Saturday, January 1, 2011

awak awak



maaf disini ada sedikit catatan hati.jadi kepada yang tidak berkenaan nak baca pon boleh tak nak baca pon boleh.saya tidak menghalang untuk baca.heeee.

erm sebenarnya,saya sangat takut dengan awak ni.betul.saya sangat takut nak tegur awak sebab takut saya menganggu awak.yela mana taw awak nak rest ke nak luangkan masa ke dengan member member awak kan.saya sangat takut untuk tegur awak walaupun awak online,saya akan senyap je.padahal dalam dasar hati saya,saya teringin sangat nak tegur awak.

tak kira lah awak online skype ke ym ke facebook ke memang saya takkan tegur.saya tegur bila saya betul betul merasakan diri saya kuat dan tak kisah apa yang nak berlaku pon,berlaku lah sebab saya tak tahan rindu dengan awak.sebab itu saya jarang tegur awak.

maaflah kadang kadang saya rasa saya ni cuma ganggu hidup awak je.kadang kadang bila saya tegur awak tak bagi respon.mungkin itu bagi saya,saya ni takde ape-ape kot terhadap awak.kadang kadang saya pon terasa la juga bila awak tak bagi respon apa-apa padahal saya sangat mengharapkan respon dari awak.

bila keadaan macam tu berlaku,saya kerap kali merasakan saya ni cuma ganggu hidup awak je.entah sampai bila saya nak jadi macam ni pon tak tahu.sering kali saya merasakan macam tu.tapi saya tak bagitahu orang lain.saya cuma tulis kat status saya apa yang tersirat saja.kadang kadang ada orang dapat teka dengan betul,tapi saya men-tidak-kan apa yang mereka katakan itu.

yela,saya ni siapa je pon.jumpa awak pon baru beberapa kali.nak kata rapat dengan awak,tidak sebab saya da habis dulu baru awak masuk.jadi awak lebih rapat dengan mereka mereka yang sama batch dengan awak.lagi lagi dengan keadaan family awak yang memberikan awak tekanan.saya minta maaflah kalau apa yang saya katakan ini mungkin menguris hati awak.

saya ni sebenarnya terlalu takut dengan awak.takut ganggu hidup awak.walaupun niat saya hanya sekadar mahu menenangkan awak,tapi kadang kadang saya rasa saya tidak berjaya menenangkan awak.jadi secara perlahan lahan saya mengundurkan diri dari awak sebab saya tahu,saya tidak berjaya menenangkan awak.mungkin orang yang rapat dengan awak je yang tahu bagaimana.

yelah,sebenarnya 29 december tu saya rancang nak merapatkan balik hubungan kita tapi saya rasa rancangan saya gagal.saya tak berjaya nak merapatkan balik.saya minta maaflah sekiranya perlakuan saya ini sangat berlainan daripada yang dulu sebab dulu saya ni sangat brutal.sekarang ni da tidak sebab saya sedang belajar daripada pengalaman dan mencari pengalaman.jadi saya sangat berhati hati sampai saya sendiri sudah berubah karakter diri saya tanpa saya sedari.

hurm entah lah awak.saya minta maaf lah kalau apa yang saya tulis ni buatkan awak terlalu berfikir tentang saya.saya tak harapkan ape-ape pon dari awak.saya rasa mungkin selepas saya bagi awak baca entry ini,saya rasa sampai sini jelah.saya dah tak nak ganggu awak selama yang mungkin.mungkin awak lebih gembira dengan kawan kawan awak yang lain tanpa saya disisi awak pun.entahlah.kadang kadang saya rasa diri saya tak penting pon terhadap sesiapa pun.lebih lebih lagi terhadap awak.

maaflah saya ni suka sangat buat orang sakit hati dengan saya.sebab itu saya minta maaf dengan awak serta pembaca pembaca blog saya ini.saya tahu awak mesti terkejut kan saya tulis entry ini?mungkin awak dah tahu sebabnya kenapa saya tulis ngarut ngarut kat status saya selalu.hurm.maaf lah entry ini sangat panjang untuk awak baca.saya cuma ceritakan apa yang saya rasakan saja.hurm.ok lah sampai sini sajalah saya coretkan entry ini untuk awak.semoga awak ceria selalu selepas ini.jaga lah diri awak elok elok walau ketika dimana pon awak berada.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

No comments: