Saturday, May 28, 2011

follower?



assalamualaikum

hari hari aku melihat follower aku.ape guna follower ni ye?kadang kadang aku tengok follower ni macam takde fungsi je.kadang kadang aku tengok blog lain,ramai follower tapi tak ramai orang yang comment entry dia.adakah kerana mengamalkan "you follow me,i follow you back"? best ke ade follower ramai tapi tak ada yang nak baca entry mereka?

adakah hanya kerana mengejar populariti dalam berblogging maka strategi ini diadakan?atau hanya nak tunjuk "aku ada ramai follower.kau ada?" kadang kadang juga aku tidak faham,mengapa didalam group yang aku join,mereka suruh follow blog mereka?

perlu ke suruh orang follow blog hanya semata-mata kerana nak follower ramai sahaja?padahal entry banyak copy paste blog orang lain dan takde la gempak mana kan sampai suruh orang lain semua follow blog mereka.perlu ke begini?

aku memang tak faham la kenapa ramai blogger suka suruh blogger lain follow blog mereka?mereka berblogging itu ikhlas ke atau semata-mata kerana ingin popularity dalam berblogging ni?kalau betul la cara penulisan entry yang cukup baik,dan sememangnya terbaik,rasanya tak perlu suruh orang follow pon orang akan follow kan?

bukan nak mengutuk apa laah kan.tengok blog aku sendiri pon dah tahu,banyak sangat kekurangan yang ada dan tidak  setanding blog blog korang diluar sana yang agak meletup letup seperti lagu firework yang dinyanyikan oleh katty perry kan??

aku tahu siapalah aku ni nak beri kutukan dan seumpamanya.ini hanyalah pendapat aku je terhadap follower.tiada niat pon untuk menyinggung pelbagai pihak yang membaca ni.maaf sekiranya ada tersalah dan tersilap bicara.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

9 comments:

~::KUYA HARIS::~ said...

mybe mungkin dgn berlambaknya folower tu menunjukkan populariti blogger tu kot. haha. ada sesetengah kejar folower aje kot, kan kan :') for me, as long as ada orang datang belog even folower tak ramai, dah oke dah :')

hepi2 berblogging :')

Ai-Sis said...

hahaha.best ke jadi popular ni?segala macam kelakuan kita diperhatikan dari masa ke semasa.tak rimas ke?haha.yeap thats true.biar tak ramai follower tapi ramai yang datang untuk membaca.hehehe.

happy blogging juga awak :D

DhiraFauzi™ said...

haha.. sangat setuju.. kebanyakan nak kejar populariti..

diorang tak serabut ke kepala tengok entri banyak-banyak kat dashboard tuh?

silap-silap diorang tak baca kott sbb banyak sangat.. :D:D

Ai-Sis said...

haahaha.itu salah satu sebab yang saya sangat setuju.hahaha.macam mana la diorang nak baca banyak sangat kat dashboard tu.haha

Aiman Ariffin said...

WELL SAID!

syAzAnA said...

ramai follower boleh jadi pemes ekh?

Atika Aula said...

saya pun agak kurang suka bila org suruh follow mereka balik dgn cara yg tidak betul.cnth : tgglkan di shoutbox n komen di fb. sdgkn sy dah buat 1 entri khas untuk followers sy tgglkan komen d situ untuk sy follow balik. k0nfirm sy akan follow diorg.=]
bg sy, bila blog kita best, org suka, secara x lgsg mereka akan follow. tak perlu suruh org lain untuk follow blog kita. apa yg pntg, perbaiki penulisan dan jadi kreatif. barulah blogger yg bijak~

adiba ramli said...

to me kan, i write dgn ikhlas..kalau tak ramai follower pon takpe kan..jujur dan ikhlas dlm penulisan is better drpada mengejar bilangan follower yg entah bila nak ramai...:)

Ai-Sis said...

follower itu tak berapa penting sangat pon sebenarnya.yang paling penting ialah silent reader.itu yang penting.