Saturday, March 5, 2011

sekiranya...



assalamualaikum kepada semua readers dan follower yang saya hormati sekali yang sedang membaca entry ini.

pertama sekali saya ingin meminta maaf kepada sesiapa sahaja yang merasakan kehadiran saya ini hanya membuatkan kehidupan orang lain terumbang ambing.saya juga tahu sesetengah pihak merasakan tidak senang hati dengan kehadiran saya.

saya ingin meminta maaf sekiranya kehadiran saya hanya mengundang kedukaan kepada yang berkenaan.saya betul betul tidak menyangka bahawa kehadiran saya dalam hidup hanya membebankan dan menyusahkan serta memusnahkan kegembiraan orang lain.

saya tidak bermaksud dengan menghadirkan diri saya sebagai orang yang merampas segala keceriaan,kegembiraan dan senyuman dari orang lain.saya tidak ingin muncul dalam kehidupan sesiapa sebagai perampas kebahagiaan orang lain.itu bukanlah diri saya yang sebenarnya.

saya hanya mahu membawa keceriaan,senyuman,kegembiraan dan kebahagiaan ke dalam hidup orang lain.tapi apakah daya saya hanya manusia biasa yang hanya merancang dan Allah itu maha mengetahui segala apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

ye,saya tidak mempunyai pilihan sebagai insan yang lemah.kadang kala apa yang saya lakukan,saya dah buat yang terbaik,tapi bagi sesetengah orang,itu bukanlah yang terbaik yang saya lakukan.saya akui tak kesemua perlakuan saya dan apa yang saya buat boleh memuaskan hati semua orang.

saya juga tahu bahawa saya mungkin tidak dapat menjaga hati sesetengah pihak yang berkenaan kerana saya tidak mampu untuk menjaga kesemua hati orang dan saya juga tahu setiap tindakkan saya,pasti akan ada yang akan terluka kerana tak semua orang boleh menerima apa yang saya lakukan.

apa yang saya lakukan mungkin tiada maksud dimata orang lain,tapi ada maksud bagi saya cuma mungkin orang lain tidak memahami cara saya berfikir dan cara saya melakukan sesuatu itu tak difahami oleh orang lain.

orang lain tidak memahami cara saya itu bukanlah perkara yang besar buat diri saya kerana yang paling besar buat diri saya adalah saya telah merampas segala kegembiraan yang diraih oleh orang lain.saya tidak mahu perkara seperti ini berlaku.

cukuplah sekadar ia menjadi kenangan pahit yang dulu.kini sekiranya kehadiran diri saya hanya mengugat kegembiraan orang lain,saya akan pergi dengan reda dan berharap selepas pemergian saya,kegembiraan itu akan hadir kembali seperti biasa.

cukuplah saya dilabel sebagai perampas kegembiraan orang lain.cukuplah semua itu berlaku pada masa lalu.saya hanya ingin meneruskan kehidupan saya sebagai orang yang baru lahir,iaitu terhindar daripada  berlakunya perkara seperti ini dan perkara-perkara yang lain.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

2 comments:

riben putih said...

kenapa ni ai sis..adekah akak ade kena mengena dgn hal ni.? akak mintak maaf kalau akak ade wat ai sis terasa hati or something yg ai sis tak suka..maaf ye... jangan sedih2~ chill yep!

Ai-Sis said...

bukan pasal kak la.tapi pasal orang lain.