Monday, November 26, 2012

berubah

assalamualaikum.

kali ni aku nak update pasal member aku sorang ni lah.da berubah kaw kaw punya.bukan nak kata ape lah.aku selalu jugak terfikir.mungkin sebab aku la kot yang mengubah dia sehingga lain sangat.kalau lah aku tak ajak dia kluar untuk perjumpaan masa gath tu,aku rasa semua ni takkan jadi.

sekarang ni dia da jauh sangat dengan kami kami semua.walaupun dia ade problem dengan certain people yang juga kawan aku,aku tak ambik port.sebab itu masalah dia dengan orang tu.so better selesaikan sendiri.walaupun dia dah lama berjauhan daripada kami kami ni,aku still kalau boleh tak nak dia terputus persahabatan antara aku dengan dia.

tapi now semakin menjadi jadi.tiba tiba je tembak aku pula.cari point nak cari masalah dengan aku ke atau nak jadi attention seeker?aku pon tak tahu.tapi kalau dia nak start cari point dengan aku,aku takde masalah.banyak je point aku nak tembak dia balik.tapi aku fikir dia kawan aku.so  aku malas nak perbesarkan hal yang kecik.

cuma aku terfikir adakah ini semua terjadi sebab aku yang mengajak dia untuk join gath gath semua ini.kalau tak ajak dia g gath semua tu mungkin semua ini takkan terjadi.mungkin juga dia tak jauh dari kami.semenjak dia da move on dengan better life yang dia pilih sendiri,aku dengan dia da jarang contact.tah ape masalah dia pon tak tahu.gadoh dengan orang lain,semua kena tempias.

dia kena ingat,dia dengan siapa dia bercinta itu kerana kami juga.aku yang influence dia untuk join gath gath semua tu.tapi tu lah orang kata,manusia boleh berubah dengan siapa dia kawan.bukan nak kata semua kawan dia tu jahat.bukan.siapalah aku ni nak cakap kawan dia semua jahat sebab aku pon tak kenal semua kawan dia.

tah la aku malas nak cakap banyak dan ungkit ape yang dah berlaku.tapi kalau dia nak memutuskan persahabatan,aku tak kisah.why should I make you stay if you want to leave at first kan??if you're leaving,remember, its not worth for the reason why you need to be silent and leave your friends all alone here.friends means a person who wiling to stay in what ever situation happen,to comfort and to be the shoulder to cry on.so think.i wont stop you from leaving if you think leaving will solve everything at once,you're wrong.Im telling you,its wrong! so it up to you now.I tried my best to make you stay.in the end,Im tired for make you stay when leaving is the only thing in your mind.


sincere,

your friends.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Tuesday, November 20, 2012

untukmu sayang.

seandainya esok aku sudah menerima panggilan Illahi,janganlah dikau sedih atas pemergian diriku yang terlebih awal meninggalkan dirimu.biarpun aku telah tiada didunia ketika engkau berjaga,kasih sayang aku akan sentiasa bersama dengan dirimu disetiap hembusan nafasmu.hadiahilah aku dengan kuntuman doa disetiap penghujung solatmu sebagai tanda engkau masih mengingati diriku.kenang daku dalam doamu sayang.ketahuilah sayang bahawa kita akan bertemu di dunia yang kekal abadi.


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

doaku untukmu sayang.


Ya Allah, Hamba serahkan yang menjadi harapanku kepada-MU 
Ya Allah, Engkau mempunyai kehendak lain disaat ini.
Berikanlah dia kebahagian selalu, Kebahagian dia adalah kebahagian hamba juga.

Ya Allah, Engkau maha mengetahui segala yang terjadi. 
Ya Allah, Hamba telah memahami semua karunia-MU.
Jangan Engkau beri dia kepedihan dan ter-ananiya hatinya lagi. Cukup sudah ... Ya Allah.


Ya Allah, Lindungi dia dari segala kemunafikan dan ketersesatan.
Ya Allah, Engkau telah mengariskan yang terbaik buat dia
Rawatlah hati dan jiwanya dalam pelukan-MU selalu.

Ya Allah, Berikan dia segalanya yang dia inginkan. (terbaik Buat Dia)
Ya Allah, Berikan juga ketabahan kepada hamba untuk kebahagian dia .
Bentangkan kasih sayang-MU terhadap dia dan hamba-MU ini.

Ya Allah, hamba gantungkan harapan hamba kepada-MU.
Ya Allah, hamba pasrahkan diri hamba kepada-MU
Yakinkanlah bila semua ini yang terbaik buat hamba dan dia.
Dan hamba akan selalu berbuat lebih baik dan bisa menjadi terbaik buat semua.
Jadikanlah Sabarku dan Solatku sebagai penolongku dan dia.
Bimbing hamba, ajarkanlah hamba untuk menjadi hamba-MU yang beriman dan bertakwa.
(Sesungguhnya bertakwa dan kembali kepada-MU).
Bila Engkau mempertemukan kami kembali, dasari kami dengan ketulusan dan keikhlasan yang sebenar-benarnya untuk meraih mawaddah dan warahmah karana-MU. Ya Rabb .......

Ya Allah, karuniai kami hikmah dan masukan kami pada golongan orang-orang soleh. Seperti dalam Firman-MU.

Hamba sangat mensyukuri. ENGKAU telah memberikan hidayah kepada hamba.
Telah membuat hamba kembali dan berserah diri kepada-MU.
Ya Allah, Hamba merindukan-MU dan Pemimpin Agama Hamba ( Nabi-MU ).
Berikanlah kekuatan pada hamba pada suatu saat hamba bertemu dengan-MU. Ya Rabb.

damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu ya Allah sesungguhnya Engkau maha pengasih lagi maha mendengar.amin.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Sunday, September 16, 2012

disease



assalamualaikum.

lamanya tak update blog ini.hurm...maklumlah terlalu sibuk dengan practical untuk sem akhir.sekarang ni tinggal lagi 2 minggu je lagi sebelum tamatnya practical daku setelah bertarung selama hampir 2 bulan setengah.total 3 bulan je practical.terasa terlalu cepat masa berlalu.

ini cuma short update je.just nak update yang daku sangat sangat tak sehat sejak kebelakangan ini.banyak sangat penyakit menyerang terutama sekali penyakit batuk.hampir setiap malam batuk.yang peliknya siang tak batuk pula.pelik.

then buang air besar berdarah.erm...kemungkinan ade kanser.tapi tak pasti sebab baca kat internet selalunya sebab pembuluh darah bengkak kat bahagian dubur lalu pecah.sebab itu kluar darah waktu buang air besar tu.jalan penyelesaian,kena banyak makan buah buahan dan sayur sayuran serta banyakkan minum air kosong.

then,luka sana sini.biasalah kalau tak boleh duduk diam.dok tong tang tong tang pegang pisau potong sayur,daging,ayam semua sebab open house only for relatives.bayangkan masak untuk 6 buah kereta.pergh.dalam masa yang sama,pergi open house sebanyak 6 buah rumah dalam hari yang sama.tak ke mati cam gitu?

then kepala selalu pening sjak kebelakangan ni.panadol?mlas nak makan.tak elok juga kalau selalu makan panadol ni.nanti merosakkan badan.hurm...bila pening,duduk dan baring jela mampu.kalau kat tempat kerja,tutup mata dan rest sekejap.itu je yang mampu sebab tak mampu nak buat ape-ape.

selsema.hurm.setiap kali lepas mandi selsema.aku pon tak faham kenape selsema.da selsema tu,bersin jangan cakap.selalu je bersin sampai banyak sangat tisu digunakan untuk lap hingus yang bertaburan dari hidung meleleh leleh jatuh.

hidung berdarah.benda da berlarutan lama sangat.tapi cam takde effect.mak kata sebab badan panas sangat.maklumlah kluar masuk kluar masuk berjemur bagai semua kat office.then tak minum air kosong pon.tu pasal badan panas sangat.daku pon tak faham.banyak je daku minum air sampai daku rasa perut da kembung dengan air.tapi still cakap tak cukup air.cam mana?

haih macam macam dugaan melanda sejak kebelakangan ni.hurm...tahlah.mungkin hayat dah tak lama dah kot.Allah saja yang tahu berapa lama lagi hayat aku didunia ini.hurm...pape pon keredaan itu penting.kalau tak reda maksudnya tak menerima ketentuan Illahi.

hurm...kata update short entry,tapi da cam panjang pula.hurm...takpelah...ade masa nanti kita ketemu lagi ye kawan kawan.terima kasih sebab sudi baca pasal kesihatan daku :')
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Tuesday, August 14, 2012

sekat komunikasi?


assalamualaikum

wahai para pembaca yang baik budiman lagi bijaksana untuk menilai yang mana satu yang buruk dan yang baik.semoga hidup pembaca yang membaca ini dirahmati Allah sempena 10 hari terakhir ramadhan ini.rasanya masih tidak terlewat lagi untuk menambahkan amalan sekarang ni sementara tunggu bulan ramadhan berlalu pergi kan?

ok kat sini bukan nak bercerita pasal ramadhan ke ape ke bukan.tapi kat sini nak bercerita tentang sesuatu yang patut korang ambil berat tentang ini.ini tentang orang yang bercinta yang masih belum ada ikatan yang sah sebagai suami isteri.ini tentang kongkongan.

ok berbalik pada topic kongkongan,aku rasa sangat tidak patut kepada mereka yang tiada kaitan seperti suami ister.malah kalau suami isteri pon,kongkongan itu tidak perlu.inikan pula pasangan yang blum nak jadi suami isteri.

bukan nak kata salah kalau terlalu cinta dan ingin mengakhiri percintaan itu dengan perkahwinan.itu amat dituntut dalam Islam untuk mengelak dari kemaksiatan berleluasa.daripada kumpul dosa baik kumpul pahala ye tak?

aku paling tak faham kenapa ada pasangan yang menyekat kebebasan untuk berkomunikasi dengan orang lain yang berlainan jantina hanya kerana dia adalah awek/pakwe orang lain.tak nampak apa rasionalnya buat macam tu.

rileks laa.baru bercouple je kot.dah nak sekat kebebasan untuk berkomunikasi.ape benda jadah ni?belum suami isteri lagi kot nak ikot patuh cakap mereka yang bukan mahram tu apesal?otak shock ek?

daripada kau patuh cakap mereka yang bukan mahram dan blum pasti lagi dia jadi hak milik halal korang,baik korang patuh cakap ibu bapa korang yang membesar dan mendidik korang dari kecik.dapat pahala.

kenape?sebab bila bila masa je pasangan korang tu boleh dump korang.korang tak fikir bila korang da ikut cakap dia,sekat kebebasan untuk berkomunikasi berlainan jantina,tetibe dia dump korang.korang nak harapkan siapa disisi korang?

kawan kawan sejenis pon belum tentu faham korang seperti mana kawan berlainan jantina itu faham korang walaupun boleh dikira siapa yang paling faham korang selain dari family korang.jangan kerana korang sedang bercinta,kawan kawan semua korang abaikan.

please la ubah.fikiran dah tak rasional ke sekarang ni?nak sekat sekat kebebasan berkomunikasi bagai ni?yang aku peliknya,budak yang da habis sekolah menginjak dewasa yang selalu masalah macam ni.

budak sekolah tu mungkin la boleh diterima sebab baroo nak up.fikiran tak rasional dan tak berapa nak waras lagi.semua benda dia nak buat dan ikut cakap pasangan dia.tapi yang da menginjak dewasa ni?buat macam ni?pergh!

tolong fikir dulu sebelum bertindak untuk ikut apa saja yang pasangan korang nak.elakkan daripada diperbodohkan dan diguna pakai semata-mata.dan tolong jangan dipersiakan hidup dan masa korang semata-mata kerana pasangan korang yang belum tentu akan jadi pasangan hidup korang.

bak kata orang,cinta sebelum bekerja ni sebenarnya mencari pengalaman je.kerna pengalaman itu mengajar kita untuk berfikiran matang dan sangat berharga.



Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Saturday, August 4, 2012

kadangkala

Assalamualaikum

pernah tak rasa kadangkala, ada orang yang kita sayang itu,tercakap rahsia dia sedikit lepas tuh dia kata "drop the topic/lupakan/abaikan" ? actually ada betulnya dan ada salahnya sebab perkara macam ni, kita tak expect pon benda ini kita boleh terima ataupun tidak kalau dia tak bagitahu rahsia itu kan?

kenape salah?salah sebab bila dia da tercakap sedikit pasal rahsia tu, kita mesti nak tahu ape yang dirahsiakan itu kan?yeala mana taknya ingatkan takde rahsia diantara korang dengan pakwe/makwe korang,tup tup dia terlepas cakap.lepas tu dia cakap,takde pape.lagi korang paksa dan merajuk,lagi dia tak nak ckp pasal tu.korang pon merajuk sakan la sebab dia tak nak bagitahu.

yang betulnya pon sebab dia tak nak bagitahu tu bersebab.mungkin bagi dia,kalau dia bagitahu rahsia itu,kita akan rasa sedih dan kecewa bukan kepalang lagi bila da tahu.jadi dia pon ambik keputusannya untuk tidak memberitahu korang.korang pula pikir lain kenapa dia tak nak bagitahu semua tu.

lepas tu korang pon ambik keputusan untuk tahu jugak walau dengan apa cara sekali pon,sebab korang tak berpuas hati dengan apa yang dia tak nak bagitahu tu.korang pon stalk dan buat memacam cara untuk mengetahui apa yang tersembunyi.

korang buat fake account la,hacking la,curi baca phone dia la, dan memacam lagi cara untuk korang tahu apekah rahsia yang tersembunyi tu.bila dah tahu,kemain kepala lagi korang sakit hati bagai.ada dua sebab kenapa rasa begitu.

yang pertamanya sebab dia taknak bagitahu walhal korang nak bersusah senang bersama tapi dia tak benarkan sampai dia rahsiakan semua perkara itu dari korang sebab dia rasa korang tak boleh nak bantu dia walaupun da berkali dia kongsi semuanya,tapi setiap kali itu jugalah korang tak boleh nak tolong dia.

seterusnya sebab dia tipu korang.tak kira la tipu apa pon.tapi bila da kecewa/sedih sesangat mestilah dia tipu perkara yang besar yang menggugat kepercayaan dan keyakinan yang korang ada pada dirinya.hal macam ni memang selalu sangat terjadi kepada orang yang bercinta.

sebab itu wujud kata kata hikmah ini kadang kala adalah lebih baik jika kita tidak tahu sesuatu yang berlaku dibelakang kita kerna jika kita tahu,sudah pasti kita kecewa dan sedih.kebenaran itu sungguh menyakitkan hati. 

bagi aku takde yang betul dan salahnya pon.bagi pasangan yang sudah tiada rasa minat/cinta/suka/ingin berkahwin itu aku nasihatkan berterus terang jela supaya lepaskan pasangan korang tu daripada korang dok ikat dia,tapi korang takde rasa itu terhadap dia buat ape kan?tak guna.makin pasangan korang terluka adelah.lagi lagi kalau benda da berlarutan dengan begitu lama sekali.biarlah dia bebas korang pon bebas.

lagi satu yang rasa pasangan dia tak boleh nak bantu tu,bagitahu jela.ape salahnya bagitahu?at least takde la dia tertanya tanya seribu satu persoalanan.lagi lagi kalau bila ada rahsia je,dia terus assume yang pasangan dia tu curang dan tak setia.kan lagi parah,tak gitu?

dalam satu perhubungan,percaya,yakin dan setia itu penting.kalau ade masalah,berbincang je walaupun pasangan korang tak boleh nak bantu,at least dia buktikan yang dia ade masa pasangan dia dilanda masalah.boleh tolong atau tidak,itu perkara kedua.yang utama,dia sentiasa ada dengan pasangan dia disaat dia memerlukan bantuan dan rasa down sangat.

janganlah sekali kali mengabaikan pasangan korang bila dia ada untuk korang,korang buat macam dia takde tak wujud dengan menyimpan rahsia/masalah sendiri.endah tak endah je korang buat gitu.kadang kala dia sedih/kecewa dengan korang pon dia tetap senyum depan korang,tak nak korang tahu yang dia sedang sedih/kecewa dengan korang.kalau korang ade pasangan macam ni,aku mengharapkan agar korang hargai dia sebaik mungkin sebab susah nak cari orang macam ni sekarang.kalau da terlepas,korang akan menyesal sebab dia umpama satu dalam sejuta.


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Saturday, July 21, 2012

teguran




assalamualaikum

huuiii kali ni nak update plak tentang keikhlasan hati.keikhlasan hati ini ada banyak slot yang bererti ada dalam pelbagai aspect.so kali ni aku nak tegur keikhlasan hati ni dalam berblogging.

bukan maksud aku cara update entry semua.itu semua dalam entry lain.ni aku just nak tekankan,dalam dunia blogging ni kalau boleh ikhlaskanlah hati tu bukan sekadar berkata-kata.

meaning kalau da kata follow orang tu,biarlah follow bebetul.jangan copy paste je kat blog orang/post orang "hai saya da follow awak,follow saya balik ye" oh come on la guys.orang lain pon berblogging jugak tapi bukan sehari dua nak tipu orang pasal follower ni.

owner blog itu boleh check la follower dia naik ke tak.tak pepasal da tipu orang kata follow tapi tak follow pon.dah muka kena cop pentipu.tak menahan betul.bukan sekali dua benda ni berlaku.ramai da aku dengar kena macam ni termasuklah aku.

kalau da kata follow tu,buat buat la cara follow dengan tekan butang follow.bukan kena bayar pon.yang nak tipu orang kata da follow tapi tak follow tu kenape?kan da buat orang ramai menyampah?

lagi satu,jangan amalkan "i follow you,you follow me back" sebab ramai blogger tak suka benda macam tu.terutama blogger yang dah lama berblogging ni.isu dah lama.tapi saje aku tekankan sebab dah makin menjadi jadi.

jangan risau lah pasal follower tu.tak ke mana pon nak kejar follower beriban.kalau penulisan,bahan dan entry memang tip top,tak perlu suruh orang follow pon orang akan follow sendiri.

dalam dunia blogging ni,paling pantang kalau orang suruh follow blog dia secara tiba tiba.macam kena paksa.suka ke kalau orang paksa korang buat sesuatu yang korang tak suka?mesti tak kan?macam tu jugaklah dalam dunia blogging ni.

harap berubahlah trend macam ni.kerana trend macam ni la ramai blogger yang dah macam give up dan malas nak update blog diorang.bukan nak cakap aku ni perfect sangat lah sempurna lah ape la yang melambangkan sempurna.

cuma tegur berdasarkan apa yang aku perhatikan selama ini.itu je.salah silap dan terasa mohon maaf.semoga kita semua mendapat keberkatan dalam bulan ramadhan ini.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

rahsia



assalamualaikum.

lamanya tak coretkan satu entry dalam blog ini kan?pape pon aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang masih menyokong blog ini secara langsung dan tidak langsung walaupun dah lama aku tak update,still ada orang yang masuk mungkin kerana ilmu yang aku kongsikan.alhamdulillah.maklumlah sibuk dengan tugasan harian.

kali ini aku nak update pasal rahsia.yea.setiap orang mesti mempunyai rahsia mereka tersendiri sama ada positive mahupon negative.kan?selagi kita dan orang yang tertentu je yang tahu itu adalah rahsia namanya.kalau dah diketahui oleh orang ramai,itu bukan rahsia dah tu.tapi da jadi informasi.aku pon tidak terkecuali dengan perkataan rahsia ini.

perkara yang aku nak tekankan,betul,bukan semua orang boleh dikongsi rahsianya kerana belum tentu orang yang dikongsikan rahsia itu boleh menyimpan rahsia yang dikongsikan sepertimana kita menyimpan rahsia itu bukan?

tapi tidak semua orang pon adalah seperti yang disangkakan.setiap orang ada cara dan perangai yang tersendiri.jangan assume seseorang itu hanya kerana peristiwa yang pernah kerana itu tidak adil selagi kita tidak mencuba,kita tidak tahu,betul?

mengapa tidak kita berikan peluang kepada orang yang kita kenal tapi masih belum pernah kita bagi dia pegang rahsia kita?maksud aku,bukanlah rahsia yang bebetul besar untuk permulaannya.kalau untuk permulaan,bagitau rahsia kecik kecik dah la.tengok apa kesan dan feedbacknya.

kalau kesan dan feedbacknya elok,boleh dipercayai dan boleh simpan rahsia,apa salahnya berkongsi rahsia dengan dia betul tak?nak cari orang yang boleh simpan rahsia itu bukan mudah.susah.

nak cari,kita perlu gunakan cara "try and error" dulu.manusia tidak boleh dinilai dengan rupa parasnya sahaja.kita perlu cuba membuat ulangkaji selidik boleh atau tidak dia simpan rahsia.kan?

kalau dah tahu dia tak boleh simpan perkara yang kecik,apetah lagi kalau rahsia yang besar nak suruh dia simpan kan?ini semua sebab da buat ulangkaji selidik tentang dia dengan memberitahu dia satu rahsia kecil.kan?

oleh itu aku harap,janganlah cepat sangat assume seseorang itu tentang sesuatu jika kita tidak "try and error" tentang perkara itu.harap sangat bahawa orang ketika ini boleh buang perspektif yang sebegitu rupa dengan cepat betul menilai orang yang entah betul atau tidak.lainlah kalau ade super power kan?

dalam bulan ramadhan yang mulia ini,latihlah diri itu supaya janganlah cepat berprasangka negative terhadap orang.amalkan dan insya~Allah semuanya akan baik baik sahaja :)

mungkin masih belum terlambat lagi untuk ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia kepada semua para pembaca yang dihormati kan?maklumlah hari pertama puasa.hehe semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah S.W.T sepanjang bulan ramadhan yang mulia ini :)
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Sunday, June 10, 2012

typo itu ape?



assalamualaikum

emm emm emm...masih ada orang tertanya tanya ke typo itu ape?typo itu adalah kesalahan ejaan dalam menaip/menulis dalam dunia so~sial ini.typo yang paling kerap sekali berlaku adalah ketika ingin tunjuk hebat betapa lajunyaa menaip dan post/status.dalam bahasa multimedia pula diterangkan sebagai typography.iaitu gabungan perkataan yang boleh menjadi satu seni.

aku post entry pasal typo pon sebab budaya typo dikalangan mereka yang aktif bersosial di laman sosial ini bukan budaya asing lagi.da sebati dah pon.sehingga orang yang typo itu pon buat derk je kalau orang lain tak perasan dia typo.

kebanyakkan typo ini berlaku dengan tidak sengaja.dan kebanyakkan typo jugak mengundang gelak yang tak sudah sekiranya lawak.tak kurang juga yang typo berbunyi kurang ajar sehingga mengundangkan kemarahan orang lain.

typo ini terjadi bila seseorang itu berasa condifentnya *ayat adnan sempit* memberitahu/menaip/menulis tetapi terdapat kesalahan ejaan.mungkin dalam english still consider lagi.tapi kalau bahasa melayu mungkin...agak kelakar sebab da bertahun bertutur dan menulis dalam bahasa melayu kan?



dan untuk pengetahuan anda anda semua,typo yang paling kerap sekali terjadi adalah dilaman so~sial di twitter dan facebook.mungkin kerana malas nak check balik ada typo atau tidak dan mungkin button huruf itu terlalu kecil lalu terhasil lah typo.

typo boleh terjadi juga bila kita berkomunikasi dengan suara.semua orang pun pernah mengalaminya termasuklah daku ini yang tidak lepas dari typo itu walaupun sekali.jangan ingat typo hanya untuk penulisan sahaja.bercakap pon ade typo dia apabila orang itu susah untuk menyebut perkataan itu secara tiba tiba lalu menghasilkan bunyi yang kelakar.

kalau orang sebegini jumpa dengan orang yang kuat membahan typo orang seperti..emm..em..emmm... entah..fikirlah sendiri siapa. memang galak la kena gelak kan?jadi sila jaga typo anda jika anda seorang yang memang kaki typo.bukanlah maksud orang itu typo kita bahan sampai nak buat gaduh.tak elok laa.typo kejap kejap boleh la buat isu tak kering gusi ye tak?
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Saturday, June 9, 2012

wanita idaman

assalamualaikum

kali ini nak update sesuatu yang aku rasa common je kot?entah.aku pon tak tau nak kata ape sebab dah agak lama jugak aku tak berblogging.so aku ambik kesempatan untuk mengupdate blog ini dengan entry ini setelah sekian lama tidak berupdate.jadi tolong baca.kalau tak nak baca pon baca jugak sebab da tekan link blog ini kan? :P maaflah aku sedang mood orang kahwin ni gara-gara membaca blog kawan aku tentang abgnya yang baroo berkahwin.tahniah.hehehe

untuk pengetahuan para wanita,jejaka sering kali menjadi gila keranamu wanita.tapi ketahuilah bukan semua wanita itu bisa membuat para jejaka itu tergila gilakan dirimu wahai wanita kerana ada ciri-ciri yang boleh buatkan jejaka tergilakan akan dirimu.ok cukuplah mukadimah dia.takperlu pepanjang.kang korang bosan pulak.haha.aku cuma nak berkongsi beberapa ciri-ciri wanita yang membuatkan jejaka diluar sana menjadi gila kerana ciri-ciri ini.tak salahkan?hehe.maaf jejaka kerana bocor rahsia ye.hohoho~

antara ciri-ciri yang menjadi penarik perhatian para jejaka adalah cara bagaimana para wanita ini berpakaian.cara berpakaian itu jelas menunjukkan perwatakkan seseorang wanita itu macam mana.kalau seorang wanita itu berpakaian seperti raget-raget,sudah tentu perwatakkannya yang brutal dan selamba kan?jadi cara berpakaian juga boleh membuatkan seseorang jejaka itu tergila gilakan seorang wanita jika gayanya itu kena dengan cara dan dirinya sebab tak semua orang boleh bergaya seperti cara kita kan?oh lupa ini tips untuk orang yang nak cari calon isteri je.bukan cari untuk awek.kalau untuk awek,mungkin entry lain??

melalui pemakaian,sekarang ni macam-macam fashion ada.dan terpulang pada individu itu sendiri untuk memilih fashion yang macam mana kan?bagi seorang jejaka,bertudung menutup aurat itu salah satu daya penarik kerana bagi seorang jejaka,bertudung itu sangat manis untuk dilihat.dan kalau silap hari bulan,ada jejaka yang sanggup duduk berjam-jam duduk melihat muka wanita itu je jika kena dengan cara gayanya.bukanlah nak kata tak bertudung itu tidak cantik dan sebagainya kerana kita sebagai orang Islam perlulah mengikut cara berpakaian melalui Islam kan?lagipon ini hanya pandangan aku je.pandangan orang lain,mungkin lain kan?



seterusnya kelakuan dan adab.ramai jejaka yang inginkan wanita yang menjadi peneman seumur hidup mereka lemah lembut,pandai mengambil hati,memahami dan bertolak ansur dalam pelbagai perkara yang penting.bukan bermaksud aku tekankan pada perempuan,lelaki pon perlu macam tu jugak.susahlah kalau sorang je yang bertolak ansur,ye tak?kadang kala jejaka tidak memandang rupa paras.jejaka memandang pada sifat dan kelakuan seseorang wanita itu kerana bagi seorang jejaka,tidak guna jika hanya pandai berhias dan cantik rupa paras tapi yang lain,semua kosong.aku bagitahu ini bukan suruh bertungkus lumus buat semuanya kalau tidak tahu.perlahan lahan belajar itu lebih baik daripada gelojoh nanti apa pon tak dapat kan?

selain itu,menghormati kedua ibubapa juga merupakan salah satu aspek yang perlu ada pada seorang wanita itu untuk menjadi wanita idaman seorang jejaka.yelah mana ade orang sanggup kahwin dengan orang yang tak tahu menghormati ibubapa kita kan?sanggup ke kita nak kahwin dengan orang yang biadap dan kurang ajar dengan ibubapa kita yang membesarkan kita dengan penuh kasih sayang?setiap hari hati ibubapa kita terluka dan menitiskan air mata kerana orang yang kita kahwin?nak?mesti tak nak kan?mesti kita nak kahwin dengan orang yang menghormati ibubapa kita kerana kita tahu kita dan pasangan kita mampu untuk menjaga mereka di hari tua mereka nanti kan?



Agama.itu sudah tentu.keagamaan itu sangat penting.dengan agama baroo kita boleh menilai sesuatu itu dengan baik,buruk,halal,haram dan sebagainya.tanpa agama,maka kosonglah hidup kita sebagai seorang hamba Allah itu.terdapat 3 ciri yang digariskan dalam Islam ketika memilih calon wanita untuk dijadikan sebagai isteri iaitu yang pertama sekali dah dinyatakan,Agamanya.keduanya keturunannya dan yang ketiganya ialah hartanya.jadi amat jelas bahawa Agama juga penting dalam menjadi seorang wanita idaman seorang jejaka.

Jejaka juga boleh jadi gila dengan sifat pemalu seorang wanita.sifat pemalu seorang wanita itu adalah lambang harga diri yang tertinggi.umpama sebuah epal yang terletak ditempat yang tertinggi disebatang pokok.kenapa?kerana dengan adanya sifat pemalu ini,seorang jejaka percaya,wanita itu pandai menjaga dirinya dengan tidak memberikan orang yang bukan bergelar suami dan orang bukan muhrimnya untuk menyentuh dirinya.seorang jejaka sangat suka pada wanita yang pandai menjaga dirinya kerana itu adalah salah satu daya penarik.korang mesti pernah dengar kan? seorang lelaki lebih suka perempuan yang menjual mahal?lagi mahal,lagilah lelaki itu suka kerana ape?kerana lelaki itu tahu nilai seorang wanita itu terlalu tinggi nilainya dan sanggup buat apa sahaja kerana itu.


P/S:gambar semua adalah gambar dari pakcik google~


alamak..da terlalu panjang la pulak.hee maaf.nanti update entry lain yee.harap harap korang enjoy entry ni.dan harap harap jugalah ilmu yang aku kongsikan ini sangat memanfaatkan diri korang.insya~Allah
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Saturday, May 26, 2012

selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran mak :D

assalamualaikum

heeee kali ini nak update short entry je pasal birthday my mum.patutlah masih rileks di rumah makcik aku ni.rupanya nak sambut birthday dia malam ni.hahaha.aku pon terlupa birthday mak aku hari ini.serious terlupa sebab hari ini aku kemas barang semua yang selama 5 sem barang aku kat sini.so memang terlupa sebab nak balik KL dah.

ok skip part yang tak elok tu.back to the topic.gambar takde.gambar kek je ade.nak tangkap gambar dengan sedara yang lain semua segan.so tangkap gambar kek pon jadi la ye tak?hehehehe

nak buat ucapan skit lah untuk my mum

selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran mak.maafkan saya mak sebab saya tak dapat nak belikan ape-ape lagi untuk mak sebab belajar.namun saya hanya mampu memberi hadiah untuk mak dengan menjadi dekan selama 4 sem berturut-turut sebagai hadiah untuk mak.insya~Allah sem yang ke 5 ini saya akan dekan lagi sebagai hadiah untuk mak jugak.

saya nak belajar rajin rajin sebab mak pernah pesan,belajar rajin rajin supaya nanti hidup senang.duit pinjaman semua tak perlu bayar kalau pointer cantik.jadikan sedara yang belajar kat UK tu sebagai inspirasi untuk menjadi cemerlang.terima kasih mak sebab bersabar dengan pelbagai kerenah saya sepanjang mak membesarkan saya.terima kasih sebab ada ketika saya memerlukan mak untuk membantu saya.terima kasih untuk segala-galanya.

kasih sayang mak mungkin saya tak dapat nak balas dengan membelikan barang.namun saya tetap ingin menghadiahkan mak sebuah kegembiraan yang pernah mak harapkan suatu ketika dulu dengan belajar bersungguh-sungguh.bila dah berjaya nanti,saya nak bawak mak pergi melancong sekiranya ada rezeki saya sambung diluar negara.insya~Allah mak.

selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran selagi lagi mak.terima kasih sebab jadi mak yang terbaik didunia buat saya :)


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Wednesday, May 23, 2012

judging people?

assalamualaikum

kali ini aku nak update pasal orang yang suka sangat menilai orang tanpa mengenal orang itu dengan lebih detail.maaflah aku update kat sini kan.aku tersangat geram sebenarnya bila orang cari masalah dengan aku tetibe.mentang mentang da habis exam.kenal aku pon cam gitu je da nak cari masalah.silap besar la kalau kau nak judge aku macam tu je.aku pon tak judge kau dengan apa yang kau buat kau nak judge aku?tolong lah.otak jangan cetek sangat.

mengata orang tak berfikir tu padahnya aku troll kau sampai kau terdiam.tak kenal aku dengan detail da kata aku macam tu.sape ajar kau menilai orang macam tu?kau tak tahu sejarah aku.kau tak tahu apa yang aku lalui kau tak kenal latar belakang aku,tapi kau terus je judge aku macam tu??come on la weyh.budak tak matang je buat macam tu.bukan orang kata perempuan lagi cepat matang ke?asal ada yang terlepas ni?haaaiiihhhh.kau siapa nak judge aku macam tu?aku pon pelik la.aku tak judge kau pon,tapi kau judge aku.ape masalah kau?

please la buang sifat suka menilai orang tanpa mengenal orang itu dengan lebih lama.nak msg,bukan selalu pon aku msg kau.aku sekadar memain je dengan semua benda buduh tu.kau ingat aku ni nak buat benda yang aku cakap kat orang ke?aku pon waras lagi la nak buat benda benda macam tu.kau tak faham kot konsep mengusik,mengata,dan nak buat bebetul tu kot?

tapi kau da cari masalah dengan aku sekali,aku akan cari masalah dengan kau jugak.tapi tak direct macam kau cari masalah dengan aku macam tadi.kau cari masalah nak troll aku,aku cari masalah nak troll dengan kau jugak.simple je.aku follow flow orang je.

elok ja aku respect kau,hormat kau sebagai adik.takde nak kacau kau sangat,kau cari pasal dengan aku kan?nasib kau lah.sendiri cari pasal dengan aku kan?so lantak la.kau boleh buat orang macam tu,aku pon boleh jugak buat.kau buat aku sekali,aku buat 2 kali lebih teruk dari kau buat aku.

aku tahu ada member kau yang akan baca entry ni.kesah plak aku kan.aku takde kacau kau,kau kacau aku sape suh.kalau aku tahu kau macam ni,time orientasi tu aku basuh kau cukup cukup.perasan bagus.perasan cantik.over plak tu.haaaaiiihhhhh.

what you give you will get back.cepat atau lambat je.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

campur?

assalamualaikum

bersua kembali dalam blog ini.alhamdulillah syukur kepada Illahi kerana masih lagi bernafas dengan udara yang dipinjamkan.alhamdulillah juga aku telah selesai menamatkan semester second akhir aku.kini tiada lagi duduk didalam kelas.dengar mereka merepek semua dalam kelas.lepak sesame.cuci mata dan sebagainya.mesti aku akan rindu semua itu nanti.

actually update entry ni pon sebab da lama tak update.hampir 6 minggu jugak la tak sentuh blog.maafkan daku wahai blog*nangis* kerana hampir 6 minggu aku tidak mengauli kau dan biarkan kau kesepian.aku akan temani kau sekarang ye sayang *kelip-kelip mato*

kat sini juga nak bagitahu yang aku sangat berterima kasih kepada semua yang tidak putus putus dalam melawati blog yang tak seberapa ini.selama 6 minggu tidak ber-update tapi still ada yang menjenguk.terima kasih daku ucapkan atas kesudian melawat blog ini.

dan aku jugak tidak lupa untuk kekasih buah hatiku yang hampir 5 bulan tidak bersua muka.maklumlah jauh di pandangan mata tapi dekat dihati.sentiasa contact melalui phone.tapi kerinduan takkan terlerai selagi tidak bersua muka.kan awak awak semua kan?geleng kepala kenapa?dengki lettew.hahaha

btw facebook kenape ek?asyik invalid url je.dengar cerita markz tengah update/upgrade facebook?bengangnya aku sebab tak dapat nak bukak facebook.dah la banyak group berkenaan dengan college kat situ.aiyoo...damn laa markz.

eyh macam panjang plak update entry.padahal nak bagitau skit je.*skit ke?* tah le.k la nanti aku update lagi entry entry yang best ye.sedih tau tak boleh ping blog lagi sebab FB tak boleh bukak *nangis*

k la till then,jumpa lagi awak awak semua.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Tuesday, April 3, 2012

long distance relationship



assalamualaikum

nak update entry untuk berkongsi pulak.lama tak update entry yang berkongsi pengalaman kan?selalu dok up entry personal thing je sejak dua menjak ni.maklumlah daku da final year.so agak busy dengan final project yang bertimbun itu.jadi aku nak ambik kesempatan untuk update mengenai long distance relationship.ni semua punca budak ini yang update entry setepek khas untuk daku plak berkaitan dengan keagamaan.memandangkan dia da up status begitu,aku pon dengan senang hatinya ingin berkongsi pasal long distance relationship yang mana aku tak sentuh pasal hal keagamaan sebab daku sendiri pon belum tentu lagi baik dan cukup ilmu didada untuk berkata-kata mengenai hal keagamaan.mari daku kongsikan sedikit pengalaman daku.



ramai orang berkata-kata dan takot bila disebut mengenai long distance relationship.kerana apa?kerana si dia berada jauh dimata pasangannya.pasangannya terasa tak selamat,tertipu dan sebagainya yang melambangkan kepada perasaan negative yang membuatkan pasangannya ingin tahu dan melihat apa yang dilakukan oleh pasangannya didepan mata setiap hari kalau boleh.ramai orang juga kata long distance relationship itu sebenarnya bermain dengan risiko sebab apa yang daku utarakan diatas tadi.

bagi daku,long distance relathinship ni sebenarnya bergantung pada diri seseorang itu juga.tanya pada diri sendiri,ikhlas kah bercinta?bercinta kerana apa?jujurkah?sekiranya dapat jawab dengan jawapan yang positive daku pasti kesudahannya juga adalah positive melainkan ada orang yang tidak jujur.memang benar kata orang.inrelationship je pon.bukan nak bawak pergi kahwin pon.itu benar.tapi kalau kita tak inrelationship,macam mana kita nak kahwin kan??korang nak macam zaman dulu ke?parents tentukan jodoh korang?tak kan?mesti korang nak cari jodoh korang sendiri kan??

bila sebut pasal cinta.ramai yang memberikan jawapan yang sama.tiada lain selain itu yang akan dijadikan jawapan.contohnya seperti,jujur setia tanggungjawab kasih sayang caring dan sebagainya.semuanya nilai yang murni.nilai yang membawa kepada kebaikkan pada diri masing masing.tapi tahukah korang long distance relationship ini sebenarnya adalah apa yang korang jawap tentang cinta selama ini?mungkin korang sedar,tapi korang masih lagi takut dan trauma kena tipu dan sebagainya kan?

bagi aku,semua itu adalah dugaan dan pengalaman yang mengajar kita untuk berhati hati supaya kita dapat menilai seseorang itu mencintai kita kerana apa dan kenapa.tanpa ada sesuatu yang terjadi lagi,kita takkan alert dengan apa yang dah berlaku.ada sebab kenapa sesuatu itu berlaku dalam kehidupan kita.macam orang selalu kata,setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.hikmah itu lah yang mengajar kita erti hidup dan kedewasaan tentang dunia yang fana ini.eh sorry.termasuk sedikit bab keagamaan.hahaha.

tak perlu nak tengok contoh yang jauh.cukuplah daku sebagai contoh.daku sebenarnya adalah long distance relationship.dan masih bertahan selama 3 tahun dengan si dia.selama 3 tahun itu,boleh kira berapa kali jumpa dan berapa kali berdating.sesetengah orang,kalau tak dapat nak jumpa selalu,akan clash sebab tak tahan dan takot kena tipu seperti yang daku utarakan atas tadi.tapi disini daku tidak takut kerana daku tahu daku ikhlas,dan terima dia seadanya dan dia juga begitu.daku tahu 3 tahun bagi sesetengah orang,apelah sangat.ada yang lebih lama dari itu.

korang mesti tertanya tanya,pernah tak dapat khabar berita yang dia berpoya poya dan curang.secara jujurnya pernah.tapi masalah itu diselesaikan dengan cara yang baik,bertolak ansur,siasat dengan betul sebelum buat sebarang tindakkan.untuk kekalkan hubungan jarak jauh ini,korang perlu sentiasa bertanya khabar.berkongsi segala rasa.bertolak ansur,memahami serta mempercayai pasangan korang.



tak semua orang berjaya dengan long distance relationship.dan terus trauma dengan long distance relationship.nasihat aku,jangan pernah takut untuk jatuh cinta walaupun cinta jarak jauh sebab setiap kali kita jatuh cinta,kita akan lebih menghargai cinta orang lain terhadap kita kerana kita sendiri tahu cinta setiap orang sangat berbeza dan kerana itu kita akan lebih menghargai cinta yang dipahatkan oleh si dia.

long distance relationship ini sebenarnya sangat manis bak kata budak ini tadi.boleh kumpul rindu banyak banyak dan leraikannya bila berjumpa.bila terlerainya rindu itu,ya Allah,bahagianya rasa.takpercaya?apa kata korang try :)


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Sunday, April 1, 2012

maafkan saya.

assalamualaikum

first of all,saya nak minta maaf kat awak sebab berkasar dengan awak malam tadi.erm...malam tadi ke?oh yea.da lepas kul 12 da.now around 3 am dan saya masih blum tido kerana memikirkan apa yang saya katakan tadi.saya minta maaf sebab saya terpaksa menjadi kejam malam tadi dengan awak.

saya menjadi kejam kerana awak memaksa saya untuk berkata begitu.awak terlalu degil.awak tu sakit bukan sebarangan sakit.kenapalah susah untuk awak fahami yang ramai orang nak awak sehat walaupun sakit awak tu awak tahu tiada penawar.

awak tak nak makan ubat sebab awak da bosan makan ubat tu.makan macam mana pon tak boleh nak sembuhkan awak dari penyakit itu.yea saya faham.tapi ada sebabnya kenapa doktor bagi ubat untuk awak makan ubat itu.mungkin akan melambatkan virus itu untuk merebak atau menyerang awak.

hurm...saya minta maaf seandainya kata-kata malam tadi menguris hati awak.kerana awak jugak air mata saya mengalir.sebab saya bimbang keadaan awak.keadaan awak semakin teruk selepas awak berhenti treatment itu.awak tak tunjuk pon saya tahu awak makin teruk.

hurm...maafkan saya kerana kejam dengan awak.saya terpaksa buat begitu supaya awak makan ubat.saya terpaksa berkata begitu supaya awak sedar yang ramai orang tak suka awak jadi macam tu.ramai orang nak awak kekal cergas dan ceria selalu.

hurm...entahlah.berkali sudah saya katakan dan saya ulangi tapi awak tak nak dengar dan tak nak faham.takpelah.semoga awak berbahagia dengan hidup awak.all the best.thanks for everything.thanks for the memories.

assalamualaikum
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Wednesday, March 21, 2012

apabila si ayah mengambil teruna si anak dengan pelacur.

assalamualaikum

memang sangat sangat gila.kerana apa?kerana si bapa sendiri telah merestui si anaknya untuk mengambil teruna anak lelakinya dengan melanggan pelacur dengan atas alasan ingin menjadikan anak lelakinya menjadi seorang lelaki sejati.

bapa yang seperti itu tak sepatutnya membuat perkara seperti itu.lagi lagi anaknya baru sahaja berumur 16 tahun.masih bawah umur!ape nak jadi la.ini bukan pendidikkan seks yang betul.ini menjahanamkan anaknya sendiri,bukan mengajar.

astafirullah.dunia da semakin terbalik.apa nak jadi dengan dunia masa ini??pelik dan tersangat pelik.tapi inilah yang dikatakan petanda kiamat semakin menghampiri kita.minta minta lah kita masih sempat bertaubat sebelum kiamat itu tiba.


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Wednesday, March 14, 2012

think before you speak




assalamualaikum sebagai pembuka bicara.

nak up entry pasal tak puas hati dengan salah seorang penguna acc FB yang berada dalam group yang aku juga turut disitu.aku tak puas hati sebab dituduh dengan tuduhan yang tidak berasas.sangat sangat memanaskan hati bila kena macam itu.

actually ada la sorang mamat ni kan.dia dok promote baju group.aku tak tau la dia admin ke ape ke tetibe dok promote baju group.aku tengok tak ramai yang beli pon.jadi aku kebetulan adalah duit skit aku pon beli la baju group tu.on the spot aku bayar masuk acc bank dia.dia kata baju akan sampai paling awal,awal bulan satu dan paling lewat akhir bulan satu.

masa pertengahan bulan dua tu,aku ada balik umah nak tengok baju da sampai ke belum.tapi ternyata tak sampai lagi.aku pon tanya dan minta penjelasan kepada si pembekal yang mulut manis sangat-sangat bila nak jual barang.dia kata ada sedikit masalah teknikal jadi tak sempat nak hantar dalam bulan satu.aku pon ok lah.kadang-kadang apa yang kita rancang tak semuanya akan terjadi seperti yang dirancangkan kan?

then now da nak masuk pertengahan bulan tiga.dan aku balik disebabkan cuti sem.so aku tengok,baju tak jugak sampai.aku pon pelik la jugak.sebab da 2 bulan setengah takkan tak sampai lagi baju kan?aku pon tanya lah lagi sekali dengan sopan santunnya aku bertanya meminta penjelasan sebab aku sebagai customer dan aku juga membayar on the spot bila diminta bayar ada hak untuk bertanya kenapa baju itu masih tidak sampai.

pada awalnya dia jawab dengan elok.dia kata semua yang bagi pakai tangan da dapat.yang tak dapat cuma dengan pos je sebab dia pakai pos biasa bukan pos laju.aku still tak jawab.aku cuma tengok je.lepas tu dia boleh pulak cakap,

"jgn ler risau bju tu memng ade, sy xtipu pn..
setakat rm25 bkn boleh kaya pn sy nie..
x reti sabar..
masa nk byr liat.."

punya hangin aku bila dia da kluar statement macam ni.aku bertanya punya sopan santun minta penjelasan kenapa lambat itu je.boleh plak dia bagi statement macam tu walhal aku bayar on the spot pulak tu masuk account dia.free free je dia cakap aku tak reti sabar...dah tu time bayar liat...

pergh menyirap kot baca statement dia.aku bertanya kenapa lambat,takde pon dok tuduh mamat ni songlap duit.takde pon kata tak sabar.kalau aku tak sabar,dah lama aku bamboo mamat ni masa pertengahan bulan dua aritu.

hello bro~kau tu jual barang kat orang.bila orang dah bayar,minta penjelasan kenapa lambat macam tu kau jawab kat customer kau?wei jangan cari pasal dengan customer.customer always right kalau kau belajar business la kan?sekali kau bagi statement bodoh kat customer,memang langsung tiada kali kedua la orang nak beli barang dah dari kau.busuk nama kau sampai bila-bila gara-gara statement bodoh kau ni.

think before you speak.ni pasal tak berfikir sebelum berkata-kata lah jadi macam ni kan?wei untuk pengetahuan kau,aku tak beli baju group kau pon takpe.aku tiada masalah.aku beli sebab admin dia tu kamcing dengan aku.dan aku tengok tak ramai pon beli.aku beli sebab aku nak support group dia je.kalau tak aku pon malas nak beli lah baju group kau ni.

aku hangin bukan sebab benda tu sampai lambat,tapi statement kau yang tak berasas sangat tu.orang lain yang liat nak bayar kau dok kata aku plak yang liat nak bayar dah tu tak reti sabar.memang aku menyesal beli barang dari kau pon ade kau tahu?tak reti nak berbudi bahasa bila orang berbudi bahasa dengan kau.kau baca blog aku tak?kalau kau baca aku harap kau berubah perangai kau bila kau ceburi bidang dalam business sebab kalau begini sikap kau,tak sampai dua bulan da bankrupt habis.

ade aku kesah kalau kau nak bising?da memang betul kau bagi statement begitu.aku siap PS lagi comment kau kat dalam group tu.kalau nak,boleh je aku paparkan comment kau tu kat dalam blog ini.first of all,jangan cari pasal bila kau sedang buat business.second,jangan kurang ajar dengan customer kau,third,berbudi bila orang berbudi dengan kau.kalau tak,sampai bila pon kau takkan boleh buat business.tak pepasal da kluar subject entrepreneurship yang aku belajar sekarang.hadoi.sakit hati betul aku dengan orang macam ni.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Monday, March 12, 2012

cinta bagi wanita

assalamualaikum

ffuuuhhhhhh lama jugak tak update entry pasal cinta ni kan?tetibe je datang mood nak buat entry pasal cinta.mood nak buat entry ni sebab ada kawan aku salah seorang yang telah terjerat dengan cinta sehingga membutakan segala-galanya.aku tak tahu apa si jantan tu pakai sampai kawan aku sorang tu jadi macam tu.apa yang aku ceritakan bukanlah membuka aib orang,tapi ingin mereka mengambil ikhtibar dengan apa yang telah terjadi.sampai begitu sekali kerana terlalu cinta.astafirullah.

begini kisahnya.cinta bagi seseorang perempuan itu sangat penting.kerana cinta semuanya sanggup diberikan gara-gara si jantan yang bermulut manis demi menghirup madu dari bunga itu sendiri.walaupun aku ni lelaki,aku tak segan silu untuk condem spesis macam aku jugak.maksud aku,lelaki.namun bukan semua orang pon begini.maaflah yea kalau terasa sangat dengan entry ini.

kawan perempuan aku ni ada lah kebelakangan ini tetibe je YM aku.dia kata ada masalah.dulu dia bahagia dengan pakwe dia.dia ikut semua dan apa yang pakwe dia cakap.tak boleh kawan lelaki lain,kena setia,handphone pakwe dia pegang,tak boleh kawan dengan orang lain dan sebagainya.itu baroo skit.belum masuk dalam personal lagi.

sehinggalah pada satu hari yang dia YM aku tu.dia kata ada problem.dia cakap family dia tak restu hubungan dia dengan pakwe dia.ada sebab mengapa family dia tak restu hubungan dia dengan pakwe dia.dia pon cerita lah kenapa semua tu bla bla bla.

berdasarkan cerita yang diceritakan pada aku,dia memberikan segala-galanya kepada jantan itu kerana jantan itu meminta bukti apa bukti yang mengatakan dia setia dan takde orang lain.kawan perempuan aku ni pon berfikirlah punya lama nak bagi ke tak maruah dia sebagai seorang anak dara sunti.

last last,dia terlanjur dengan si jantan tak guna tu sebab cinta dan sayang sangat terhadap jantan tak berguna tu kerana dia merasakan bahawa si jantan itu adalah lelaki terakhir didalam hidupnya.apalah erti cinta itu kalau si jantan meminta bukti dengan menyerahkan tubuh badan seorang wanita itu?aku menangis bila dia bercerita pasal rahsia hitam ini.

dan banyak kali dia terlanjur dengan si jantan tak guna ni.aku merasa kesal sebab dia dibutakan dengan nafsu bukan dengan cinta yang sebenar-benarnya.cinta itu indah.kalau betul dia cintakan pasangannya,dia takkan minta tubuh badan pasangannya yang belum sah halal bagi dirinya.

aku menangis ketika dia menceritakan peristiwa ini.dan aku pasti keputusan keluarganya yang tidak restu itu adalah tepat.lihatlah,dia sudah terlanjur dengan si jantan yang membutakan dirinya dengan nafsu bukan cinta.aku menyesal kerana aku menegur kawan perempuan aku ni awal-awal dulu.tapi dia tak dengar.dia lebih rela dengar cakap si jantan tak guna tu.

aku rasa sangat bersalah dan sangat sangat dihantui rasa kekesalan kerana tidak berjaya menyelamatkan kawan perempuan aku ni daripada lembah zina itu sendiri.astafirullah.aku membuat entry ini bukan untuk membuka aib orang lain.tapi aku nak para kaum hawa diluar sangat berhati-hati dengan lelaki.bercinta biarlah berpada-pada.jangan memberi mereka makhota perawan itu selagi belum sah dengan nikah.

wanita kalau dah bercinta,semua pon dia sanggup bagi.itu lah bahayanya jika wanita itu sendiri tidak dapat membezakan antara cinta dan nafsu.sangat sangat berbahaya.sekiranya si lelaki meminta badan atas alasan bukti setia,janganlah sewenang-wenangnya kaum hawa itu memberi atas dasar terlalu cinta dan sayang kerana dia bukanlah yang terbaik untuk dirimu.

seorang lelaki yang benar-benar mencintai perempuannya,dia takkan sekali kali meminta badan sebagai bukti tanda si perempuan itu cinta dan setia kepada dirinya.ini semua adalah taktik si lelaki yang tidak boleh dibuat suami.

bayangkanlah nasibmu wahai hawa,apa kesannya jika engkau telah memberikan maruahmu kepada mereka yang tidak layak untuk itu,dan tiba tiba mereka pergi dari dirimu.tidakkah patutnya engkau berfikir dengan panjang atas sesuatu perkara yang engkau lakukan?astafirullah.

cukuplah seorang hawa itu sendiri telah terpedaya dengan tipu helah si jantan yang bertopengkan syaitan ini.astafirullah.astafirullah.astafirullah.ya Allah selamatkanlah saudara/saudari seagama denganku atas nama Islam ya Allah.sesungguhnya aku berduka kerana apa yang menimpa diri mereka ya Allah.

kepada kaum hawa,sila ambil ikhtibar dari entry ini.saya bukan menceritakan aib orang,tapi saya mahu kaum hawa diluar sana berfikir dan ambil pengajaran dari apa yang telah saya ceritakan.bercinta biarlah berpada-pada jangan sampai maruah diri tergadai dengan begitu sahaja atas nama alasan bukti yang diminta oleh mereka mereka yang tidak mahu bertanggungjawab.

selepas dia menceritakan semua ini kepada aku,dia kata dia nak tinggalkan pakwe dia,nak bertaubat nasuha dan sebagainya.tapi tak sampai sebulan,dia kembali berkepit dengan si jantan tak guna itu tadi.aku telah menjalankan tanggungjawab aku dengan menasihati dan membimbing dia ke jalan yang benar,tapi malangnya Allah masih belum membuka pintu hatinya dan membiarkan dia terjerumus dalam lembah zina itu kembali.apa yang mampu aku lakukan kini hanyalah berdoa agar dia tidak mengulangi apa yang dia lakukan dulu ketika bersama dengan si jantan yang tidak berguna itu.astafirullah...

ya Allah,kau lindungilah dia,jauhkanlah dia dari dosa dosa besar.berikanlah dia hidayah untuk berubah ke jalanMu ya Allah.berikanlah dia petunjukMu ya Allah sesungguhnya hanya Engkau yang mampu untuk mengubah segala-galanya ya Allah.aku dah melakukan segala habis baik untuk menghindari dia dari dosa dosa itu ya Allah.ternyata Engkau masih belum membuka pintu hatinya ya Allah.sesungguhnya dengan kebesaranMu aku bersujud kepadaMu aku berdoa,kepadaMu jugalah aku memohon perlindungan,petunjukMu,serta hidayahMU ya Allah.ampuni dosa-dosa ku kerana tidak mampu menarik dia kembali ke jalanMu ya Allah.amin






Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Thursday, March 1, 2012

congratulations syarifah aimi nadrah

assalamualaikum

heeeee mengambil kesempatan untuk update blog sebentar yee kawan kawanku semua.kali ni nak update pasal seorang member aku yang bernama syarifah aimi nadrah.dia ni lah salah seorang blogger yang menarik aku untuk buat blog ini.

dah lama sangat aku tak melawat blog dia.orang yang mula mula sekali pengaruhi aku buat blog dengan membuat secara personal.untuk pengetahuan korang aku sebenarnya da 5 blog yang berlainan.3 personal 1 cerpen dan 1 yang korang sedang jejak baca sekarang ni.

tadi aku melawat blog dia dan aku tak tahu kenapa aku macam terasa aura student,maksud aku aura belajar tu sangat terpancar dari blog dia.hahaha.mungkin sebab aku tengok blog dia menceritakan project diorang semua dan yeah dia da habis diploma engineering baru sebentar tadi.

well congratulation aimi.well done.at last tamat juga diploma engineering yang boleh dikatakan course killer untuk student macam daku.hahaha.hope you got your result with a flying colours sweetheart.good job.no more midnight studies,no more late work and yeah,no more panda eyes.hahaha.well yeah congratulations again.tido cukup cukup lepas ni tau.hahaha.

alhamdulillah semuanya tamat dengan jayanya.btw aku juga bakal menuruti jejak langkah dia dengan menamatkan course diploma aku.harapnya dengan kejayaan kawan aku menamatkan course dia,membuatkan aku lebih gigih berusaha menamatkan diploma aku juga.amin.

syarifah aimi nadrah

p/s:gambar masa baroo lepas habis kawad daerah dulu masa form 3 kalau tak silap.hahahaha rindu zaman ni la aimi.haha hope we can hang out together again after this with your sister too,hahahaha lama tak gila gila bersama.


im happy for you.

.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Friday, February 24, 2012

tolong berubah.

assalamualaikum

kali ini aku mengambil kesempatan untuk mencoretkan sebuah lagi entry yang mana aku tetibe je dapat ilham nak coret.ilham ini datang masa tweet dengan salah seorang member blog aku.tapi aku tak tau la dia aktif lagi ke tidak itu wallahualam la sebab malas nak tanya.

sebagai seorang manusia,adalah fitrah bahawa lelaki menyukai perempuan dan perempuan menyukai lelaki.jangan pernah cuba untuk membathilkan yang hak dan menghakkan yang bathil.eh ape yang aku dok merepek ni.haha sorry.merepek plak.

pada zaman sekarang ni kalau nak ditengokkan ramai wanita yang anti dengan lelaki dan lelaki anti dengan wanita.kesudahannya dua dua terpesong dengan menjadi gay/lesbo.keadaan ini sebenarnya tidak seharusnya terjadi sekiranya akal dan kewarasan itu menguasai minda mereka.yang aku nak tekankan adalah mereka yang bukan lesbo/gay tapi hanya anti.

apa yang aku nak sampaikan disini ialah,kepada mereka yang anti berlainan jantina,harap dihenti kan sebab bila besar nanti,korang perlu berkahwin juga dengan berlainan jantina sebab itu telah dituntut dalam Islam.jika tidak berkahwin maka tidak lengkap separuh Agamanya.

oleh itu,jangan nak anti sangat dengan berlainan jantina ni.korang tak nak zuriat ke?zuriat penyambung generasi korang?aku kadang kadang rasa kesian dengan mereka yang anti dengan berlainan jantina ni sebab mereka tak sedar nanti mereka akan kahwin juga.

mungkin anti mereka terhadap berlainan jantina itu bersebab.tapi sampai bila nak anti?masa anti dok kata macam macam dengan jantina lain.pastuh bila da besar nak kahwin dok puja puja pula.tak pepasal orang sekeliling kata bagaikan meludah ke langit yang akhirnya jatuh kembali ke muka.

attoi.tolong berubah.walau macam mana kecewa sekali pon,sentiasalah percaya pada Allah kerana Allah sedang merencana sesuatu yang terbaik untuk kita.jangan pernah berpaling dari tali Allah itu sendiri kerana sekali kau berpaling,maka Allah juga akan berpaling darimu.tapi ingatlah Allah itu maha pengampun.cepat cepatlah bertaubat.

mengapa perlu kita anti dengan seseorang yang akan menjadi suami/isteri kita?peneman hidup hingga ke akhir hayat.alangkah indahnya jika mereka itu merasai nikmat cinta yang sebenarnya.nescaya mereka tidak akan anti sesama mereka sendiri.

.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Thursday, February 23, 2012

puisi untukmu

rindu makin bertandang dihati
cinta menular keseluruh alam semesta
mengukir namamu dan namaku
biar semua makhluk tahu
kau adalah milikku

wajahmu sering muncul dimimpiku
senyumanmu mengugat jiwaku
gelak tawamu inspirasiku
sentuhanmu membuatku berasa tenang
dakapanmu membuatkan ku terlena

kehadiranmu membuatkan hariku ceria
layananmu membuai ku ke awangan
mengenalimu adalah satu anugerah
anugerah yang paling terindah

kemana saja ku pergi kan ada wajahmu
kenangan bersamamu adalah paling bermakna
bersamamu adalah satu detik manis
manjamu buat aku tersenyum
tersenyum tak sudah hingga terlena

Copyright by Aisis


.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Tuesday, February 21, 2012

tolong bukak otak anda(please open your mind)

assalamualaikum

lama jugak tak update blog ni.ni pon curi masa untuk update blog.takpe kan?kalau tak sampai bila pon takkan ada masa untuk update blog kan?so aku ambil kesempatan dalam kesibukkan ini untuk mencoretkan sesuatu yang aku rasa sungguh tidak releven.

apa yang aku cakapkan ialah,mengapa perlu merenggangkan hubungan antara kawan yang berlainan jantina apabila mengetahui dia sudah berpunya?harus ke perkara ini berlaku?bagi aku,aku tak nampak sebab kenapa perlu jadi begini.

yealah berkawan itu setiap insan.jadi kenapa perlu mind set macam tu?adakah mempunyai kekasih hati itu berdosa sampai perlu merenggangkan hubungan?alasan takut jatuh cinta dan tersayang.selama ini tiada pon.selama ini elok je berkawan rapat.tapi kenapa sekarang baru nak guna alasan itu?sungguh tidak releven.

adakah orang yang mempunyai kekasih hati ini haram untuk ada kawan rapat berlainan jantina?rasanya tidak kan?atas apa?atas dasar apa yang aku ungkapkan sebentar tadi? takot jatuh cinta dan tersayang?come on la weyh.itu adalah satu alasan yang tidak logic jika dah lama berkawan.

kalau dah berpunya,tetibe baroo nak ada kawan rapat berlainan jantina,itu yes.sangat kemungkinan besar untuk jatuh cinta dengan dirinya.kerana kita baru sahaja mengenali dirinya dan banyak perkara yang tidak kita ketahui tentang dirinya ,menarik minat kita untuk jatuh cinta.kalau sudah lama,rasanya tidak logik kerana tiada tanda dia jatuh cinta.kalau ada,mungkin lah.tapi kalau takde tetibe guna alasan takot jatuh cinta,itu tidak boleh diterima sama sekali.

secara konklusinya tolonglah bukak minda itu.tolong keluar dari kepompong itu.jangan terikat sangat dengan adat turun temurun dari dulu sampai sekarang.da berpunya terus tak nak rapat.please.alasan itu hanya akan melukakan hati orang lain je.mohon pikir positive dan yeah sekali lagi aku tekankan,berkawan itu hak setiap insan.jangan gunakan alasan "dia dah berpunya,jadi aku tak boleh rapat dengan dia takut jatuh cinta" please jangan cuba ke arah memutuskan hubungan silaturahim kerana memutuskan hubungan silaturahim itu berdosa besar.



.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Friday, February 10, 2012

pengaruh



assalamualaikum

whoooooohoooooooo salam sejahtera dan salam satu malaysia.lamanya tak update blog ini.terlalu busy sangat sampai tak sempat nak update ape-ape.biasalah dah last sem.so agak busy dan kelam kabut skit la rasa.tapi ada satu berita yang baik nak dikongsi.setelah hampir sebulan dipinggirkan blog ini tetap mendapat sambutan yang mengalakkan untuk seorang blogger yang tak retis pon.kerana apa?kerana dalam sebulan tak update apa-apa pon visitor dalam 950++ so agak terkejut jugak sebab sebulan tak update tapi bila tengok stats macam tu macam agak terkejut jugak.hee terima kasih kepada sesiapa yang mengunjungi blog ini.

ok bukan itu yang aku nak bahaskan disini.panjangnya mukadimah.maklumlah da hampir sebulan tak update blog begini la panjangnya.hahaha.aku nak update pasal trend yang agak keterlaluan sangat sangat yang memang fenomena ini terlalu ketara sangat.iaitu trend pengaruh televisyen.

seperti yang korang semua tahu sekarang ni pengarah drama/movie takde idea sangat jadi mereka adaptasikan sesebuah novel itu untuk dijadikan sebuah cerita drama/movie.pengaruhnya sangat kuat kerana rata-rata orang,adalah orang yang suka membaca buku terutama sekali kaum hawa.

aku bukan nak kondem kaum hawa tapi agak-agak le skit kan.rasa cam meluat pon ada apa bila,disama ertikan dalam hidup realiti dengan sebuah cerita imaginasi yang mungkin boleh kira beberapa kerat je yang pernah berlaku dalam hidup mereka.contohnya macam cerita drama yang aaron aziz berlakon tu.drama ape tah tak ingat yang dia jadi seth tan tu.pengaruhnya sangat tinggi apa bila difacebook dan twitter semua berbicara pasal lelaki perlu menjadi seperti apa yang dilakonkan oleh aaron aziz.nak lelaki seperti watak yang aaron aziz lakonkan.

come on girls.agak tidak logic kerana itu semua adalah cerita.dalam cerita apa pon boleh macam drama sinetron petang petang tu.tetibe pokok boleh bercakap la ada magic la ade paripari la.itu ye.tapi realitinya sangat berbeza.tolong berpijak pada bumi yang nyata.jangan bermimpi dialam nyata kerana itu semua bakal dihancurkan oleh realiti itu sendiri.

agak meluat le bila hampir semua rakan difacebook dan twitter menyalahkan lelaki tentang cara memikat wanita direaliti disamakan dengan cerita.agak tidak logic.pastuh ada yang mengatakan lelaki sepatutnya tengok cerita itu dan perlu tahu cara memikat perempuan dengan lebih berkesan  berdasarkan cerita tersebut.hello?jodoh dan pertemuaan itu adalah ditangan Allah.terimalah dengan seadanya pasangan kita.jangan kerana dia tak tahu nak mengorat seperti dalam Televisyen tu,kita nak kondem dia.please la.yang terbaru adalah gemersik kalbu sebuah cerita yang diataptasikan dari novel bertajuk gemersik kalbu juga.

rasa macam tak releven pon ade jugak apabila sesebuah cerita itu disamakan dengan realiti.memang itu tidak mustahil.tapi janganlah semuanya nak expect seseorang lelaki itu sama seperti dalam cerita.semua itu tidak mungkin.kalau mungkin pon boleh kira beberapa kerat je.hadoii.hahahaha.kaum hawa rileks laa.tak kondem pon cuma menegur.mari baca dibawah ini.

perempuan itu dicipta Allah dengan hati yang lembut dan sembilan nafsu dan satu akal.bersifat kasih sayang yang mendalam apabila berkasih serta ingin dibelai atau dimanjai oleh orang yang mereka sayang atau cinta.semua ini benar apabila mereka sering kali terpengaruh dengan cerita televisyen.kalau cerita itu mengisahkan seseorang yang jahat dan kejam,mula la mereka terikut ikut duk mengatakan orang itu jahat .kenapalah dia buat macam tu dan sebagainya.senang cerita perempuan lebih mudah menghayati sesuatu kerana jiwanya yang lembut dan sensitif sangat.

lelaki pula diciptakan Allah dengan sembilan akal satu nafsu.bersifat agresif,ego yang tinggi,berkepimpinan dan sebagainya.senang cerita,lelaki adalah dominant.semuanya diketuai oleh lelaki.jadi sifatnya agak selamba rock.sebab itu sesetengah lelaki kalau tengok cerita yang emosi terlampau pon lelaki akan buat derk je sebab sembilan akal itu menyebabkan lelaki lebih berfikir daripada terikut ikut apa yang ditayangkan didepan mata.lelaki juga merasakan macam "alah cerita je kot?tu pon nak menangis emosi bagai.rileks la" kalau tengok perempuan itu terikut ikut pengaruh cerita di televisyen.

konklusinya adalah normal bila perempuan itu berbicara tentang perasaannya lebih berbanding berbicara tentang realiti  berbanding dengan lelaki yang lebih berfikir ke arah realiti berbanding dengan perasaan.jadi jangan marah yea kaum hawa apabila kaum adam rasa cam meluat sedikit kerana terlalu terikutkan perasaan hanya kerana sesebuah cerita.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Saturday, January 7, 2012

mesyuarat?

assalamualaikum

ohooiiii.lagi lagi benda yang membangkitkan api kemarahan.kenapa yea??nak tahu kenapa?mesti korang pernah jumpa kan situasi begini?iaitu situasi orang bermesyuarat di tengah jalan.paling koman jumpa adalah di pasar malam dan mall.

aku paling menyampah bila orang  bermesyuarat ditengah jalan ketika keadaan sesak dengan orang.oh please laaa rakyat rakyat dunia.tolong jangan bermesyuarat ditengah jalan!mesyuarat itu hanya menyebabkan lagi sesak bila orang tak boleh nak jalan!

nak kata ini jalan korang?nak kata korang bayar cukai?heello??kami semua pon bayar cukai jugak!jangan nak buat macam jalan itu macam takde orang!menyusahkan orang je kalau orang nak cepat tau tak?nak bermesyuarat pergi la kat tepi!jangan mesyuarat kat tengah-tengah!annoying betul!



pasal mesyuarat korang itu laaaaa satu kawasan sesak!pasal mesyuarat itu laaaaa ramai orang kejar masa terlambat.pasal mesyuarat itu laaaaa korang kena kutuk oleh orang macam aku.pasal mesyuarat itu jugalah ahli mesyuarat itu kena sumpah maki seranah!tak pasal pasal.

lain kali mesyuarat yang tak rasmi,tak dapat kebenaran dari pihak berkuasa atau pihak atasan kerajaan tolong mesyuarat tepi longkang ke,kat kedai mamak ke kat kedai ke tolong!jangan menyemakkan lagi keadaan yang dah tersedia sesak.




.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Wednesday, January 4, 2012

oh perempuan!

assalamualaikum

kali ini nak update plak pasal cara pemakaian seorang perempuan.aku ni bukan nak update semua benda pasal perempuan sebab aku tahu perempuan sukakan fesyen yang berbagai dan ikut trend semasa orang masa kini jadi aku tak nak cakap dari semua segi.

aku cuma nak cakap dari segi pemakaian dari pusat ke kuku jari.bahagian atas tu aku rasa takde masalah sangat kot?macam yang diketahui sekarang,barang perempuan lebih banyak dari barang lelaki kerana apa?kerana perempuan semakin ramai dan macam aku cakapkan tadi,perempuan sukakan fesyen yang berbagai.

disebabkan perempuan semakin ramai,semakin banyak fesyen dari pusat ke kuku jari yang membuatkan aku menyampah.kerana perempuan semakin ramai la fesyen ini ada je dimana-mana sampai aku rasa cam nak bakar je apa yang dipakai tu.meluat sungguh aku.

seriously aku anti dengan perempuan yang pakai legging.oh come on laa girls,banyak lagi fesyen yang cantik,comel dan senang untuk dipakai selain dari legging.please laa sakit mata kot.baik kluar tak payah pakai pape cuma pakai baju je.lagi best kan?sejuk jee angin bertiup tiup.

seksa betul mata aku melihat perempuan yang memakai legging ni.takde pakaian lain ke nak pakai?suka sangat ke separuh bogel tu?nak tayang apa yang ada ke?tak pepasal nanti menarik perhatian lelaki hidung belang.pastuh kalau kena rogol ke ape ke mula la nak nangis la benci la ape la.time tu semua pon dah terlambat sayang oii.

lepas tu lagi satu fesyen yang aku selalu dan kerap sangat aku tengok ialah fesyen dari korea style.iaitu korean carrot pants.memang aku anti gilo weyh.tolong arr tak lawa kot fesyen seluar tu??kelakar ade laaa.da macam ade kepak plak kat tepi seluar tu.lawa ke?.jangan nak korea fesyen sangat lah.kalau cantik dan bergaya takpe.ni da macam selebet dah aku tengok.please la girls.banyak lagi pakaian yang cantik dan comel belaka.

korang boleh la pakai long skirt ke tak pon pakai seluar jeans tak pon boleh la pakai jubah terus.lagi senang.sejuk sikit mata aku memandang.takde la fesyen mengarut ngarut macam lady gaga tu buat.merepek habis.hadoiii.da elok elok pakaian comel comel dan cantik boleh plak pakai fesyen yang tah hape hape.attoi.

kalau korang tak tahu mana satu pakaian yang aku maksudkan meyh scroll bawah ni ye adik adik,kakak kakak,ibu ibu dan sedara sedara sekalian

ini namanya legging ye.

ini namanya korean carrot pants

aku anti dengan perempuan pakai pakaian diatas

aku suka dengan perempuan yang pakai bawah ini.

ini namanya jubah ye.

ini namanya long skirts ye.



jadi mana yang mana satu jadi pilihan hati?tepuk dada tanya selera la yeaa kawan kawan :)

P/S: maaf gambar tak sensored tang mana yang perlu disensored kan.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

lelaki



assalamualaikum

huuuuuuuuuu lamanyaaa tak update entry.maklumlaaaa orang busy gila kan?dok melepak je dengan blogger lain memanjang sampai penat tak hingat dunia gara-gara melepak jenjalan dengan ramai blogger.memang penat gila la.attoii.jeles tak jeles tak?hahahahaha :p

btw ini bukan nak cerita pasal aku keluar melepak bagai,bukan.tapi ini adalah entry mengenai lelaki.secara khususnya aku nak bercerita macam mana seorang lelaki itu akan cuba mengorat kaum hawa kalau hati mereka sudah berkenan.best tak best tak kaum hawa?saya bocorkan rahsia lelaki ni.hakhak jangan marah ye wahai kaum lelaki.

ok lelaki ni actually kalau da berkenan la kan,dia takkan masuk main terjah je.sebab bila main terjah,tak semestinya perempuan yang dia suka itu akan membalas cinta dia.yeala logiknya,baroo kenal,apa pon tak tau tetibe nak bercinta bagai.memang free-free je kena reject dengan kaum hawa.jadi disebabkan itu dia akan memerhati dan mengusha dari jauh dulu.

selepas da penat mengusha,dia akan cuba berkenalan tak kira la melalui sesiapa pon.kalau orang yang sangat gentle,dia akan terus je cakap dan berkenalan dengan orang yang dia minat.awal-awalnya dia berkenalan seperti biasa je macam kawan-kawan.takde pape yang mencuriga kan pon.dah lama baroo la nampak tanda-tandanya.

antara tandanya,dia akan minta no telephone.yeala nak gayut gayut,nak msg msg bagai semua.biasa la tu.taktik lama untuk tackle dan ini juga salah satu cara untuk mengenal hati budi pasangannya.ini semua tak berubah dari dulu lagi orang dulu dulu pon guna cara ini nak memikat.jadi jangan rasa pelik sangat yea.

lepas itu,dia akan buat si kaum hawa ini merajuk.ini merupakan satu taktik je sebenarnya.memang sengaja pon dia buat kaum hawa ini merajuk.reason dia,nak tengok kaum hawa ini kuat merajuk tak?senang dipujuk ke tak?dia minat ape?kalau merajuk apa yang dia nak?dan sebagainya.yeala bila nak pujuk,of course la nak kena bagi something yang sangat bermakna kan?kalau tak macam mana nak pujuk.dengan itu secara tidak langsung,maka dia akan tahu serba sedikit tentang kaum hawa itu.

then selepas dia pujuk semua tu.tak lama kemudian,dia akan cuba buat-buat merajuk dengan kaum hawa itu.alasannya nak tengok apa respond kaum hawa ni.apa yang kaum hawa ini nak buat,macam mana kaum hawa ni memujuk dia,apa pandangan kaum hawa ini kalau dia merajuk dan nak tengok sama ada kaum hawa ini suka kat dia atau tidak.kalau suka,kaum hawa ini akan buat apa sahaja untuk memujuk dia.kalau tak,kaum hawa ini akan biarkan.tapi tak semuanya kaum hawa pujuk,dia boleh anggap seperti kaum hawa ini suka kat dia.ada la tanda dan cara pujuk orang yang kaum hawa ni minat,sangat lain cara pujukkannya.

orang lelaki ini secara amnya memang takkan main terjah je dengan orang yang dia betul betul suka.kalau main terjah ada kemungkinan si kaum hawa ini sudah lama diperhatikan cuma tidak diberitahu je.dalam erti kata lain pula,dia akan cuba membuat apa-apa sahaja untuk menarik perhatian kaum kawa yang dia minat.contohnya bermesra dengan perempuan lain depan kaum hawa yang dia suka ke,sebab nak tarik perhatian dan respond.semuanya berkenaan dengan respond.

seorang lelaki kalau nak masuk line bukan mudah macam itu sahaja,dia akan memerhati dan menunggu masa yang sangat sesuai untuk masuk line dengan melihat respond dari kaum hawa itu.sebab dia tahu,kalau main terjah comfirm awal awal kena reject.tapi bukanlah semua lelaki macam ini.ada yang lelaki suka terus terang cakap suka dan cinta kerana lambat laun kaum hawa itu akan tahu juga dan yes bagi lelaki macam ni,terima atau tolak itu perkara kedua,yang penting pasangannya tahu isi hatinya.

secara konklusinya,banyak lagi tandanya tapi aku cuma nak kongsi skit je sebab penat aku masih tak hilang lagi.mengantuk pon ada lagi.attooooiiii~hahahaha


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.