Wednesday, August 10, 2011

jangan mencari terlalu sempurna



assalamualaikum

wahai pembaca yang dirahmati Allah S.W.T sekalian.heee lama tak update entry ni kan??heheeeee ambil kesempatan untuk mengupdate entry ni walaupun next week da exam dan next week jugak perlu present project 1 tapi still mengagahkan diri untuk update entry hanya kerana pembaca yang setia membuka dan mencari entry yang segar bugar.hehehe.btw wish me luck for my presentation project 1 and exams ;)

tadi ade la terbaca satu artikel hasil kongsi kakakku yang merupakan seorang blogger bernama Amny Sya.sangat berterima kasih kerana berkongsi artikel tentang tajuk diatas.artikel itu boleh la baca di sini.sangat menarik dan tertarik pasal tajuk ini kerana berkaitan jodoh dimana tak semua orang sedar tentang apa yang dibincangkan dalam topic itu.

saya sangat bersetuju dengan apa yang dikatakan kerana kebanyakkan manusia suka mencari yang terbaik tapi tidak sedar apa yang dimilikinya itu adalah yang paling terbaik sehingga benda yang dimiliki itu hilang barulah manusia tersedar betapa ruginya dirinya setelah kehilangan apa yang dimiliki.

sebagai seorang manusia,memang kita mahukan yang paling sempurna untuk diri kita tak kira dari segi pelbagai aspek sekali pon.tapi kita terleka dan tak pernah berfikir adakah benda yang dimiliki itu adalah yang terbaik ataupun tidak.yang kita tahu,kita cari dan terus mencari sehingga kita dapat merasai kepuasan yang termaksima.

didalam Islam,terdapat satu istilah yang diberi nama "wasatiah" yang bermaksud bersederhana dalam pelbagai aspek sekali pon.jangan keterlaluan kerana keterlaluan itu akan memakan diri.dalam Islam sendiri telah pon mengariskan beberapa panduan dan akibat jika jadi tamak haloba didalam cerita tentang mereka yang terdahulu sehingga wujud pepatah "orang yang tamak selalunya rugi".

oleh itu janganlah kita terlalu tamak dalam mencari kesempurnaan tentang sesuatu sehingga kita terlupa dan terleka bahawa kesempurnaan yang dicari itu hanyalah menyebabkan kita kehilangan sesuatu yang berharga.akhir kata,bersederhanalah dalam pelbagai aspek kerana tamak itu hanyalah sesuatu kerugian yang nyata.



Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

2 comments:

~CiK TiNieY~ said...

bukak puasa jangan tamak2 makan tau...hehehe

Akue Achik said...

xnak mncari..biar dtg sdiri..boleh x? huhu