Tuesday, September 23, 2014

pasangan mengusha orang lain




Assalamualaikum.

lamanya tak tulis entry dalam blog ini. entah lah ape khabar agaknya orang orang disana yang dulu sama-sama menjadi rakan seperjuangan blogger. entah masih meneruskan menulis atau pun tidak ataupun menjadi seperti aku, kadang-kadang menulis, kadang-kadang meninggalkan blog. pape pon selamat berjaya lah dalam apa jua diceburi.

eh da terpesong pula dari tajuk yang sepatutnya. entry ini aku nak bercerita tentang perempuan dan lelaki. mungkin ada yang sudah tulis pasal ini tapi tah dalam blog aku ni masih belom ade. jadi aku nak menaip la pasal ini dan ini bukan copy paste. ini adalah pendapat aku sendiri mengenai lelaki dan perempuan itu sendiri. lebih tepat cara perempuan dan cara lelaki dalam bercinta apabila mengusha orang lain.

orang kata perempuan memang suka mengusha lelaki hensem dan sado badannya. kerana apa? perempuan memang diciptakan suka pada benda kecantikkan. tapi tu lah bagi perempuan itu adalah sebahagian dari kecantikkan rupa paras lelaki. memang aku pon tidak dapat menafikan tentang ini.tapi orang kata walaupun perempuan suka mengusha orang macam tu, hatinya tetap pada orang yang dia cintai.

yang ini aku kurang pasti sebabnya ada je member aku awek dia suka mengusha lelaki lain, end up break dengan member aku dan couple dengan orang yang awek dia usha. korang mesti berpendapat itu semuanya terpulang pada individu itu sendiri. kalau betul dia sayang, dia takkan clash dengan pakwe dia dan pergi kat orang lain. dan orang macam tu takkan kekal sebab sentiasa mencari sesuatu yang fresh, kan?? bagi aku senang je. kalau ade jodoh tak kemana. LOL. gurau. sebenarnya pendapat aku pon lebih kurang macam tu jugak. cuma... nanti aku sambung kat bahagian bawah ni. now nak ke lelaki pula.

kepada kaum perempuan atau wanita harap jangan melenting dulu kalau terkena batang hidung sendiri. dan lelaki pula jangan hurey dulu sebab aku baru nak menaip pasal lelaki, so bersiap sedia okay?

Lelaki ni pantang kalau nampak perempuan cantik dan berdahi licin, orang katalah. mesti dok mengusha je semua terutama cara berjalan. lelaki kan imaginasi tinggi, tapi itu hak masing masing lah nak imaginasi ape kan? ada yang imaginasi elok dan ada imaginasi yang kurang elok. itu sendiri mahu ingatlah. malas nak cakap pasal imaginasi ni. kang tak habis habis entry ini.

kalau korang perasan, lelaki dan perempuan suka mengusha benda yang sama. iaitu rupa paras seseorang itu. perasan tak? aku rasa korang tak perasan sebab masing masing menyalahkan pasangan memasing bila cemburu sudah terlebih dari batasan yang diletakkan oleh korang sendiri. kan? jangan tipu dosa tau. hahaha. okay enough.

seperti yang aku janjikan nak sambung tu adalah benda yang korang kena take noted. contohnya bila korang mengusha tu, janganlah obvious sangat. sikit sikit dah lah melainkan pasangan korang memang tak kisah, tapi dalam tak kisah tu kena ingat, hati manusia tiada siapa yang tahu melainkan yang Maha Esa. kroang kena take note la pasal benda benda macam ni.

lagi satu jangan cerita kat pasangan korang yang korang dok usha budak tu budak ini orang tu orang ini sebab sebagai seorang manusia mesti ada rasa cemburu cuma dia mampu kawal atau tidak. kalau mampu kawal Alhamdulillah kalau tidak, pandai pandai lah pujuk memujuk.

and then aku tahu, korang semua kalau usha, mesti setakat itu je takde lebih lebih sampai nak follow orang tu balik umah atau nak tahu mana dia tinggal semua. selalunya yang buat macam ini adalah orang yang single. orang yang dah berpunya ni tahu batas dia, tapi sesetengah tu pun tak tahu batas gak. ada saja yang pasang spare part belakang. part yang ini korang kena la usha sendiri ye.

senang cerita, nak usha skit skit tu takpelah. tapi utamakan pasangan korang dulu sebelum korang pergi usha orang lain. maksud aku ialah, kenali pasangan korang, kalau korang saje nak buat dia jeles skit skit, aku galakkan lah sebab hubungan kalau takde cemburu tu, hmmm... sendiri boleh fikirlah... kalau sengaja nak buat cemburu sikit sikit tu sebab nak menyerikan hubungan je. tapi jangan la buat cemburu yang boleh bikin gaduh besar contohnya korang pelok orang lain depan pasangan korang. ini boleh jadi kes mati. so berpada-padalah ye.

okay tu je nak cerita.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

1 comment:

Aisya Ieyka said...

as salam .. nice :)
aisya dah buat sambungan e-novel aisya. jemput baca :)
http://aisyaieyka.blogspot.com/2014/09/dia-jodohku-part-6.html