Sunday, November 6, 2011

simple minded,do we?



assalamualaikum.

dah lama sungguh aku tak update semenjak aku menempuhi alam peperiksaan akhir semester.berhabuk agaknya blog ini.tapi kali ini aku nak bincangkan satu isu yang memang aku rasa patut dititik beratkan oleh kita semua tak kira yang separa remaja,remaja,dewasa mahupun kategori veteren.

isu yang dibangkitkan kali ini mungkin dah lama sangat dan mungkin juga sudah sebati dengan perangai orang kita sendiri.bukan niat aku nak mengutuk jauh sekali untuk menghina kaum serta membangkitkan sebarang sensitiviti orang lain.mungkin isu ini membangkitkan sensitiviti,tapi ini adalah kebenaran dan aku rasa perkara ini sepatutnya perlu diubah.silap.bukan perlu.tapi MESTI diubah.

sampai ke hari ini perkara ini masih lagi terjadi.bukan mengenai seks luar nikah.tapi sesuatu yang mungkin kecil tapi dapat membunuh seseorang dalam jangka masa yang panjang.perkara ini juga memang terkenal dengan sifat membunuh.

apa yang aku katakan ialah KHABAR ANGIN NEGATIF.yeah.perkara seperti ini mungkin perkara kecil,mesti korang kata aku ni merepek je kan?tah hape-hape.nama pon khabar angin.apa yang nak dirisaukan.mari aku bagitahu apa yang nak dirisaukan dan kenapa khabar angin negatif ini membunuh.

tau tak korang bahawa khabar angin negatif boleh memusnahkan hidup seseorang?khabar angin negatif ini juga sesuai digelarkan dengan nama saintifiknya iaitu FITNAH.kerana fitnah,sesuatu yang batil,dikatakan benar dan betul.

yang aku tak fahamnya kenapa orang melayu selalu macam ini?aku tak faham kenapa orang melayu adalah kebanyakkan orang yang suka percaya dengan khabar angin negetif terutama sekali kalau pasal hiburan dan tidak lepas paling meletup isu "rogol".yea.ROGOL.isu yang paling menarik perhatian.

pantang benar ada khabar angin pasal perkara seperti itu,laju sahaja mempercayainya.laju saja menyebarkan tanpa usul periksa.dalam filem melayu juga,tabiat ini diperlihatkan.suka mempercayai sesuatu terlebih dahulu sebelum usul periksa.

aku pon tak faham kenapa mentaliti orang kita macam ini?nama sahaja orang Islam.tapi?sebar menyebar fitnah serta mempercayai tanpa bukti.adakah orang kita ini simple minded?tolonglah titik beratkan perkara ini kerana ini adalah benda serius.

nak contoh?katakan kau adalah seorang pelajar yang kurang cemerlang.selalu dapat markah yang tercorot.tapi kau berusaha untuk belajar dan membaiki kesilapan yang telah kau lakukan.pada peperiksaan seterusnya markah kau melonjak dengan tinggi atas hasil usaha yang kau lakukan.semua orang terperanjat.

namun ada sorang dua yang pandai berasa iri hati dan dengki dengan kau memberitahu orang ramai bahawa markah kau itu sebenarnya adalah hasil dari 'toyol' yang kau bawa dalam exam.dan ramai yang mempercayai orang itu tanpa usul periksa dan bukti.

lalu ramai yang berkata-kata buruk dan menyebarkan lagi berita itu kepada orang ramai sehingga cikgu pon turut meragui marakah yang tinggi itu adalah hasil usaha kau sendiri yang tak tidur malam penat lelah selepas kau belajar.

adakah korang rasa semua ini adil?ini adalah salah satu contoh yang senang aku bagi untuk highlight bertapa buruknya KHABAR ANGIN NEGATIF ini.tolonglah sedar dari mimpi.kadang kala apa yang disajikan depan mata itu tak semestinya sedap.kita perlu merasainya juga selain daripada menilai dari mata.baru kita tahu sedap atau tidak.

aku tahu perkara seperti ini banyak yang berlaku didalam kalangan orang melayu.YA.ORANG KITA SENDIRI.tidak bolehkah semua benda diwujudkan persaingan sihat antara bangsa sendiri?kenapa perlu bercakaran antara satu sama lain hanya kerana sesuatu bukan milik kita sendiri?bukankah kita patut tolong menolong antara satu sama lain?

tak puas hati,jom gaduh.settle dengan penumbuk.tak puas hati,aku kena jatuhkan dia tak kira macam mana sekali pon caranya asalkan dia jatuh.baru aku puas hati.tak puas hati,aku nak sihir dia.biar dia rasa dan sebagainya.tapi INI bukan jalan penyelesaian.tapi hanya sekadar menambah masalah.

tak bolehkah kita duduk semeja berbincang.meraikan kejayaan orang lain terutama bangsa kita sendiri?salahkah melihat bangsa kita sendiri berjaya?bukan nak kata tak boleh nak tak puas hati.tak puas hati perlu lihat dari segi positive.sepatutnya rasa tak puas hati sebab tak dapat jadi seperti dia dan berazam untuk jadi seperti dia.bukan iri hati,aku tak dapat,kau pon tak dapat.biar sama-sama jatuh.haih..sedih...begitu ceteknya cara kita berfikir.

aku sedih.memang aku terlalu sedih bila fikirkan ini adalah realiti yang harus diterima.benar kata orang,realiti itu sangat pedih untuk diterima.aku berkata begini bukan untuk menghina atau mempersendakan orang melayu.tapi kerana aku sendiri telah melaluinya sendiri dan ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri.bukan semua orang melayu begini.tapi MAJORITI nya begini.

berdendam pon tak guna.buang masa.baik gunakan masa itu untuk memperbaiki kesilapan hari ini daripada bercakaran sesama diri sendiri sehingga apa pon tak dapat nak diselesaikan.sampai bila keadaan ini perlu berterusan?

Jadikan Esok Lebih Baik Dari Hari Semalam.

tepuk dada tanya selera.inikah yang kita mahukan?

maaf sekiranya terkasar bahasa dan terguris hati.tiada niat untuk menghina bangsa aku sendiri.tapi ini adalah realiti kehidupan yang harus aku,kau,kau,kau dan kau untuk terima.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

2 comments:

yunZatie said...

besala..melayu..kalau melayu islam yg betul2 tak macam tu

Eyda Syahida said...

hikhokkk.. dunia sekarang.. mane senang nak tengok oranglaen lebih dari diri snirik.. -___-