heee selamat malam semua.eyh selamat pagi.da lepas pukul 12 da ni.huhuhu tetiba jari jemari ni rajin plak nak menari atas papan kekunci nak berbicara pula tentang niat aku nak berblogging sebenarnya.haaaa.tetiba je kan?hahaha.setiap para bloggers ada tujuan dan niat mereka untuk membuat blog kan?tapi niat aku berblogging ni takde lah semurni macam minyak murni ni haaaa.
aku actually takde niat.hahahaha.kidding.aku berblogging ni sebab aku diinspirasikan oleh kawan aku yang sorang ni bernama aimi nadrah.beliau mempunyai kembar bernama alyaa izzati.hahaha.semuanya diinspirasikan oleh dua adik beradik ni sebenarnya.
niat aku berblogging ni mula dari aku tingkatan 3.mula menceburi bidang berblogging ini dari tingkatan 3 la setelah minat aku yang sememangnya kerja membaca je blog orang,aku pon teringin nak ada blog sendiri untuk aku meluahkan dan merakamkan segala detik yang berlaku dalam hidup aku.so far ini adalah blog ke 5 aku.
selain itu juga,aku diinspirasikan oleh aimi nadrah ini dalam bidang penulisan.aku minat membaca hasil karya dia dalam cerpen pendek.start dari situ aku mula berserius dalam bidang penulisan.aku juga ada menghasilkan cerpen pendek aku sendiri yang bertajuk rindu diulit kenangan,sahabat dan lelain lagi.
kalau korang yang membaca ini ada add aku kat FB,kalau korang perasan kat note aku ade sedikit sebanyak cerpen pendek hasil karya aku kalau korang perasan lah.mereka mereka yang membaca selalunya suruh aku buat novel sebab cerpen aku panjang sangat.tapi aku malas nak buat novel.
mereka juga ada bagi cadangan untuk aku kumpulkan kesemua cerpen itu untuk disatu bukukan dan hantar ke mana-mana syarikat novel/cerpen untuk diterbitkan.boleh dapat duit.memang aku ada terfikir juga nak buat macam tu,tapi tu la,semakin hari semakin sibuk risau tak dapat nak bagi komitment yang betul dalam bidang penulisan.
sekarang ni ada banyak masa walaupun ketika cuti semester aku dah kurang menghasilkan karya cerpen pendek dah sebab otak penat sangat berfikir dan bekerja sewaktu di kolej.adat la tu hidup sebagai seorang pelajar kan?kalau tak,tak dinamakan pelajar.
aku sekarang ni lebih suka dan focus dari segi membaca apa isi hati dan cerita cerita yang mereka coretkan disesuatu tempat.dan itu jugalah sebab aku berblogging.boleh berkongsi cerita,membaca cerita mereka dan berkenalan dengan para blogger yang lain.sebagai contoh,aku join pelbagai group sosial para blogger untuk menambah kenalan dan setakat ini SB(sahabat blogger) adalah yang terbaik.tapi da kurang dah keseronokkan itu sebab ramai yang dah takde,haih...ok berbalik pada topic kita.
selain itu,aku juga ingin mencari pengalaman dalam berblogging ni.yela dalam berblogging ni kan ada macam macam cerita,dengan membaca aku bolehlah jadikan itu sebagai pengalaman untuk mematangkan diri aku sendiri selain menambah info pengetahuan umum.
aku ni kan malas sikit nak baca paper dan tngok berita yang terpacak setiap kali pukul 8 malam.jadi dengan berblogging ini aku akan tahu secara tidak langsung apa yang berlaku disekitar aku.korang kan suka update info info terkini kan?haaa itu yang aku suka.hahaha.
sebab yang lain ialah,aku kekurangan kawan yang boleh berbicara.kadang kala kawan itu faham apa yang kita lalui dan kadang kala tidak memahami keadaan kita.jadi aku mengambil inisiatif untuk melepaskan apa yang terbuku ini dengan berblogging.aku rasa sedikit terlepas beban apabila aku berblogging dan coretkan apa yang sepatutnya aku luahkan kat teman berbicara.
kalau korang perasan blog ini adalah terdapat entry yang agak keperibadian lah juga selain daripada aku update tentang info dan ilmu pengetahuan am atau umum ni.ilmu harus dikongsi kalau nak ilmu yang banyak kan?sebab itu aku tak kedekot dalam berkongsi ilmu dan info terkini seperti korang.
eyh sedar tak sedar entry kali ini agak panjang dari yang biasanya.banyak sangat aku bebel ni.haa ini juga salah satu cara untuk aku mengasah cara aku menyusun ayat dengan berblogging ni.ini juga tanda dan bukti aku minat dalam berblogging sampai menghasilkan entry yang agak panjang ni.hahaha.
sebenarnya,nak berblogging ini tidak perlukan niat yang terlalu fantasi sangat lah.contohnya macam nak kejar glamor,nak femes,dan sebagainya.kalau itu niatnya,lupakan jelah sebab berblogging bukan pasal itu sebenarnya.jadi fikir fikirkanlah niat itu,dan perbetulkan niat,insya~Allah semuanya akan jadi betul tanpa kita sedari :)