assalamualaikum
wahai para pembaca yang baik budiman lagi bijaksana untuk menilai yang mana satu yang buruk dan yang baik.semoga hidup pembaca yang membaca ini dirahmati Allah sempena 10 hari terakhir ramadhan ini.rasanya masih tidak terlewat lagi untuk menambahkan amalan sekarang ni sementara tunggu bulan ramadhan berlalu pergi kan?
ok kat sini bukan nak bercerita pasal ramadhan ke ape ke bukan.tapi kat sini nak bercerita tentang sesuatu yang patut korang ambil berat tentang ini.ini tentang orang yang bercinta yang masih belum ada ikatan yang sah sebagai suami isteri.ini tentang kongkongan.
ok berbalik pada topic kongkongan,aku rasa sangat tidak patut kepada mereka yang tiada kaitan seperti suami ister.malah kalau suami isteri pon,kongkongan itu tidak perlu.inikan pula pasangan yang blum nak jadi suami isteri.
bukan nak kata salah kalau terlalu cinta dan ingin mengakhiri percintaan itu dengan perkahwinan.itu amat dituntut dalam Islam untuk mengelak dari kemaksiatan berleluasa.daripada kumpul dosa baik kumpul pahala ye tak?
aku paling tak faham kenapa ada pasangan yang menyekat kebebasan untuk berkomunikasi dengan orang lain yang berlainan jantina hanya kerana dia adalah awek/pakwe orang lain.tak nampak apa rasionalnya buat macam tu.
rileks laa.baru bercouple je kot.dah nak sekat kebebasan untuk berkomunikasi.ape benda jadah ni?belum suami isteri lagi kot nak ikot patuh cakap mereka yang bukan mahram tu apesal?otak shock ek?
daripada kau patuh cakap mereka yang bukan mahram dan blum pasti lagi dia jadi hak milik halal korang,baik korang patuh cakap ibu bapa korang yang membesar dan mendidik korang dari kecik.dapat pahala.
kenape?sebab bila bila masa je pasangan korang tu boleh dump korang.korang tak fikir bila korang da ikut cakap dia,sekat kebebasan untuk berkomunikasi berlainan jantina,tetibe dia dump korang.korang nak harapkan siapa disisi korang?
kawan kawan sejenis pon belum tentu faham korang seperti mana kawan berlainan jantina itu faham korang walaupun boleh dikira siapa yang paling faham korang selain dari family korang.jangan kerana korang sedang bercinta,kawan kawan semua korang abaikan.
please la ubah.fikiran dah tak rasional ke sekarang ni?nak sekat sekat kebebasan berkomunikasi bagai ni?yang aku peliknya,budak yang da habis sekolah menginjak dewasa yang selalu masalah macam ni.
budak sekolah tu mungkin la boleh diterima sebab baroo nak up.fikiran tak rasional dan tak berapa nak waras lagi.semua benda dia nak buat dan ikut cakap pasangan dia.tapi yang da menginjak dewasa ni?buat macam ni?pergh!
tolong fikir dulu sebelum bertindak untuk ikut apa saja yang pasangan korang nak.elakkan daripada diperbodohkan dan diguna pakai semata-mata.dan tolong jangan dipersiakan hidup dan masa korang semata-mata kerana pasangan korang yang belum tentu akan jadi pasangan hidup korang.
bak kata orang,cinta sebelum bekerja ni sebenarnya mencari pengalaman je.kerna pengalaman itu mengajar kita untuk berfikiran matang dan sangat berharga.
2 comments:
owh.. ad gak ye org mcm tu...
x pernah jmpe lg la..
singgah baca2 blog awak http://mawardiyunus.says.com/recommendations/coca-cola-semangat-ramadan
Post a Comment