Tuesday, February 8, 2011

apabila hanyut

salam kepada semua pembaca,bloggers,mahu pon stalkers yang mengintai secara senyap senyap.

kali ini entry mengenai dipinggirkan.heeee yea.satu perkataan yang sungguh kuat untuk difahami dan kalau boleh mesti nak mengelak dari perkataan dipinggirkan.korang pon macam tu jugak kan???heeee malam ni taktaw la ape yang merasuk diri ini sebab terasa sedih tetiba dengan perkataan dipinggirkan.

haih.bila korang dipinggirkan ape yang korang buat?bagi aku, perkara biasa yang dibuat mesti termenung termenung dulu memikirkan perkara yang lepas.masa ni mula lah teringat semua kenangan yang tak mahu aku kenangkan lagi.seksa memikirkan perkara yang dah lepas.terlalu berat untuk mata ini menanggung keguguran air mata ini.

saat inilah yang paling aku tidak suka untuk dikenangkan kembali.mula lah aku start nak emosi melampau.mula laa nak rasa bad mood je.haih.tak suka betul keadaan ni.kan bagus kalau perkara yang dah lepas aku boleh luputkan dengan begitu sahaja.

aku nak jadi orang hilang ingatan boleh tak?biar aku tak ingat ape-ape yang berlaku pada masa lampau dulu.terasa diri ini tidak segagah harimau yang mengaum mengancam mangsanya.serius dah tak tertahan air mata untuk menitis.basah katil aku dengan air mata.

haih...bila terkenang kembali apa yang dah terjadi pada waktu dulu,terasa dosa dan tak suka pada diri.banyak salah yang kalau boleh aku nak ubah semula.nak ubah jadi sebaliknya supaya tiada memori sedih ini bertandang mengetuk hati dan jiwa.

sangat tidak suka dengan kenangan yang sedih.dah penat untuk aku titiskan airmata ini.dah sampai kering air mata pon masih lagi terasa nak nangis.kenape dengan diri aku sekarang ni?terlalu lemah sangat untuk berdiri kembali dari apa yang dah berlaku.ape yang boleh aku buat selain dari menangis,meratapi,menyesali,menginsafi dan muhasabah diri tentang apa yang telah berlaku?

monolog dalaman:
hye aisis,kau tu lelaki laaaaaa!!!jangan lah kerana perkara yang dah berlaku,kau nak sensitif secara tiba tiba pula?menyampah betul laa keadaan kau yang macam ni.macam PEREMPUAN JE!!!cuba lah jadi kuat skit.ni lemah sangat ni asal?system imunasi kau dah tak kuat ke?sampai lemah sangat nak menangis ni?selalu takde pon kau macam ni.asal sekarang kau nak jadi macam ni pula??be strong lah boys.wake up.you need to calm down yourself and be positive.everything happens in life must be a reason.what goes around comes around.

hurm...entahlah.jiwa berkata sedih.hati berkata kuatkan diri.perasaan berkata dipinggirkan.akal berkata berpijak dibumi yang nyata.roh pula berkata reda dengan apa yang dah berlaku.berzikir dan berbanyak mengingati pada yang Esa.

hurm...terima kasih kepada kengkawan SB yang mengambil berat dan cuba menenangkan hati yang gundah gulana ini.terima kasih sesangat.aku kat tempat belajar ni pon sorang je.orang lain semua tak hirau kan aku.semua pentingkan diri sendiri.

memang ramai yang tertanya tanya kenapa aku selalu sorang je walau ke mana aku pergi.aku cuma mampu menjawab,aku lebih senang bersendirian.banyak benda yang berlaku kat sini.di tempat aku belajar.terlalu banyak kenangan dan kejadian yang aku kalau boleh memang tak nak langsung terjadi.tapi benda dah terjadi.apa kan daya selain mengambil ikhtibar dan mencari jalan penyelesaian di samping reda dengan apa yang dah berlaku.

terus terang aku cakap,kat Sahabat Bloggers memang aku terasa yang aku diterima dan banyak kawan kawan yang boleh untuk aku berbicara pelbagai benda dan topic.terasa seperti aku bersama dengan keluarga yang cukup ceria sampai aku tak boleh nak berganjak kerana merindukan keceriaan yang sudah hilang sekian lama.terima kasih para bloggers yang menjadi pelangi di saat hari hari aku dituruni hujan.


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

5 comments:

miss ANGIN said...

ai sis , u kenapa haa ? bgtau laa kalau ade prob . sharing is caring kan .

pelangi tomey said...

betul tuh.. kitowg ada.. kalo ada prob, rakan blog ada!! itu gunanya kawan kan..?

Ai-Sis said...

hee terima kasih kawan kawan para bloggers.saya dah ok saja ni :D

ich bin che ya said...

aisis rase nak nangis lak bace post ni.. ape2 pun chill k.. banyak kan doa semoga dipermudahkan olehNYA

Ai-Sis said...

hee insya~Allah.moga mudah mudahan ALlah mempermudakan segala urusan saya.terima kasih :D