Friday, November 18, 2011

bila dah bosan



assalamualaikum

heee kali ini aku nak update tentang bosan.bosan ini adalah satu perasaan yang tidak asing yang ada di dalam diri setiap manusia.aku juga begitu.tidak terkecuali.bosan ini ada beberapa tahap dan ketegorinya.eyh sama je kan?ok abaikan.

so aku nak kongsi beberapa tahap dan ketegori je la yea.rasanya semua orang da tahu kot?first tahap bosan manja-manja je.maksudnya boring sekejap je.pastuh tak sampai dua ketiga ke,lima jam kemudian kembali mengadap benda yang sama yang dirasakan bosan beberapa jam yang lalu.aku tahu ini selalu je terjadi pada setiap orang yang membaca entry ini.

selalunya macam main game la.terlalu dan kerap sangat akan merasa jemu.begitu juga dengan makanan.selalu makan pon akan merasa bosan juga kan?tapi still perlu makan sebab kalau tak makan,takde tenaga macam mana nak buat kerja kan?

then tahap kedua.bosan sedang-sedang.maksudnya bosan dalam satu jangka masa jelah.contohnya 4 tahun ke,6 tahun ke,20 tahun ke macam itu la.itu selalunya terjadi pada pasangan yang bercinta.khususnya para remajalah.of course la kan?sebabnya semasa remaja ni lelaki bersikap panas baran.dan perempuan tidak bertolak ansur.kedua dua sikap ini akan menyebabkan sesama sendiri bosan dengan diri kita sendiri.

well manusia kan?biasalah tu kalau bercinta.adat ketika bercinta.resepi utama adalah penyayang dan yang mengukuhkan adalah perbalahan yang kecil.insya~Allah.manusia mana yang boleh tahan lama-lama dengan perangai macam itu?tak lama babe.haha.jadi awas lah yea kalau da bercinta tu kawal lah panas baran dan sila bersikap tolak ansur kalau nak kekal dengan lebih lama.

seterusnya tahap bosan sangat.waktu ni memang dah tak tau nak buat apa dah.buat ini bosan buat itu bosan.semuanya jadi tak kena dan tak pepasal orang yang berada di tahap bosan sangat ini merasakan sangat stress dengan diri dia sendiri sebab tak tahu apa benda yang boleh dilakukan untuk menghilangkan rasa bosan.semuanya  bila dia buat,dia rasa macam tak kena je memanjang.

orang macam ni bagi dia cool down dulu.kalau tak silap,bagi la dia tido dulu ke,tengok wayang ke.haa insya~Allah dia akan cool down dan mula buat benda lain.dalam situasi ini harus pandai mencari sesuatu yang boleh melepaskan kebosanan.macam aku tengok wayang dan kluar dating la kot selain berblogging?hahaha.ade orang tu berkaraoke,membeli belah,makan dan sebagainya.

yang terakhir sekali,bosan tahap petala tujuh.kenapa tujuh?sila rujuk al-Quran.dalam Quran Allah mencipta semuanya dengan angka tujuh.jadi sila fikir kenapa tujuh yea.malas nak berceramah panjang pasal keagamaan pula.okay bosan tahap petala tujuh ini sangat-sangat merbahaya dan hanya akan terjadi apabila perasaan benci yang tersangat itu mula timbul.

contohnya macam ade orang buat satu kesalahan yang memang memberi impak sangat besar dalam hidup kita.contoh paling senang,kita kehilangan orang yang kita sayangi oleh sebab seseorang.maksudnya macam accident lah.lagi lagi bila accident dengan orang yang kita kenal.ini memang akan ada bosan tahap petala tujuh ni.memang comfirm dah tak nak jumpa dia dah.kalau boleh nak dia pon jadi arwah juga.

ini sangat bahaya yea.kalau orang yang memegang ajaran agama,tak kiralah agama mana-mana pon perkara yang terbaik adalah memaafkan pelaku itu tersebut serta reda dengan apa yang dah berlaku.sentiasa berdoa dan insya~Allah semuanya akan kembali normal seperti sedia kala cuma gelak tawa dan senda gurau itu je yang tiada.

oklah ni sebab aku da bosan la ni aku dok merepek buat entry ni.mesti korang baca pon bosan kan?sebab aku mengarut benda yang bosan dan tah hape-hape.actually aku memang tak tahu ape benda yang aku dah melalut dalam entry ni.segala salah dan silap mohon dimaafkan yea.hahaha terima kasih sebab sudi baca :p

.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

3 comments:

Eyda Syahida said...

bosan bosan bosan bosan bosan!!!! >.<

bosan gile okeh! -__-

Zayani said...

bnyaknye perkataan bosan =.=

kai said...

ala sian dia bosan..
buat la somthing yang boleh hilangkan bosan