing masing lantak la couple dengan fasha sanda ke ning baizura ke,liza hanim ke,erra fazira ke,yuna ke ape ke aku tak perdulik pon.

yang aku perdulikkan sekarang adalah kewarasan budak lelaki tersebut yang tak tahu mengunakan otak yang diberikan oleh Allah.seriously,i've pity him a lot for not being able to use his brain to think.what a dumb he is actually.

ade ke,bill yang melambung sampai beratus ratus tu sebab call adik aku tu dia suruh ganti?HAHAHA!what the hell is that,dude?are you mad?sekarang ni siapa yang call siapa?kenapa adik aku nak kena ganti rugi sedangkan yang guna bill dan bergayut itu adalah kau sendiri?dimanakah kelogikkan itu yang mengatakan adik aku perlu bayar?otak dia berfungsi atau tidak?

okaylah fine la kalau dia suruh adik aku bayar balik duit topup sebab memang adik aku pakai,so itu aku tak kisah dan memang perlu settlekan kalau dia minta.tapi pasal bill tu?aku gelak tak henti henti sebab budak laki tu tak boleh pakai otak siapa yang guna bill tu sampai adik aku kena ganti rugi?hahahahahaha adoi dunia dunia.

pastuh nak mengayat la kata disebabkan putus dengan adik aku tu,dia masuk hospital dan sekarang ni dia nak guna duit bill yang dia tuntut tu untuk tujuan perubatan hospital.aku cakap "F**K YOU!" sekarang ni yang bodohnya kau.kau sendiri yang buatkan diri kau masuk hospital pastuh nak suruh adik aku tanggung bill perubatan kau?heh jantan ke ape kau ni?sendiri yang buat,nak suruh ex kau bayar?hahaha bodoh la kau ni.kesian.

tektik kau tak berhasil la bro.mentang mentang kau tua adik aku 2 tahun,kau nak guna kuasa veto kau nak takot-takotkan adik aku tu la?hahahaha.sorry to say la bro.she is not going to pay any cent to you melainkan duit topup yang dia pakai dari kau.thats it.

memang satu keputusan yang bagus adik aku break dengan dia.perasan bagus dan hebat sangat sampai suruh adik aku tu pergi mati?hye who the hell are you dude?kuasa kau ke nak suruh orang pergi mati?kuasa kau ke nak ambil nyawa orang?terserlah kebodohan budak hingusan.

wake up from your sweetest dream bro.this is reality which is nightmare for a boy like you who didnt even use your brain to think.aku malas nak maki kau depan depan.kang malu kau kang aku maki.terus tak nak hidup atas dunia susah sebab malu kerana tidak mengunakan otak kau sendiri.umur baru 16 tahun.jauh lagi perjalanan hidup kau.

jangan buat lawak bodoh tak bertempat.ini adalah realiti.bukan mimpi kau yang kau mimpikan setiap malam!

haaaiissshhh dasar budak hingusan.baru nak up.haiihh.dunia oh dunia.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Monday, November 7, 2011

percaya atau tidak?



assalamualaikum

kali ini nak update something yang agak membosankan bagi aku.percaya atau tidak,sekarang ni rata-rata yang menulis blog adalah dengan gaya copy paste serta blog seperti surat khabar.benda yang dah lama-lama kluar dulu di tulis sekali lagi.bukan sekali tapi berkali-kali.

terus terang aku cakap,sekarang ni aku memang malas nak mati untuk blogwalking.sebab apa?sebab kebanyakkan yang aku baca semuanya benda yang sama.tiada apa yang menarik.seolah-olah gaya penulisan itu semuanya ditulis oleh orang yang sama.

bosan bila kualiti penulisan sudah drop.bukan nak kata aku ni hebat dalam penulisan bukan.aku tidak hebat dalam penulisan sebab itu aku mahukan penulisan yang bagus untuk meningkatkan kualiti tulisan aku.bak kata orang,nak ilmu yang banyak,kena lah bergaul dengan orang yang banyak ilmu.baru kita dapat banyak ilmu,ye dak?

aku sebenarnya rindu nak baca gaya penulisan orang yang dah lama berblogging dulu-dulu sebab apa?gaya mereka sangat menarik.tak seperti mereka yang sekarang ni.opps bukan semua tapi majoriti.menulis bukan kerana kepuasan.tapi populariti semata-mata.

percaya atau tidak ramai blogger sekarang ni banyak copy paste benda yang dah lama ditulis oleh sesetengah blogger.seriously terlalu banyak sampai aku sendiri dah muak dan malas nak blogwalking.sampai begitu sekali tahapnya.

kadang-kadang tajuk entry berubah,tapi isi kandungan sama.pandai juga mereka ini.tahu bahawa tajuk entry memainkan peranan yang penting untuk menarik orang lain pergi click dan membaca blog mereka.tapi bila da terkena tiga,empat kali memang muak la nak blogwalking kan?

secara tuntasnya*da kluar ayat sastera dah* kebanyakkan entry menceritakan sesuatu benda yang sama dengan kerap sekali.kadang-kala kat reading list,dua atau tiga orang menulis benda yang sama.dah takde idea ke nak tulis?bukan aku tak blogwalking,tapi terlalu sikit yang publish mengenai benda yang berlainan.

percaya atau tidak,nilailah sendiri.
.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Sunday, November 6, 2011

aidiladha yang hambar.



assalamualaikum

tadi da update ni nak update lagi.tak salahkan?jeles orang ramai duk update kemeriahan menyambut lebaran aidiladha.ketika semua orang duduk bergembira menyambut salam lebaran aidiladha yang sangat bermakna ini.semua orang meraikan dan memakan daging korban.yeah.tersangat meriah.tapi bagi aku aidiladha kali ini sungguh hambar buat diri aku.

dimana semua orang pergi meninggalkan rumah ini untuk pulang ke rumah masing masing,aku tinggal sorang-sorang.yealah.baru minggu lepas aku balik.takkan nak balik lagi.pastuh datang balik then balik semula.rasa cam buang duit je.

untuk pengetahuan korang exam aku start 2 haribulan.selepas itu 10 dan 11 haribulan.sebelum mula exam tu aku da balik.then takkan aku nak balik lagi untuk aidiladha ni?then datang bali 9 haribulan untuk exam?selepas itu?balik semua?rasa cam tak berbaloi pula rasa.

lagipon duduk kat rumah tu bukan aku study pon.so memang membuang masa dan duit je balik.tak sampai 3 hari lepas tu balik semula.buang duit,minyak dan tenaga.jadi untuk mengelakkan daripada itu berlaku,aku mengambil keputusan untuk tinggal sini.

sadis bukan?orang lain memulakan juadah dengan menu berintikan daging.tapi aku?hanya makan roti gardenia berperisa jagung 2 keping dari pagi sampai ke petang.sementara itu aku hanya duduk rumah melayan cerita drama korean bertajuk Pasta.

sangat sadis.pukul 6.25 petang aku kluar rumah mencari kedai untuk makan malam.tapi sedih juga sebab semua kedai tutup.terpaksa pergi makan kat MCD.kluar melayang duit aku hampir RM20.00.orang lain semua makan free,aku makan kluar duit.ish ish ish.kesiannya aku.dah tu sambut aidiladha sengsorang tanpa ditemani sesiapa.

haih...ternyata aidiladha kali ini sangat hambar buat aku.sungguh menyedihkan.haaaaiiihhh....
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

simple minded,do we?



assalamualaikum.

dah lama sungguh aku tak update semenjak aku menempuhi alam peperiksaan akhir semester.berhabuk agaknya blog ini.tapi kali ini aku nak bincangkan satu isu yang memang aku rasa patut dititik beratkan oleh kita semua tak kira yang separa remaja,remaja,dewasa mahupun kategori veteren.

isu yang dibangkitkan kali ini mungkin dah lama sangat dan mungkin juga sudah sebati dengan perangai orang kita sendiri.bukan niat aku nak mengutuk jauh sekali untuk menghina kaum serta membangkitkan sebarang sensitiviti orang lain.mungkin isu ini membangkitkan sensitiviti,tapi ini adalah kebenaran dan aku rasa perkara ini sepatutnya perlu diubah.silap.bukan perlu.tapi MESTI diubah.

sampai ke hari ini perkara ini masih lagi terjadi.bukan mengenai seks luar nikah.tapi sesuatu yang mungkin kecil tapi dapat membunuh seseorang dalam jangka masa yang panjang.perkara ini juga memang terkenal dengan sifat membunuh.

apa yang aku katakan ialah KHABAR ANGIN NEGATIF.yeah.perkara seperti ini mungkin perkara kecil,mesti korang kata aku ni merepek je kan?tah hape-hape.nama pon khabar angin.apa yang nak dirisaukan.mari aku bagitahu apa yang nak dirisaukan dan kenapa khabar angin negatif ini membunuh.

tau tak korang bahawa khabar angin negatif boleh memusnahkan hidup seseorang?khabar angin negatif ini juga sesuai digelarkan dengan nama saintifiknya iaitu FITNAH.kerana fitnah,sesuatu yang batil,dikatakan benar dan betul.

yang aku tak fahamnya kenapa orang melayu selalu macam ini?aku tak faham kenapa orang melayu adalah kebanyakkan orang yang suka percaya dengan khabar angin negetif terutama sekali kalau pasal hiburan dan tidak lepas paling meletup isu "rogol".yea.ROGOL.isu yang paling menarik perhatian.

pantang benar ada khabar angin pasal perkara seperti itu,laju sahaja mempercayainya.laju saja menyebarkan tanpa usul periksa.dalam filem melayu juga,tabiat ini diperlihatkan.suka mempercayai sesuatu terlebih dahulu sebelum usul periksa.

aku pon tak faham kenapa mentaliti orang kita macam ini?nama sahaja orang Islam.tapi?sebar menyebar fitnah serta mempercayai tanpa bukti.adakah orang kita ini simple minded?tolonglah titik beratkan perkara ini kerana ini adalah benda serius.

nak contoh?katakan kau adalah seorang pelajar yang kurang cemerlang.selalu dapat markah yang tercorot.tapi kau berusaha untuk belajar dan membaiki kesilapan yang telah kau lakukan.pada peperiksaan seterusnya markah kau melonjak dengan tinggi atas hasil usaha yang kau lakukan.semua orang terperanjat.

namun ada sorang dua yang pandai berasa iri hati dan dengki dengan kau memberitahu orang ramai bahawa markah kau itu sebenarnya adalah hasil dari 'toyol' yang kau bawa dalam exam.dan ramai yang mempercayai orang itu tanpa usul periksa dan bukti.

lalu ramai yang berkata-kata buruk dan menyebarkan lagi berita itu kepada orang ramai sehingga cikgu pon turut meragui marakah yang tinggi itu adalah hasil usaha kau sendiri yang tak tidur malam penat lelah selepas kau belajar.

adakah korang rasa semua ini adil?ini adalah salah satu contoh yang senang aku bagi untuk highlight bertapa buruknya KHABAR ANGIN NEGATIF ini.tolonglah sedar dari mimpi.kadang kala apa yang disajikan depan mata itu tak semestinya sedap.kita perlu merasainya juga selain daripada menilai dari mata.baru kita tahu sedap atau tidak.

aku tahu perkara seperti ini banyak yang berlaku didalam kalangan orang melayu.YA.ORANG KITA SENDIRI.tidak bolehkah semua benda diwujudkan persaingan sihat antara bangsa sendiri?kenapa perlu bercakaran antara satu sama lain hanya kerana sesuatu bukan milik kita sendiri?bukankah kita patut tolong menolong antara satu sama lain?

tak puas hati,jom gaduh.settle dengan penumbuk.tak puas hati,aku kena jatuhkan dia tak kira macam mana sekali pon caranya asalkan dia jatuh.baru aku puas hati.tak puas hati,aku nak sihir dia.biar dia rasa dan sebagainya.tapi INI bukan jalan penyelesaian.tapi hanya sekadar menambah masalah.

tak bolehkah kita duduk semeja berbincang.meraikan kejayaan orang lain terutama bangsa kita sendiri?salahkah melihat bangsa kita sendiri berjaya?bukan nak kata tak boleh nak tak puas hati.tak puas hati perlu lihat dari segi positive.sepatutnya rasa tak puas hati sebab tak dapat jadi seperti dia dan berazam untuk jadi seperti dia.bukan iri hati,aku tak dapat,kau pon tak dapat.biar sama-sama jatuh.haih..sedih...begitu ceteknya cara kita berfikir.

aku sedih.memang aku terlalu sedih bila fikirkan ini adalah realiti yang harus diterima.benar kata orang,realiti itu sangat pedih untuk diterima.aku berkata begini bukan untuk menghina atau mempersendakan orang melayu.tapi kerana aku sendiri telah melaluinya sendiri dan ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri.bukan semua orang melayu begini.tapi MAJORITI nya begini.

berdendam pon tak guna.buang masa.baik gunakan masa itu untuk memperbaiki kesilapan hari ini daripada bercakaran sesama diri sendiri sehingga apa pon tak dapat nak diselesaikan.sampai bila keadaan ini perlu berterusan?

Jadikan Esok Lebih Baik Dari Hari Semalam.

tepuk dada tanya selera.inikah yang kita mahukan?

maaf sekiranya terkasar bahasa dan terguris hati.tiada niat untuk menghina bangsa aku sendiri.tapi ini adalah realiti kehidupan yang harus aku,kau,kau,kau dan kau untuk terima.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Thursday, November 3, 2011

aku manusia tanpa arah tuju



assalamualaikum

yeah.manusia.setiap benda yang bernyawa sudah pasti ada sesuatu yang perlu dilakukan...semua yang bernafas ada maklamatnya yang tersendiri.macam orang disekitar aku.berkata-kata tentang misi dan impian mereka yang tinggi,setinggi mengapai awan yang berarak.

namun itu hanyalah satu kategori.kategori yang lainnya ialah manusia tanpa arah tuju.sudah pasti korang juga pernah merasakan hidup ini tanpa arah tuju suatu ketika dulu.yeah.aku juga tergolong dalam golongan ini.tidak dinafikan golongan ini lebih banyak bila otak mula berfikir dengan waras dan akal membicarakan.

aku.manusia tanpa arah tuju.duduk termenung memerhati mereka yang mempunyai matlamat dan misi yang harus mereka kecapi dalam hidup mereka.gelagat mereka semua dirakam tersemat didalam kotak memori.masing masing mempunyai cerita yang tersendiri.

contohnya orang yang sedang bercinta.tak berenggang dari laptop.tersenyum sorang sorang bagaikan orang gila gi depan laptop mahupun di handphone.puncanya,biarlah diri sendiri yang mengetahuinya kerana itu adalah cerita dia.nak diberikan contoh,sangat bersepah.paling senang adalah dikedai makan.banyak contoh orang yang mempunyai cerita yang tersendiri disitu.cuma kau perlu bijak untuk mentafsir maksud yang tersirat.

yeah.sampai bila perlu aku mencari arah tuju hidup aku pon aku tidak tahu.mungkin perjalanan hidup ini akan membawa aku mencari matlamat arah tuju hidup aku.tak perlu susah dan konkrit untuk sebab penyebabnya.walaupun hanya sekadar harapan dan sesimple mana pun matlamat itu,itu tetap maklamat yang membawa kau berjalan dan mengapainya.

eventhough pakcik yang mengutip sampah dan tin tin kosong itu juga mempunyai matlamatnya.pakcik itu membuat kerja itu kerana matlamatnya untuk mencari sesuap nasi untuk terus hidup dimuka bumi ini selagi dizinkanNya.orang yang menghisap dadah,merempit dan sebagainya adalah kerana matlamat mereka yang perlu mereka gapai ialah kepuasan nikmat hidup.

ah,sedihnya aku.mereka yang dikatakan sampah masyarakat itu pun ada matlamat hidup.inikan aku pula.hidup bersederhana.apa yang dimahukan semuanya aku dapatkan.maksud aku keperluan asas untuk hidup.tapi sayangnya aku tiada matlamat hidup yang perlu aku gapai.masih teraba-raba dalam kegelapan mencari cahaya.

bukan bermaksud untuk menghina,tapi untuk kesedaran diri  dan orang sekeliling aku.

bukan tidak ada agama.tapi hanya matlamat yang aku tercari-cari.salah dan hinakah aku kerana tiada arah tuju?salahkah aku berfikir begini?salahkah aku memerhatikan mereka mengapai matlamat mereka?

aku manusia tanpa arah tuju.duduk disatu tempat.memerhati mereka yang mempunyai matlamat hidup.sampai bila?bila aku sudah dapat mencari matlamat yang perlu aku gapai.aku manusia tanpa arah tuju.


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Wednesday, November 2, 2011

bear in your mind.

assalamualaikum

yeaaah.lama sangat dah tak update blog.sekarang ni macam macam problem datang.hidup aku penuh dengan stress.yeah orang macam aku ni perlu tahu bagaimana nak handle stress.klau tak memang dah jadi arwah dah sebab stress je memanjang.aku rasa boleh mati orang lain sebab stress sangat.tak sempat nak bernafas da kena hentam dengan stress.

hidup aku mengalahkan orang yang da habis belajar.macam orang da kahwin pon ade.means bukan maksud aku hidup da ade isteri.bukan.maksud aku masalah yang hampir serupa yang orang dah kahwin hadapi.yeala aku ni student,tapi macam macam masalah datang.

contohnya pasal hal rumah.kena cari rumah sewa baru.haa pasal ape itu tak perlu tahu la.tak penting pon untuk korang.tengok da macam orang bujang.pindah sana sini.runsing.pasal bab duit jangan citer la.itu hal utama untuk seseorang bergelar student.

selain dari masalah sebagai student yang kena selesaikan assignment,project,quiz dan presentation,mungkin itu perkara biasalah bagi seorang student.stress pasal itu jangan kata kalau semua kerja group kau buat sorang.nasib sem ni kurang skit stress sebab kerja group memang group buat kerja.tak macam sebelum sebelum ni.kerja group 90% aku buat sorang.

pastuh dengan family matters lagi.well yeah paling men stress kan aku adalah perasaan soal hati.bila cakap pasal soal perasaan dan hati,kalau stress boleh jadi gilo weyh.serius aku cakap.sebab aku da pernah kena.and now sekarang perkara itu berulang kembali.

well yeah.kadang kadang hati berkata,alangkah bagusnya kalau ada pasangan.sebab semuanya boleh berkongsi bersama.ada orang sokong dan ada tempat untuk aku meluahkan segala rasa isi hati aku yang dah lama terpendam.

akal pula berkata,lebih baik kau single.buat susah je ade pasangan ni.cuba fikir aku ni student.hidup pon terkapai kapai,ada hati nak ada pasangan.baik aku guna duit aku untuk diri sendiri.siapkan assignment,project bagai semua tu.itu semua menjamin masa depan.pasangan ni bila aku dah kerja pon akan ada lagi.petik je jari insya~Allah mamak datang ambik order makan.eyh silap.insya~Allah akan ade orang datang untuk berkongsi rasa hati.

well yeah.sekarang ni aku rasa aku tersepit diantara dua kata.kata hati dan kata akal.pada awalnya aku rasa baik ikot kata hati sebab aku kat sini pon sorang sorang.takde orang yang boleh aku harapkan.semuanya datang dan pergi.tak ada yang stay.so aku pon teruskan perjuangkan kata hati untuk seketika waktu.

sekarang ni pula,setelah macam macam yang terjadi aku merasakan pula kata akal itu ada betulnya.aku pon terfikir juga,duit yang aku blanja macam-macam untuk awek semua tu aku tak lokek nak kluarkan duit.tapi bila dengan family,punya payah aku nak kluarkan duit.semua guna duit parents.aku merasakan aku bertindak kejam dengan family aku sedangkan family aku tu lah yang membesarkan dan memberi aku duit untuk hidup.

sekarang ni baru lah aku terasa seperti terpukul dibahagian kepala.kenapalah aku gatal sangat nak ada pasangan disaat aku dipertanggungjawabkan oleh keluarga aku,yang mendidik dan membela aku dari kecik sebesar tapak tangan hingga sebesar kereta?harapan keluarga sangat besar buat diri aku.

jadi aku rasa ada baiknya aku focus kembali dengan apa yang menjadi tunggak utama aku berada didunia ini.yeah.bear in your mind that i'm finish with every relationship that i've made except friends relationship.yeah i think better be friends than being couple.it just some problem that i manage to stay away than adding it as stress that would kill me everyday.

bear in your mind that IM BEING SINGLE for time being.im sorry for being cold hearted person and im sorry for what i've done.sorry.i need to make up my mind and continue to survive on this cruel world of facts.




Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Wednesday, October 26, 2011

annoying tahu?



assalamualaikum

pernah tak korang rasa cam annoying gila budak ni?tak habis habis lagi ke?benda da lama settle tetibe ungkit balik.pernah tak pernah tak?hahaha mesti pernah punya sebab aku dalam keadaan yang sebegitu rupa.annoying sungguh mereka ni.

benda da lama senyap da lama tak berungkit da lama terkubur tiba tiba ungkit balik nak cari pasal.pergh memang annoying.untuk pengetahuan kau(yang dikatakan annoying itu) aku dah malas dan takde masa dah untuk korang.takde masa dah aku nak geli geli manja manja dengan korang.

sorry to say la masa aku sekarang ni lebih berharga daripada melayan orang macam korang ni.annoying sangat.kalau boleh,berambus dari hidup aku pon lebih baik.senang citer tak perlu wujud dalam kamus kenalan aku selama aku hidup.aku takperlukan orang annoying cam korang tu.

bosan aku melayan  orang yang pada luaran nampak matang dan dah boleh jadi bapak orang dah serta boleh jadi ketua keluarga tapi hakikatnya dari segi dalaman perangai mengalahkan budak sekolah.aku pon tak faham kenapa usia kau yang sepatutnya berperangai matang dah boleh mendidik dan membimbing orang lain tapi ber- attitude begini?

come on la.diri tu da dewasa.tak perlu nak macam kanak-kanak la.macam budak budak tadika tu.berebut gula bagai semua tu.tolong lah.bila nak sedar diri tu da tua pon aku tak tau.haih.macam macam.sekarang kau dengan hidup kau da boleh jalan dari hidup aku.aku dah takde mood nak bermain dengan kau.aku lebih pentingkan apa yang menjamin masa depan aku.kau nak dendam ke nak dengki ke itu kau punya pasal.takde kaitan dengan aku.

kau nak hidup kau sakit hati teruskan lah sebab aku memang akan ignore kau sampai aku hembus nafas terakhir aku melainkan kau da tau nak berfikir dan tahu yang mana buruk yang mana baik.wake up from your dream.kau da boleh kahwin jadi bapak orang tapi tak malu ke perangai macam ni?haih susah susah kalau orang tak reti nak berfikir.lantak la da malas aku nak ambik tahu pasal kau dengan geng kau.buang masa.takde faedah dan kebaikkan pon yang aku dapat.buang masa aku je.

tolong jangan jadi annoying.terima kasih.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

haih apa nak jadi.

assalamualaikum

kali ini update plak pasal seorang hamba Allah ni,takperlu aku mention sebab aku bukan nak mengaibkan orang tapi sebagai peringatan juga terhadap aku.terpulang pada diri masing masing untuk menerima atau pon tidak.tiada paksaan untuk menerima.orang kata kalau diri sendiri tu tak nak,orang lain bunuh mati pon memang takkan nak punya.

okay ceritanya begini,setiap orang tidak sempurna.jangan pernah kata diri itu sempurna langsung.terutama dalam cerita cinta.selalunya mereka akan cakap "tanpa awak saya tak sempurna" lebih kurang gitu la ayatnya.itu semuanya salah sama sekali.walaupun ada 'awak' itu masih lagi tidak sempurna.

okay stop.takde kaitan aku citer atas ni.hahahaha.beginilah.kawan kawan ku sekalian.aku bukanlah nak kata baik sangat dan bukanlah jahat sangat.sejahat aku pon,aku takdela sampai nak tikam belakang orang.aku faham keadaan yang bila keluar kepompong untuk melihat dunia itu sangat menghairahkan.

mungkin sebab kejutan budaya itu pasal jadi begitu.mungkin kau tak nampak apa yang berlaku tapi kawan-kawan kau telah pon khabarkan dunia sebenarnya macam mana.berhati-hatilah di dunia ini.tapi aku sedih bila kau sendiri tikam belakang kawan kau yang tolong kau macam-macam.

aku tahu kau terkena kejutan budaya bila kau mendapat sesuatu yang baru.lebih senang aku citer adalah kuasa.kuasa yang kau ada ini takkan bertahan lama.semua itu adalah duniawi.sedarlah diri tu sebelum terlambat.

cuba kau rasakan dan cuba kau letakkan diri kau kat dalam keadaan kawan kau.kau tolong dia bagai semua berkongsi rasa dan rahsia tiba tiba dia tikam kau.buruk burukkan kau semua dengan orang yang baru kau kenal.patut ke?

kawan yang tolong kau selama ini,bantu kau selama ini kau tikam belakang dia.kau burukkan dia.pergh sape yang tak terasa hati?selama ini semuanya dia tolong kau.tapi ini yang kau balas kat dia?kenapa??kau tak sedar lagi ke kawan kawan yang banyak tolong kau tu asyik kena tindas je dengan orang yang baru kau kenal?

come on la.come to your sense.dia yang tolong kau selama ni.orang yang kau baru kenal tu ade tolong kau ke?pernah dia tolong kau bila kau susah pasal keja ke pasal college ke ade?takde weyh.sape jugak yang tolong?kawan kau jugak.kawan kau yang ada kat sini.bukan dia.

kawan kau jugak yang kenal orang yang baru kau kenal tu lebih lama.dia lebih mengetahui apa yang kau tidak tahu.dia khabarkan.tapi kau berdegil.okay tak kisahlah.siapalah dia untuk menegur siapa kau perlu kawan kan?tu hak kau untuk berkawan.

tapi perlu ke kau memburuk-burukkan dia dengan orang yang baru kau kenal?aku tahu kau nak perhatian orang lain seperti orang orang lain yang mendapat perhatian.tapi berbaloi ke apa yang kau lakukan ini?aku tak rasa ini semua berbaloi.

aku tak tahu la kau sedar ke tak sedar yang orang tu mempergunakan diri kau je untuk mendapatkan maklumat.apa yang diberikan itu hanya sekadar pancing kau je.kau tengok lah lepas ni apa yang akan terjadi.jangan salahkan orang lain jangan pernah kau cuba cari kawan kau  tu balik bila kau ade masalah nanti.

aku nak tengok siapa yang kau cari kalau kau ade masalah nanti.aku nak tengok siapa yang nak tolong kau nanti.percayalah.sekali kau mengecewakan kawan yang sanggup tolong kau sanggup berkawan dengan kau tanpa mengira apa sekali pon,saat itu jugalah kau kehilangan sesuatu yang berharga lebih daripada apa yang orang tu boleh bagi kat kau.

sebelum terlambat better kau sedar diri lah sebelum dia sendiri tak perdulikkan kau.kau dengan dia da berapa lama kenal weyh?kau dengan orang tu berapa lama kau kenal?tak boleh nak fikir ke?come on la.kau tu da besar.boleh bezakan yang mana buruk dan yang mana yang baik.

kau sanggup tikam belakang orang yang lagi lama kau kenal dengan orang yang baru kau kenal kan?aku pon tak faham lah kenapa dengan kau ni.haiihhh mengucap laaaaaaa aku ni hah.nak tegur kesian.kang cakap aku macam-macam.hah jadi kalau terasa dengan entry ni muhasabah la diri kau tu seeloknya.patut ke buat macam ni?

terpulanglah pada diri kau sendiri nak buat apa pon.aku cuma boleh tegur kau dalam entry je.kang berdepan tegur kang bermasam muka plak.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Saturday, October 22, 2011

mampus pon takpe

assalamualaikum

kali ni nak coretkan sedikit rasa tak puas hati sebenarnya.memang terasa tidak puas hati sangat sangat dan hati sekarang ni ngah membara bara dah ni.kalah panas bara batu api tu.memang aku rasa orang macam ni mampus pon tak pe.buat semak je.

aku pantang betul kalau complain,salahkan orang pandai.tapi sendiri yang menjadi punca masalah.bodoh betul.memang terasa  bodoh sangat.terserlah kebodohan.bukan nak kata apa la kan.complain banyak pasal tenet slow.maki hamun jerit jerit dalam bilik cakap "(&^*^(*&(*^^%$ sape download?" "&*%*!^@%$^@#" carut carut maki maki lah bagai semua tu.

sanggup masuk bilik aku yang selama ini kalau tutup tak pernah dia nak masuk semata-mata nak tengok aku ade download ke takde.pastuh nak tengok aku bukak tab bebanyak ke tak.da puas tengok aku takde download bukak pon dua tab je,pastuh kluar cam tu dia senyap.

tadi baru aku tahu bill dah dua bulan tak bayar.memang patut la pon lembab bagai mengalahkan menatang LALA kat tepi pantai tu.LALA tu pon reti nak gerak laju kalau dilambung ombak.so bayangkan betapa lembabnya connection itu?boleh?

punca tak bayar bill dua bulan sebab makhluk Allah sorang ni yang complain bagai pasal tenet slow dan makin hamun bagai pasal orang dok download semua ni merupakan punca.LIAT SANGAT NAK KLUARKAN DUIT nak bayar.GUNA PANDAI,BAYAR LIAT.

tu la aku cakap,orang cam ni mampus pon takpe.menyusahkan orang je.salahkan orang semua diri sendiri tak sedar.betapa bodohnya orang macam ni?nak cakap direct depan depan kang bertumbuk.gaduh tak pepasal.so memang patut la aku lepaskan kat dalam blog ini.

bukan sehari dua kenal makhluk Allah ni.pantang tegur skit hah mula la perangai nak syaiton sangat kan.so untuk mengelakkan daripada berlaku bertumbuk bagai ni better aku lepaskan kat entry.kau nak baca tu kau punya pasal la kan.aku tak suruh kau baca.nak terasa lantak kau la.heran plak aku.

sendiri yang buat perangai nak kecoh bagai.aku da cakap dari awal awal dah.tunggu masa je kau nak kena.haa sekarang connection da kena potong.aku nak tengok apa yang kau nak buat.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Tuesday, October 18, 2011

dah clash tak boleh kawan?



assalamualaikum

agak agak korang lama tak blog ini terbengkalai?da berapa lama yea tak update?aku pon dah lupa bila last update.rasa cam dah lama je tak update.maklumlah baru selesai present final project untuk 1 subject.ade lagi 2 final project yang tak present lagi.so agak busy skit la.tapi bukan itu yang aku nak coretkan :)

berbalik pada topik yang aku nak utarakan,ramai yang tanya aku*aku pon tak tau kenapa ramai tanya aku* kalau da clash dengan pakwe/makwe ni tak boleh kawan balik ke?kenapa selalunya dah clash mesti takkan bertegur sapa lagi selepas itu.kalau tegur pon ala kadar atau hanya sekadar perlu sahaja.

ok kat sini aku perjelaskan dengan lanjut yea.sebenarnya semua ini bergantung pada diri individu itu sendiri.seriously memang bergantung pada diri sendiri.bagi aku,yang aku perhatikan sebenarnya tiada masalah pon untuk berkawan dengan ex kita.

memang pada mulanya kita akan merasakan janggal sebab kisah silam yang dulu masih lagi segar bugar didalam kotak memori.semuanya memerlukan masa.aku tak nampak apa halangannya dan kenapa ramai orang masih pegang prinsip da clash tak boleh kawan.

korang kena ingat,saatnya terjalin satu hubungan istimewa itu adalah dari hubungan seorang kawan.untuk melangkah ke satu hubungan istimewa itu terletak pada diri sendiri.bertepuk sebelah tangan sahaja takkan menjadi hubungan istimewa.kita yang menentukan semuanya.

korang semua kena ingat juga tentang ini.ini merupakan peringatan untuk korang semua yang memegang prinsip dah clash tak boleh kawan.dan ini juga adalah salah satu penyebab yang aku katakan tak nak halangan pon kalau da clash tapi tak boleh kawan.


Nabi sebut : " tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur spa kepada saudaranya lebih dari tigas hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawabsalamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu" ( Riwayat Abu Daud , riwyaat dari abu daud ini dhoif tetapi terdapat riwayat sohih dari al-bukhari )


Riwayat bukhari : " tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam" ( al-Bukhari)


Nabi juga sebut : " Silaturahmi itu tergantung di arasy lalu berkata : "Sesiapa yang menyambungku (silaturahmi) maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan ku maka Allah akan memutuskannya" ( Al-Bukhari 4/112 )


Nabi jga sebut : Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturrahmi " ( al-Bukhari)


jadi sekarang ni cuba korang fikir balik.kenapa kalau dah clash,kita tak boleh nak kawan dengan ex kita?dalam Islam,dalam Al-Quran itu sendiri dah nyatakan tidak elok kita memutuskan silaturahim yang terbina.jadi mengapa masih ramai lagi yang memegang prinsip dah clash tidak boleh berkawan?

ubahlah persepsi korang terhadap perkara ini yea.selamat beramal kawan-kawan :)
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.