assalamualaikum.
lamanya tak coretkan satu entry dalam blog ini kan?pape pon aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang masih menyokong blog ini secara langsung dan tidak langsung walaupun dah lama aku tak update,still ada orang yang masuk mungkin kerana ilmu yang aku kongsikan.alhamdulillah.maklumlah sibuk dengan tugasan harian.
kali ini aku nak update pasal rahsia.yea.setiap orang mesti mempunyai rahsia mereka tersendiri sama ada positive mahupon negative.kan?selagi kita dan orang yang tertentu je yang tahu itu adalah rahsia namanya.kalau dah diketahui oleh orang ramai,itu bukan rahsia dah tu.tapi da jadi informasi.aku pon tidak terkecuali dengan perkataan rahsia ini.
perkara yang aku nak tekankan,betul,bukan semua orang boleh dikongsi rahsianya kerana belum tentu orang yang dikongsikan rahsia itu boleh menyimpan rahsia yang dikongsikan sepertimana kita menyimpan rahsia itu bukan?
tapi tidak semua orang pon adalah seperti yang disangkakan.setiap orang ada cara dan perangai yang tersendiri.jangan assume seseorang itu hanya kerana peristiwa yang pernah kerana itu tidak adil selagi kita tidak mencuba,kita tidak tahu,betul?
mengapa tidak kita berikan peluang kepada orang yang kita kenal tapi masih belum pernah kita bagi dia pegang rahsia kita?maksud aku,bukanlah rahsia yang bebetul besar untuk permulaannya.kalau untuk permulaan,bagitau rahsia kecik kecik dah la.tengok apa kesan dan feedbacknya.
kalau kesan dan feedbacknya elok,boleh dipercayai dan boleh simpan rahsia,apa salahnya berkongsi rahsia dengan dia betul tak?nak cari orang yang boleh simpan rahsia itu bukan mudah.susah.
nak cari,kita perlu gunakan cara "try and error" dulu.manusia tidak boleh dinilai dengan rupa parasnya sahaja.kita perlu cuba membuat ulangkaji selidik boleh atau tidak dia simpan rahsia.kan?
kalau dah tahu dia tak boleh simpan perkara yang kecik,apetah lagi kalau rahsia yang besar nak suruh dia simpan kan?ini semua sebab da buat ulangkaji selidik tentang dia dengan memberitahu dia satu rahsia kecil.kan?
oleh itu aku harap,janganlah cepat sangat assume seseorang itu tentang sesuatu jika kita tidak "try and error" tentang perkara itu.harap sangat bahawa orang ketika ini boleh buang perspektif yang sebegitu rupa dengan cepat betul menilai orang yang entah betul atau tidak.lainlah kalau ade super power kan?
dalam bulan ramadhan yang mulia ini,latihlah diri itu supaya janganlah cepat berprasangka negative terhadap orang.amalkan dan insya~Allah semuanya akan baik baik sahaja :)
mungkin masih belum terlambat lagi untuk ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia kepada semua para pembaca yang dihormati kan?maklumlah hari pertama puasa.hehe semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah S.W.T sepanjang bulan ramadhan yang mulia ini :)
1 comment:
Singgah sini , salam kenal dari BP
kindly visit my blog : http://senyumindah90.blogspot.com/
Thanks :D
Post a Comment