Monday, March 12, 2012

cinta bagi wanita

assalamualaikum

ffuuuhhhhhh lama jugak tak update entry pasal cinta ni kan?tetibe je datang mood nak buat entry pasal cinta.mood nak buat entry ni sebab ada kawan aku salah seorang yang telah terjerat dengan cinta sehingga membutakan segala-galanya.aku tak tahu apa si jantan tu pakai sampai kawan aku sorang tu jadi macam tu.apa yang aku ceritakan bukanlah membuka aib orang,tapi ingin mereka mengambil ikhtibar dengan apa yang telah terjadi.sampai begitu sekali kerana terlalu cinta.astafirullah.

begini kisahnya.cinta bagi seseorang perempuan itu sangat penting.kerana cinta semuanya sanggup diberikan gara-gara si jantan yang bermulut manis demi menghirup madu dari bunga itu sendiri.walaupun aku ni lelaki,aku tak segan silu untuk condem spesis macam aku jugak.maksud aku,lelaki.namun bukan semua orang pon begini.maaflah yea kalau terasa sangat dengan entry ini.

kawan perempuan aku ni ada lah kebelakangan ini tetibe je YM aku.dia kata ada masalah.dulu dia bahagia dengan pakwe dia.dia ikut semua dan apa yang pakwe dia cakap.tak boleh kawan lelaki lain,kena setia,handphone pakwe dia pegang,tak boleh kawan dengan orang lain dan sebagainya.itu baroo skit.belum masuk dalam personal lagi.

sehinggalah pada satu hari yang dia YM aku tu.dia kata ada problem.dia cakap family dia tak restu hubungan dia dengan pakwe dia.ada sebab mengapa family dia tak restu hubungan dia dengan pakwe dia.dia pon cerita lah kenapa semua tu bla bla bla.

berdasarkan cerita yang diceritakan pada aku,dia memberikan segala-galanya kepada jantan itu kerana jantan itu meminta bukti apa bukti yang mengatakan dia setia dan takde orang lain.kawan perempuan aku ni pon berfikirlah punya lama nak bagi ke tak maruah dia sebagai seorang anak dara sunti.

last last,dia terlanjur dengan si jantan tak guna tu sebab cinta dan sayang sangat terhadap jantan tak berguna tu kerana dia merasakan bahawa si jantan itu adalah lelaki terakhir didalam hidupnya.apalah erti cinta itu kalau si jantan meminta bukti dengan menyerahkan tubuh badan seorang wanita itu?aku menangis bila dia bercerita pasal rahsia hitam ini.

dan banyak kali dia terlanjur dengan si jantan tak guna ni.aku merasa kesal sebab dia dibutakan dengan nafsu bukan dengan cinta yang sebenar-benarnya.cinta itu indah.kalau betul dia cintakan pasangannya,dia takkan minta tubuh badan pasangannya yang belum sah halal bagi dirinya.

aku menangis ketika dia menceritakan peristiwa ini.dan aku pasti keputusan keluarganya yang tidak restu itu adalah tepat.lihatlah,dia sudah terlanjur dengan si jantan yang membutakan dirinya dengan nafsu bukan cinta.aku menyesal kerana aku menegur kawan perempuan aku ni awal-awal dulu.tapi dia tak dengar.dia lebih rela dengar cakap si jantan tak guna tu.

aku rasa sangat bersalah dan sangat sangat dihantui rasa kekesalan kerana tidak berjaya menyelamatkan kawan perempuan aku ni daripada lembah zina itu sendiri.astafirullah.aku membuat entry ini bukan untuk membuka aib orang lain.tapi aku nak para kaum hawa diluar sangat berhati-hati dengan lelaki.bercinta biarlah berpada-pada.jangan memberi mereka makhota perawan itu selagi belum sah dengan nikah.

wanita kalau dah bercinta,semua pon dia sanggup bagi.itu lah bahayanya jika wanita itu sendiri tidak dapat membezakan antara cinta dan nafsu.sangat sangat berbahaya.sekiranya si lelaki meminta badan atas alasan bukti setia,janganlah sewenang-wenangnya kaum hawa itu memberi atas dasar terlalu cinta dan sayang kerana dia bukanlah yang terbaik untuk dirimu.

seorang lelaki yang benar-benar mencintai perempuannya,dia takkan sekali kali meminta badan sebagai bukti tanda si perempuan itu cinta dan setia kepada dirinya.ini semua adalah taktik si lelaki yang tidak boleh dibuat suami.

bayangkanlah nasibmu wahai hawa,apa kesannya jika engkau telah memberikan maruahmu kepada mereka yang tidak layak untuk itu,dan tiba tiba mereka pergi dari dirimu.tidakkah patutnya engkau berfikir dengan panjang atas sesuatu perkara yang engkau lakukan?astafirullah.

cukuplah seorang hawa itu sendiri telah terpedaya dengan tipu helah si jantan yang bertopengkan syaitan ini.astafirullah.astafirullah.astafirullah.ya Allah selamatkanlah saudara/saudari seagama denganku atas nama Islam ya Allah.sesungguhnya aku berduka kerana apa yang menimpa diri mereka ya Allah.

kepada kaum hawa,sila ambil ikhtibar dari entry ini.saya bukan menceritakan aib orang,tapi saya mahu kaum hawa diluar sana berfikir dan ambil pengajaran dari apa yang telah saya ceritakan.bercinta biarlah berpada-pada jangan sampai maruah diri tergadai dengan begitu sahaja atas nama alasan bukti yang diminta oleh mereka mereka yang tidak mahu bertanggungjawab.

selepas dia menceritakan semua ini kepada aku,dia kata dia nak tinggalkan pakwe dia,nak bertaubat nasuha dan sebagainya.tapi tak sampai sebulan,dia kembali berkepit dengan si jantan tak guna itu tadi.aku telah menjalankan tanggungjawab aku dengan menasihati dan membimbing dia ke jalan yang benar,tapi malangnya Allah masih belum membuka pintu hatinya dan membiarkan dia terjerumus dalam lembah zina itu kembali.apa yang mampu aku lakukan kini hanyalah berdoa agar dia tidak mengulangi apa yang dia lakukan dulu ketika bersama dengan si jantan yang tidak berguna itu.astafirullah...

ya Allah,kau lindungilah dia,jauhkanlah dia dari dosa dosa besar.berikanlah dia hidayah untuk berubah ke jalanMu ya Allah.berikanlah dia petunjukMu ya Allah sesungguhnya hanya Engkau yang mampu untuk mengubah segala-galanya ya Allah.aku dah melakukan segala habis baik untuk menghindari dia dari dosa dosa itu ya Allah.ternyata Engkau masih belum membuka pintu hatinya ya Allah.sesungguhnya dengan kebesaranMu aku bersujud kepadaMu aku berdoa,kepadaMu jugalah aku memohon perlindungan,petunjukMu,serta hidayahMU ya Allah.ampuni dosa-dosa ku kerana tidak mampu menarik dia kembali ke jalanMu ya Allah.amin






Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

3 comments:

Dean Stark said...

kami pihak admin http://rakanblog.com menjemput para bloggers untuk ping blog di website kami..ianya percuma..hanya daftar dan ping untuk mendapatkan trafik yang lebih tinggi daripada biasa..:)

Miss Lady Iena Nazir said...

Rosak maruah, rosak masa depan. Bukan mudah lelaki nak terima keadaan 'perempuan tiada dara'.


Teruskan memberi semangat + nasihat kpd kawan awak tu ye.

:)

Unknown said...

wala taqrabuzzina... tuhan dah berfirman dalam alquran... tapi masih ramai yang tak mempedulikan amaran tu... semoga kisah yg saudari keutarakan itu menjadi pengajaran buat kita semua... na'uzubillah... zina tu dosa besar... jgn kerana 1 dosa besar tu, tercabut iman kita... istigfarlah selalu... bercinta berpada-pada... jgn serah segalanya...

######

terima kasih sudi menjadi ahli GPK. Sokongan anda amat kami hargai... Buat pengetahuan tuan/puan, GPK sedang giat menjalankan segmen blog rakan-rakan Gerila Penulisan Kreatif. 3 blog bertuah akan dipilih secara rawak untuk diiklankan stp minggu.

http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/blog-rakan-gerila-penulisan-kreatif.html

Insyaallah, sama-samalah kita mendorong dan menyokong. jemputlah ke blog saya. sudilah komen atau tinggal jejak di mana-mana.

iklas dari,
pengasas gerila penulisan kreatif