Friday, February 10, 2012

pengaruh



assalamualaikum

whoooooohoooooooo salam sejahtera dan salam satu malaysia.lamanya tak update blog ini.terlalu busy sangat sampai tak sempat nak update ape-ape.biasalah dah last sem.so agak busy dan kelam kabut skit la rasa.tapi ada satu berita yang baik nak dikongsi.setelah hampir sebulan dipinggirkan blog ini tetap mendapat sambutan yang mengalakkan untuk seorang blogger yang tak retis pon.kerana apa?kerana dalam sebulan tak update apa-apa pon visitor dalam 950++ so agak terkejut jugak sebab sebulan tak update tapi bila tengok stats macam tu macam agak terkejut jugak.hee terima kasih kepada sesiapa yang mengunjungi blog ini.

ok bukan itu yang aku nak bahaskan disini.panjangnya mukadimah.maklumlah da hampir sebulan tak update blog begini la panjangnya.hahaha.aku nak update pasal trend yang agak keterlaluan sangat sangat yang memang fenomena ini terlalu ketara sangat.iaitu trend pengaruh televisyen.

seperti yang korang semua tahu sekarang ni pengarah drama/movie takde idea sangat jadi mereka adaptasikan sesebuah novel itu untuk dijadikan sebuah cerita drama/movie.pengaruhnya sangat kuat kerana rata-rata orang,adalah orang yang suka membaca buku terutama sekali kaum hawa.

aku bukan nak kondem kaum hawa tapi agak-agak le skit kan.rasa cam meluat pon ada apa bila,disama ertikan dalam hidup realiti dengan sebuah cerita imaginasi yang mungkin boleh kira beberapa kerat je yang pernah berlaku dalam hidup mereka.contohnya macam cerita drama yang aaron aziz berlakon tu.drama ape tah tak ingat yang dia jadi seth tan tu.pengaruhnya sangat tinggi apa bila difacebook dan twitter semua berbicara pasal lelaki perlu menjadi seperti apa yang dilakonkan oleh aaron aziz.nak lelaki seperti watak yang aaron aziz lakonkan.

come on girls.agak tidak logic kerana itu semua adalah cerita.dalam cerita apa pon boleh macam drama sinetron petang petang tu.tetibe pokok boleh bercakap la ada magic la ade paripari la.itu ye.tapi realitinya sangat berbeza.tolong berpijak pada bumi yang nyata.jangan bermimpi dialam nyata kerana itu semua bakal dihancurkan oleh realiti itu sendiri.

agak meluat le bila hampir semua rakan difacebook dan twitter menyalahkan lelaki tentang cara memikat wanita direaliti disamakan dengan cerita.agak tidak logic.pastuh ada yang mengatakan lelaki sepatutnya tengok cerita itu dan perlu tahu cara memikat perempuan dengan lebih berkesan  berdasarkan cerita tersebut.hello?jodoh dan pertemuaan itu adalah ditangan Allah.terimalah dengan seadanya pasangan kita.jangan kerana dia tak tahu nak mengorat seperti dalam Televisyen tu,kita nak kondem dia.please la.yang terbaru adalah gemersik kalbu sebuah cerita yang diataptasikan dari novel bertajuk gemersik kalbu juga.

rasa macam tak releven pon ade jugak apabila sesebuah cerita itu disamakan dengan realiti.memang itu tidak mustahil.tapi janganlah semuanya nak expect seseorang lelaki itu sama seperti dalam cerita.semua itu tidak mungkin.kalau mungkin pon boleh kira beberapa kerat je.hadoii.hahahaha.kaum hawa rileks laa.tak kondem pon cuma menegur.mari baca dibawah ini.

perempuan itu dicipta Allah dengan hati yang lembut dan sembilan nafsu dan satu akal.bersifat kasih sayang yang mendalam apabila berkasih serta ingin dibelai atau dimanjai oleh orang yang mereka sayang atau cinta.semua ini benar apabila mereka sering kali terpengaruh dengan cerita televisyen.kalau cerita itu mengisahkan seseorang yang jahat dan kejam,mula la mereka terikut ikut duk mengatakan orang itu jahat .kenapalah dia buat macam tu dan sebagainya.senang cerita perempuan lebih mudah menghayati sesuatu kerana jiwanya yang lembut dan sensitif sangat.

lelaki pula diciptakan Allah dengan sembilan akal satu nafsu.bersifat agresif,ego yang tinggi,berkepimpinan dan sebagainya.senang cerita,lelaki adalah dominant.semuanya diketuai oleh lelaki.jadi sifatnya agak selamba rock.sebab itu sesetengah lelaki kalau tengok cerita yang emosi terlampau pon lelaki akan buat derk je sebab sembilan akal itu menyebabkan lelaki lebih berfikir daripada terikut ikut apa yang ditayangkan didepan mata.lelaki juga merasakan macam "alah cerita je kot?tu pon nak menangis emosi bagai.rileks la" kalau tengok perempuan itu terikut ikut pengaruh cerita di televisyen.

konklusinya adalah normal bila perempuan itu berbicara tentang perasaannya lebih berbanding berbicara tentang realiti  berbanding dengan lelaki yang lebih berfikir ke arah realiti berbanding dengan perasaan.jadi jangan marah yea kaum hawa apabila kaum adam rasa cam meluat sedikit kerana terlalu terikutkan perasaan hanya kerana sesebuah cerita.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

3 comments:

Farrah yong said...

cehhh , dia pun suka tgk novel . hahahha .

Sya_Merpati Putih 88 said...

sebenarnya perempuan mmg suka lelaki sweet dan romantik..so, kalau ade lah movie atau drama tv atau novel yg tunjukkan watak hero yg ade ciri-ciri mcm nie, maka hati perempuan akan lembut dan terus minat dgn cerita tue..

btw, sy pun suka tgok cerita2 yg mcm tue..tp tak adelah sampai tahap nak bezakan watak dlm tv dengan lelaki di dunai realiti..huhu..

Good Luck study..=)

Unknown said...

tak marah la...ok je...hehehe