Friday, February 15, 2013

harapan.

assalamualaikum

lamanya tak update blog.tetibe teringin untuk update blog ini.mungkin minat untuk berblogging tu masih ada tapi sengaja dipendamkan dan menghilangkan diri untuk sementara waktu.kalau tak silap,ini adalah post yang pertama untuk tahun 2013.heeeee selamat menyambut tahun 2013 walaupun da pertengahan bulan 2,perdulik ape kan?janji wish.HAHA.

kali ini nak update pasal harapan.dalam dunia ini,masa dalam kandungan ibu lagi,kita sudah dikaitkan dengan harapan.pelbagai harap sama ada menaruh harapan atau diberi harapan.tak pernah putus.harapan yang tidak terkira banyaknya.dalam erti kata lain,hasrat.

sejak kecil lagi saya tak pasti sama ada anda semua dibesarkan dengan perkataan harapan atau tidak sebab saya dibesarkan dengan perkataan harapan.setiap hari otak saya berlegar dengan perkataan harapan.sama ada harapan keluarga,kawan-kawan mahu pon cikgu dan pensyarah itu sendiri

perkataan harapan itu sebenarnya adalah tanggungjawab yang digalas oleh seseorang sebenarnya.terutamanya harapan keluarga.memang berat sangat.da macam nak menangis pun ada bila kita pegang harapan seseorang yang menaruh harapan atas diri kita ni.

harapan ibu bapa itu adalah perkara yang teramat besar dan berat sekali bila difikirkan.sebab ibu bapa itulah yang melahirkan dan membesarkan kita.jadi effect "harapan" dari keluarga itu memang agak besar.lagi lagi bila ibu bapa cakap "kau adalah harapan terakhir mak dan ayah dalam keluarga ni" pergh sebak dia tak usah diungkap.lagi bertambah takut kalau tak boleh nak galas harapan yang ditaruh oleh ibu bapa kerana takut tak mampu dan mengecewakan hati kedua ibu bapa kita.

dalam soal harapan ini,bukanlah soal yang boleh dibuat main main terutama bila ade orang menaruh harapan yang tinggi terhadap kita.dugaan dia seperti seluruh alam semesta ni diatas bahu kita.teramat berat sampai kita tak mampu untuk memikirkan keadaan positive.tapi ke arah negative.

biasalah tu bila kita resah dengan harapan orang lain yang menaruh tinggi terhadap kita,mesti kita akan fikir kekecewaan yang bakal dihadapi bila kita gagal memenuhi harapan yang dikehendaki.rasa tak berguna pun ada kadang-kadang bila tak dapat nak penuhi hasrat yang diingini.

okay cukup lah untuk bab yang menaruh harapan terhadap diri kita.now kita cerita bab kita menaruh harapan terhadap orang lain pula.perkataan harapan yang tidak pernah putus dimulut mulut mereka yang menyanjung,hormat dan sebagainya sampai aku sendiri pon speechless nak terangkan macam mana akibat dah lama tak update blog.kehkehkeh.

okay enough.back to the topic.

memberitahu harapan kita kepada orang lain itu secara tidak langsung memberi tekanan kepada orang yang kita harapkan.sebenarnya memberi harapan dan menaruh harapan ni dua dua ade effect yang tidak bagus dengan perkataan "kecewa" tahu maksud kecewa? kecewa frust menonggeng sampai tido tak lena,makan tak kenyang dan mandi pon tak basah.da macam orang putus cinta.haaa gitu la.bagi yang tak pernah alami,aku sarankan banyak tengok cerita korea.sebab cerita korea ni banyak element frust menonggeng bila cerita berkaitan dengan cerita cinta.tak percaya tengok lah.jangan genre romantik.itu takde frust.cari genre sedih sedih punya.nak suggest kan pon aku tak tahu cerita ape sebab aku tak berapa nak minat sangat.kehkehkeh.

bila kita menaruh harapan,jadilah macam apa yang aku khaborkan kat atas tadi.tapi selalunya orang yang menaruh harapan kat orang lain ni tak sedar yang orang itu sendiri tertekan dengan apa yang kita harapkan sebab kita tak boleh nak jadi macam mana yang kita harapkan jadi kita harapkan orang itu menjadi sepertimana yang kita inginkan.bukan ke ini menambahkan rasa stress orang tu?maklumlah setiap orang tidak sama takdirnya yang ditetapkan sejak dari azali lagi.bila dah macam ni,perkara umum adalah harapan.tak percaya?cuba tengok drama melayu.mesti ada berkaitan dengan harapan.paling tidak pon 90%.

okay aku tak nak bebel panjang lebar lagi sebab pernah dapat comment kata entry aku panjang sangat sampai orang malas nak baca sedangkan aku kongsi ilmu dan pengalaman serta pedoman orang lain.jadi sangat rugi sape yang complain panjang dan tak nak baca.HAHA.

jadi konklusinya,bila kita menggalas harapan itu,kita harus melatih diri kita menjadi positive yang kita boleh melakukannya.jangan pernah fikir negative.anda percaya tak bahawa banyak orang yang berjaya waktu dulu adalah mereka yang tidak pernah bersekolah?contohnya Bill Gates,Steve Jobs, Henry Ford dan sebagainya.sila google kalau nak tahu lebih lanjut tentang mereka ini.jadikan mereka sebagai contoh untuk berjaya. kerana ape aku cakap macam tu?mereka adalah orang yang tidak berpendidikkan tapi mereka berjaya hanya dengan berfikiran positive.jika mereka boleh mengapa anda tidak boleh?

bagi yang menaruh harapan pula,harapnya berfikirlah dahulu dari pelbagai segi tentang orang itu dulu barulah kita menaruh harapan.memang betul,tiada apa yang mustahil kalau kita berusaha,berdoa,ikhtiar dan tawakal.tapi ketahuilah setiap orangi tu tidak sama.ada yang mampu untuk menggalas harapan itu dan ada yang tidak mampu.




Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Monday, November 26, 2012

berubah

assalamualaikum.

kali ni aku nak update pasal member aku sorang ni lah.da berubah kaw kaw punya.bukan nak kata ape lah.aku selalu jugak terfikir.mungkin sebab aku la kot yang mengubah dia sehingga lain sangat.kalau lah aku tak ajak dia kluar untuk perjumpaan masa gath tu,aku rasa semua ni takkan jadi.

sekarang ni dia da jauh sangat dengan kami kami semua.walaupun dia ade problem dengan certain people yang juga kawan aku,aku tak ambik port.sebab itu masalah dia dengan orang tu.so better selesaikan sendiri.walaupun dia dah lama berjauhan daripada kami kami ni,aku still kalau boleh tak nak dia terputus persahabatan antara aku dengan dia.

tapi now semakin menjadi jadi.tiba tiba je tembak aku pula.cari point nak cari masalah dengan aku ke atau nak jadi attention seeker?aku pon tak tahu.tapi kalau dia nak start cari point dengan aku,aku takde masalah.banyak je point aku nak tembak dia balik.tapi aku fikir dia kawan aku.so  aku malas nak perbesarkan hal yang kecik.

cuma aku terfikir adakah ini semua terjadi sebab aku yang mengajak dia untuk join gath gath semua ini.kalau tak ajak dia g gath semua tu mungkin semua ini takkan terjadi.mungkin juga dia tak jauh dari kami.semenjak dia da move on dengan better life yang dia pilih sendiri,aku dengan dia da jarang contact.tah ape masalah dia pon tak tahu.gadoh dengan orang lain,semua kena tempias.

dia kena ingat,dia dengan siapa dia bercinta itu kerana kami juga.aku yang influence dia untuk join gath gath semua tu.tapi tu lah orang kata,manusia boleh berubah dengan siapa dia kawan.bukan nak kata semua kawan dia tu jahat.bukan.siapalah aku ni nak cakap kawan dia semua jahat sebab aku pon tak kenal semua kawan dia.

tah la aku malas nak cakap banyak dan ungkit ape yang dah berlaku.tapi kalau dia nak memutuskan persahabatan,aku tak kisah.why should I make you stay if you want to leave at first kan??if you're leaving,remember, its not worth for the reason why you need to be silent and leave your friends all alone here.friends means a person who wiling to stay in what ever situation happen,to comfort and to be the shoulder to cry on.so think.i wont stop you from leaving if you think leaving will solve everything at once,you're wrong.Im telling you,its wrong! so it up to you now.I tried my best to make you stay.in the end,Im tired for make you stay when leaving is the only thing in your mind.


sincere,

your friends.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.