Saturday, August 4, 2012

kadangkala

Assalamualaikum

pernah tak rasa kadangkala, ada orang yang kita sayang itu,tercakap rahsia dia sedikit lepas tuh dia kata "drop the topic/lupakan/abaikan" ? actually ada betulnya dan ada salahnya sebab perkara macam ni, kita tak expect pon benda ini kita boleh terima ataupun tidak kalau dia tak bagitahu rahsia itu kan?

kenape salah?salah sebab bila dia da tercakap sedikit pasal rahsia tu, kita mesti nak tahu ape yang dirahsiakan itu kan?yeala mana taknya ingatkan takde rahsia diantara korang dengan pakwe/makwe korang,tup tup dia terlepas cakap.lepas tu dia cakap,takde pape.lagi korang paksa dan merajuk,lagi dia tak nak ckp pasal tu.korang pon merajuk sakan la sebab dia tak nak bagitahu.

yang betulnya pon sebab dia tak nak bagitahu tu bersebab.mungkin bagi dia,kalau dia bagitahu rahsia itu,kita akan rasa sedih dan kecewa bukan kepalang lagi bila da tahu.jadi dia pon ambik keputusannya untuk tidak memberitahu korang.korang pula pikir lain kenapa dia tak nak bagitahu semua tu.

lepas tu korang pon ambik keputusan untuk tahu jugak walau dengan apa cara sekali pon,sebab korang tak berpuas hati dengan apa yang dia tak nak bagitahu tu.korang pon stalk dan buat memacam cara untuk mengetahui apa yang tersembunyi.

korang buat fake account la,hacking la,curi baca phone dia la, dan memacam lagi cara untuk korang tahu apekah rahsia yang tersembunyi tu.bila dah tahu,kemain kepala lagi korang sakit hati bagai.ada dua sebab kenapa rasa begitu.

yang pertamanya sebab dia taknak bagitahu walhal korang nak bersusah senang bersama tapi dia tak benarkan sampai dia rahsiakan semua perkara itu dari korang sebab dia rasa korang tak boleh nak bantu dia walaupun da berkali dia kongsi semuanya,tapi setiap kali itu jugalah korang tak boleh nak tolong dia.

seterusnya sebab dia tipu korang.tak kira la tipu apa pon.tapi bila da kecewa/sedih sesangat mestilah dia tipu perkara yang besar yang menggugat kepercayaan dan keyakinan yang korang ada pada dirinya.hal macam ni memang selalu sangat terjadi kepada orang yang bercinta.

sebab itu wujud kata kata hikmah ini kadang kala adalah lebih baik jika kita tidak tahu sesuatu yang berlaku dibelakang kita kerna jika kita tahu,sudah pasti kita kecewa dan sedih.kebenaran itu sungguh menyakitkan hati. 

bagi aku takde yang betul dan salahnya pon.bagi pasangan yang sudah tiada rasa minat/cinta/suka/ingin berkahwin itu aku nasihatkan berterus terang jela supaya lepaskan pasangan korang tu daripada korang dok ikat dia,tapi korang takde rasa itu terhadap dia buat ape kan?tak guna.makin pasangan korang terluka adelah.lagi lagi kalau benda da berlarutan dengan begitu lama sekali.biarlah dia bebas korang pon bebas.

lagi satu yang rasa pasangan dia tak boleh nak bantu tu,bagitahu jela.ape salahnya bagitahu?at least takde la dia tertanya tanya seribu satu persoalanan.lagi lagi kalau bila ada rahsia je,dia terus assume yang pasangan dia tu curang dan tak setia.kan lagi parah,tak gitu?

dalam satu perhubungan,percaya,yakin dan setia itu penting.kalau ade masalah,berbincang je walaupun pasangan korang tak boleh nak bantu,at least dia buktikan yang dia ade masa pasangan dia dilanda masalah.boleh tolong atau tidak,itu perkara kedua.yang utama,dia sentiasa ada dengan pasangan dia disaat dia memerlukan bantuan dan rasa down sangat.

janganlah sekali kali mengabaikan pasangan korang bila dia ada untuk korang,korang buat macam dia takde tak wujud dengan menyimpan rahsia/masalah sendiri.endah tak endah je korang buat gitu.kadang kala dia sedih/kecewa dengan korang pon dia tetap senyum depan korang,tak nak korang tahu yang dia sedang sedih/kecewa dengan korang.kalau korang ade pasangan macam ni,aku mengharapkan agar korang hargai dia sebaik mungkin sebab susah nak cari orang macam ni sekarang.kalau da terlepas,korang akan menyesal sebab dia umpama satu dalam sejuta.


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

1 comment:

Prince said...

Bersabarlah.. :)