Friday, February 24, 2012

tolong berubah.

assalamualaikum

kali ini aku mengambil kesempatan untuk mencoretkan sebuah lagi entry yang mana aku tetibe je dapat ilham nak coret.ilham ini datang masa tweet dengan salah seorang member blog aku.tapi aku tak tau la dia aktif lagi ke tidak itu wallahualam la sebab malas nak tanya.

sebagai seorang manusia,adalah fitrah bahawa lelaki menyukai perempuan dan perempuan menyukai lelaki.jangan pernah cuba untuk membathilkan yang hak dan menghakkan yang bathil.eh ape yang aku dok merepek ni.haha sorry.merepek plak.

pada zaman sekarang ni kalau nak ditengokkan ramai wanita yang anti dengan lelaki dan lelaki anti dengan wanita.kesudahannya dua dua terpesong dengan menjadi gay/lesbo.keadaan ini sebenarnya tidak seharusnya terjadi sekiranya akal dan kewarasan itu menguasai minda mereka.yang aku nak tekankan adalah mereka yang bukan lesbo/gay tapi hanya anti.

apa yang aku nak sampaikan disini ialah,kepada mereka yang anti berlainan jantina,harap dihenti kan sebab bila besar nanti,korang perlu berkahwin juga dengan berlainan jantina sebab itu telah dituntut dalam Islam.jika tidak berkahwin maka tidak lengkap separuh Agamanya.

oleh itu,jangan nak anti sangat dengan berlainan jantina ni.korang tak nak zuriat ke?zuriat penyambung generasi korang?aku kadang kadang rasa kesian dengan mereka yang anti dengan berlainan jantina ni sebab mereka tak sedar nanti mereka akan kahwin juga.

mungkin anti mereka terhadap berlainan jantina itu bersebab.tapi sampai bila nak anti?masa anti dok kata macam macam dengan jantina lain.pastuh bila da besar nak kahwin dok puja puja pula.tak pepasal orang sekeliling kata bagaikan meludah ke langit yang akhirnya jatuh kembali ke muka.

attoi.tolong berubah.walau macam mana kecewa sekali pon,sentiasalah percaya pada Allah kerana Allah sedang merencana sesuatu yang terbaik untuk kita.jangan pernah berpaling dari tali Allah itu sendiri kerana sekali kau berpaling,maka Allah juga akan berpaling darimu.tapi ingatlah Allah itu maha pengampun.cepat cepatlah bertaubat.

mengapa perlu kita anti dengan seseorang yang akan menjadi suami/isteri kita?peneman hidup hingga ke akhir hayat.alangkah indahnya jika mereka itu merasai nikmat cinta yang sebenarnya.nescaya mereka tidak akan anti sesama mereka sendiri.

.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

1 comment:

Teratak Zurai said...

ambik masa nak layan kecewa kot..