assalamualaikum
akhirnya.hampir selama seminggu tak berupdate blog ini,akhirnya tiba juga masa yang dinanti-nantikan untuk mengupdate blog ini.alhamdulillah masih mempunyai kesempatan untuk update blog ini di bulan puasa yang mulia ini.
haaaaa ini pasal ade kes la aku nak update blog ini.kalau tak memang haram la aku nak update.haaaahhh sorry kengkawan yang senantiasa melawat blog ini untuk membaca entry baru tapi takde.jadi sekarang ni nak bagi la entry baru untuk korang.
kejadian ini berlaku semalam semasa aku nak balik KL,rumah betul aku.ok aku da beli tiket bas pukul 2.30 masa hari khamis.aku da cakap nak ke KL sentral,harga RM17.50.dapat tiket je terus aku blah.tak baca pon.sampai je rumah,aku baca balik tiket,ke pudu raya pula.
okay fine salah aku.esok jelah aku pergi kaunter tanya akak tu balik.pastuh esoknya pukul 2 petang.selepas selesai solat jumaat jam 1.50 petang.aku call teksi center.call tak dapat.sebanyak 20 kali call dua call je masuk tapi tak de orang angkat.yang lain 18 call pula asyik busy.
bapak tension.kul 2.05 petang baru dapat call teksi.suruh datang rumah sewa aku.selalunya ambil masa 15 minit je untuk teksi datang rumah aku.aku pon tunggu.tunggu punya tunggu kul 2.30 baru teksi datang.dalam hati aku nak je sound abg yang bawak teksi tu sebab lembap gila bangang.
dalam hati aku da comfirm aku terlepas bas.tak pepasal tiket RM17.50 aku burn macam tu je.pergh hati nak pukul orang tu jangan tanya la kan.membara jiwa dan raga.tension aku.pasuh masa nak kluar dari area rumah sewa aku tu,ade la bus stop.boleh plak teksi ni berhenti kat bus stop tanya budak budak yang ade kat sini nak pergi tak ke stesen bus. aku da lagi naik berbulu dengan teksi ni.dah la lembap.pastuh lagi dia nak buat lembap.terasa nak terajang je teksi ni.nasib baik kena RM8.00 je.selalu RM12.00.takot kena bamboo dengan aku la tu kasi discount.
sampai je kat stesen bus,memang sah aku kena beli tiket next trip pukul 3.00.nasib baik la jarak dia tak panjang mana masa dia.kalau tak berbulu lagi la aku nak kena tunggu next trip.da naik bus.seat plak cam gampang.tulis kat tiket 7B.aku cari la 7B punya seat.tapi takde.yang ade cuma A,C dengan E je.bangang betul.tension aku.satu satu buat hal.last last aku duduk je kat 7E tu sebab takde seat no 7B.aritu dapat 5B.5B pon takde gak seat.damn betul!!
sampai je kat KL sentral,beli la tiket KTM ke subang.punya la padat gila masa menunggu keretapi yang lembap tu.yang aku tensionnya,kat tempat yang kurang orang,laju je keretapi tu sampai.dalam masa 15 minit,3 keretapi da lepas masa aku tunggu untuk keretapi ke subang.pergh berbulu lagi la aku.asalaaahhh KTM ni tak reti nak buat train yang banyak untuk ke tempat yang orang ramai nak pergi tapi buat train bebanyak kat tempat yang orang tak ramai nak pergi??bengong betul la pengurusan KTM ni.tension aku!!!tak pepasal orang yang makin sikit makin bertambah sebab keretapi lambat sampai.
keretapi pertama memang tak mungkin aku masuk.aku tunggu la sampai keretapi ke dua sampai.masa keretapi tu sampai,aku rasa nak ambik kesempatan meraba perempuan pon boleh je kot?semua kerja nak berhimpit himpit sampai orang yang nak keluar pon tak boleh kluar.kesian aku tengok orang orang tua yang nak keluar kena tolak dan memerlukan kudrat yang kuat untuk keluar daripada manusia yang rakus sangat nak masuk KTM tu.
aku rasa,ramai je perempuan kena raba masa nak masuk dalam KTM tu.padat sangat.ramai le lelaki miang yang ambik kesempatan.masa keretapi pertama tu,aku usha je gelagat diorang ni.dalam 3,4 orang gak la perempuan yang aku rasa aku nampak kena raba/meramas kuat-kuat bahagian punggung dan depan pon ade gak rasanya.perempuan tu pulak maybe tak perasan sebab padat sangat dia pon berhimpit nak masuk KTM.ish ish ish.bulan puasa yang mulia ni pon ade jugak yang nak buat macam tu.yang ambil kesempatan tu melayu dengan india pula tu.hadoiii.sedih betul aku bila melayu bangsa aku sendiri buat benda macam tu masa bulan puasa ni.
sampai je keretapi kedua aku tengok ade lagi yang ambik kesempatan meraba perempuan,aku pon buat bodoh je la nak buat macam mana lagi semua berhimpit nak masuk,dengan aku aku sekali kena tolak masuk dalam keretapi.dalam keretapi tu tak usah cakap laaa padat dia kalah tin sardin.berpeluh peluh aku dalam KTM tu.ade aircond pon macam takde udara.7 perhentian sebelum sampai subang.bayangkan setiap kali perhentian takde orang keluar.keluar pon masa perhentian no 5 dan no 6 jerk.pergh sesak dia macam gampang.ramai berpeluh peluh dalam tu.haaiisshhh.
pape pon alhamdulillah aku sampai jam 7.10 minit di rumah.moral of the story memang aku tak nak beli tiket pukul 2.30 dah.memang comfirm aku beli tiket pukul 3 je kalau hari jumaat.tak pepasal burn lagi duit aku.nasib baik dalam bulan yang mulia ini satu satu dugaan aku tempuhi dengan kesabaran.tak marah orang pon walau hakikatnya dalam hati tu terasa nak mengamok.alhamdulillah ;)
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.