Tuesday, June 14, 2011

tips tentang crush

assalamualaikum

erm...sekarang ni banyak orang bercerita pasal cerita crush ni kenape ye?pelik juga.hahahaha.oleh itu ade niat skit la nak melalut pasal crush ni.crush ni bukan yang hapuskan tu.bukan.crush ni bermaksud admire.ha tau?admire ni bermaksud minat kat seseorang.

aku pasti ramai yang pernah mengalami situasi ini.jangan nak tipu la kalau takde kan?budak kecik pon da pandai bercinta takkan korang tak pernah mengalami situasi ini kalau da besar panjang kan?segan segan pula nak mengaku kan?geget nak?*tetibe je*

aku ade sedikit nasihat lah untuk yang ade crush ni.bukan ape,ini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman aku sendiri lah sebab pernah jugalah perkara ini terjadi kat aku sendiri.aku cuma biarkan masa yang menentukan segalanya.

ok cukup pasal aku.hahahaha.malas nak lalut pasal aku ni.ok aku bagi nasihat untuk kedua dua jantina la senang.ok kepada yang ada crush diluar sana tu,jika anda adalah seorang lelaki,luahkan cepat cepat rasa cinta itu kepadanya.bukan ape,hati seorang wanita itu susah untuk dijangka.jadi jangan terus assume si wanita itu tak suka dengan kita.

belajar memahami si wanita itu.maksudnya fahamilah wanita itu terlebih dahulu.rapatla dengan dia seperti kawan rapat.boleh mendengar pelbagai masalah si wanita itu.jangan menyampuk ketika dia bercerita dan menyebelahilah dia walaupun dia bersalah ketika itu,

nasihat dia selalu.ini agak penting ye.sebab anda(kaum lelaki) akan menjadi tempat kepercayaan si wanita apabila si wanita ini kerap kali merujuk anda untuk pelbagai nasihat dalam pelbagai aspek.ini pernah berlaku kat aku.aku tak tipu benda ni.bila si wanita da menaruh kepercayaan sebegitu rupa,jangan khinati kepercayaan dia.kerana sekali dikhianati,sampai bila bila pon si wanita akan ingat.

selain itu selalulah berdamping dengan si wanita itu kerana si wanita amat sukakan perhatian daripada anda(kaum lelaki).buatlah jenaka yang boleh diterima akal.biarkan si wanita itu gelak dan agak selesa bila bersama dengan anda.

tahu bila masanya perlu berserius dalam berbicara dan bila untuk berlawak.jangan main tibai je melawak ketika waktu tidak mengizinkan.kang lain jadinya.serius pon jangan terlalu berserius sangat.ala kadar je sebab wanita sukakan yang sederhana.

ok cukup la tu untuk lelaki.untuk si wanita pula ye.

untuk para wanita pula,tak jauh beza pon dengan apa yang saya bagitahu untuk para lelaki tadi.cuma ada tambahan sedikitlah untuk para wanita yang ada crush di luar sana dengan jejaka idaman hati para wanita sekalian.

kalau nak tahu,si lelaki ini sangat suka dengan perkataan "simple" sila fahami dengan lebih jelas tentang istilah Simple ini bagi lelaki.maksudnya para jejaka ini sebenarnya sukakan sesuatu yang ringkas.jangan berteka teki sangat dengan para lelaki kerana meraka ini kadang kala rimas dengan teka teki.

jangan terlalu ambil berat sangat pasal si jejaka ini kerana nanti mereka kata si wanita ini mahu mengambil kesempatan ke atas diri mereka.jadi ambil berat ala kadar sahaja.tak perlu macam prihatin sangatlah sebab si jejaka ini kan kasar dan tabah perwatakkannya,

lagi satu sila fahami si jejaka itu mempunyai egonya yang tersendiri.jangan melawan atau membantah keterlaluan sangat sekiranya si jejaka itu menyatakan pendapat atau menyuarakan suara hatinya tentang sesuatu perkara.kalau tidak,comfirm si jejaka itu akan merasakan si wanita ini tidak tahu apa,hanya tahu menyalahkan dirinya dan tidak menerima langsung apa yang dikatakan.

overall ,bagi aku yang paling penting sekali,kalau dah sayang,katakan saja.jangan dah terlambat nanti baru menyesal nak mengatakan sayang itu terhadapnya.ketika itu,kasih yang disalurkan itu sudah tidak bererti lagi buat dirinya.biarlah dia tahu yang kita menghargai kehadirannya dalam hidup kita.dan jangan sesekali mempersiakan apa yang telah dilakukan.


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

4 comments:

Janatul Ashikin said...

ehem2 ~~....jgn lawan ye??uke...heee

Nur Syazana Mohammed Sani said...

jangan ter lalu amek berat ,. 100% agree with that ^^

~CiK TiNieY~ said...

ehem...de suka sape2 ke aisis?kih3

Ayfa Afya Afya said...

How nak bagitahu kalau dia skrg sedang hot bercintaaaaaaa ! :'( . Mcm mana nk buat ?