Saturday, February 12, 2011

kenape?



assalamualaikum kepada semua pembaca setia yang mengikuti jejak jejak entry yang saya publishkan dari dulu sampai sekarang tak kira yang lama mahu pon yang baru.dalam entry kali ini,saya ingin membincangkan topic tentang,kenapa perempuan suka berkias kiasan bila menjawab soalan dan mengapa lelaki suka mengelak bila ditanyakan sesetengah soalan.mari kita proceed.

kita pergi kepada topic pertama iaitu kenapa perempuan suka berkias kiasan bila menjawab soalan.haaaa.kenape??selalunya bila si lelaki nak mengenali seseorang perempuan itu,contohnya si lelaki bertanyakan tentang umur,perempuan itu akan berkias kias atau lebih dikenali sebagai teka teki sebelum memberitahu umurnya yang sebenar.ini cuma salah satu contoh yang sangat ketara.

jadi bila saya tanya kepada sahabar blogger tentang topic ini,mereka mempunyai pelbagai pendapat masing masing dari kaum hawa itu sendiri.antaranya ialah,mereka mahu si lelaki ini berusaha untuk mendapatkan apa yang dimahukan.mereka juga memberitahu,sekiranya perempuan itu berkias seperti itu,maksudnya mereka sukakan si lelaki itu.selain itu,si mereka juga berkemungkinan ingin si lelaki menerokai diri mereka dengan lebih mendalam.dalam erti kata lain,jadilah gentlemen bila ingin berkawan atau cuba mendapatkan si dia dengan usaha yang tinggi.kalau takde usaha,mereka akan ingat bahawa lelaki itu tidak serius dan tidak mempunyai perasaan terhadap mereka.disamping itu,mereka juga berkata bahawa pihak mereka kadang kadang suka bermain tarik tali.maksudnya suka berkias kias supaya si lelaki mengunakan otaknya yang geliga itu untuk mendapatkan jawapan.bagi mereka,umur dan berat badan adalah rahsia terbesar buat diri mereka selain mereka berasa malu/segan dengan lelaki itu.

seterusnya mari kita lihat topik kedua kita iaitu,kenapa lelaki suka mengelak bila ditanyakan sesetengah soalan.bagi saya sebagai seorang lelaki,ade 3 kemungkinan yang sangat besar.nak tahu?mari saya beritahu rahsia disebalik kata-kata mengelak yang diutarakan oleh pihak perempuan pula.lelaki yang mengelak itu mempunyai sebab kenapa dia mengelak.bila mengelak,tandanya itu adalah rahsia.bila dikaitkan dengan rahsia,si lelaki lebih cenderung untuk  mengelak kerana malu untuk memberitahu perkara sebenar.itu kemungkinan yang pertama.kemungkinan kedua ialah kerana takut akan akibatnya.contohnya si lelaki ini membuat satu perkara yang salah,jadi bila ditanyakan tentang hal itu,lelaki ini akan cuba mengelak dari menjawab soalan yang ditanya dengan menukar topik kerana takut akan kesan yang akan dia hadapi jika memberitahu perkara sebenar.tak pon dia takut nak bagitahu kat kaum hawa tentang cinta dan rasa hati suka kepadanya kerana takut direject oleh kaum hawa.lastly kerana rasa tidak sampai hati untuk melukakan/mengkhianati orang lain.contohnya,si lelaki ini tahu tentang seorang hawa ini suka kepadanya,tetapi si lelaki ini tidak menyukai si hawa itu tadi,jadi bila si hawa itu tadi bertanyakan tentang cinta dan rasa sukanya terhadap jejaka ini tadi,jejaki ini akan cuba menukar topic kerana tidak sampai hati untuk melukakan hati si hawa itu tadi dengan memberitahu yang si dia tidak suka terhadap dia.contoh lain dalam mengkhianati pula ialah dalam situasi lelaki ini ingin menolong kawannya daripada tersebar sesuatu perkara tentang diri kawannya.

secara konklusinya,pihak hawa mahukan harga yang dibayar adalah setimpal dengan apa yang diberikan.maksudnya,kalau mahukan sesuatu,datang dan ambil lah dengan usaha yang tinggi sehingga dapat mencapai apa yang diinginkan.haaa saya pon da mula berkias kias.wekekeke.bagi lelaki pula secara konklusinya,lelaki lebih kepada bersifat melindungi.itu bagi lelaki yang ade rasa belas kasihan terhadap orang lain lah.yang takde tu,tak tau la nak kata ape pula.

haaaaaa betul tak fakta diatas ni??kalau tak betul maaf lah dan sila betulkan saya sekiranya terdapat kesalahan dalam fakta diatas.fakta diatas ini telah dipetik dari Sahabat Blogger.sekiranya terdapat pendapat yang lain,haa boleh la tambah dan berkongsi bersama.

topik yang ditimbulkan bukanlah hanya sekadar suka suka,tapi belajar mengenali berlainan jantina.dalam erti kata lain,manusia ini penuh dengan tanda tanya terutama dengan diri mereka sendiri dan juga orang lain..  : D




Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

6 comments:

ATIQAH MOHAMAD said...

wah!! huhu

Ai-Sis said...

hek hek hek.kenape kak? :D

Sunah Sakura said...

oh budak! kenapa ang rajin sangat ni?

Ai-Sis said...

kenape?tak leyh ke?hek hek hek :D

ATIQAH MOHAMAD said...

panjang karangan adik.. haha xlarat baca.. kuikuikui

Ai-Sis said...

hahahaha.nama pon entry la kak :D