Sunday, May 29, 2011

riview : KARAK



assalamualaikum

heeee untuk pengetahuan para pembaca sekalian,filem karak arahan daripada pengarah yang sedang menaik ke arah kegemilangan selain dari syamsul yusuf,iaitu yusry KRU yang baru sahaja mengarahkan filem epik sejarah iaitu hikayat merong mahawangsa telah menerbitkan sebuah lagi filem bergenre seram yang berjudul KARAK.

yee KARAK dan aku telah pon pergi menonton semasa 26 mei yang lepas iaitu tarikh rasmi keluarnya filem KARAK ini di Time Square.dan pada masa itu juga aku terjumpa rakan kolej aku sendiri di monorail sebelum balik.sibuk dia minah ni.hahaha.identiti dan nama dirahsiakan sama sekali.kang kembang pula kalau keluar nama dia kat blog ini.

ok kita teruskan kepada riview filem karak arahan terbaru Yusry KRU.pada pendapat aku la kan,aku sebagai seorang peminat cerita genre seram,bukan aku nak bandingkan antara filem tempatan dengan filem luar negara.bukan.tapi bagi aku cerita KARAK ini tidak menepati taste aku lah sebagai seorang peminat genre seram.

aku kat dalam wayang tu tak terperanjat dan tak rasa cam seram pon cerita KARAK ni.rasa cam cerita biasa je.langsung tak seram.aku dah nak tertido da tengok cerita KARAK ni.tapi aku tak tido sebab rasa cam ade kejutan yang aku ternanti-nanti,tapi takde.

rasa cam bosan tengok cerita KARAK ni.trailer dia dah best,tapi bosan.jalan cerita pula ada yang diexplain kenapa jadi macam tu dan ada yang tak diexplain dalam cerita tersebut.nak cerita kang tak syok la untuk orang yang belum tengok lagi cerita KARAK ni.

ini bagi pendapat aku tentang cerita KARAK lah.setakat yang aku dah tengok filem seram tempatan yang sangat terbaik dan menepati apa yang aku inginkan ialah filem JANGAN PANDANG BELAKANG.filem ini memang terbaik la bagi aku.memang patut cerita ini meletup dan jadi box office pon.

so pandai pandai la korang menilai dan terpulang pada korang kalau nak pergi tengok cerita KARAK.bagi aku cam rugi la sebab tak ada ape pon sebenarnya dalam cerita KARAK ni.heee maaflah sekiranya aku ni banyak sangat bagi comment pasal cerita KARAK ni sebab aku ni kan peminat genre seram.

so banyak la benda yang aku rasa macam tak berapa nak berjaya lah cerita KARAK ni sebagai salah satu cerita seram.tapi tak tahulah pula kalau korang lain pula pendapat kan?heee selamat menonton KARAK.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

No comments: