Monday, November 7, 2011

percaya atau tidak?



assalamualaikum

kali ini nak update something yang agak membosankan bagi aku.percaya atau tidak,sekarang ni rata-rata yang menulis blog adalah dengan gaya copy paste serta blog seperti surat khabar.benda yang dah lama-lama kluar dulu di tulis sekali lagi.bukan sekali tapi berkali-kali.

terus terang aku cakap,sekarang ni aku memang malas nak mati untuk blogwalking.sebab apa?sebab kebanyakkan yang aku baca semuanya benda yang sama.tiada apa yang menarik.seolah-olah gaya penulisan itu semuanya ditulis oleh orang yang sama.

bosan bila kualiti penulisan sudah drop.bukan nak kata aku ni hebat dalam penulisan bukan.aku tidak hebat dalam penulisan sebab itu aku mahukan penulisan yang bagus untuk meningkatkan kualiti tulisan aku.bak kata orang,nak ilmu yang banyak,kena lah bergaul dengan orang yang banyak ilmu.baru kita dapat banyak ilmu,ye dak?

aku sebenarnya rindu nak baca gaya penulisan orang yang dah lama berblogging dulu-dulu sebab apa?gaya mereka sangat menarik.tak seperti mereka yang sekarang ni.opps bukan semua tapi majoriti.menulis bukan kerana kepuasan.tapi populariti semata-mata.

percaya atau tidak ramai blogger sekarang ni banyak copy paste benda yang dah lama ditulis oleh sesetengah blogger.seriously terlalu banyak sampai aku sendiri dah muak dan malas nak blogwalking.sampai begitu sekali tahapnya.

kadang-kadang tajuk entry berubah,tapi isi kandungan sama.pandai juga mereka ini.tahu bahawa tajuk entry memainkan peranan yang penting untuk menarik orang lain pergi click dan membaca blog mereka.tapi bila da terkena tiga,empat kali memang muak la nak blogwalking kan?

secara tuntasnya*da kluar ayat sastera dah* kebanyakkan entry menceritakan sesuatu benda yang sama dengan kerap sekali.kadang-kala kat reading list,dua atau tiga orang menulis benda yang sama.dah takde idea ke nak tulis?bukan aku tak blogwalking,tapi terlalu sikit yang publish mengenai benda yang berlainan.

percaya atau tidak,nilailah sendiri.
.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

2 comments:

Farrah yong said...

biasa la tuuu . nak wat cmne

RinsyaRyc said...

<---gaya bahasa biasa je. bukan cam awak, bijak bersastera.. ^__^