Friday, July 8, 2011

muak dan jemu

assalamualaikum

semakin hari semakin muak pulak aku baca berita berita di surat khabar dan secara online.bagi aku sekarang ni tak berbaloi kalau nak beli surat khabar.bukan kerana kemajuan kepesatan technology ye.tapi kerana berita yang dicoretkan.

sekarang ni berdasarkan pemerhatian aku sendiri,surat khabar banyak berita tentang POLITIK.politik sana sini meluas.sangat bosan dan muak bila setiap hari disajikan dengan berita politik.24 jam sehari berita pasal politik.come on la.surat khabar adalah medium untuk pengetahuan dari masa ke semasa.tak perlu la nak sumbat semua cerita politik dalam sebuah akhbar.

dulu sikit je pasal politik.dua tiga helai je berita politik.banyak benda yang menarik boleh dibaca di surat khabar.pasal gosip ke pasal binatang ke pasal flora dan fauna ke pasal fesyen ke,pasal jenayah ke,pencapaian negara ke tapi sekarang dari depan sampai belakang politik.

aku tak nampak pon ape yang boleh menjana minda kelas pertama dinegara ini jika disajikan dengan politik 24 jam seminggu.aku bosan dengan berita politik yang lebih kepada propaganda yang mengarut dan memang tak layak masuk surat khabar pon.

come on la kat luar sana banyak lagi berita yang lebih layak dipaparkan di dada akhbar.tapi aku still tak faham kenapa politik yang menjadi pilihan untuk disajikan di dada akhbar?memang aku tak nafikan politik membantu membangunkan negara.tapi beragak lah sampai 24 jam seminggu semua pasal politik kan?cam mana minda nak berkembang kalau semua pasal politik je?kerana politik rakyat banyak jadi mangsa.

haih.muak lah pasal politik ni.bakar sana bakar sini,gaduh sana sini,BERHIMPUN sana sini.tak habis habis.sampai bila semua ni nak berlaku?give me a break~negara ini negara demokrasi.banyak benda boleh dimuatkan di dada akhbar.tapi kenapa berita politik sahaja yang disajikan?dah takde berita lain ke nak tayang di dada akhbar?

haih~


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

4 comments:

Shiema Sufian said...

shiema pon tak suka politik :)

adiba ramli said...

i confuse too about politic.. to me, semua kotor and da tak tau mane yang betul and mane yg salah!huh..
semua nak salah kan masing2...

Sya_Merpati Putih 88 said...

yup, tau takpe..sy pun setuju...

Nur Syazana Mohammed Sani said...

senang xpayah bace :P