Monday, June 27, 2011

akibat tersalah pijak

assalamualaikum

maaf le lama benau tak update blog ni.sorry sesangat atas kekangan masa dan aktiviti yang terpaksa aku korbankan masa untuk online dan update blog ini.haaa kali ini nak update pasal kemalangan yang berlaku di kolej aku tengah hari tadi.

aku sampai dengan member aku,tengok tengok je ade sebuah kereta fourwheel drive da terbalik senget da kat depan college aku.da macam tugu pameran pula aku tengok kereta tu macam tu je terbiar.hahaha.adoi memang malang itu tak berbau.

mengikut cerita pak guard yang berada situ semasa kejadian,staff ini sebenarnya sedang parking di tempat parking sebelum keretanya terlompat dan terjatuh lalu tumbang.staff yang sedang parking tu sebenarnya nak pijak break,tapi malangnya terpijak minyak membuatkan keretanya melompat dari tempat parking lalu jatuh seperti gambar di bawah.ade video dia tapi tak ambik kat member.





moral of the story;sila pijak padel yang betul ye.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Friday, June 24, 2011

notice je!

assalamualaikum.

haa korang korang,daku akan away untuk sementara waktu kerana kursus dan beberapa hal yang lain.jadi blog akan terabai seketika.jadi ade masa nanti saya akan update secepat mungkin ye.entah ade ke tidak lah yang baca blog aku ni.hahahaha.so dont miss me okay?jangan lupa baca cerpen kedua saya yee.uhhh waallaaa~ *gedik jap*

sekian terima kasih sebab baca :D
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Thursday, June 23, 2011

Cinta Pepsi

assalamualaikum

kata-kata aluan
memandangkan cerpen cubaan pertama saya yang berjudul Rindu Diulit Kenangan mendapat sambutan yang agak bagus sebanyak 20 like,jadi disini akan ade cerpen cubaan kedua yang akan saya coretkan dalam entry ini dengan harapan mendapat lebih dari 20 like.jadi sila like jika suka ye :)







Aku baru sahaja ingin melelapkan mata petang itu saat ayahku, satu-satunya ayahku yang aku sayangi memanggil namaku lantang dari ruang tamu.
"ye ayah... adik dalam bilik yah..."aku turut menjawab dengan suara yang kuat agar ayahku mendengar dari balik dinding yang berlapis-lapis. Selang beberapa minit sahaja aku terdengar derap kaki ayah di depan bilik comelku.
"hantar ayah pergi bank jap sayang" pinta ayah ketika dia sudah berada di depan pintu bilikku.
"sekarang yah?"soalku lagi. Sebenarnya aku terasa ingin bermalasan lagi di atas katil.
"ye la...malas ye?" soal ayah sebelum berpaling. Aku sekadar senyum melihat ayah yang berlalu. Ayah yang dictator tapi punya hati yang sangat pengasih.

----------------------------------------------------------

Aku memandang ayah yang beratur di mesin ATM. Panjang sekali. Kasihan ayah. Hujung-hujung bulan begini memang ramai sahaja yang 'melawati' bank lebih-lebih lagi hujung minggu begini. Aku langsung melangkah ke kedai untuk membeli air pepsi. Aku tahu ayah sangat menyukai pepsi.
Di dalam kedai mataku ralit mencari di mana letaknya peti sejuk untuk minuman ringan. Ketika aku membuka peti tersebut, ada tangan lain juga yang serentak cuba membuka peti tersebut. Aku tersenyum pada si empunya tangan dan dia sekadar tertawa senang.
"cik dulu" pelawanya ikhlas. Cik...sopannya. hai... laki dari planet manalah ni...
"terima kasih.." aku tidak memandang pada tin minuman yang aku capai kerna mataku ralit memandangnya hngga dia seperti tidak selesa. Aku menyedari keadaan itu lantas meminta maaf.
"seperti pernah jumpa orang yang seiras dengan encik..." begitu shaja aku menjelaskan lalu berlalu untuk membayar. Sememangnya seperti ada seseorang yang seiras dengannya. Seseorang yang pernah menyentuh hati dan kehidupan aku....
Aku melihat ayah yang sudah menanti di sebelah keretaku.
"adik beli pepsi tadi yah..." terangku sebelum menyerahkan air pepsi itu kepada ayah. Ayah pantas sahaja membuka tanpa melihat tin minuman tersebut. Aku pula pantas sahaja mula menghidupkan enjin kereta.
"adik!" ayah menjerit sepatah padaku. Aku terkejut. Aku kira aku sudah melanggar sesuatu yang aku tidak sedari.
"nape yah.." aku mula kalut melihat muka ayah yang tajam melihat pada tin minuman tersebut. Aku turut melihat pada tin tersebut. hah..... terbeliak mataku melihat tin dalam pegangan ayah. Aku kira aku sudah faham mengapa ayah menjerit tadi.
"dah tak kenal pepsi ye dik...ke pepsi dah tukar rasa?" ayah memerli aku sinis. Aduh... aku tersenyum kambing memandang ayah. Ayah terus menyuakan tin aiskrim soda itu padaku.
"warna dia nak sama yah.. adik tak perasan" aku cuba membela diri sambil terusan tertawa sambil menyedut air tersebut.
"alasan... satu warna biru laut, satu lagi warna biru tua dik...ni mesti tengok laki handsome ni" aku tersedak ketika ayah menyakat aku.
"kan dah betul... hati-hati dik. Adik tengah drive" aku sekadar mengangguk sambil menumpu perhatian pada jalan yang agak sesak.
"diam je.. betul la kan?" ayah masih ingin mengusik aku.
"ayah kan suruh adik hati-hati drive.." aku tersenyum senang menjawab gurauan ayah. Dan ayah terusan meledakkan tawanya.

-------------------------------------------------------

Aku melangkah ke keretaku yang dipakir berdekatan taman di tadika tempat aku mengajar. Tanganku penuh dengan mainan dan buku-buku membuatkan aku lambat-lambat berjalan. Tiba-tiba ada satu suara kecil memanggil aku. Aku terlihat salah seorang daripada anak muridku sedang berlari-lari ke arahku.
"ye Hidayat...kenapa tak balik lagi? Kawan-kawan Hidayat semua dah balik" soalku pada anak kecil itu.
"pak su lambat datang la cikgu... Hidayat nak tolong cikgu" ujarnya girang. Aku tersenyum lalu menyerahkan barang mainan yang telah digunakan oleh anak-anak muridku untuk bermain pagi tadi.
"pukul berapa pak su Hidayat nak datang?" soalku ketika aku selesai memunggah barang ke dalam bonet kereta.
"kejap lagi agaknya cikgu"tulus anak kecil itu menjawab.
"biar cikgu temankan Hidayat ye. Bahaya tunggu sorang-sorang" aku menawarkan diri lalu sama-sama duduk bersamanya di taman tersebut. Baru sahaja aku ingin duduk, ada suara memanggil nama Hidayat dan anak lincah itu pantas sahaja berpaling ke belakang.
"cikgu, ni pak su Hidayat" Hidayat memperkenalkan ayah saudaranya padaku. Aku tersenyum dan menghulur tangan untuk berjabat. Namun ketika dia membuka cermin mata hitamnya, aku sedikit terkejut. Dia juga begitu. Lalu dia tersenyum manis.
"jumpa lagi cik.. cikgu Hidayat rupanya" dia tertawa. Aku jangkakan mungkin dia tidak mengingati aku lagi. Tapi mana mungkin, baru semalam aku melihatnya.
"ini cikgu Siti Hanifah, pak su.." Hidayat bersuara riang pada lelaki itu. Dia mengangguk-angguk sambil mengusap kepala anak buahnya.
"saya Hakimi" dia masih menyimpul tangannya menjabati aku. Aku sekadar senyum ramah.
"saya nak temankan Hidayat tadi sebab kawan-kawan dia dah balik" aku menerangkan pada lelaki itu.
"saya agak sibuk hari ni. Minta maaf cikgu" aku senyum lagi mendengar ucap maafnya yang sungguh sopan itu.
"lain kali datanglah awal sikit. Bahaya tinggalkan budak kecil sorang-sorang" aku memberi ingatan padanya dan dia senyum lagi. Hingga dinihari, aku membawa senyumannya yang manis itu ke alam mimpiku.

-----------------------------------------------------

Aku memerhatikan Hidayat yang leka bermain basikal kecilnya di taman tadika. Hakimi menyuakan tin pepsi padaku. Aku kira bukan sekali dua aku menemuinya. Dia seperti sering sahaja mencari peluang untuk menemui aku. Entah benar atau memang kebetulan sahaja. Tapi setakat ini kami bukan sekadar bertemu malah bermesej dan kadang kala bergayut berjam-jam lamanya. Dia akan melaporkan kes-kes mahkamahnya dan aku akan berkongsi kisah-kisah lucu di tadika. Mengenangkan itu aku senyum sendiri.
"senyum sorang-sorang. Ada yang lucu ke?" soalnya setelah menyedari tingkahku. Aku malu sendiri lalu menggeleng sahaja.
"abis tu, senyum-senyum nape?"soalnya lagi masih tak puas hati. Aku tertawa senang.
"tak ada apelah..suka tengok Hidayat" aku sedikit menipu. Dia memandangku. Lama.... lalu senyum pula. Aku sedikit malu dipandang begitu.
"cikgu suka Hidayat, dapatkan sorang anak kecil lah. Ok?" dia masih tersenyum dalam tutur bicaranya. Aku kira dia terlalu murah dengan senyuman.
"kalau ambik Hidayat je, tak boleh?" aku memandang anak matanya yang berwarna hazel itu.
"oh..tak boleh..Kimi sayang Hidayat.opah dia pun sayang Hidayat jugak. Tapi kalau cikgu nak selalu dengan Hidayat, boleh je" dia menyilang kakinya pula sambil menundukkan badannya ke arahku. Dalam keadaannya seperti itu, membuatkan dia terlalu dekat denganku.
"mestilah boleh. Saya kan cikgu dia" aku menjawab lurus sambil berganjak sedikit dari tempat dudukku untuk menjarakkan kedudukan kami.
"kalau cikgu nak tengok dia malam-malam pun boleh" dia yang masih membahasakan aku sebagai cikgu walau sudah hampir 3 bulan berkenalan mula mendekati aku pula. Aduh...sudah.. dia suka begini. Aku yang biasanya penat mengelak diri.
"oh ya...bagusnya" aku tidak dapat berfikir untuk menjawab apa lagi kerna sibuk cuba beralih kedudukan sedang aku sudah berada di hujung bangku.
"bagus? Kalau macam tu, hujung minggu ni saya mintak mak saya anta rombongan merisik" tiba-tiba sahaja dia berkata sedemikian.
"Ha?!" aku sedikit terkejut. Namun kemudian aku mengawal suaraku.
"merisik siapa tadi?" aku kira aku tertinggal mana-mana butir bicaranya kerna sibuk cuba menjarakkan diri.
"cikgu" dia bersuara perlahan. Kedengaran begitu romantis pada pendengaranku. Dia tersenyum. Mungkin lucu melihat tingkahku yang mula kalut itu.
"hah?!" aku terjerit lagi. Hidayat memandang hairan namun kemudian dia leka semula bermain tanpa mempedulikan aku yang separuh nanar di sebelah bapa saudaranya.
"siapa?" aku meminta kepastian lagi darinya.
"Cikgu... awak.. awak sayang.." aku serasa bergegar lututku ketika dia mengucapkan perkataan sayang. 3 bulan berkenalan, berpuluh kali keluar bersama, aku kira tidak mustahil dia punya perasaan itu. Sedang aku cuba menidakkan berkali-kali agar perasaan itu tidak hadir sama sekali. Namun hari ini...tidak...
"saya tak dapat sembunyikan lagi hati saya rasanya. Dari pertama kali saya jumpa cikgu.emmm...sayang...dari hari pertama saya jumpa sayang, saya dah jatuh hati. Tak sangka sayang cikgu Hidayat" merona merah wajahku mendengar pengakuannya. Dia sudah berani memanggilku sayang. Aduh... tidak..
"saya rasa bagi saya masa dulu... saya tak dapat berfikir" ujarku bersahaja bagai tiada perasaan sedang dalam hati ada gemira, terharu,teruja dan sedih...tiba-tiba aku terasa ingin menangis. Jangan Hanifah... kuatkan hati..
"ambillah sebanyak mana masa yang sayang perlu. Saya akan tunggu" dia menyimpul senyum padaku. Begitu sahaja hari itu berlalu dan aku membiarkan sahaja hal itu berlalu tanpa pernah memberi jawapan padanya malah semakin meminta masa untuk terus berfikir. Aku tidak tahu apa yang patut aku lakukan. Mengikut hukum, aku tidak sepatutnya bersama dia. Tapi mengikut keadaan, aku bisa bersamanya. Aku hanya mampu berserah dan berdoa pada Allah agar memudahkan perjalananku. Tipulah andai aku tidak punya perasaan yang sama dengannya. Malah kadang kala aku merasakan persaaanku lebih tulus ikhlas daripadanya. Sekurang-kurangnya dalam seumur hidupku aku pernah merindui, menyayangi dan mencintai seseorang dengan seikhlas hati walau aku tidak seharusnya punya perasaan itu.

------------------------------------------------------

"kita nak pergi mana hari ni?"aku menyoal ketika dalam kereta yang dipandu oleh Hakimi.
"saya nak bawa sayang jumpa opah Hidayat" selamba dia menjawab sedang aku sudah gelabah.
"opah Hidayat...mak awak..." aku bersuara perlahan namun dia pastinya masih dapat menangkap suaraku.
"dia mak angkat saya sebenarnya. Saya Cuma pak cik angkat Hidayat sebenarnya. Saya jadi anak angkat dia dua tahun lepas. And sekarang saya duduk dengan dia sebab saya nak tolong dia jaga Hidayat jugak" lelaki berkumis itu menerangkan padaku.
"mak ayah awak sendiri?" aku mula berminat untuk mengetahui lebih lanjut. Selama ini memang aku tidak pernah bertanya hal keluarganya walau hampir setengah tahun aku bersamanya.
"ada di Australia. Dorang ada perniagaan kat sana" aku hanya mengangguk lalu diam sahaja.
"emmm... saya tak pakai baju cantik..." aku cuba mencari alasan untuk menghindar diri dari berjumpa wanita yang dimaksudkan oleh lelaki yang tenang ini. Aku tidak tahu sampai bila aku harus meghindar diri dan menyiksa dia dalam penantian. Ah... aku sendiri tersiksa dalam penantian yang tiada jawapan untuk bertahun-tahun lamanya.
"so?"selamba sahaja lelaki ini menyoal aku.
"so..lain kali lah kita jumpa opah Hidayat ok" aku cuba senyum walau nyata dibuat-buat sahaja. Sungguh aku terasa berdosa... pada banyak insan.
"Hidayat dah tunggu sayang..."dia bersuara mendatar. Aku kira aku tiada pilihan lain. Tiada guna juga berdolak dalih.
"ok..." aku menjawab perlahan. Seketika kemudian ruang yang ada hanya terisi dengan bunyi deru kereta.
"boleh jugak sayang jumpa mak ayah Hidayat nanti. Dorang baru balik dari oversea minggu lepas"dia bersuara setelah agak lama mendiamkan diri. Aku tidak tahu kiranya dia terasa hati atau memang menumpu perhatian pada jalanraya yang basah ditimpa hujan lebat ketika itu.
"awak....lepas jumpa opah hidayat nanti, saya ada benda nak bagitau awak" aku bersuara sebelum mataku tepat memandang wajahnya. Dia juga berpaling dan senyum lagi.
"boleh cakap sekarang. Jauh lagi baru kita sampai sayang" dia mengesyorkan padaku. Pastinya tidak..kerna aku belum bersedia.
"no..after this" akhirnya begitu keputusanku.
"ok. Saya tunggu" dia mengucapkan lagi ayat itu. Ayat yang biasa, terlalu biasa diungkapkan andai aku meminta ruang untuk berfikir. Aku harap sememangnya dia akan menunggu aku selamanya..walau apapun yang terjadi.

-------------------------------------------------------

Ketika memasuki satu kawasan perumahan, aku bagai tersentak. Aku bagai pernah melalui jalan ini. Terlalu pernah...4 tahun dahulu.. walau hujan lebat namun aku dapat menangkap susur jalan yang dilalui oleh Hakimi. Ketika dia memberhentikan kereta di satu rumah, aku berkira-kira untuk keluar. Dan ketika dia membuka pintu untukku, aku masih dua tiga untuk keluar. Hinggalah ketika Hidayat melonjak-lonjak kegembiraan melihat kedatanganku, barulah aku keluar dari kereta. Lututku bergegar, seperti ingin tertanggal.
"kenapa..tak sihat sayang?" soal hakimi menyedari keadaanku yang serba tak kena. Aku kira wajahku pucat apabila melihat persekitaran rumah itu. Semuanya tidak berubah.. dan kenangan ada di mana-mana... ya Tuhan... apa yang ingin Engkau beri aku Ya Tuhan...
Ketika kaki melangkah masuk, aku mendengar gelak tawa yang sungguh aku kenali. Suara yang aku terlalu rindui..suara yang aku kenali sebelum aku melarikan diri dari rumah ini.
"dah sampai Kimi...." suara itu... aku kenal suara itu. Tidak salah lagi. Ya Tuhan...tidak...
Ketika dia menghadap aku dan Hakimi, suaranya hilang. Matanya terbeliak kaget. Sungguh.. airmataku tak tertahan saat itu. Aku hanya ingin berada dalam dakapannya sahaja.
"Ibu...." aku sudah melontarkan tubuhku padanya sedang dia terpaku terdiam sebelum dia juga menangis lalu memelukku erat. Sungguh.. aku terlalu rindu pada belai kasih sayang ibu mertuaku itu.
"ibu...ibu kenal Hanifah?" Hakimi tidak dapat membendung rasa ingin tahunya pastinya. Hidayat terpaku melihat aku dan opahnya saling menangis. Soalan Hakimi tidak berjawab. Hanya pelukannya yang erat pada tubuhku.
"Haikal....Haikal! tengok sape ni Haikal....." ibu mertuaku mejerit memanggil nama keramat itu, tidak....tidak ibu.. aku menggeleng berkali kali enggan melihat lelaki itu. Tidak.. bukan saat ini aku ingin menemuinya.
"Hanifah...." hanya itu sahaja ucapannya ketika melihat aku yang masih dalam dakapan ibu. Di sisinya isterinya, maduku. Wanita berambut panjang itu mendukung Hidayat yang tidak mengerti apa-apa. Adakah... adakah Hidayat anak tiriku?
"abang pun kenal Hanifah? Tolonglah.. tolonglah sape-sape cakap apa sebenarnya yang jadi" aku kira Hakimi sudah sesak kepala memikirkan apa yang terjadi di hadapan matanya itu.
"Hanifah....isteri abang... isteri kedua abang.." Haikal menjawab soalan Hakimi. Saat itu Hakimi terdiam. Dia hanya memandang kosong wajahku. Seperti hilang sudah semua sinar cintanya padaku. Aku tidak mampu lari lagi... akhirnya di sini segalanya terserlah. Akhirnya dia tahu juga bahawa aku isteri orang... isteri yang bukan isteri...
"kenapa awak tak cakap kat saya? Kenapa????!!!!" begitu sahaja lantangnya tengkingannya padaku, mengalahkan bunyi guruh di luar. Aku tiada jawapan untuk itu. Aku hanya mampu menangis. Aku tidak tahu aku menangis untuk apa. Adakah kerna rindu pada ibu, pada suamiku, pada rumah itu atau menangis kerna segalanya terbongkar juga atau adakah aku menangis kerna serasa berdosa pada Hakimi, pada ibu dan pada suamiku... yang aku tahu, aku hanya ingin menangis.
"jawab Hanifah...aghhh...." dan akhirnya dia juga rebah menahan hati. Sungguh aku tidak sanggup melihat keadaannya yang sebegitu. Lalu aku terus melepaskan diri dari rangkulan ibu dan berlari keluar. Sekali lagi...seperti 3 tahun lepas. Aku melarikan diri lagi dari rumah itu.
"Haikal..Haikal..tahan Hanifah Haikal...Hanifah...jangan tinggal ibu nak.."aku serasa ingin kembali memeluk wanita mulia itu ketika mendengar suaranya merayu-rayuku. Namun aku tegarkan hati untuk berlari dalam hujan lebat. Tiada Haikal, mahupun Hakimi yang mengejarku..aku hanya berlari dan terus berlari dalam lebatnya hujan. Airmata bagai bersatu dengan air hujan yang mencurah-curah, hingga aku tidak terasakan yang aku menangis namun hati terasa begitu sakit, pedih dan retak berkecai-kecai.
Sebuah kereta berhenti di hadapanku ketika aku masih berlari-lari mencari arah pulang. Ibu keluar membawa payung dan tuala. Aku hanya menuruti langkahnya yang membawa aku pulang. Saat di hadapan pintu rumah, ayah sangat terkejut melihat keadaanku dan kedatangan besannya. Pastinya dia menjangkakan Hakimi yang meghantarku pulang. Hakimi sudah tiada ayah... dia tidak bisa menungguku lagi...

--------------------------------------------------------

Seminggu selepas kejadian itu, Haikal mengunjungi aku di rumah dalam keadaan aku yang demam panas. Aku memandangnya yang masih segak. Tiada rindu buat lelaki ini, yang tinggal hanyalah rasa hormat. Hingga saat ini aku masih isterinya. Walau tidak pernah diambil peduli kerna cintanya bukan aku pastinya. Dan kerna juga aku yang memutuskan untuk lari dan bersembunyi darinya.
"Hanifah hidup baik-baik tak selama 3 tahun ni?" soalnya lembut. Kali ini lebih berbaur simpati berbanding dahulu yang lebih ketara bencinya padaku.
"seperti yang abang tengok" perlahan suaraku. Tiada rasa ingin menyindir tapi mungkin dia terasa begitu.
"Hanifah... abang dah jelaskan pada Hakimi" dia bersuara perlahan-lahan. Mungkin takut andai aku melenting.
"jelaskan tentang apa?" soalku lagi sedang aku amat jelas tentang apa yang perlu dijelaskan oleh lelaki itu pada adik angkatnya. Dia masih di kerusinya sedang aku sudah berganjak ke arah balkoni. Aku tidak sanggup memandang wajahnya lagi. Bukan benci... Cuma hati terasa disiat-siat.
"tentang kita...dia tak tahu Hanifah isteri abang sebab masa kita kahwin, dia belum jadi anak angkat ibu. 2 tahun lepas baru dia jadi keluarga abang" dia bersuara perlahan, hampir-hampir tidak aku dengari lantaran angin yang menderu agak kuat.
"bahawa saya tinggalkan rumah dan tinggalkan suami saya sedangkan itu kewajipan saya? Tentang saya yang bersembunyi dari abang dan ibu?" aku berpaling memandang yang sudah 3 tahun aku tinggalkan setelah setahun hidup bersama walau perkahwinan atas nama sahaja. Selebihnya, aku dengan duniaku dan dia dengan dunianya.
"tidak...tentang abang yang tidak adil kerna menikahi Hanifah atas wasiat arwah ayah abang sedang abang dah bernikah dengan Afikah dan abang dah ada Hidayat semasa abang kahwin dengan Hanifah. Tentang layanan abang pada Hanifah selama Hanifah di rumah ibu. Tentang kejamnya abang pada Hanifah... untuk semua itu abang minta maaf..."dia menunduk tanpa memandang wajahku. Dari getar suaranya, aku tahu dia ikhlas mengucapkan kata-kata itu.
"untuk apa dijelaskan semua tu? Hanifah bukanlah sebaik-baik manusia sebab saya sendiri yang lari, bukan abang yang halau" aku cuba mencari kebenaran dari lelaki yang tidak pernah menyentuhku walau seinci pun kecuali ketika dia menyarung cincin sewaktu akad nikah. Betapanya setianya dia pada Afikah.
"sebab..Hakimi terlalu menyintai Hanifah. Dia kerap bercerita tentang Hanifah pada abang. Tanpa abang tahu, Hanifah yang dipujanya adalah Hanifah, isteri abang yang abang abaikan" sejurus sahaja dia mengucapkan itu, airmata aku pecah lagi. Apakah benar Hakimi terlalu menyintai aku? Mengapa sampai saat ini dia tidak mencari aku?
"Hanifah, abang kira Hanifah menanti dan Hanifah perlu ungkapan ini... " dia menghampiri aku dan memegang lenganku. Aku kaget dengan reaksinya. Sepanjang aku bergelar isterinya, dia tidak pernah menyentuh aku, mengapa pula kini... aku mencari matanya dari sebalik rembesan airmataku.
"Siti Hanifah binti Abdul Hatta, saya Mohd Haikal bin Hamzah menceraikan awak dengan talak satu" lancar sahaja ungkapan itu dan serentak perkataan cerai menjengah gegendang telingaku, aku rebah lagi. Bukankah ini yang aku nantikan selama ini. Namun begitu, kakiku tidak mampu untuk berdiri lagi. Walau dia menahanku dari jatuh namun dia tidak mampu menahan airmataku dari terus mengalir.
"kenapa abang ceraikan Hanifah..." aku bersuara dalam esak tangis yang tiada henti.
"sebab Hanifah perlu hidup dengan orang yang Hanifah cintai..." tenang dia bersuara sambil tangannya masih gagah menahan aku dari jatuh rebah lagi.
"kalau saya katakan yang abang adalah orang yang saya cintai?" aku cuba menduganya walau memang benar tiada cinta di hatiku buat dirinya walau aku tahu dia adalah suamiku. Mungkin cintaku telah ditelan waktu setelah dia langsung tidak menghargai diriku sebagai seorang isteri.
"kalau Hanifah cintakan abang, Hanifah takkan lari dan Hanifah takkan berahsia dari Hakimi" dia masih tenang. Bagai tiada simpati, bagai tiada apa yang berlaku. Namun aku tahu, pasti dia punya perasaan kasih yang kuat buat isterinya.
"terima kasih sebab ceraikan saya. Kirim salam pada ibu. Saya tak akan bersama Hakimi sebab kalau saya dengan dia, saya akan berdepan dengan abang selalu. Saya tak kuat untuk hidup semula di rumah tu" aku cuba menapak walau ternyata lemah sekali untuk bergerak. Segalanya terlalu mengejut.
"Hakimi nak pergi esok. Dia nak sambung belajar kat Scotland. Kejar dia...jangan lepaskan lagi orang-orang yang Hanifah perlukan" Haikal masih sempat memberi pesan sebelum aku menghilang diri. Di ruang pintu balkoni, aku terpandang ayah yang tenang duduk di kerusi malasnya. Aku kira dia mengetahui semua yang berlaku tadi. Ayah tidak memandang wajahku namun aku tahu hatinya sedang memandangku. Memandang anakya, satu-satunya anaknya yang baru sahaja diceraikan sebentar tadi.
----------------------------------------------------
"adik..." aku terdengar suara ayah melaung dari luar pintu bilikku. Aku menjengah keluar melihat ayah yang bermalasan di hadapan balkoni.
"hantar ayah pergi bank dik" auah memberi arahan padaku. Aku mengangguk sahaja sambil terus memandang ayah yang berlalu untuk menukar pakaian. Di balkoni inilah ayah mendatangi Haikal lalu menumbuknya setelah dia menjatuhkan talak padaku. Aku tetap mengingati saat itu walau hampir setahun telah berlalu.
"akhirnya kau ceraikan dia... setelah bertahun-tahun. Sekurang-kurangnya kita sebagai lelaki patut menghargai perempuan walau kita benci dia. Aku menyesal.. sangat menyesal menikahkan kau dengan anak aku. Terima kasih sebab jaga dia dengan penuh kebencian" aku hanya mendengar dan memandang ayah yang diamuk amarah tuanya. Marahnya penuh kasih, marahnya penuh sayang.. selepas itu sememangnya Haikal tidak pernah memunculkan diri. Untuk apa jugalah. Aku bukan isterinya lagi. Aku juga agak kekok dengan Hidayat yang dulunya terlalu rapat denganku. Namun aku cuba kembali seperti biasa. Dan aku memenangi semula hati anak kecil itu. Mungkin kerna hatinya suci lagi untuk memaafkan orang. Seperti juga hati opahnya yang kerap, terlalu kerap mengunjungi aku di sini. Wanita lembut itu rupanya bertahun-tahun mencariku. Memang salahku. Aku yang bersembunyi daripadanya. Aku yang terlalu membawa hati yang retak. Aku yang membawa diri ketika Haikal membawa Afikah dan Hidayat ke rumah. Aku mengangkut diam-diam segala harta bendaku dan hanya meninggalkan nota buat ibu itu. Aku yang bersalah. Sungguh aku yang bersalah. Sejak itu juga aku tidak pernah menjengah mahligai penuh kepalsuan itu. Ibu selalu menitip khabar berkenaan Hakimi. Namun dalam setiap khabarnya itu, tidak pernah terselit pesanan buatku. Apakah dia telah melupakanku? Bukankah dia yang dahulu sering mengungkapkan bahawa dia akan sentiasa menungguku? Sudah pastinya dia sedang berbahagia dengan bunga-bunga di Scotland. Di sudah jauh.. terlalu jauh dariku. Namun mengapa rinduku sentiasa hadir untuknya? Jika dahulu aku menanti Haikal kerana kewajipan dan hormat, kali ini aku menanti Hakimi kerna cinta... ya.. aku tahu aku menyintainya.. setulus hatiku, aku terlalu menyintainya.
"dah siap?" ayah menghentikan lamunan panjangku. Lamunan yang tidak jengah berhenti mengunjungi mindaku. Ketika ayah di dalam bank, aku melangkah ke kedai. Kedai yang sama ketika aku kali pertama bersua Hakimi. Lambat-lambat aku mencapai pemegang peti minuman ringan itu. Mengharap ada tangan Hakimi juga secara tidak sengaja berada di situ. Aku mencapai telefon bimbit dan mengunjungi menu diari. Hari ini genap setahun.. setahun yang dahulu aku di sini bersamanya, secara tidak sengaja bersua muka.
"minta maaf cik, nak minta lalu" ada satu suara meminta laluan. Lalu aku mendekatkan diri ke peti agar hamba Allah itu dapat melalui ruangan di belakangku. Minta maaf....cik... aku memutar semula ingatan pada kata-katanya tadi. Cik... Hakimi...


Aku terus berpaling dan mencari kelibat orang yang bersuara denganku tadi. Aku memandang ke sebelahku. Tidak... Hakimi...tidak. Bukan Hakimi di situ. Hanya seorang lelaki sibuk meneliti barang. Ada titisan airmata yang ingin pecah namun aku cuba menahan sebaik mungkin. Ada rindu yang bertandang.. sungguh.. aku terlalu merinduinya.
"assalamualaikum" seseorang memberi salam dan aku menjawab perlahan sebelum berpaling. Ketika aku memandang wajahnya aku tidak dapat menahan jeritan kecil. Hakimi.. dia di depanku kini. Ada mata-mata yang memandang kami namun aku tegar berdiri tegak di situ dan dia hanya memandangku dengan senyuman manisnya yang telah lama tidak menyentuh hari-hariku.
"Sayang sihat?" dia bersuara perlahan. Sayang... adakah dia masih sayangkan aku? Aku menitiskan airmata lagi. Dia tertawa melihat aku yang mula menangis. Pastinya dia gembira. Dari sinar matanya aku tahu dia gembira.
"saya kat sini sebab... hari ni ulangtahun pertemuan kita di sini.. saya rindu saat itu. Dan saya sangat rindukan sayang..." begitu sahaja dia bersuara perlahan dan hati-hati sambil matanya tetap tertancap padaku. Dia mengingatinya... aku sekadar diam tiada kata-kata yang terluah sedang hati terlalu ingin mendakapnya lantaran kerinduan yang terlalu menggunung. Dia tertawa lagi melihat kebisuanku.
"mesti sayang nak pepsi kan? Biar saya belikan ok? Kita cakap kat luar ok sayang" dengan selamba dia mengambil tin pepsi dan membayar di kaunter.
"kalau kita ada anak nanti, saya nak namakan dia.. pepsi.." aku tiba-tiba tidak dapat menahan gemuruh dan bahagia di dalam hati. Dia berpaling dan tertawa lagi. Sungguh bahagia tawanya itu. Cashier di depan kami turut tersenyum melihat gelagat kami berdua.
'pepsi... nice name" dia masih lagi tertawa dalam bahagia yang nyata terserlah pada wajahnya. Sesaat kemudian, jemariku sudah bersimpul dalam genggamannya.
"kimi sentiasa menunggu saat ini sayang" aku juga... aku sentiasa menunggu. Kerana aku seorang wanita yang sentiasa setia menanti. Aku dapat bayangkan senyuman di bibir ayah andai terlihat aku dan Hakimi..



Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

GUA PANGKAH BLOG LU!!!ppffftttt!!!



assalamualaikum

errrkkkk rilek luuu broo.jangan marah-marah jangan salah sangka.baca dulu apa yang nak diupdatekan dalam entry ni.aku bukan ape,aku kureng betul la nak blogwalking.memang aku tak berapa gemar nak blogwalking ni dari dulu lagi.

ade sebab kenapa aku tak suka nak blogwalking sangat.ini adalah peringatan untuk blogger diluar sana.bukan sahaja untuk blogger diluar sana.malah untuk aku sebagai salah seorang dari ahli keluarga blogger.aku terpaksa kerek skit kat dalam entry kali ini.maaf lah jika ade sebarang kekasaran bahasa disini.


1)silalah buang musik didalam blog anda.kalau nak ade musik pun biarlah yang ade butang "pause" diblog supaya orang yang blogwalking itu dapat mematikan suara musik itu jika tidak suka.kalau takde butang "pause" aku nasihatkan tak perlu letak musik dalam blog.LAPTOP AKU PON ADE LAGU!!

2)tolong jangan letak pelbagai widget yang merepek repek semua.aku terasa seperti semak nak tengok info yang ade kat blog korang ataupon cari sesuatu.SERABUT!!!terlalu banyak widget boleh buatkan blog korang berat sekaligus hangkan browser orang yang blogwalking kat blog korang.da banyak kali aku kena ni!!

3)sila letak chatbox dalam blog korang.aku tension bila aku nak tinggalkan msg kat blog korang tanda aku ada blogwalking korang sangat susah!!pastuh cakap SOMBONG sebab tak pergi melawat pon blog korang.aku tak suka betul jadi macam ni.

4)tolong jangan hide korang punya follower.kalau nak sorok pon pergi la buat butang follower.menyusahkan aku je kalau nak follow.dahlah tak letak follower,dah tu butang follower pon takde.macam mana aku nak follow?kalau kat sidebar atas ade tulis follow takpe.ni dengan itu sekali dibuang.dah tu cakap asal takde orang follow.sepak kang.

5)tolong la jangan buat tulisan berwarna warni ke tulisan besar kecik besar ke tolong jangan.tulisan kecik pon jangan.menyusahkan aku nak baca je.aku tension bila ade orang buat macam ni.tak serata langsung!

gua tak kira la lu sapa kan?abg long ka retis ka veteren ka kalau lu tak boleh buat ini 5 perkara,gua comfirm sama lu orang,takkan ramai yang akan datang ke blog lu orang.gua pon malas nak blogwalking kat blog lu orang lagi.gua terus PANGKAH BLOG LU!!percaya atau tidak lu pikir lah sendiri!

maaf terkasar  bahasa.




Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

doodles?

assalamualaikum.

haaa ape itu doodles?ramai yang tahu rasanya kan?sejenis kuih sedara mara apam balik.sedap.ok tipu je.hahaha.nak update pasal doodles pula.haa kalau korang nak tahu doodles tu sejenis kartun yang dilukis sendiri oleh pemilik blog untuk menceritakan sesuatu situasi.gambar kan mempunyai 1001 maksud?sebab itu la ade.




ini lah contoh doodles yang dibekalkan oleh encik google.watak cartoon.


ok rata-rata yang aku lihat,pengunaan doodles ni da semakin femes dan meluas dikalangan blogger.hampir la 80% blog yang aku blog walking memakai doodles.tak tau la sekarang ni trend pakai doodles ke ape kan,memang banyak la doodles dalam entry diorang.








inilah pengunaan doodles.menerangkan sesuatu situasi itu.


hahaha pelik jee.bukan ape aku sebenarnya lebih suka pakai gambar yang macam abstract skit la sebab nampak lawa skit.tapi setiap orang mempunyai citarasa masing masing kan?so terpulang la kepada tuan empunya blog untuk guna yang mana satu.*pemalas nak lukis sebenarnya*
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Wednesday, June 22, 2011

300

assalamualaikum.

haaa ape yang 300 ni?mesti korang tertanya.hahahaha.bukan ape just nak bagitau je yang sekarang crazreeme sudah mempunyai follower yang ke 300.haaa.kiranya lucky follower la sebab tetibe je ade entry pasal follower ke 300 kan?sebelum ni ape pon takde.memang lucky la dia ni.meyh tengok sape.



taaadaaaaaaa.ini la follower yang lucky.hehehe.ok nak review blog dia sempena lucky follower.

ok blog dia simple je.macam aku juga simplenya.tapi berlainan skit lah.hahaha.tema warna hitam.baroo aku notice ramai pakai warna hitam.mungkin sebab warna hitam itu ringkas dan simple rasanya.hahaha.total entry setakat ini yang aku lihat dalam 2011 adalah 96 entry.

dia mempunyai mesra alam punya sistem iaitu energy saving mood.haaa.memang go green la dia punya blog.tak macam aku,pemusnah enviroment.hahaha.ok.agak terkejut 1 minit dengan jumlah follower dia.rupanya dia seorang yang femes.hehe.tak sangka orang femes follow blog yang tah hape hape ni.terima kasih daun keladi kakak.hehehe.

oh lupa.dia digelar sebagai sue.korang bolehlah datang jengok blog dia di sini.sekian terima kasih.haa mana tau pas ni ade lagi lucky follower ke?kan?haa tunggu jerk.hahaha.sekian *itu pon nak kecoh.*



NotaKakiComel:ok da pulih seperti biasa.YES!!!

Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

dah tak boleh...

assalamualaikum.

sedihnya.sekrang ni blog problem rasanya.tak boleh nak update entry la buat seketika waktu kerana blog jeles aku selalu update entry pakai gambar.hahaha.adoi.jadi kena la tunggu lama skit baroo boleh update entry.kalau takde gambar rasa cam bosan la pula kan nak baca?

jadi buat masa ni takde la nak update entry.tak syok takde gambar.so tunggu la sehari dua nanti baroo saya update yee.


*tension dan frust menongeng bila ade idea tak boleh update pula*

Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Tuesday, June 21, 2011

cinta remaja



assalamualaikum

haaaaa orang semua sibuk update entry dengan Wordless Wednesday.aku pula sibuk update entry dengan Word Wednesday.hahaha.okay ape tah aku merepek kat sini.abaikan.ni nak update pasal cinta remaja ni.haa mesti pernah punya korang rasa kan?

cinta remaja ni terjadi bila korang remaja la kan?sebab itu dipanggil cinta remaja.hahaha.cinta remaja atau dikenali sebagai cinta monyet ni selalunya orang kata tak berkekalan kan?tapi aku rasa ade je yang berkekalan sampai ke akhir hayat mereka cuma kita je tak jumpa lagi.

sangat cute okay jika korang mula bercinta dari sekolah rendah sampai la ke akhir hayat dengan orang yang sama dengan berbekalkan kejujuran dan kesetiaan yang utuh terhadap pasangan kita sendiri.macam dalam cerita cerpen aku tu kat sini.cuma ending dia biar korang fikir sendiri la.haha

aku just nak cerita sikit jela pasal cinta remaja aku dengan korang ni.hahaha.jangan gelak la.tau la aku buduh time muda muda dulu.hahaha.ceritanya macam ni.aku pernah la minat sorang perempuan ni.haha.ni time aku form 2 dulu la.

time ni aku baroo je berjinak jinak dengan dunia maya.femes dengan myspace time tu.wakaka.memang expert la pasal myspace ni coding semua buat sendiri.page pon gempak gak la.tapi sekarang da kat FB je.so myspace dilupakan.hahaha

ok berbalik pada cerita,aku memang minat dia ni sebab dia ni cute dan pandai orangnya.tapi sekolah lain.kenal dia pon dalam myspace la.sampai sekarang aku still contact dengan dia cuma dia da berpunya itu je.memang syok la.

time tu pon still guna MSN lagi.takde skype.hahaha.setiap hari jadi batman berborak(chatting) dengan dia la.agak peramah juga dia ni.otak pon agak gila akibat influence aku ni yang gilo time pepagi buta cam gini.dia pon melayan jee.hahaha.

aku time tu KRS,dia pon KRS juga.siap pergi jumpa dia kot kat sekolah dia dengan member aku semata-mata nak tengok Formasi kawad sekolah diorang sebab sekolah aku akan compete dengan sekolah dia juga untuk kawad peringkat daerah petaling.sanggup datang sekolah dia alasan nak tengok formasi kawad padahal niat sebenar nak jumpa dia je tapi dia tak tau.hahaha.

sampai la akhir form 3 aku cuba rapat dengan dia dan mengorat dia.aku da banyak bagi hint da siap cakap lagi siapa yang pegang kunci hati awak sekarang? time tu memang blushing gila la tapi sib baik guna MSN untuk cakap.hahaha.dia cakap dah ade dah orang yang pegang kunci tu tapi dia tak bagi lagi kunci untuk bukak hati saya.

time tu aku da mula down la.sebab lama la gak aku bagi pelbagai hint sampai hit yang atas tu keluar.semua macam tak dapat je.agak frust menongeng gak la.pastuh dia couple dengan orang lain.aku pon melepas la.hahaha.

bila dia da couple tu aku tetibe je berani cakap yang aku suka kat dia.da bagi macam macam hint tapi dia still tak faham.dia pula bukak cerita dia.dia cakap orang yang pegang kunci itu sebenarnya aku.time tu aku dah frust lagi sekali sebab melepas tak pepasal.masing masing tak faham hint yang diberikan.hahaha.kelakar.






P/S:moral of the story,sila fahami hint yang orang lain beri.jangan jadi buduh cam aku.kalau tak melepas la cam aku.hahaha
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

aku berfesyen?

assalamualaikum

ehem ehem.kali ni nak update pasal scarf pula.boleh tak?boleh ke tak boleh ke blog aku kan?aku punya pasal la kan?hahaha.jangan marah yee para pembaca.gurau je.hehehehehehe.seperti mana yang korang tahu scarf itu adalah sejenis makanan seafood.ok tipu je.ini lah scarf.



sekarang ni bukan perempuan je yang pakai scarf kan?laki pon ade yang pakai scarf.lelaki pakai scarf tak silap aku mula nampak dari jepun.hahaha.tengok ape tah lupa.lepas tu mula la meluas pengunaan scarf dikalangan lelaki.

aku bukan ape.sekali sekala tengok cam best je pakai scarf ni kan?kadang kadang teringin juga nak pakai scarf.tapi rasa cam tak sesuai je?tak tau kenapa.nampak macam style.tapi bila aku pakai macam tak sesuai.sedar diri tak hensem.hahaha.





aku ade la juga follow beberapa blog perniagaan pasal scarf ni.lawa lawa pula scarf dia pamerkan.rasa nak beli tapi kalau beli kang tak pakai membazir pula.ahaha.bukan ape mesti orang perli aku punya kalau aku pakai benda benda cam tu.

bayangkanlah aku pakai snow cap pon diorang perli aku cakap aku poyo pula pakai snow cap.bukan ade salji pon kat malaysia ni.aku macam,so what?fesyen ape?nampak menarik.sekali sekala berfesyen ape salahnya kan?diorang jeles kot aku lagi cute.hahaha.

sekali sekala aku pon nak juga berfesyen.bolehkan?hahaha :p

kan style pakai scarf cam ni :)


P/S:harap harap satu hari nanti dapat la merasa pakai scarf ni.*adesesiapayangbaikhatinakbagiscarf?*


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

macam mana boleh ade rambut ni?

assalamualaikum

haaa puisi sudah,cerpen pon sudah post.kali ini nak update sedikit pasal chef.mesti korang terfikir fikir kan ape kaitan chef dengan tittle entry ni kan?hahaha.ade kaitannya.jangan risau sila baca dulu apa yang ade kaitan dengan dua entiti ini.

ok,aku selalu jugalah macam makan kat luar bila da bosan yang amat.tak pon jenjalan kat shopping complex ke mesti akan singgah kedai untuk makan tak kiralah untuk breakfast ke lunch ke hi tea ke dinner ke mesti singgah makan kat kedai kalau ade kat luar.

ok kaitannya macam ni.sering kali aku makan kat luar,hidangan yang aku pesan mesti ade rambut kat dalam.haaa bukan mesti la.selalunya lah.silap cakap pula.selalunyalah ade je rambut kat dalam masakkan yang aku pesan.tension betul aku

nak masak tu biarlah betul betul menjaga kebersihan.masak untuk orang pula.kalau masak untuk diri sendiri ade rambut tak pe.ni tak pepasal da terbantut makan.bayangkan tengah makan,tetibe ade rambut kat dalam masakkan itu.itu kalau perasan.kalau tak perasan,kan da makan rambut?

kepada chef chef diluar sana yang berkhidmat untuk business tolong lah prihatin dengan kebersihan terhadap masakkan yang akan dihidangkan kepada orang ramai.orang bayar untuk makan hidangan yang disajikan.bukan hidangan yang telah dicemarkan dengan benda yang tak patut.sila beware la wahai chef diluar sana.

bukan kedai masakkan biasa je.kadang kadang kedai fast food yang terkenal aku pergi pon ade juga rambut dalam menu yang dipesan.aku pon tak faham lah macam mana diorang buat kerja ni.kata chef,mestilah menitik beratkan kebersihan sesuatu hidangan.haih.

bukan nak complain.memang aku tak pernah complain kalau ade rambut dalam menu yang aku pesan.aku buang rambut tu aku makan je,tapi tak seronok la kan makan hidangan yang macam tu.rasa cam terkilan sekejap la menu yang dipesan dihidangkan macam tu.

itu nasib rambut.kalau bulu lain?haaa mau tak muntah?


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Monday, June 20, 2011

rindu diulit kenangan




Jam loceng berbunyi pada pukul 1.10pm menandakan telah tamatnya waktu persekolahan.Aku,macam biasa turun dari tingkat 3 ke pusat sumber untuk membuat tugasan yang telah di tetapkan pada setiap hari Rabu."Mana orang lain?"sapa ku kepada Izwan yang telah sedia ada di dalam pusat sumber sekolah."Semua turun rehat.Diorang semua naik pukul 2.00pm nanti." "Oh,yea ke?Aku pun nak turun rehatlah."aku membalas bersahaja.Izwan hanya sekadar menganggukkan kepala.Ketika dalam perjalanan untuk ke kantin,aku terserempak dengan rakan sekelas ku yang bernama Ain yang telah sedia duduk untuk menikmati hidangan makanan yang dibeli olehnya.



"Assalamualaikum."Ain terpaku sebentar ketika aku menyapanya. "Waalaikummusalam.Ada apa tetiba kau bagi salam?Selalu tak ada pun bagi salam.Main sergah je." "Eyh takkan orang nak insaf pun tak boleh kot?Tak baik la sergah orang ketika orang tengah makan.Kang tercekik,siapa susah?Aku juga yang susah tau."Aku membalas sambil tersengih. "Oh tau pun kau,ingatkan tak tahu.Bagus-bagus"Ain membalas sambil mengangguk kepalanya. "Ok lah,aku tak nak ganggu orang nak makan.Kang tak sempat nak naik bertugas,kene potong  markah.Pastuh salahkan aku pula yang ganggu masa untuk kau makan."Aku beredar dari meja Ain tanpa menunggu Ain membalas.



Jam menunjukkan tepat pada pukul 2.00pm.Kelihatan semua pengawas yang bertugas telah pun berada dalam pusat sumber sekolah.Aku terlihat Asmida baru sahaja masuk ke dalam PSS dengan tergesa-gesa."Kau asal?macam kene kejar dengan anjing gila je." "Tak ada apa-apa.Ada hantu kejar tadi."balas Asmida sambil mengukir senyuman di bibir.Bertapa senangnya hatiku apabila melihat Asmida mengukir senyuman."Dah,jangan nak mengarut pula dengan aku.Pergi tugas sekarang."Arah ku sambil mengangkat tangan kanan ku ke arah rak buku yang agak tidak tersusun bukunya.Asmida mengomel dan menjuihkan bibir kecil moleknya.Aku hanya sekadar merenungnya sambil tersenyum.



Seorang budak Form 2 masuk ke dalam PSS ."Kak,boleh tak guna PSS?Pn.Juriah nak bawa kelas 2A3 masuk ke dalam PSS."Aku hanya memandang Asmida yang menunding jari ke arah aku.Aku hanya menggelengkan kepala.'Apalah yang akan berlaku selepas nih?yang si As tunjuk ke arah aku tu kenapa?'Bisik hatiku.Budak tersebut datang menemuiku di tempat duduk hujung sekali di dalam PSS."Bang,Pn. Juriah nak guna PSS,boleh tak bang?"Tanya Farees yang ku lihat tertera namanya di nametagnya."Boleh,apa salahnya.Sekarang kan?"Tanya ku kembali."A ah.Sekarang."Lalu Farees pergi mendapatkan Pn.Juriah.



"As,kau tak boleh ke nak uruskan perkara itu sendiri?tak payahlah sampai nak suruh budak tu jumpa dengan aku untuk meminta kebenaran menggunakan PSS."Tegur ku."Mestilah kene minta kebenaran kau.Kau kan ketua harian pada hari ini?"Aku hanya mengangkat kening ku sambil merenung jauh ke dalam anak matanya.As tersipu-sipu malu lalu terburai gelak tawa di dalam PSS.Aku terlihat seorang pengawas yang bernama Hui Ling yang merupakan senior aku dengan Asmida meletakkan jari telunjuk di mulutnya sebagai tanda perlahankan suara atau isyarat untuk tidak bersuara kerana di dalam PSS tidak boleh membuat bising.



Tepat sahaja pukul 4.30pm,semua pengawas boleh pulang ke rumah.Semua pengawas kelihatan sibuk mengemas pss dan bersiap sedia untuk pulang ke rumah selepas menandatangi di atas sehelai kertas yang tertulis nama pengawas pss yang bertugas pada hari Rabu. "As,kau balik jalan kaki sorang aje ke?Tak ada orang lain yang temankan kau balik?"Tanya Adi.Aku hanya mendengar sambil menandatangani kertas yang di beri oleh Hui Ling."Oh Adi,ada apa-apa ke dengan Asmida ni?Sampai nak temankan Asmida balik ke rumah?Kamu curang dengan saya eyh?"Gurauan Hui Ling di sambut dengan gelak ketawa oleh Asmida.Kelihatan muka Adi kemerah-merahan."Mana ade.Sejak bila pula aku couple dengan kau pula Hui Ling?tak pernah terlintas untuk couple dengan kau.Perasan je lebeyh.Kalau dengan Asmida,tak per la juga.Ada la juga standard dia."balas Adi terhadap kenyataan yang diberi oleh Hui Ling sebentar tadi sambil menjeling Asmida.Sekali lagi terburai gelak tawa semua pengawas yang berada di kaunter."Ewah-ewah.Sesuka hati engkau je cakap cam tuh yea?Tak sayang mulut ke?Tak ingin lah kita nak couple dengan kau Adi.Hati kita dah berpaut pada seseorang.Tak ada peluang untuk diri kau."Terang Asmida kepada Adi.Aku dan Hui Ling hanya memandang Adi kemudian Asmida."Ok sudah.Kamu semua boleh balik sekarang.Jangan singgah di mana-mana,terus balik ke rumah yea?"Perintah Yap Pun Thon selaku pengerusi kepada pengawas Pusat Sumber Sekolah tahun 2005/2006.



'Kenapa perasaan ini timbul setelah Adi cakap camtuh?.Aku merasakan yang aku sakit hati dengan apa yang dinyatakan oleh Adi ketika Adi bercakap begitu.Argh!!Pergilah perasaan ini.Pergi,pergi,pergi.Mengapa Aku harus merasa sakit hati dengan apa yang Adi cakapkan?Adakah aku telah jatuh cinta dengan Asmida?Ah tak mungkin.Tak mungkin aku jatuh cinta dengannya.ARGH!!!'hatiku menjerit.Handphone aku mengeluarkan lagu Januari nyanyian Glenn secara tiba-tiba.



Dengarkan,dengarkan lagu,

lagu ini melody rintihan hati ini,

kisah kita berakhir di Januari.



Berkumandang lagu Januari yang menjadi lagu kesukaan aku pada suatu ketika dahulu.Tertera nama Asmida di screen handphone.Aku menekan butang telefon berwarna hijau di handphone untuk menjawab panggilan tersebut"Assalamualaikum Is,kau tengah buat apa tuh?sibuk ke?" "Waalaikummussalam.Aku ngah rindu kat kau la.Asal kau call aku?Ada apa-apa ke?"Balas ku sambil bergurau."Lah yea ke?Kita pun rindu gak kat kau.Takde,kita call nih sebab nak cakap dengan kau,jangan la ambik hati dengan apa yang Adi cakapkan tadi kat PSS tuh.Kita dengan dia takde apa-apa pun,hanya kawan biasa.Kita harap kau tak fikir yang bukan-bukan.Kita masih lagi single.Tak di sunting lagi oleh orang yang telah mencuri hati kita ni."Terdengar suara Asmida gelak di akhir kata."Wah,berbunga sungguh ayat kau tapi apa kene mengena dengan aku?Hubungan kau dengan Adi takde kene mengena pun dengan hidup aku.Asal kau bagitahu aku pasal ni?"Balasku yang dalam kebingungan."Tak adalah.Mana tahu,kau fikir yang bukan-bukan pasal kita.Yea lah dah si Adi tuh cakap macam itu,siapa yang tak fikir yang kita ade hubungan yang istimewa dengan si Adi tuh."Terang Asmida."Oh,jangan risau lah.Aku tak fikir apa-apa pun.Oh yea,siapa orang yang bertuah yang mencuri hati kau tu?Aku pun nak tahu gak siapa dia.Aku kenal tak dia?"Tanya ku kepada Asmida."Kau kenal sesangat dengan dia.Tapi buat masa ini,biarlah rahsia.Lagipun kita segan la nak bagitahu siapa orang yang telah mencuri hati adinda ini."Balas Asmida."waaah,adinda gitu.hahaha.tak apa lah nanti adinda bagitahu kakanda siapa orangnya yea?"pintaku tanpa rasa segan kerana rasa ingin mengetahui aku amat membuak-buak."Ok no problem.Eyh kredit kita nak habis lah.Besok kita jumpalah yea?Ok,Bye Assalamualaikum." Belum sempat aku membalas salamnya Asmida telah mematikan talian.





"Assalamualaikum Is.Eyh sorry semalam.Kredit kita dah kong lah.Tak dapat nak berbual lama dengan kau.Pasal si Adi tuh,kita harap kau faham lah yea?"tegur Asmida apabila aku duduk di tempat duduk ku."Waalaikummusalam.Eyh,eyh,eyh, tak per.Aku tak kisah pun pasal semalam.Lagipun aku ni siapa nak marah-marah kalau kau ade hubungan special dengan orang lain.Kau berhak untuk menentukan pilihan hidup engkau sendiri."balasku bersahaja sambil mengeluarkan buku matapelajaran Bahasa Melayu tingkatan 3.Pn.Tay Siok Choo masuk ke kelas untuk mengajar matapelajaran Bahasa Melayu di kelas 3A2 iaitu kelas aku.Naquib,selaku ketua kelas 3A2 memberi salam kepada Pn.Tay."kamu semua,sekarang nih dah bulan enam.Ada lagi beberapa bulan saja lagi untuk kamu semua menduduki PMR.Disebabkan itu,saya ingin memberikan latihan intensif kepada kamu semua supaya kamu semua tidak teragak-agak untuk menjawab soalan semasa menduduki PMR.Jangan main-main lagi.Saya harap kamu semua sudah bersiap sedia dari sekarang."Terang Pn.Tay kepada anak muridnya.Aku hanya sekadar menganggukkan kepala tanda memahami apa yang diterangkan oleh Pn.Tay selaku guru yang mengajar BM.'Macam mana ni?Masa dah tak banyak lagi,aku harus meningkatkan usaha aku untuk mencapai keputusan yang cemerlang.'Getus hatiku.



Tringgggg.Waktu rehat untuk semua tingkatan 3 sehingga tingkatan 4A5 telah bermula."Is,kau nak pergi PSS ke?Jom pergi dengan kita,kita pun nak pergi PSS juga ni."Ajak Asmida.Aku hanya menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan ajakkan Asmida.Ketika keluar kelas,aku dengan As terserempak dengan Ain yang kebetulan ingin pergi ke PSS juga."Aik,As,kau berjalan dengan pakcik?"Tanya Ain kepada Asmida sambil berjalan ke arah PSS."Tak adalah.Kita jalan dengan Datuk."Tergelak Ain mendengar gurauannya di sambut sebegitu rupa.Aku hanya menggelengkan kepala sambil gelak."Cepatlah anak dara oi.Masa dah tinggal skit.Nanti tak sempat nak pergi PSS nanti."Aku menyindir As dengan Ain yang berjalan dengan lengang-lengok."Alah pakcik ni.Orang nak jalan laju la ni.Dah tua-tua pun still kuat lagi tulang untuk berjalan dengan laju yea?"Ain menyindir aku kembali.Aku berjalan tanpa hiraukan gurauan Ain tadi.



Aku duduk dibahagian belakang di dalam PSS sambil membuat kerja di buku Matematik yang diberi oleh Pn.Hong ketika di kelas tadi."Hai pakcik,seorang aje ke?Boleh tumpang duduk kat sini?"As bertanya dengan selamba.'Dah nampak aku seorang je kat sini,mestilah aku seorang aje.'Getus hatiku."Tak adalah.Aku duduk berlima.Lagi empat orang tu invisible.Kau tak boleh tengok dengan mata kasar."As tersenyum malu.Lalu As menarik kerusi lalu dilabuhkan punggungnya sambil meletakkan buku Matematik."Kau tahu tak,ada orang minat kat kau?" "Hah?"Aku tersentak dengan apa yang dikatakan.Aku memandangnya dengan pandangan mata yang tajam,tetapi As tidak memandang ke arahku,sebaliknya membuat kerja yang diberi oleh Pn.Hong."Kita cakap,ada orang minat kat kau.Kau tahu tak?Dia kata,dah lama dah dia terpikat kat kau,sejak di sekolah rendah lagi."Aku terpaku dan membulatkan mata apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Asmida antara dengar dan tidak kedengaran."Siapa?Comel tak?Cun tak?kalau comel dengan cun,bolehlah aku mengorat,kalau tak,tak nak lah aku.Kirim salamlah kat dia."Aku bersuara selamba.Tercengang As mendengar pembalasan dari aku."Cun,comel,cantik, dan ayu macam kita." Asmida membalas usikan aku dengan selamba. "Huh?macam kau?"Aku bersuara perlahan tetapi jelas di pendengaran Asmida."Yea.Macam kita.Kenapa?Kita tak cantik?Tak comel?Tak cun?"As menyoal aku bertubi-tubi.



"Eyh tak adelah.Kau cantik,comel,cun,ayu boleh dikatakan semuanya adelah kat kau.Lengkap.L.E.N.G.K.A.P."Sengaja aku mengeja perkataan lengkap itu.As tersenyum malu mendengar pujian aku.Terburai gelak aku apabila aku melihat gelagat As yang mencuit hati.Aku merasakan tenang apabila berbual-bual dengan As.Aku senang dengan usikkannya yang disertakan dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir yang kecil molek itu.Terasa segala-galanya indah.Apakah perasaan yang menyelubungi diri aku ketika ini?Adakah aku telah jatuh cinta dengannya?Aku sendiri pun keliru dengan apa yang berlaku ke atas diri aku sendiri.



'Sudah akhir bulan tujuh.Cepat betul masa berlalu.Tak sempat buat apa-apa dah bulan 7.Betul kata orang tua dulu-dulu.Masa itu emas.Tidak akan menunggu sesiapa,tetapi kita yang akan mengejarnya.'Aku mengeluh bersendirian.PMR kian menghampiri semua pelajar tingkatan 3.Semakin hampir tarikhnya semakin mendebarkan.Terasa kehangatan suasana para pelajar mengulangkaji semua matapelajaran.Iwan juga yang malas dalam kelas turut mengulangkaji di PSS dengan buku rujukkan yang bertimbun diatas meja."Assalamualaikum.Tak ulangkaji ke?"As menyapa dibelakang aku.Aku terperanjat sejenak dengan suara yang tiba-tiba menyapa dari belakang."Waalaikummussalam.Nak ulangkaji lah ni.Tengah cari meja untuk mengulangkaji."Aku membalas sapaannya sambil mengambil buku rujukkan di rak buku rujukkan."Oh yea ke?kalau camtuh boleh la ulangkaji dengan kita,bolehkan?"As mengajak aku untuk mengulangkaji bersama.'Kenapa hati aku berdebar-debar dengan ajakkannya?' "Erm.Tengoklah kalau tak ada tempat kosong nanti aku duduk lah dengan kau."Mata aku ligat mencari tempat kosong.Ternyata tiada tempat kosong yang boleh aku duduk melainkan dihadapan tempat duduk Asmida.'Alamak.Situ je ke tempat kosong yang ada?Erm.Apa salahnya kalau duduk dengan dia pun?Lagipun aku senang berbual dengan dia.'Pujuk hatiku."Ok,nampaknya tak ade tempat kosong yang boleh aku duduk melainkan depan tempat duduk kau.""Jadi?Kau akan mengulangkaji dengan kita?"Pinta Asmida seperti mengharapkan aku akan mengulangkaji dengannya."Yealah,aku ulangkaji dengan kau." Bersinar wajah Asmida mendengar apa yang aku katakan.

"Is,kita nak tanya kau satu soalan.Boleh tak?"As tanya sambil membuat ulangkaji."Apa dia?Tanyalah."Balasku tanpa memandangnya sambil membaca buku rujukkan am."Katakanlah ade seseorang nih,rupa dia macam kita.Pastuh dia minta couple dengan kau.Apa jawapan kau?"Aku memandangnya dengan pandangan tanda tanya. 'Eyh?apahal timbul soalan ni pula?payah ar nak jawab.Cammana eyh nak jawab?'Ligat otak aku memikirkan jawapan kepada soalan itu."Asal kau tanya soalan macam itu?ada orang hensem macam aku minta couple dengan kau ke?"Soalku ingin menduga reaksi muka Asmida."Tak adalah saje je kita tanya.Tak boleh ke?"Asmida mengangkat keningnya sambil merenung muka aku.Sebaik sahaja aku menyedari renungan dari Asmida itu,aku melarikan pandangan ke arah buku yang aku pegang."Entahlah.Aku pun tak tahu nak terima atau tidak.Terpulanglah kat orang itu.Tapi kalau perangai macam kau,aku terima la kot." "Oh yea ke?Kalau kau terima,apa sebabnya?" Semakin lama semakin mendalam Asmida mengorek pendapat aku terhadap dirinya.Aku semakin berwas-was untuk menjawab."Kau nak tahu sebabnya kenapa?" "Kita tanya aje.Kalau tak boleh tak apalah."As membuat muka merajuk sambil tidak menghiraukan aku.



'Adoi.Macam mana ni?Si As da merajuk dengan aku lah.Nak kene pujuk dia balik ni'hati aku bersuara."Assalamualaikum As.Kau merajuk dengan aku ke?" "Waalaikummussalam.Tak adalah.Buat apa kita nak merajuk.Dah orang tak nak bagitahu,tak ada gunanya kita memaksa." As membalas acuh tak acuh.'Alamak…Dia betul-betul merajuk dengan aku lah.Macam mana nak pujuk ni?'"Yealah kau nak tahu sangat aku bagitahu kau lah.Tapi janji dengan aku,kau takkan merajuk dengan aku lagi selepas ini?"Aku meminta kepastian."Hah!!!Kan bagus kalau kau bagitahu kita awal-awal.Tak payah lah kita nak bermasam muka dengan kau setiap hari.Yea,kita takkan merajuk lagi dengan kau selepas ini.Kita janji."As gelak selepas berkata-kata begitu. "Ok memandangkan kita dah ade perjanjian antara aku dengan kau,aku bagitahu kau.Sebabnya kau seorang yang penyayang,baik hati,memahami,suka tolong orang,boleh dibawa bergurau,agak open minded sedikit,cepat mesra dan manja.Eyh ada ke manja?"Aku sengaja melawak.As tersipu-sipu mendengar pendapat aku terhadapnya apabila mendengar perkataan manja."Mana ada manja,kita tak manja la.Kau nak tahu pendapat kita terhadap diri kau?"'Eyh?Asal dia cakap macam itu?Kalau dia nak bagitahu apa salahnya.Sekurang-kurangnya aku tahu lah juga apa pandangan orang lain terhadap diri aku ni.'Pujuk hatiku."Erm.Boleh gak kalau kau nak bagitahu aku."Ok.Pendapat kita terhadap kau ialah kau seorang yang agak gentleman,seorang yang agak memahami hati seseorang wanita,romantik,suka buat lawak,open minded,penyayang dan mudah diajak berbicara dikala seseorang itu ingin mengongsikan masalah dengan orang lain" 'Wah??Biar betul?Aku tak boleh nak percaya dengan apa yang dikatakan oleh As.Tak sangka begitu tanggapannya terhadap diri aku?' "Biar betul kau?Semua yang kau cakapkan itu tak ada pun kat diri aku.Kau salah orang kot?"tanya ku ingin kepastian dengan apa yang dikatakan oleh As sebentar tadi."Betul.Buat apa kita nak tipu kau?Tak dapat faedah pun tipu kau"As memberi kepastian.





Bulan lapan telah pun menjelma tiba.Tarikh PMR semakin mendekati para pelajar tingkatan 3.Aku berbaring ke atas katil yang menjadi tempat aku meluangkan masa ketika masa terluang tanpa aktiviti.Tring,tring,tring sekali lagi handphone aku mengeluarkan lagu Januari.Tertera nama Asmida di screen handphone."Assalamualaikum.Ada apa telephone aku ni?" "Waalaikummussalam.Alar takkan nak telephone tanya khabar pun tak boleh kot?" "Eyh siapa kata tak boleh?Aku tanya je.Takkan tak boleh?"Aku membalas kata-katanya. "Amboi!!!Membalas nampak?"Terdengar gelak tawa Asmida."Mana ade balas.Aku cuma cakap yang betul aje." "Yealah yealah.Malas kita nak main tarik tali dengan kau." "Siapa suruh kau main tarik tali dengan aku?" "Ewah,loyar buruk la pulak dia nih" Sekali lagi terdengar gelak ketawa As.Kali ini aku pun gelak bersama."Oh yea,kau tak bagitahu lagi siapa yang mencuri hati adinda tu.Bagitahu lah kekanda.Kakanda ingin sekali mengetahui siapa yang telah mencuri hati adinda itu."Tanyaku."Wahai kekandaku,kakanda ingin mengetahuinya?"balas As tanpa jawapan yang aku pinta. "Yea adindaku.Kakanda ingin mengetahui siapa orangnya yang telah mencuri hati adindaku ini." "Jikalau begitu,adinda akan bagitahu kakanda siapa orangnya."Hati aku berdebar-debar menanti jawapan yang akan diberi oleh As."Orangnya sama kelas dengan kita.Kelas 3A2.Dia pun pengawas pusat sumber juga.Jadi senang la Is nak teka."As memberi klu kepada jawapan.'Asal As tetiba bahaskan diri aku Is?Ada apa-apa makna kah?'Getus hatiku yang semakin tertanya-tanya."Sama kelas?Waaaah ini sudah bagus.Boleh aku ucapkan tahniah kepada orangnya.Tapi,siapa orangnya yea?"Aku tertanya-tanya orangnya. "Teka lah siapa orangnya.Kita dah bagi klu dah.Takkan itu pun tak dapat teka?"As seolah-olah mendesak aku untuk meneka. "Erm.Iwan?" "Bukan." "Alas?" " Pun bukan." "Habis tu siapa lagi?Itu jelah pengawas pusat sumber dalam kelas 3A2." "Is lupa lagi seorang lah.Yang Is lupa sebut tu lah yang telah mencuri hati adinda ini."As ketawa. "Siapa?Aku ke?"Aku meneka dalam gelap. "A ah.Kakandalah yang telah mencuri hati adinda.Dah lama dah kita rasa perasaan ini.Cuma tak tahu macam mana nak luahkan kat Is je.Bila duduk dengan Is,kita rasa sangat selesa,rasa tenang dapat berbual dengan Is."Aku tidak terkata-kata selepas mendengar jawapan itu.'Ya Allah.Betulkah apa yang dikatakan?Apakah selama ini aku juga jatuh cinta dengannya juga?'Hatiku berdoa meminta petunjuk dari-Nya. "Betul ke apa yang kau katakan itu?" "Iya betul."As memberi kepastian.



'Nampaknya,aku dah jatuh cinta dengan As.Begitu juga dengan As.Tak sangka As juga mempunyai perasaan yang sama seperti yang aku alamii.Ya Allah kekalkanlah hubungan ini.Janganlah Engkau ambil apa yang telah Engkau berikan kepadaku.Sesungguhnya Engkau maha berkuasa untuk menarik kembali apa yang telah Engkau berikan.' "As,aku nak bagitahu kau sesuatu." "Erm?Apa dia?Bagilah tahu." "Sebenarnya,aku…Aku…Aku…" "Aku apanya?" As memintas."Aku suka kau.Dah lama aku suka.Cuma selama ini, aku keliru dengan perasaan aku sendiri.Aku tak berani nak memberitahu kau,As."As terbeliak mata apabila mendengar aku berkata begitu.Dari segi reaksi wajah muka As,aku tak tahu sama ada As suka atau marah."Oh…Yea ke?"As membalas acuh tak acuh.Namun aku tidak hiraukan segala apa yang berlaku.'Memandangkan dah sampai situ,lebih baik berterus terang.Andai kasih yang ku berikan ditolak maka biarlah perasaan ini luput dengan sendiri.Walau bagaimana pun.Aku harus mencuba.'Desak hatiku."Bagaimana perasaan kau terhadap aku?"Aku menyoal As dengan berani."Perasaan kita terhadap kau?Erm.Sama seperti apa yang kau rasakan terhadap diri kita."As tersenyum manis."Yea ke?Allah.Tak sangka kita berkongsi perasaan yang serupa selama ini.Jadi sanggupkah kau menjadi kekasihku?"Pintaku dengan berani dan gentleman."Mengapa tidak?"As membalas dengan penuh makna.

'Alhamdulillah,syukur terhadap Illahi.Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan seorang insan yang cukup bererti buatku.' "Berjanjilah dengan aku bahawa segala masalah sama ada aku atau kau akan kita kongsikan bersama.Boleh?" "Insya~Allah Is."As tersenyum malu.



Hubungan aku dengan As semakin lama semakin rapat.Aku terasa bahagia yang amat."Assalamualaikum sayang,tengah buat apa tu?"As menegur dari belakang secara tiba-tiba tanpa aku sedari "Waalaikummussalam.Tak buat apa-apa pun sayang.Tengah mengulangkaji.Sayang dah ulangkaji ke belum ni?" "Oh.Belum lagilah.Malaslah nak mengulangkaji.Penat,tadi tolong cikgu buat kerja."As cuba bermanja denganku."Oh yea ke?Tolong cikgu buat apa tadi,sampai penat begini?"Soalku."Tolong cikgu key-in data buku ke dalam computer.Bukannya sikit,banyak tahu."As mengadu kepadaku mengenai apa yang dilakukan."Lah.Kesiannya sayang ni.Ok.Duduklah rilekkan badan dulu.Hari ini sayang tak perlulah buat ulangkaji.Sayang rehat ok?"As tersenyum.Begitu juga denganku.



Pejam celik-pejam celik.Bulan sembilan telah menjelma.Hanya tinggal lagi sebulan sahaja lagi untuk menduduki PMR.Masa berlalu dengan amat pantas.Hubunganku dengan As semakin hebat dihujani dugaan.Sepanjang hubungan antara aku dengan As berjalin,As telah mengalami masalah keluarga.Aku menjadi tempat As untuk meluahkan segalanya.Aku jugalah yang menjadi pendengar setia.Selain dari itu,tidak kurang juga dengan tekanan suasana yang hangat dengan para pelajar yang mengulangkaji.Keadaan itu mengingatkan aku dan As bahawa tiada masa lagi untuk bermain.Masa sudah semakin suntuk.Semakin dekat tarikh PMR semakin terasa tekanan yang melanda diri.Seringkali senang naik angin jika diganggu ketika mengulangkaji pelajaran.Begitu juga dengan aku.Senang naik angin jika diganggu oleh sesiapa,tetapi tidak jika di ganggu oleh As.As memberikan aku ketenangan.Senyumannya mengusir rasa gusar dan takut setiap hari.Setiap hari,hariku diisi dengan cahaya yang terang benderang.Aku tidak gentar menghadapi segala tugasan atau dugaan dengan adanya As sebagai kekuatan diriku untuk menempuhi segala onak duri dalam hidup.



"As…Terima kasih kerana hadir dalam hidupku.Kehadiranmu membawa banyak perubahan kepada diri ku.Membawa seribu satu erti dalam hidupku." "Sama-sama.Begitu juga dengan kita.Terima kasih atas segala-galanya.Kehadiranmu telah mengajar kita tentang erti kesabaran,erti kehidupan,erti cinta dan kasih sayang.Saban hari,hari kita dipenuhi oleh kasih sayang kau Is.Kita amat bersyukur kerana mendapat seorang insan yang amat memahami diri kita selain dari ahli keluarga.Ahli keluarga kita pun tak ada yang memahami diri kita.Maksud kita,tidak beberapa memahami seperti mana Is memahami diri kita.Tanpa kehadiran Is,kita tak tahu apa yang akan terjadi dengan diri kita.Entah dapat bertahan atau pun tidak dengan hidup yang penuh pancaroba dan dugaan."As meluahkan isi hatinya dengan penuh ikhlas."As,jangan cakap macam itu.Jodoh ditangan Allah.Jika kita ditakdirkan bersama,kita akan bersama sampai bila-bila.Kalau kita ditakdirkan hanya untuk seketika,maka redalah dengan ketentuan Illahi.Sesungguhnya Allah lebih maha mengetahui segala-galanya berbanding makhlukNya sendiri."Aku menasihati diri As yang kelihatan sedikit layu dengan penjelasan dari diriku."Jangan cakap begitu Is.Apa yang Is cakapkan itu merupakan satu doa.Berjaga-jagalah dengan apa yang Is katakan.Jangan doakan hubungan kita akan berakhir pada suatu masa nanti.Kita tak tahu bagaimanakah keadaan kita jika itu akan terjadi."As bermadah."As,jika semua ini terjadi atas bukan sebab kita rela,reda sajalah.Jadikan ini semua sebagai satu pengalaman yang mengajar kita erti menerima sebuah hakikat.Tabahkan diri untuk menerimanya.Berdoalah kepada Allah,minta petunjuk dariNya.Aku percaya Allah akan memakbulkan permintaan hambaNya.Insya~Allah."Aku membalasnya dengan nasihat yang dapat ku kumpulkan melalui buku agama yang dibaca olehku selalu.Keadaan hari ini tidak berapa baik kerana As kelihatan begitu sayu sekali.Aku tidak tahu mengapa,mungkin apa yang ku katakan tadi?atau dia mempunyai masalah lain?



Hari demi hari berlalu.Hubungan aku dengan As sudah semakin pudar.Tidak serapat dulu ketika baru couple.Aku kebingungan dengan apa  yang terjadi.Apakah ini hukuman yang As berikan kerana kecewa dengan percakapan aku tempoh hari?Aku tertanya-tanya apakah yang menyebabkan ini semua berlaku."Assalamualaikum." "Waalaikummussalam."As cuba memaniskan raut wajahnya ketika menjawab salam."Kenapa dengan As?As marahkan Is ke?"Aku cuba menduga."Hurm.Tak marah pun.Cuma ade problem keluarga sikit.Tak dapat nak  concentrate dalam pelajaran.Kita minta maaf sekiranya tindakkan kita ini membuatkan Is terasa atau sakit hati.Kita memang tak berniat untuk buat begitu.Cuma kita harap Is faham keadaan kita."As menjadi sayu kembali."Oh begitu ke?Hurm.Is paham keadaan As.Kalau As perlukan seorang teman untuk berbicara,Is sentiasa berada di sisi As.Is harap As faham apa yang Is cuba sampaikan."Aku memberi As satu cadangan untuk meluahkan segala-galanya kepada aku."Terima kasih Is.Tanpa Is di sisi,macam manalah kita erk?"As tersenyum pahit dihadapanku hanya sekadar ingin mengambil hatiku,tetapi aku dapat mengesan bahawa senyuman itu bukanlah seindah yang selalu diukir.Kerana disenyuman itu tiada tanda keikhlasan untuk bersenyum.Hanya sebuah senyuman yang penuh dengan luka dan duka.



'Kenapa As menjadi begini?Apa yang menyebabkan dia jadi begini?Kenapa dia tidak mahu kongsi masalahnya dengan aku?Adakah aku terlalu busybody dengan masalahnya?'Hati aku tertanya-tanya."As,As tahu tak yang Is selalu perhatikan As kebelakangan ini?Hati Is tak tenteram seperti selalu apa bila melihat As jadi begini.As hanya mengukir senyuman ala kadar sahaja.Tiada tanda keikhlasan untuk mengukir senyuman seperti selalu.Ke mana As yang dulu?Dimanakah janji-janji kita yang kita janjikan dulu?Adakah janji itu hanya tinggal janji?"Aku menyoal As bertubi-tubi namun As mendiamkan dirinya sambil memandang ke bawah.Aku berasa serba salah dengan tindakan aku.Apakah tindakan aku ini salah?Aku melihat titisan air jatuh ke lantai.Bulat mataku memandang titisan air yang jatuh ke lantai.Aku dengan berbekalkan keberanian dengan izin Allah,aku mendongakkan muka As untuk memandangku.Aku mengesat air matanya yang terjuntai sebentar tadi."Maafkan Is sekiranya apa yang Is katakan tadi telah menguris hati As yang telah tersedia mempunyai luka.Is betul-betul tak bermaksud untuk menambah luka di hati As.Cuma naluri Is mengatakan bahawa ada sesuatu yang tak kena."Aku memberitahu perkara sebenar."Sebenarnya…"As tersendu-sendu untuk bercakap."As malu sesangat.Segala masalah As Is tahu.As malu untuk berkongsi masalah dengan Is lagi.As faham.Ini adalah sifat semulajadi Is yang suka mengambil berat tentang diri semua orang.As juga tahu Is seorang yang baik.Is seorang pendengar yang setia.Sanggup berkorban apa sahaja demi As.Is sanggup memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh As,sedangkan As sendiri tidak terdaya untuk menolong Is.As malu sangat dengan diri As sendiri.As tak tetapi janji yang telah diukir suatu ketika dulu. As minta maaf sesangat.Maafkan diri As."As memberitahu apa yang terbuku dihatinya sekian lama.Aku tersentak dengan apa yang dikatakan oleh As.Segala-galanya berubah dalam sekelip mata.Aku hanya membatukan diri tanpa reaksi.Aku menatap wajah As selama yang boleh.



Selepas peristiwa itu berlaku,As meminta supaya tidak menganggunya seketika kerana memerlukan masa untuk mengulangkaji dan melupakan peristiwa yang telah berlaku.Aku akur dengan permintaan As walaupun aku tidak bersetuju,tetapi aku tetap akur.Aku tahu tak kesemua manusia dapat menerima dengan begitu cepat.Aku hanya perhatikan As dari jauh.Apabila bersua,aku mengukirkan senyuman.As membalasnya dengan senyuman pahit.'Ah,lupakan saja.Dah orang suruh jangan ganggu,lebih baik jangan ganggu.Lebih baik aku mengulangkaji untuk menduduki PMR.'Hatiku memujuk agar biarkan As bersendirian seketika.



Kini tibalah masa yang amat ditakuti oleh semua para pelajar yang akan menduduki PMR.Kesemuanya kelihatan sibuk mengulangkaji sebelum memasuki dewan peperiksaan.Aku melihat As dari jauh.As sibuk mengulangkaji matapelajaran yang akan di ambil sebentar lagi.Pengawas telah menyuruh calon PMR memasuki dewan untuk mengambil peperiksaan."As,semoga berjaya."Aku mengenyitkan mata sambil mengukir senyuman."Is pun sama."As membalas senyuman.Selama seminggu Peperiksaan Menengah Rendah telah berjalan.Akhirnya tiba jua tarikh PMR berakhir."Assalamualaikum.Macam mana dengan PMR?Ok tak?""Ok lah juga.Alhamdulillah boleh jawab kesemuanya.""Is pula macam mana?"As membalas kembali."Haha.Samalah macam As.Alhamdulillah boleh jawab."Aku tersenyum riang bersama dengan As.As yang kurindui sekian lama.



Selepas tamatnya PMR,seperti biasa,kelas menjadi bising kerana sudah terlepas dari ujian yang menakutkan iaitu PMR.Bagi para pelajar,Selepas selesainya PMR,itu adalah masa untuk mereka enjoy habis-habisan.Kerana selepas ini tiada lagi enjoy di tingkatan empat.Aku tidak seperti mereka.Aku menghabiskan masa dengan termenung.Begitu juga dengan As.Aku memerhatikan As tanpa As sedari."Assalamualaikum.Termenung jauh nampak?Mengelamun apa lah tu."aku menyergah sambil menyindir dalam satu masa setelah sekian lama tidak bertegur sapa kerana masing-masing berada di alam fantasi."Waalaikummussalam.Buat orang terperanjat je Is ni." "Eyh,biasalah tu kan Is suka membuat kejutan terutama masa ada orang tengah mengelamun jauh ke dalam dunia fantasi yang telah dicipta oleh mereka."Aku dan As ketawa riang.Sekarang,hanya tunggu keputusan PMR untuk keluar.Dalam enjoy,tersembunyi kerisauan mengenai keputusan.



Kini masa yang ditunggu telah pun tiba.Hari untuk mengambil keputusan PMR.Aku terasa jantung aku berdegup dengan laju.Begitu juga dengan orang lain.Tetapi aku tetap menunjukan reaksi wajah yang tenang.'Haih.Lambatnya nak keluar keputusan.Dah lama ni aku tunggu.Oh panjang umur.Baru cakap dah keluar.'Getus hatiku.Kelihatan ramai orang berpusu-pusu datang ke kantin untuk mengambil keputusan PMR.Semasa aku berjumpa dengan guru yang menguruskan keputusan PMR,aku terlanggar dengan bahu seseorang.Aku menoleh sambil berkata "Maafkan saya.Tak sengaja." "Tak apa."Aku bagaikan mengenali suara itu. 'Oh As rupanya.Rindu aku terlerai sebentar apabila aku menatap wajahnya.'"Haih.Terpegun ke tengok orang cantik,comel,cun, dan ayu?"Aku tersentak dari lamunan rinduku sambil mengukir senyuman."Tak adalah.Cuma tertanya-tanya apakah keputusan yang As dapat?"Aku menyembunyikan rasa sebenarku."Nah tengoklah" "Wah keputusan cemerlang.Bagus."Aku mengucapkan tahniah."Hai…Tengok orang punya je ke?Tak nak tunjuk keputusan Is?"As menyindir.Aku hanya tersenyum malu."Yeala nak ambil keputusan lah nih."Belum sempat aku ambil As dah ambil sambil berlari anak."Wah.Is pun sama lah.Dapat keputusan cemerlang.Tahniah."As mengucapkan tahniah kepada aku pula.



'Alhamdulillah syukur.Segala usaha yang aku curahkan selama ini tidak sia-sia.Allah telah memakbulkan hasrat ku untuk mendapat keputusan yang agak cemerlang.'Di sepanjang cuti panjang sekolah itu aku berhubung dengan As melalui khidmat pesanan ringkas.Sehinggalah bulan Januari muncul tiba.Tahun baru untuk azam yang baru dan cabaran yang baru.



Suatu hari ketika aku didalam PSS,As menemui diriku."Is,sini sekejap,kita nak cakap dengan kau kat belakang."As memintaku untuk ke belakang."Ada apa nak cakap sampai kene pergi belakang ni?"Aku tertanya-tanya.Muka As kelihatan amat serius.Keadaan ini membuatkan aku lagi tertanya-tanya."Sebenarnya…Boleh tak kalau kita break?"As menyampaikan satu berita mengejut yang membuatkan tubuhku kaku untuk sementara."Break?Kenapa?"Aku menyoalnya kembali.Aku memerlukan sebab yang kukuh untuk meleraikan ikatan yang telah dibina untuk sekian lama."As dah tak tahan dengan tekanan dan bebanan yang As pikul.Kat rumah masalah,kat sekolah masalah.As sudah tak boleh nak tanggung kesemuanya.As tak sanggup tengok Is menerima tempias dari As hanya kerana As.As tak sanggup tengok Is kene tempias.As tak boleh tengok orang yang As sayangi kene tempias dari As sendiri."As memberi sebab dengan riak wajah yang tenang."Oh begitu?Dah tak boleh diselamatkan lagi hubungan antara kita berdua?"Aku menanyakan untuk kepastian akhir kali."Erm.Pada As,lebih baik kita jadi kawan sahaja.As tak rasa yang kita sesuai untuk menjadi pasangan.As minta maaf kerana telah mengecewakan harapan dan melukakan hati Is.Is tak bersalah.Tapi apakan daya?Kita ditakdirkan bersama hanya untuk seketika.As ingat apa yang Is pernah katakan kat As dulu.As dah fikir masak-masak dan ini adalah keputusan yang sebaiknya." "Jika itu yang As minta,Is reda dengan ketentuan Illahi.Is tak salahkan As atau sesiapa.Sebaliknya Is bersyukur kerana Allah telah memberikan Is untuk merasai kasih sayang seorang insan yang bernama Asmida untuk seketika.Itu sudah memadai untuk Is.As tak pernah buat salah dengan Is,jadi tiada apa yang dapat Is maafkan.Kalau ada pun,dah lama Is maafkan."Aku menerima keputusannya dengan hati yang terbuka.Mungkin apa yang As katakan itu ada benarnya.



As mendapat berita gembira apabila As telah diterima masuk kedalam teknik.Aku merupakan orang yang pertama tahu mengenai berita tersebut."Tahniah kerana telah terpilih untuk masuk teknik." "Terima kasih.Is tak pergi teknik ke?"As menyoal aku. "Tak pergi sebab tak apply untuk masuk teknik." "Oh ingatkan ada apply macam As."As tersenyum sendiri.Aku hanya gelak seperti selalu."Kenapa tak apply teknik?Kan keputusan Is cemerlang?" "Tak apply sebab mak Is cakap,kalau pandai memana pun sama aje.Sebab itu tak apply teknik."Aku membalas sambil lewa sambil mengukir senyuman."Oh yea ke?Patutlah tak apply.Kiranya anak emak la ni yea?"As ketawa."Eyh mana ade anak mak.Tak main ar anak mak.Is orang yan berdikari tau."Tercetus gelak ketawa antara aku dengan As.



Aku mengukir senyuman sambil memandang langit yang terbentang luas.Alangkah indahnya ciptaan Illahi di bumi ini.'Nampaknya lagu Januari yang menjadi lagu kesukaan aku dulu menjadi kenyataan.Tak aku sangka begini akhirnya.Walaupun begitu,aku akan tetap menjadi sahabatnya.Itu adalah janjiku yang akan aku tunaikan tidak kira apa jua yang melanda diriku.'Tekad hatiku.Haruskah aku mencari seorang penganti atau hanya kekal begini sahaja?Semuanya aku serahkan kepada takdir Illahi.Sesungguhnya DIA lebih mengetahui apa yang akan berlaku atau yang terbaik buat makhlukNya dibumi ini.Rinduku terhadap kasih sayangnya akan sentiasa diulit oleh kenangan memori silamku.



hasil nukilan demi kecemerlangan
Ai-Sis


P/S:poster kat atas tu sebahagian daripada final project sem 2 aku.hahaha.jadi jangan salah faham ye :D
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

terharu kejap

assalamualaikum

ok agak terharu kejap bila ramai yang respond pasal kenapa keluar dari SB tu.ramai la yang msg dan call bertanyakan kenape.terutama Cik Tyee yang berusaha tanya macam macam kat aku kenape keluar.da macam polis soal siasat dah.takot kejap aku.

erm.untuk kawan kawan di Sahabat Blogger,bukan lama keluar ni.kejap je.nanti da sampai masa nanti masuk balik.dont worry.hanya ingin sekadar berehat sekejap dari SB.takde sebab lain pon selain cuma nak berehat sekejap.

jadi jangan risau la kenape keluar.nanti aku masuk balik okay.terima kasih kepada yang mengambil berat pasal aku dan bertanyakan kenapa aku keluar secara tetiba.maaf kerana merisaukan korang korang semua.sayang korang semua.da sampai masa nanti aku masuk balik okay.

sayang korang semua!thanks for everything :)
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

secara rasminya



assalamualaikum

ini hanyalah satu sahaja short entry yang menyatakan secara rasminya aku telah keluar dari group SB.maaf kepada semua yang pernah mengenali diri ini.tidak bermaksud untuk meninggalkan group SB sebenarnya.tapi terdapat beberapa perkara yang aku harus tinggalkan group SB untuk sementara waktu.

sebenarnya post kat SB pasal Shey Pull itu hanyalah alasan semata-mata untuk aku keluar dari SB.jadi sila jangan salahkan Shey Pull atas pemergian aku dari group SB kerana bukan dia yang membuatkan aku keluar dari SB.

terima kasih bebanyak kepada Sahabat Blogger kerana mengajar dan mengenalkan aku kepada ramai blogger diluar sana.terima kasih atas event yang telah diadakan.aku seronok berada didalam event tersebut.terima kasih kerana memberikan seribu satu kenangan bersama.

sila jangan tanya mengapa aku keluar dari SB secara tiba tiba.aku takkan menjawab sebarang pertanyaan tentang mengapa aku keluar dari Sahabat Blogger.jadi tak payah susah susah nak rindu dan bertanya kenapa aku keluar dari Sahabat Blogger,okay?

kepada yang ramai mengenali aku dalam Sahabat Blogger,kepada Sahabat Blogger yang rapat dengan aku,jagalah diri dan Sahabat blogger baik baik sebab aku dah takde dalam Sahabat Blogger dah.mulai hari ini aku hanya seorang lonely blogger*ayat nak best je*

so jaga diri la ye.pape roger jela kat FB tu.aku akan sentiasa update blog ini dan sentiasa kawan dengan korang walaupun dah takde dalam Sahabat Blogger.jangan risau okay kengkawan.sayang korang ketat ketat :)
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

when everyone look down on you.

assalamualaikum

this entry is not for any information.it just an entry to motivate my self for being down about past 2 weeks for some reason.

ok what am i  doing right now?why am i being so stress out and sad about?that matter shouldn't be bothering you right?so why should you let your tears falling to the ground?for what?for regret?for hating?so what you gonna do now?its already happen.

be cheer up bro.i know i can do this. i know i can face this.you are strong man to be.you've grown up with many obstacle and you manage to past it all.and now you're give up with just like that?come on bro.you know you can face this.

wake up aisis!!!be hold to the fact.you need to accept the fact.sit wont change anything if you tears to blood.so face it with calm,confident and rilex.you know you can do it.all you need to do is just calm down and think all right?

i'm sure i'm okay and i can face this.huh~wake up and stand on the line of the reality.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Sunday, June 19, 2011

selamat hari bapa

assalamualaikum.

maaf terlewat update entry pasal hari bapa ni sebab sebenarnya lama dah fikir nak buat ke tidak pasal entry ni kerana bagi aku setiap hari adalah hari untuk kita meraikan jasa ibu bapa kita.bukan pada hari yang diberikan nama hari Ibu dan hari Bapa baroo lah kita nak mengingati jasa kedua ibu bapa kita.jadi mengapa hanya pada hari yang satu ini sahaja yang perlu kita kenang jasa mereka?tapi memandangkan ramai yang update,jadi terpengaruh jugala untuk update mengenai entry ini.

bagi aku,pengorbanan ayah itu sangatlah penting dan tidak terbalas langsung dengan apa yang telah dilakukan.memang tidak dinafikan,tanpa ayahku,aku takkan berada disini.aku sayang ayah aku sesangat.aku speechless bila nak berbicara pasal kedua ibubapa aku.bagi aku mereka berdua adalah insan yang teristimewa buat diri aku sehingga tiada kata dan perkataan yang boleh melambangkan jasa mereka terhadap aku.

ayah,maafkan saya ayah sekiranya sepanjang saya hidup ini hanya menyusahkan ayah sahaja kerana melayan kerenah saya sebagai anak yang nakal.saya minta maaf sebab tak belajar rajin rajin dan menghadiahkan keputusan yang cemerlang ayah.saya minta maaf sebab degil dan tak dengar cakap ayah selama ini.saya minta maaf ayah kerana pernah meninggikan suara dengan ayah.saya minta maaf ayah.saya minta maaf sebab tak mampu menjadi seorang anak yang baik.ayah,saya berjanji akan menjadi anak yang baik dari saat saya habis sekolah kerana saya telah sedar.

saya sedar tidak mudah untuk hidup diluar sana dengan realiti kehidupan yang sebenar.saya minta maaf sebab menyusahkan ayah selama ini.saya akan berubah menjadi seorang anak yang taat dan berusaha untuk berjaya pada masa hadapan.ayah,saya janji saya akan senangkan keluarga kita ayah bila da besar nanti ayah.saya sayang ayah sangat sangat.hanya itu sahaja yang mampu saya ucapkan dan berikan kepada ayah.maaf tiada benda yang dapat saya berikan ketika ini melainkan iringan doa saya buat ayah.

terima kasih ayah.saya sayang ayah!!!



Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

aku merinduimu




aku merinduimu,
rindukan wajah dirimu
wajah yang penuh dengan keayuan
senyuman yang memikat hati ini


walaupun kita jarang bertemu,
hati aku tetap ada padamu
dan di sebalik musibah ini
aku tahu ada hikmah disebaliknya


tuhan menguji aku dengan ujian
aku membalas dengan kesabaran
mengharungi dengan kasih cinta
sebesar tujuh lautan pasifik 


hidupku umpama bulan yang sepi
tanpa bintang yang jadi peneman sejati
hadirnya dirimu bagai dalam kesamaran
kabus yang kian menebal di malam hari


aku terlalu rindu padamu
rindukan yang jauh di sebelah sana
tapi aku tahu ini semua hanya ujian
yang menguji kesabaranku


kanku selitkan sebuah puisi indah
untuk menemani diriku yang sepi
sehingga tiba masa yang ku tunggu
hadirnya dirimu kepada diriku




Hasil Nukilan Demi Kecemerlangan
Ai_sis




Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.