Tuesday, November 22, 2011

sayang?

assalamualaikum

terpanggil untuk membuat entry ini sebab ramai yang tidak memahami erti dan konsep perkataan "sayang" itu sendiri.jadi dengan ini aku terpanggil untuk mencoretkan sebuah entry tentang perkataan "sayang" sebab ramai yang aku rasa masih tidak sedar tentang pengunaan perkataan "sayang" ini sebenarnya.

okay ini adalah konsep yang aku gunakan tentang perkataan "sayang".aku tak expect pon korang untuk follow konsep yang aku pegang ini.okay ramai yang perasan kalau sesiapa yang selalu aku tegur tu tahu la,aku selalu panggil sayang terhadap kaum hawa.perasan tak?dengan laki tak payah la,laki kan kuat.rileks.aku ade penjelasan dia.

bagi aku sendiri perkataan sayang itu tidak mewakili status apa-apa pon.word is just a word.aku tahu sesetengah orang itu merasakan "sayang" itu bermaksud untuk yang tersayang,iaitu orang yang paling kita cintai dalam hidup kita sendiri.

bagi aku,"sayang" itu tak semestinya dengan orang yang kita cintai dalam hidup kita sahaja."sayang" itu sendiri perlu digunakan sekiranya hati telah merasa sayang.tak kira kepada sesiapa sekali pon.kalau dah sayang,ucapkan sahaja sayang.tak perlu nak hipokrit bagai dengan sembunyi rasa hati yang sebenar.

macam nilah.aku mengunakan perkataan sayang ini berkonsepkan "takot terlambat" faham?maksud aku,aku takut terlambat untuk mengucapkan sayang terhadap orang yang aku sayang.aku takot tak sempat nak bagitahu orang yang aku sayang bahawa aku sayangkan dia kerana ajal dan maut tidak kita tahu bila akan menjemput kita.

sering kali aku mendengar cerita daripada sahabat handai aku yang bercerita tentang penyesalan dia terhadap orang yang dia sayang.dia tak sempat nak ucapkan yang dia sangat sayang terhadap kekasihnya.dan kini genap 4 tahun kekasihnya pergi meninggalkan dirinya.kerana apa?biarlah rahsia.hanya perlu sedekahkan al-fatihah kepada arwah.

disini sahaja aku terlihat bahawa bertapa menyesalnya kawan aku ini kerana selama dia bersama dengan arwah,tak pernah dia cakap sayang.dia terlalu ego dengan arwah.dengan aku kerap kali cakap dia sayangkan arwah.tapi entah mengapa lidah dia kelu untuk memberitahu arwah yang dia sayangkan arwah.

sehingga hari ini aku masih terasa penyesalannya bila aku berbual dengan dia.jadi aku tak nak mengulangi kesilapan yang kawan aku lakukan.terlambat untuk memberitahu.jadi aku mengambil keputusan sekiranya hati aku da kata sayang,tak kira lah adik ke,kakak ke,kawan ke,aku akan panggil "sayang".

kalau ditanya macam mana aku membezakan antara orang yang aku cinta dengan orang yang aku sayang,terus terang aku cakap,tiada kata-kata yang boleh menjelaskan perasaan cinta itu dengan jelas.jadi mengapa mesti pilih perkataan "sayang" ini sebagai perkataan keramat untuk orang yang bercinta sahaja?

ini adalah sebab utama kenapa aku suka memanggil "sayang".jadi kepada diluar sana,harap jangan membuat kesilapan yang sama.kerana takut untuk memanggil "sayang" itu hanya akan mengundang penyesalan dikemudian hari sekiranya orangnya sudah tiada dimuka bumi ini.

renung renungkan :)


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

1 comment:

Hafiz Hafizol said...

hurm.. sayang aku x? haha.. :P