Thursday, August 18, 2011

kuasa cinta



assalamualaikum.

sumber inspirasi untuk menguatkan diri membuat entry ini datang dari dua buah filem.iaitu filem "tolong,awek aku pontianak" semasa awal cerita dan "Zoo Keeper"

erk hurm.tak tahu asal kali ini nak update pasal ni.gara-gara terpengaruh dengan seorang blogger la ni.hahaha.eyh korang tau tak ade orang sentap dengan entry aku yang lepas ni pasal dressing.hahahaha.adoi.tapi bukan itu yang aku nak cerita.benda da lepas,tak perlu diungkit.

korang sedar tak cinta itu banyak memainkan peranan dalam kehidup seseorang bernama manusia?tipu lah korang tak pernah rasa langsung perasaan ingin dicinta dan mencintai orang lain kan??kalau yang tak rasa lagi tu,mungkin belum sampai serunya kot?jadi tak perlu nak tergopoh gapah.akan sampai juga masanya nanti.setiap kesabaran itu ada nilai dan ganjarannya. ;)

kat sini,tak kiralah siapa pun baik lelaki mahu pon perempuan,sanggup menjadi mangsa cinta kerana itu adalah sebahagian dari fitrah manusia yang ingin sayang dan disayangi oleh orang yang kita mahukan menjadi pasangan hidup kita.

aku merasakan bangga sekiranya mangsa cinta ini berkekalan sehingga ke akhir hayat mereka dengan ikatan perkahwinan yang sah dan bukannya yang pasal negatif semua bagai tu.itu semua minta simpang lah daripada terjadi pada mana-mana pasangan sekali pon insya~Allah.

yang aku sedihnya melihat ada sesetengah orang tak kiralah lelaki mahupon perempuan mengambil kesempatan ke atas orang yang menyayangi mereka.maksudnya disini selain daripada yang ada perikatan lah terutama family.tak termasuk dengan sedara mara sebab kadang kadang sedara mara pon jadi juga kalau nak ambil kesempatan sekiranya sedara mara mereka itu jatuh hati dengan mereka.

memang sedihlah bila ade orang yang mengambil kesempatan daripada orang yang menyayangi mereka.orang itu sanggup berikan apa saja kepada dia atas kerana dasar sayang dan komitment di atas sesuatu perhubungan,tapi dalam diam si dia mengambil kesempatan seperti mengikis duit dan sebagainya demi untuk kepuasan diri sehingga orang yang menyayangi si dia itu terasa beban dan sanggup tak makan hanya kerana si dia.

kepada golongan yang suka mengambil kesempatan itu tolonglah bertimbang rasa.sekiranya tidak suka,katakan tak suka.jangan fikir untuk mengambil kesempatan ke atas orang lain yang benar benar sayangkan korang.bukan ape,banyak da member aku sendiri jadi macam ni.

korang sedar tak betapa hebatnya kuasa cinta itu bila cinta menguasai diri seseorang itu?sanggup melakukan apa sahaja demi orang yang dicintai dan disayangi.malangnya golongan yang suka mengambil kesempatan ini tidak mengerti rasa itu dan tidak menghargai apa yang orang lain sanggup lakukan untuk dirinya.

aku minta kepada golongan ini,janganlah ambil lagi kesempatan itu ke atas mereka.aku tengok kesian yang terkena tu.mengadu kat orang sekeliling macam orang gila bila kena ambil kesempatan lalu kena tinggal dengan orang yang mereka sayang itu.please lah okay.hentikan ini semua.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

3 comments:

yad'z said...

kite tak de cinte,. #kbai

Terbang Bersamaku said...

cinta tue tak sepatutnya di persalahkan, org yg bercinta tue patut di persalahkan kerana gagal mengunakan kewarasan dan kebijaksanaan akal fikiran dlm membuat keputusan, hingga ada yg tersasar jauh..

Eyda Syahida said...

cinta... ada apa dengan cinta.. hurmmm~