Thursday, November 3, 2011

aku manusia tanpa arah tuju



assalamualaikum

yeah.manusia.setiap benda yang bernyawa sudah pasti ada sesuatu yang perlu dilakukan...semua yang bernafas ada maklamatnya yang tersendiri.macam orang disekitar aku.berkata-kata tentang misi dan impian mereka yang tinggi,setinggi mengapai awan yang berarak.

namun itu hanyalah satu kategori.kategori yang lainnya ialah manusia tanpa arah tuju.sudah pasti korang juga pernah merasakan hidup ini tanpa arah tuju suatu ketika dulu.yeah.aku juga tergolong dalam golongan ini.tidak dinafikan golongan ini lebih banyak bila otak mula berfikir dengan waras dan akal membicarakan.

aku.manusia tanpa arah tuju.duduk termenung memerhati mereka yang mempunyai matlamat dan misi yang harus mereka kecapi dalam hidup mereka.gelagat mereka semua dirakam tersemat didalam kotak memori.masing masing mempunyai cerita yang tersendiri.

contohnya orang yang sedang bercinta.tak berenggang dari laptop.tersenyum sorang sorang bagaikan orang gila gi depan laptop mahupun di handphone.puncanya,biarlah diri sendiri yang mengetahuinya kerana itu adalah cerita dia.nak diberikan contoh,sangat bersepah.paling senang adalah dikedai makan.banyak contoh orang yang mempunyai cerita yang tersendiri disitu.cuma kau perlu bijak untuk mentafsir maksud yang tersirat.

yeah.sampai bila perlu aku mencari arah tuju hidup aku pon aku tidak tahu.mungkin perjalanan hidup ini akan membawa aku mencari matlamat arah tuju hidup aku.tak perlu susah dan konkrit untuk sebab penyebabnya.walaupun hanya sekadar harapan dan sesimple mana pun matlamat itu,itu tetap maklamat yang membawa kau berjalan dan mengapainya.

eventhough pakcik yang mengutip sampah dan tin tin kosong itu juga mempunyai matlamatnya.pakcik itu membuat kerja itu kerana matlamatnya untuk mencari sesuap nasi untuk terus hidup dimuka bumi ini selagi dizinkanNya.orang yang menghisap dadah,merempit dan sebagainya adalah kerana matlamat mereka yang perlu mereka gapai ialah kepuasan nikmat hidup.

ah,sedihnya aku.mereka yang dikatakan sampah masyarakat itu pun ada matlamat hidup.inikan aku pula.hidup bersederhana.apa yang dimahukan semuanya aku dapatkan.maksud aku keperluan asas untuk hidup.tapi sayangnya aku tiada matlamat hidup yang perlu aku gapai.masih teraba-raba dalam kegelapan mencari cahaya.

bukan bermaksud untuk menghina,tapi untuk kesedaran diri  dan orang sekeliling aku.

bukan tidak ada agama.tapi hanya matlamat yang aku tercari-cari.salah dan hinakah aku kerana tiada arah tuju?salahkah aku berfikir begini?salahkah aku memerhatikan mereka mengapai matlamat mereka?

aku manusia tanpa arah tuju.duduk disatu tempat.memerhati mereka yang mempunyai matlamat hidup.sampai bila?bila aku sudah dapat mencari matlamat yang perlu aku gapai.aku manusia tanpa arah tuju.


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.