Friday, January 28, 2011

nobody perfect



assalamualaikum aku ucapkan kepada semua yang membaca terutama seorang kawan khas yang aku pasti dia akan baca coretan ini.ye.entry ini adalah khas untuk kau.kau yang terpilih,tersenarai paling atas,paling aku hormati.

aku bukan kata aku pon sempurna dan menjadi sebahagian dari hidup sesiapa pon.aku tahu aku juga banyak kelemahan yang patut diperbaiki sebelum aku menegur seseorang.ye aku sedar aku pon tak sesempurna mana.

aku buat blog ini dah lama.awal tahun baru aku da nyatakan.dalam blog aku yang lama pon aku dah nyatakan.tapi kau sendiri yang tak baca.yela hubungan antara kau dengan aku pon makin lama makin dingin je aku rasa.nak tegur hello pon,takut,takut kau tak suka.takut kau terpaksa menjawab dan berborak dengan aku.

ye,dari dulu sampai sekarang aku menceritakan pasal kau kerana aku sayang persahabatan yang terjalin.antara semua kawan,aku rasa kau lah yang paling banyak yang aku post kat blog lama aku tu.aku selalu ingat kat kau.selalu tertanya tanya,mengapa,dan mengapa benda macam ni perlu jadi.aku tak pernah nak benci kau walaupun sekelumit pon.tak terlintas.tapi tu lah.hubungan antara kau dengan aku hanya mendengar desuran angin sahaja.tiada bunyi lain.

yes,aku hantar msg tu sebab aku tahu kau ramai kawan.ramai sangat.kau rapat dengan diorang.tapi kalau kau bergaduh ke ape ke dengan diorang aku tak tahu lah kan,sebab hubungan yang keruh ni membuatkan aku terputus khabar mengenai kau.aku tak tahu apa apa semenjak kau mendiamkan diri kau.sebab itu aku hantar msg itu,bukan berniat hendak perli,tapi aku tanya kerana aku tidak tahu apa-apa.salahkah itu?seorang kawan yang tidak tahu apa-apa bertanya tapi disalah ertikan?aku buntu.aku buntu ketika itu.tak tahu apa yang harus aku buat,sebab aku tak tahu apa-apa ketika itu,tapi kau dah tembak aku tanpa bercerita apa-apa.

aku tak berfikir negative.bukanlah aku cakap semua mengenai kau adalah negative.aku tak cakap cakap semuanya negative.ada positive,ada negative.setiap manusia adalah normal ada dua element ini.jadi jangan lah cepat tersalah mengerti.jangan cepat sangat melenting.aku tegur dari segi negative.takkan dari segi positive aku nak tegur?kalau aku tegur benda yang positive,nescaya aku sendiri pon percaya yang aku dah tak betul.tak ada orang akan tegur kalau benda itu positive.sebab itu kau selalu anggap aku berfikir negative pasal kau,dan bukan positive.

kau tak perlu kata aku tak memahami kau.benda yang kau alami dari sem 1 aku da alami sejak sekolah menengah sampai lah tika saat waktu aku mencoretkan entry ini.kau sendiri tahu kes aku yang terjadi beberapa hari lalu,kau sendiri da kenal aku dari sem 1,kau sendiri mendengar setiap peristiwa yang berlaku dari sem 1 sampai pertengahan sem 2.benda itu berlarutan tapi aku tak cakap aku dah tak cerita atas satu sebab yang hanya kita berdua sahaja yang tahu.aku tahu apa yang terjadi kat kau,sama yang terjadi kat aku,aku faham semua tu.tapi disebabkan itu,kau dah mula senyap.senyap sampai aku tak tahu apa-apa pasal kau.BUKAN TAK CUKUP KENAL,TAPI TIADA BERITA KERANA KAU SENYAP!tak cerita tak khabar pon kat aku.yang aku dengar semua dari orang lain.kau dah tak nak cakap dengan aku dah.bukan salah aku sekiranya aku tidak tahu apa-apa pasal kau selepas peristiwa yang terjadi antara kita berdua kerana KAU LENYAP TANPA BERITA.salah aku ke?

sama juga seperti kau,dengar macam macam benda tak baik pasal aku,tapi kau tak tanya aku!KAU TAK DENGAR CERITA DARI PIHAK KEDUA!kau terus attack aku tanpa tanya betul atau tidak apa yang berlaku.tapi takpelah,aku mengalah je dengan kau sebab kau selalu cakap aku ni kerja asyik nak membangkang je.tak nak mengalah,selalu nak betul.jadi aku mengalah walaupun kau tak tahu cerita sebenarnya sebab kau tak terlibat.kau hanya mendengar dari sebelah pihak.tapi aku tak salahkan kau pasal itu.aku selalu fikir positive je pasal kau.berulang kali kewarasan aku bertanya pada hati aku,KENAPA KAU SEBAGAI KAWAN AKU,SAHABAT KAU SENDIRI,KAU TAK NAK TANYA PERKARA ITU BENAR ATAU TIDAK??YANG KAU TAHU CAKAP DAN TEGUR,CARA AKU,CARA AKU,CARA AKU!!!kau tak pernah tanya benar atau tidak.kau tak pernah nak dengar cerita dari pihak dan mulut aku sendiri.yang kau dengar dari orang lain lah yang kau nak percaya.dari saat itu juga lah kau dah berfikir negative pasal aku sedangkan KAU TAK TANYA AKU LANGSUNG!

bukan aku nak salahkan kau 100%.TAPI kau terlalu cepat sangat SALAH MENGERTI dan TAK NAK TANYA BENAR ATAU TIDAK.kau hanya bertindak berdasarkan cerita orang sekeliling kau yang entah betul atau tidak kerana mereka tidak terlibat.aku ni da jadi pusat target sejak dulu lagi.kau sendiri tahu.tapi kau tak pernah nak tanya bila berlaku apa-apa tentang perkara itu benar atau tidak.ye aku tahu mulut orang tak boleh nak tutup daripada menjatuhkan orang dan menfitnah orang.sekurang-kurangnya,dengar lah cerita dari pihak kedua.itu saja.lepas itu kau nak buat persepsi kau sendiri pasal aku pon aku tak kisah lah sebab kau dah dengar dari kedua dua pihak.selalu jadi macam ni bila berlaku ape-ape.tapi aku senyap jela sebab kau selalu cakap aku ni,kalau tegur tak makan saman.suka nak menentang.

TIGA PERKARA:

FIRST:perubahan kau memang sangat ketara.TERLALU KETARA.kau berubah DARI BANYAK SEGI.antaranya SIKAP kau yang dah tak seperamah dulu dengan aku.kau hanya peramah dengan orang yang baru kau kenal dengan amalina.lepas tu,bila jumpa dengan aku,kau selalu nak mengelak.maksud aku dari gaya kau dah boleh tahu kau nak mengelak dan terpaksa.orang yang buat buat ni boleh baca weyh.lain kalau kau betul betul buat dengan kau buat buat.itu antara yang sangat ketara.aku tak nak sebut satu satu.memang mustahil nak berubah sepenuhnya sebab aku pon manusia,aku tahu memang mustahil.aku katakan kau lebih kepada boyfie kau sebab terlalu ramai yang aku berborak yang IM kau,kau tak balas.kalau kau balas pon kau cakap TENGAH SKYPE DENGAN BOO SAYA.SETIAP MALAM KAU SKYPE DENGAN BOO KAU.bukan tak pernah aku IM kau dulu.benda sama juga kau cakap dengan aku.BUSY LA.BUAT KERJA.tapi bila aku tanya kak wawa,dia cakap KAU TENGAH SKYPE!TENGAH SKYPE WEYH!!!jangan salahkan kak wawa kerana bagitahu aku tentang itu.aku cuma nak tahu apa yang kau busy sangat,sampai IM pon tak sampai 10 dialog pon.tapi kau cakap,nak kontek boyfie kau punyalah susah.tak tahu lah kalau aku tersalah dengar ke,tersalah baca ke,tersalah paham ke,aku tak tahu la.kalau aku tersalah maaflah.


SECOND:aku tak kata salah untuk kau msg aku pada bila bila masa.aku da cakap dari awal perkenalan kita,msg lah pada bila bila masa pon.tapi aku tak sangka terlalu lama sangat baru kau msg aku.aku rasa dalam 2 bulan cam tu,ade la kot kau msg aku sekali dua.aku kadang kadang pon tertanya tanya,bila agaknya kau nak msg aku.banyak kali aku rasa camtu.aku da fikir positive da sebab kau busy,banyak benda nak kena settle.tapi kau da cakap macam tu time cuti sem hari tu,aku da tak boleh nak kata apa lagilah kan.memang aku terasa gila.terasa sangat macam CARI BILA PERLU,TAK PERLU,HILANG.serius aku terasa gila time tu.aku tak tahu lah mungkin kau memang tak berniat pon kau nak gores hati aku macam tu.tapi kau cakap da  macam memang betul pon macam kawan baik kau masa darjah 4 tu cakap.memang betul bukan 24 jam on the phone.tapi kau ONLINE kan?kau JUMPA aku kan?kenapa kau senyap dan macam nak mengelak?aku tak faham benda ni.serius aku tak faham.kau nak aku tahu dan faham kau TAK LUPA KAWAN,tapi kau TUNJUK AKU macam ni,kenapa?

THIRD:kau mengaku?ok.tutup cerita,aku tak nak nilai kau macam mana sekali pon sebab aku tahu aku tak layak nak menilai orang lain macam mana sebab diri aku sendiri pon aku tak berani nak menilai,apatah lagi diri orang lain.aku pon jenis tak suka cari gaduh,cari pasal dan cari masalah.aku tahu kau pon macam tu,dan memang situasi kau sama macam aku,tapi aku tak faham kenapa kau dah tak serasi dengan aku sampai banyak timbul salah faham antara aku dengan kau,padahal sama-sama mengalaminya.baguslah kau da faham itu LUMRAH MANUSIA.tapi kau pon turut terkena tempias,dengar sebelah pihak,tak dengar pihak kedua,kau terus attack.aku pon tak faham kenapa kau jadi macam tu.bukan aku nak jadikan ini sebagai isu,aku kalau boleh tak nak langsung ade sebarang isu yang tak bagus dengan kau,tapi keadaan kau yang kritikal ini membuatkan kau nampak sebagai isu.terus terang aku cakap,aku langsung tak nak ade sebarang isu yang tak elok sebab ini memungkinkan hubungan terputus.

memang kau da biasa kena tegur,memang kau da trauma.aku boleh nampak itu dlam diri kau.sebab itu aku tak mengharapkan kau jadi apa-apa sebab aku sendiri pon tak mengharapkan aku jadi apa-apa melain jadi yang terbaik dan jadi diri sendiri.itu je.aku tak berharap sebab berharap itu boleh menjadikan seseorang itu kecewa bila tidak dipenuhi dan bukan mudah untuk memenuhi harapan orang lain.

BUKAN SEMUA ORANG tak suka kau.ade orang yang sukakan kau,cuma kau je tak notice sebab kau da tak bergaul sangat dengan orang lain.jangan salahkan takdir atas apa yang berlaku.apa-apa semuanya kita yang tentukan jalan cerita hidup kita ni.kau je yang cakap takde orang faham kau.ada.tapi kau sendiri yang dah senyap dari dia.

thanks lah sebab kau tak pernah nak RASA MENYESAL KENAL insan seperti aku ni.aku berterima kasih dalam banyak banyak orang ade juga lah orang yang tak pernah menyesal kenali diri ini.kau bukanlah tak layak,tapi terlebih layak untuk digelar sahabat dimata aku.cuma kau saja,yang tak perasan dan tak nak MENJADI SAHABAT,TAPI JADI KAWAN.

menangis biar sekarang,jangan kemudian
kerana kemudian itu sudah terlewat.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Tuesday, January 25, 2011

komik jadi realiti



haaaaaaaaa.same tak??sama kan??hahahaha.kelakar.ni la kartun yang keluar dari komik.hahaha
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

ikhlas

disebabkan tak nak keadaan menjadi lebih keruh,aku minta maaf jela pada sesiapa yang berkenaan.

jadi kepada sesiapa yang tak puas hati dengan aku tu,maklumkan pada aku cepat cepat.aku nak mohon maaf.aku tak suka pada pergaduhan ni.jadi aku nak minta maaf.ade sesiapa??



Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

kenyit-kenyit

assalamualaikum.kepada kakak kakak,adik adik abg abg serta yang membaca entry ini.kenyit kenyit ialah tajuk perbincangan entry ini ye.korang mesti nak taw pasal ape kenyit kenyit ni kan??aku nak bagitaw je mata sebelah kiri atas aku selalu bergerak gerak da berlanjutan selama 4 bulan setengah.pasal ape aku pon tak taw.


menurut kata orang-orang tua bila biji mata kita bergetar sendiri kita akan menangis, ade orang rindu, nak jumpe org jauh n bla bla..macam2 spekulasi yg kluar bile biji mata ni bergetar.. taktaula perkara2 tu antara sebelah mata kanan atau kiri, bila cakap ngn maa mulelah start dia punya bebelan kan .. aku tido lambatlaa, mengadap 24 jam laptop tu, kurang vitamin n bla bla bla.. bebelan yang same setiap kali aku berpenyakit..huhuu..takde ada alasan yang baru pon.benda sama je sebab ngadap laptop lama-lama.haiyoo.

so, untuk mendapat kepastian aku pun googled la pasal ni then terjumpe satu artikel pasal anggota badan yang bergetar sendiri & petandanya , jom kita selidiki satu persatu kalau-kalau korang pun ada terkena jugak sindrom vibrate & shake it shake it ni.aha.

petandanya berdasarkan kata-kata orang tua dulu lah.moden ni tak ada lagi kot?

1. Seluruh badan : akan menyaksikan keindahan.

2. Kepala : akan mendapat anugerah raja.

3. Ubun-ubun : akan memperolehi pangkat.

4. Kening sebelah kanan : akan mendapat wang.

5. Kening sebelah kiri : akan gembira.

6. Pelipis sebelah kanan : akan mendapat wang.

7. Pelipis sebelah kiri : akan bertemu dengan kekasih hati.

8. Kelopak mata sebelah kanan atas : akan mendapat wang.

9. Kelopak mata sebelah kanan bawah : akan menderita kesusahan.

10. Kelopak mata sebelah kiri atas : akan memperoleh sesuatu yang baik.

11. Kelopak mata sebelah kiri bawah : akan menangis.

12. Kelopak air mata sebelah kanan : akan menangis.

13. Kelopak air mata sebelah kiri : bebas dari kesedihan yang mendalam.

14. Sudut mata kanan : akan melihat kekasih anda.

15. Sudut mata kiri : akan memderita kesusahan.

16. Biji mata sebelah kanan : akan menangisi orang mati.

17. Biji mata sebelah kiri : akan melihat orang yang datangnya dari jauh.

18. Pipi sebelah kanan : akan difitnah orang.

19. Pipi sebelah kiri : akan menderita sakit.

20. Hidung sebelah kanan : akan mendapat wang yang halal.

21. Hidung sebelah kiri : akan melihat kekasihnya.

22. Bibir sebelah kanan atas : akan memperoleh kejayaan.

23. Bibir sebelah kanan bawah : akan memperoleh kebahagiaan.

24. Bibir sebelah kiri atas : akan berunding dengan saudaranya.

25. Bibir sebelah kiri bawah : akan mendapat pekerjaan baik.

26. Tengah-tengah bibir atas : akan bertengkar.

27. Tengah-tengah bibir bawah : akan menikmati makanan yang lazat.

28. Telinga sebelah kanan : akan bertemu dengan sanak saudara.

29. Telinga sebelah kiri : akan mendapat upah yang baik.

30. Dagu sebelah kanan : akan dimuliakan orang agung.

31. Dagu sebelah kiri : akan bertemu dengan orang agung dan diberi pangkat.

32. Leher sebelah kanan : akan sakit keras.

33. Leher sebelah kiri : akan menderita sakit tetapi lekas sembuh.

34. Pundak sebelah kanan : sanak saudara akan sakit.

35. Pundak sebelah kiri : akan dimuliakan wanita.

36. Kedua-dua belah pundak : akan menderita sakit.

37. Bahu sebelah kanan : akan bertengkar.

38. Bahu sebelah kiri : akan menderita sakit.

39. Belakang sebelah kanan : akan mendapat kunjungan orang yang meminta pinjaman wang.

40. Belakang, tengah-tengah : akan menderita sakit atau mendapat kesusahan.

41. Belakang sebelah kiri : akan memperoleh kebahagiaan.

42. Dada sebelah kanan : akan bertemu kekasihnya.

43. Dada sebelah kiri : akan bertemu wanita ayu.

44. Tengah-tengah dada : akan memperolehi kebahagiaan.

45. Buah dada sebelah kanan : akan mendapat wang.

46. Buah dada sebelah kiri : akan mendapat kunjungan orang yang berpangkat.

47. Perut sebelah kanan : akan memperolehi banyak rezeki.

48. Perut sebelah kiri : akan mendapat wang yang banyak.

49. Pusat : akan memperolehi anugerah dari Tuhan.

50. Lesung pipi sebelah kanan : akan memperolehi jodoh.

51. Lesung pipi sebelah kiri : akan mendapat anak.

52. Ulu hati : akan mendapat wang.

53. Tangan kanan atau kiri : akan mendapat wang.

54. Tapak tangan sebelah kanan : akan mendapat wang.

55. Tapak tangan sebelah kiri : akan memperoleh keuntungan hasil dari perniagaan.

56. Lengan sebelah kanan : akan mendapat rezeki.

57. Lengan sebelah kiri : akan mendapat wang.

58. Siku sebelah kanan : akan mengalami sesuatu yang tidak menyenangkan.

59. Siku sebelah kiri : akan mendapat wang.

60. Jari manis tangan sebelah kanan : akan mendapat wang.

61. Jari manis tangan sebelah kiri : akan mendapat jodoh.

62. Telunjuk tangan sebelah kanan : akan diangkat menjadi saudara oleh seseorang.

63. Telunjuk tangan sebelah kiri : akan diterima baik oleh orang.

64. Celah-celah jari tangan sebelah kanan : akan mendapat kegembiraan.

65. Celah-celah jari tangan sebelah kiri : akan dikasihi oleh orang agung.

66. Jari ibu sebelah kanan : akan mendapat jodoh yang baik.

67. Jari ibu sebelah kiri : akan mendapat jodoh.

68. Celah-celah jari telunjuk sebelah kanan : akan mengalami sesuatu yang memalukan.

69. Celah-celah jari tangan sebelah kanan : akan mendapat pekerjaan.

70. Jari tengah tangan kanan : akan menderita sakit.

71. Jari tengah tangan sebelah kiri : akan menderita susah.

72. Bawah rusuk (lambung) sebelah kanan : akan mendapat kesusahan.

73. Bawah rusuk (lambung) sebelah kiri : akan marah-marah.

74. Pinggang sebelah kanan : akan memperolehi sesuatu yang baik.

75. Pinggang sebelah kiri : akan mencintai orang.

76. Purus sebelah kanan : akan bersetubuh.

77. Purus sebelah kiri : akan diangkat menjadi penghulu.

78. Kemaluan sebelah kanan : akan kedatangan tamu.

79. Kemaluan sebelah kiri : akan mendapat rahmat Tuhan.

80. Bagi wanita, kemaluan sebelah kanan atau kiri : akan mendapat jodoh.

okay ini yang digoogle secara umum ye.bukan kerana mahu berunsurkan lucah dan sebagainya.ini cuma kata-kata orang tua dulu kala je.nak percaya atau tidak,terpulanglah.tak paksa pon.ini hanya sekadar suka suka je entry ini walaupun mata aku suka bergetar disebelah kiri tapi aku tak rasa pape pon.

jadi sekiranya anda juga mendapati sebahagian badan anda bergetar,paham paham la ma maksudnya.hahaha.



Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Monday, January 24, 2011

migrain

okay tak pernah pernah aku dapat tetiba aku dapat pula hari ini.aku pon pelik kenapa aku boleh merasai benda alah ni sedangkan aku tak pernah pon rasai sebelum ini.buat yang sudah merasainya mungkin perkara biasa lah sebab dari dulu memang da ada benda alah ni.tapi aku ni hah.tak pernah pernah dapat,tetiba dapat pula penyakit ini.

mesti korang bengongkan ape benda yang aku dok merepek repek ni kan?aku sebenarnya bercakap mengenai MIGRAIN.ye migrain.memang aku tak pernah dapat.tapi hari ini aku telah mengalaminya.balik dari kolej masuk bilik je terus sakit kepala.rasa tak larat pula.

memandangkan aku ni seorang yang berjiwa kental, *kononnya lah padahal tak pon* telah mencari sedikit info tentang penyakit ini.antaranya ialah

-Migrain berlaku apabila  seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang,berbeza tahap kesakitannya,kekerapan dan jangka masa serangan.
-Ia berasal dari perkataan Peranchis yang bermaksud sakit kepala sebelah
-Biasanya serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan sakit kedua-dua belahnya.
Jenis-Jenis Migrain
-Migrain tanpa aura
-Migrain dengan tanda aura
-Opthalmoplegic migrain
-Status migrain
Punca penyakit / Faktor Risiko
-Genetik
-Aktiviti saraf ‘trigemino’ yang mengawal saraf dalam kepala dengan ‘neurotransmitter’ yang dipanggil substance P dan lain-lain’neurotransmitter’ sperti ’stamine’ dan kinine’ menyebabkan urat-urat darah dalam kepala mengembang dan berdenyut.
-Aktiviti yang berlebihan pada pangkal otak mengakibatkan ‘ neurotransmitter’ seperti ‘norephenepherine’ dan ’serotinin’ yang menjadikan urat darah sempit, kembang dan mengakibatkan rasa sakit.
-Perubahan saiz diameter urat darah yang bergerak dalam kepala berbeza-beza dari masa kesemasa dalam satu serangan (spreading digemia)
-Pengeluaran serotinin yang berlebihan dari sel platlet darah
-
Tekanan perasaan atau ’stress’
-Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman alkohol
-Cahaya yang sangat terang
-Perubahan cara tidur / tidak cukup tidur
-Letih yang keterlaluan
-Bau-bauan ‘ perfume’ yang terlalu kuat
-Pengambilan pil ‘ contraceptive’
-Haid
-Pengambilan pemanis tiruan
-Daging yang ditahan lamakan (preservative) supaya tidak mengandungi natrium dan sodium glutamate
-makanan yang mengandungi histamine dan ‘vasoctive agent’
Tanda- tanda / Simptom
1) Migrain tanpa aura
   -Rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala, pesakit ternampak bayangan bergaris-  garis
   -Terjaga dari tidur akibat kesakitan yang amat sangat
   -berasa sangat loya, muntah dan terlalu sensitif pada cahaya dan bunyi
   -denyutan yang dirasakan amat sakit apabila disentuh penghidap boleh pengsan
2) Migrain dengan tanda aura
   -jarang berlaku
   -pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan (line) yang membesar, kemudiannya hilang
   -Penghidap akan terasa mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan beberapa minit sebelum serangan
3) Opthalmoplegic migrain
   -terlalu jarang berlaku
   -sakit kepala yang keterlaluan boleh menyebabkan mata jadi juling dan buta sementara
   -mata menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine)
   -pesakit boleh hilang pandangan dalam masa beberapa minit
4) Status migrain
   -berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan
   -boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat strok
   -migrain yang berlaku berulang-ulang pada kanak-kanak menyebabkan mereka muntah-muntah dan sakit perut yang berulang-ulang
5) Bentuk serangan migrain
   -’severe’ rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala atau keduanya
   - ‘local’ - kulit bertukar menjadi merah  sedikit atau kelihatan pucat
   -’pallor’ berpeluh-peluh
   -’sono’ sensitif terhadap bunyi bising
   -’photophobea’ - sensitif pada cahaya
   -’speak’- percakapan menjadi perlahan untuk elakkan sakit kepala

okay aku merasakan migrain dengan tanda aura.tapi aku tak rasa kebas atau terasa mabuk sikit pon sebelum mengalaminya.yang lain yang aku highlightkan warna meraah ye.aku mengalaminya sekarang.memang aku tak pernah pon dapat migrain ni sejak dari kecik lagi.ni first time aku dapat.

mungkin faktor utama aku mendapat migrain ini ialah stress dan tekanan perasaan berdasarkan apa yang berlaku ketika ini.aku yakin hanya 2 sebab itu sahaja yang menyebabkan aku dapat migrain ini.selain itu aku rasa takde.aku rasa migrain dan rasa macam nak hentak hentak je kepala aku kat dinding ni.

terasa nak basuh otak pon ade gak sebab sakit yang amat.arghhhh.harap harap takde laa merebak sampai boleh jadi buta sementara punya migrain tu.harap harap ini lah kali pertama dan terakhir untuk aku alami migrain ni.menakot kan betul la migrain ni.haish~



Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Saturday, January 22, 2011

i'm not what are you looking for.

macam macam berlaku.seperti entry yang lepas.telah aku cakapkan.kali ini macam macam jugak.tapi lebih aku tekankan terhadap hati,emosi dan  jiwa aku sendiri.sape sape yang care to read,silakan.yang tak nak baca anda di minta untuk tekan X di atas sebelah kanan screen anda dengan cursor tetikus anda.

makin lama makin menjadi jadi.yeeeee.aku dah berubah.berubah kerana tekanan yang dihadapi.tekanan orang sekeliling.kalau batch aku tengok ni mesti gelak punya...gelak sebab da berjaya tumpaskan dan memusnahkan harapan dan diri aku.ye terima kasih dan tahniah sebab sudah berjaya.

aku dah musnah.harapan yang terakhir sudah lenyap.harapan untuk aku berdiri.keyakinan yang telah dirobek.ye aku tahu dulu aku seorang yang sangat positive.sangat sangat.tapi aku terpaksa berubah.aku tak boleh nak melawan arus seorang diri.aku terpaksa ikut arus itu kalau aku tak nak dihanyut.

maaflah kepada sesiapa yang menaruh harapan dan percaya kat diri aku yang aku boleh berdiri dan maju kedepan.aku minta maaf kerana telah membuatkan  benteng kepercayaan yang dibina terhadap aku telah runtuh.aku tak boleh nak tahan dengan keadaan orang sekeliling yang kerap kali mencari salah silap aku dari dulu sampai sekarang walaupun aku ikut teguran mereka.

aku pon manusia juga.ada kekurangan diri.ada kelemahan diri.tapi aku tak harap untuk ada kesempurnaan dalam setiap apa yang aku berikan,lakukan dan sampaikan kepada orang lain tak kiralah apa yang aku nak kongsi.tapi dunia ini memerlukan kesempurnaan untuk semua benda.bagi mereka,mereka perlukan kesempurnaan dari segi kepimpinan untuk memimpin mereka.

aku tahu aku bukanlah seorang pemimpin.aku cuma bernasib baik dipilih untuk jadi pemimpin.aku bernasib baik kerana diberi peluang kepercayaan untuk merasai sebagai seorang pemimpin dan ternyata aku bukanlah seorang pemimpin yang bagus dan baik.aku jalankan amanah aku.tapi sering disalah ertikan.mungkin aku patut berhenti memegang sebarang jawatan.

mulai hari ini aku rasa menjadi terlalu baik sangatlah bodoh.aku telah ditindas.telah dihina oleh rakan sebangsa dan seagama aku sendiri kerana menjalankan amanah yang diberikan kepada aku untuk dipertanggungjawabkan.entah lah.lagi banyak aku berkata-kata.lagi banyak yang dunia beri tekanan.mungkin aku patut jadi buta hati dan perasaan terhadap dunia dan hanya fokus pada dunia keagamaan.

mungkin dengan cara itu aku akan dapat ketenangan diri yang mana aku dambakan daripada apa yang aku dambakan dalam dunia ini.


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

macam macam



hello for short to all the readers.tak kira la sape pon janji yang bukak blog ini.

sekarang ni macam macam terjadi.masalah dalam dunia ni.jangan nak ambil contoh yang besar lah kan sampai ke bumi memang takkan nampak.jadi ambik contoh yang terdekat iaitu diri aku sendiri.tak dinafikan aku sendiri mempunyai pelbagai masalah sejak kebelakangan ini.

antaranya konflit jiwa dan emosi.itu sudah semestinya.tak dapat dielakkan dengan sepenuhnya.jangan tanya kenapa lah kan.biarlah rahsia.ceyh waaahh.biarkan rahsia gitu.tak boleh bla.gedik plak aku ni.tapi itu sudah pasti ye.

selain itu masalah lain ialah tak lari dan tak bukan ialah homework.sebagai student memang tak lari la dari homework ni kan.kena la buat homework kalau nak berjaya.pemalas betul aku ni.tapi tapi tapi aku sangat stress.sangat stress kebelakangan ini.terlalu banyak perkara yang difikirkan dalam otak ini.kusutnya aku.

lepas tu perkara yang berlaku iaitu konflik yang tak patut aku nyatakan kat sini lah.kang kecoh pula.ramai attack aku nanti kalau aku bagitaw kat sini.jadi aku potong la scene ni ye.harap maaf.

then pasal mara pula.risau pula aku nak hantar mara punya document kat HEP ni.takot ade yang tak lengkap dan sebagainya.problem betul la aku ni.haih.macam macam.

pastuh risau pasal duit pula.aku tak taw ape yang aku belanjakan tak sampai sebulan RM500.00 habis macam tu je.aku pon pelik dengan duit yang keluar mencurah curah seperti air.memang aku rasa cam tak berbaloi je sedangkan aku banyak keluarkan duit kat makanan je pon.tapi duit aku hilang macam tu je.geram betul aku.aku dah segan dah nak minta parents aku duit lagi.tinggal RM50.00 je dalam simpanan aku.haih kusut-kusut.satu-satu problem datang menimpa diri.

mungkin aku perlukan ketenangan dari segi rohani.aku perlu banyak mendengar dan membaca al-Quran dan tafsirannya yang agak lama aku dah tinggalkan.inilah manusia.sering alpa dengan apa yang berlaku sehingga melupakan apa yang diperintahkan olehNya ke atas kita.sama samalah kita muhasabah diri kita ye.sama sama kita berjaya didunia dan akhirat.

Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Friday, January 21, 2011

defeated

I'm lost in the storms
Worn by the wind
Defeated by the fires
Created within
I'm drown by the sea's
Their waves of tears
Conquered by mountains
Overwhelmed by my fears
I'm defeated by life
And the tragedies it holds
Beaten by the world
And left in the cold

Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

ignore this

as usual.hello for short.

i'm tired of this kind situation here.being a creature with a stolen heart is not an easy thing.being ignore is the worst thing.a single word that can describe too many thing.

IGNORE is a single word and strong meaning which i'm feeling right now.i'm tired of all the selfish person all around me.its really sucks being surrounding by those people who ignore you all the time.and they came to you when you have the useful thing for them to use by their own.dont you think its sucks?

hye dude,people do need friends.they need each other.not ignore them when they didn't be useful for you.GOD DAMN IT!!!didn't anyone who felt like i do right now?.i hate all these kind of things.couldn't you see it?i couldn't hold my breath for all this time.

dont you feel sucks and think by your brain when you say something and hope for the respond by the people that you talk with will give you some respond and yet they did by ignore you?what do you think if you hope when your friends wanna go for some kind of place like eating and enjoy the night and they didn't invite you ask and invite you all along,but they know you're there for them to ask.they see you but they ignore and just go there by them self.dont you think THATS SUCKS?

yeah.its suck for being me.its sucks to be in this situation.it does.

i'm sick for being me.i'm sick for all of this.i wonder when it would be the end of this.



Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Thursday, January 20, 2011

nervous




aku malas hendak bersopan sopan dlam entri kali ini kerana aku malas.terima kasih.jadi ASSALAMUALAIKUM dan HEYLOW for short.thx for reading this entry that are not really really entertaining at all.

nak bagitaw yang aku sangat sangat lah gelabah ketika sem ini.nak tahu ape sebabnya?sebabnya task kali ini sangat dan agak berbeza macam sem lepas.terlalu berbeza.sem kali ini tertumpu pada VIDEO & SOUND.yeaa.saya ulangi VIDEO & SOUND.nak ulang lagi ke?tak pelah.tak larat nak ulang lagi.next~

jadi akan ade group sekali lagi.ini yang buatkan saya tak senang duduk dan agak risau dengan siapa yang akan saya berkumpulan.saya harap kumpulan kali ini semuanya memberikan kerja sama yang padu supaya dapat memberikan yang terbaik dalam menghasilkan karya yang unik dan kreatif.

aku tak nak lagi dah jadi macam sem lepas.group semua macam tak boleh pakai.sorry to say.malas nak elaborate pepanjang.kang ada yang bermusuh nanti kang.jadi aku cut scene ni ye.harap maklum.

seterusnya seperti yang lecturer DA(Digital Animation) iaitu miss yang baru sahaja dinaikkan pangkat kepada PUAN,iaitu puan azizah adelah memberikan sedikit gambaran tentang group.iaitu 5 orang satu group.yang aku plan lain,lain yang jadi.aku plan 7 orang ngam ngam.tapi 5 orang pula.so kena la split to plan B.

aku tak rasa akan berkumpulan dengan yana and the geng sebab geng dia termasuk dia pon sudah 4 orang.lagi sorang yang masuk tu kira bertuah lah.tapi masalahnya kalau aku masuk,e-e nak campak mana????kesian pula aku tengok.tu pasal kena fikir masak masak dulu macam mana nak buat group supaya group kali ini boleh memberikan yang terbaik antara semua.

haih...susah le macam ni.ish.macam mana ni??nak tak nak kena la tunggu DAV(Digital Audio Video) sebab DAV punya group akan sama dengan group DA.nak tak nak kena dengar dari lecturer DAV iaitu puan shakura sebab DAV ni kira lebih berat skit la dari DA ni sebab DA dengan DAV combine project.haiyo.pening kepala weyh.

akan ade 7 jawatan iaitu production manager,instructional designer,script writer,graphic artist,audio&video specialist,programmers and animator.sangat sangat berat tanggungjawabnya setiap jawatan yang dipegang.arghhhh saya sangat nervous right now!!!

apa-apa pon perlu dirancang seawal mungkin kerana aku sangat sibuk selain dengan project ini,aku juga sibuk dengan MPP.jadi aku harap aku tak panic dalam membahagikan masa dalam menyertai tugasan MPP,assignment dan project.

awak awak semua doakan yang terbaik untuk saya yee.terima kasih =D
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

music



assalamualaikum kepada semua para pembaca tak kira tua atau muda,yang follow secara anonyms pon tergolong juga lah dalam golongan yang setia membuka untuk membaca coretan yang mengarut kekarutan semua ini.saya tahu ramai yang follow blog ini secara anonyms secara tidak langsung dan secara live.terima kasih kerana memberi sokongan dengan membaca coretan yang panjang berjela dan memeningkan kepala bila mata itu sudah berpinar dan penat dengan setiap perkataan yang ditaip dalam entry ini.

tahukah anda bahawa music banyak mempengaruhi emosi seseorang dengan senangnya?termasuklah diri saya yang satu ini.emosi saya yang senang untuk dipengaruhi terutama melalui music yang saya dengar.kalau diperhatikan betul betul,lagu dalam laptop saya ni,boleh dikatakan semuanyalah lagu yang agak sedih jika dihayati liriknya.tak kira lah lagu melayu,english mahupun jepun.

*baru perasan sebenarnya ni*

haaaa.jangan terperanjat lagu jepun pun saya dengar juga.tapi yang femous jela dengar sebab saya ni bukan fanatik sangat dengan japanese and korean artist.jadi lagi "mirae" je yang saya dengar.haaa saya tahu saya ni tak up to date punya orang.*sedar diri ni*

ah tak kisah lah.lagu jepun ke korea ke lagu english ke lagu melayu dont care at all.sebab saya jenis universal.jadi tiada apa yang saya tidak akan cuba dengar.lainlah lagu macam heavy metal semua yang jenis jerit jerit satu apa haram jadah pun tak paham,memang saya takkan dengar.

jadi jangan suruh saya dengar music yang sebegitu rupa ye kerana ramai member yang suh dengar lagu macam tu.diorang kata itu satu seni dan kepuasan jiwa.bagi saya macam mengarut je.yela jerit jerit nyanyi,pastuh dah lah sebut pon tak jelas.sakit telinga je dengar.

saya pasti anda anda semua juga mempunyai lagu lagu yang tertentu dan  melambangkan diri anda dan cara hidup anda.jangan tipu lah tak ada.saya pon ada lah.hahaha.memang tidak dapat disangkal lagi lah music banyak mempengaruhi emosi dan perasaan kita dalam kehidupan seharian.

music music untuk para remaja common nya ialah music yang sentimental iaitu music yang orang umum lebelkan sebagai "jiwang".of course bila anda dilamun cinta,lagu lagu yang "jiwang" inilah yang akan menemani hari hari anda dalam melewati hari esok kerana anda tahu,sesetengah lagu melambangkan cinta awak sedalam mana.

*kononnyalah*

tapi ade juga yang sukakan music yang saya katakan tadi,heavy metal/black metal dan sama waktu dengannya iaitu lagu yang menjerit jerit.selalunya remaja yang suka dengar lagu macam itu ialah remaja yang mempunyai masalah masalah emosi dan tekanan hidup tak kiralah dari segi apa pon kerana bagi mereka menjerti adalah satu kepuasan untuk melepaskan tekanan yang telah terkumpul.tak dinafikan sesetengah orang menjerit adalah satu kepuasan nikmat hidup.

saya sangat senang dipengaruhi oleh music.dan hidup ini tanpa music ibarat mati.tapi jangan lah dengar music yang ngarut ngarut.dengar lah music yang memberi maksud kehidupan dan tidak melalaikan.insya~Allah.sekian =D
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Monday, January 17, 2011

asap

asap asap asap.hye kepada semua.malas nak greeting pepanjang seperti selalu.hye sajalah.simple dan ringkas bukan?asap asap asap.hahahaha.jangan panik bila sebut perkataan asap.takde ape pon yang perlu ditakutkan dengan ASAP yang saya maksudkan.

asap yang saya katakan bukan bermaksud As Soon As Possible ye.saya tidak maksudkan itu.saya tahu anda semua mesti keliru apekah asap yang saya maksudkan,kan??

tentu anda ade terfikir tentang asap yang digunakan oleh bomoh untuk ubat pesakit dengan membakar kemenyan kan?tapi sayangnya anda salah.mari teka lagi sekali.

kali ini anda akan teka asap kenderaan kan??sebab kenderaan bermotor selalu keluarkan asap dan ini benda paling coman yang mengeluarkan asap secara automatik.tapi ternyata tekaan anda meleset lagi.mari teruskan berteka teki lagi.

anda akan terfikir dengan lebih mendalam lagi.iaitu asap yang dicemarkan oleh ribut taufan yang melanda sesetengah tempat didunia ini.kan?bukan??takpe saya tahu ini yang anda fikirkan sebab dalam blog saya,saya la tentukan anda patut fikir ape.hahahaha.tapi salah juga.mari lagi sekali.

asyik salah je kan.kenape ye?kali ini anda fikir betul ke asap yang berpunca dari kebakaran??salah juga tekaan anda.jadi asap ape yang saya maksudkan ye?haaaaaaa teka la last sekali.kesiannya sebab dipaksa saya untuk meneka apakah asap yang saya maksudkan.cepat cepat teka.last.cepat.

lastly comfirm korang fikir asap rokok kan?ternya anda sekali lagi salah.hahaha.tak suka?sebab teka banyak sangat dan salah??tapi gambar ni pon tunjuk monyet da pandai da hisap rokok.amat moden ye.hahaha.takpelah.kesian korang kan.baiklah saya akan reveal asap apa yang saya maksudkan dalam entry kali ini.

haaaaaaaaa.ini lah yang saya maksudkan.tahu kah apa menatang ni???ini lah botol susu time kecik kecik korang hisap tu.ini botol susu  zaman 2020 punya.hisap keluar asap.ok tipu je.tak tertipu??takpe buat buat lah tertipu ye.hahahaha.

menatang ni dipanggil botol shisha.ia mengeluarkan asap untuk disedut.secara umumnya,ia akan mengandungi air sejuk,perisa dan arang.pelbagai perisa boleh diminta untuk dirasai.yang dah selalu bershisha tu taw la menatang ni.yang tak pernah tu,saya da perkenalkan.hahaha.benda ni macam rokok.tapi takde la cepat benor habis.cuma arang je la cepat habis.walaupun seperti rokok,tapi ini lagi hebat penangannya.bila dihisap dan disembur beberapa kali,effect dia akan cepat HIGH.terasa seperti diri sangat sangat sangat tersangat dan bersangat lah ringan  seperti mahu terbang.

itulah yang saya alami tadi.hisap hisap hisap.orang lain punya la batuk batuk hisap.walaupun diorang merokok,tapi still batuk batuk.tapi saya hisap selamba je.walaupun batuk skit pada mulanya kerana tekak tak biasa lagi,selepas beberapa ketika,ceyh beberapa ketika tu.hahaha.ok sambung,selepas beberapa ketika itu,tekak sudah mula warmming up dan boleh sedut sedalam dalamnya tanpa batuk.hebat tak?hahaha.

inilah yang saya bakal terjebak dalam beberapa tahun dulu.tapi tak selalu.kadang kadang je.tersangat bersangat lah jarang gila untuk bershisha.sekali sekala boleh la.bila bosan kegampangan melanda diri,inilah yang dicari.yelah dok umah sewa pon bosan je.dok terperap je kat dalam umah.nak keluar transport takde.so bila kawan da ajak tu,just get going jelah.

memang HIGH gila la tadi.member semua hisap sekejap je.sampai kat saya,saya paling lama sebab da mula HIGH,memang sedut je memanjang.lagi lagi tekak da menyesuaikan mengikut keadaan asap shisha yang disedut.memang terbaik lah.lepas semua benda dalam otak ini gara-gara HIGH punya.hahaha.terbaik lah.tapi sekejap je sebab member nak balik awal.tak berbaloi langsung hisap shisha kalau sekejap je.hadoi.

jangan risau saya tak addict kat benda ni.bagi saya makan itu lebih berbaloi.lihatlah badanku,berisikan??hahaha.jadi marilah beramai ramai bershisha lama-lama skit bila ade masa terluang yang sangat terluanglah sampai tak taw nak buat ape.sib baik kelas esok kul 10.30 pagi.jadi tidur la lambat skit.hahaha.

jadi,jom bershisha ramai-ramai kalau ade masa =D




Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Sunday, January 16, 2011

suara

salam kepada readers yang dikenali dan setia membaca apa yang saya coretkan selama ini.terima kasih banyak banyak.tidak kurang juga yang bertanya secara senyap melalui msg dalam FB,melalui msg  dari handphone dan bertanya secara bersua muka.terima kasih sebab mengambil berat tentang keadaan dan kondisi emosi,hati dan badan saya yang kian lama agak tidak terurus walaupun nampak seperti terurus tapi didalam sangat tidak.

pada entry kali ini saya ingin menyatakan tentang ketiadaan mood untuk bersuara ye.ade pelbagai sebab kenapa saya tidak mempunyai mood untuk bersuara.saya minta maaf dulu lah sekiranya ketika berjumpa saya hanya mendiamkan diri saya dan hanya membuat ape yang patut saya lakukan sahaja.

maaflah sekiranya saya tidak melayan orang lain kerana saya tiada mood untuk berkata-kata.saya sangat ketiadaan mood sekarang ini.saya perlukan masa untuk bersendirian.maaflah sekiranya sem ini hanya dipenuhi dengan kesunyian daripada saya yang banyak bercakap.

mulai hari esok,saya akan bergerak secara bersendirian tidak seperti selalunya.tapi tengoklah.mungkin tidak lama.bergantung kepada keadaan dan mood saya.selama 2 sem ini,saya tidak pernah pon jadi macam ni.saya sudah macam malas untuk berfikir tentang perasaan.

entahlah.harap keadaan saya ini tidak berlarutan lama sangat.saya mahu membisu dan bersendirian untuk sementara waktu.harap maaf.biarkan saya hidup seorang dalam dunia ini untuk ketika ini.




Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.