Saturday, March 26, 2011

apa??accident?

assalamualaikum kepada pembaca dan pengikut yang setia membaca apa yang dicoretkan.malas nak buat pendahuluan yang panjang panjang,jadi mari kita ke isi yang seterusnya.

sebagai seorang manusia yang membawa kenderaan pada mula-mulanya,mestilah korang semua pernah accident ataupun jatuh bagi yang menaiki motorsikal.kat sini nak ceritakan bahawa budak comot ini telah pon terlibat dengan accident yang boleh dikatakan kronik gak lah keadaan.yang kritikal cuma motorsikal je.

kejadian bermula pukul 8.30 dimana, dihadapan sekolah Ta'yah iaitu sekolah perempuan sahaja.kejadiannya macam ini,di depan sekolah ta'yah itu,ada  buat pusingan U turn.kat situ,nak masuk buat U turn.sebelum sampai kat U turn tu,dari round abot.

lepas je dari round abot tu,sebuah kereta kancil,laju sederhana.takde lah laju mana.tapi memandangkan saya berada di lane sebelah kiri,saya pon bagi signal dan laju la bila kereta kancil itu da laju skit sebab nak potong masuk sebelah kanan ke U turn tersebut.

da lepas daripada kereta kancil tu,saya pon masuk la sebelah kanan,macam biasa,kan.tup tap tup tap BOOM! kena langgar dari belakang.pergh terpelanting masuk kat tengah divider yang diorang tanam pokok tu.sebelum masuk kat celah pokok tu,of course la kena sagat skit kat jalan tar tu.

pergh terduduk dalam posisi menunggang motorsikal kat tanah tu.dalam masa 5 saat macam tu kot blank kejap.pastuh terus bangun dengan rasa takut la sebab motor member,kang member nak g college macam mana pula kan??

mula laa nak marah si owner kereta kancil warna putih ni.time tu tak rasa ape luka pon sebab adrenalin kuat lagi time tu,haaa ingat tak payah pergi klinik.haa.mula la nak naik angin,tapi nasib baik ade lagi sorang member time tu halang daripada aku marah dan pkul orang tu.

sib baik masih boleh control emosi lagi nak settle.mulanya nak settle kat balai.aku cakap la repot polis.pastuh dia da muka cuak,sebab aku da bagi signal dan aku da potong dia,so dia kena la slow kan kereta dia,ini tidak,langgar je.pergh bapak dia ar.

pastuh dia cakap nak selesai macam tu je sebab takde patah tulang ke ape ke,nak settle dengan bayar RM500.pergh mana boleh.baiki motor pon dah RM650.00,nak bagi RM500.pastuh kawan aku cakap bayar RM800.00.mula tu dia kata takpe lah,bayar RM700 je.pastuh aku cakap la ini motor member aku,kalau motor aku,aku berani nak ambik RM700.

pastuh dia fikir masak-masak terus kata nak bayar RM800.00.aku call punya call owner motor ni,dia tido pula.so nak tak nak terpaksa la terima RM800.00 tu.pastuh tengah deal dengan owner kancil ni,kereta kancil ni berhenti kat lorong laju.dia bukak lampu emergency,tetiba ade pula kereta langgar kereta dia tetiba.

pergh dia langgar aku,orang langgar dia.so kalau dia bayar RM800.00 tu dia tak rugi pape la sebab boleh claim balik dengan orang yang langgar dia tu.pergh tak puas hati betul.hahaha.tapi tu la,pape pon alhamdulillah la sebab cuma luka je.takde patah tulang pape.kalau tak,wallahualam.sib baik la pakai sweater,seluar jeans dan kasut.kalau tak,da rabak da kulit badan,tangan dan kaki aku.sweater dengan seluar jeans koyak skit.

so aku pon claim la kat dia kata hantar aku kat clinik yang terdekat je.tak perlu nak g klinik yang memahal dan jauh.pastuh dia hantar kat poliklinik.haaa memang mahal ar kena.dalam RM60.00 terbang duit dia.itu tak termasuk dalam RM800.00 tu sebab itu dikira perubatan aku lah.

memandangkan hari ini ada program Battle Of The Band,aku gagahkan juga diri ini walaupun accident,aku datang juga dan menjayakan program tersebut.alhamdulillah program berjalan lancar walaupun aku accident.ini yang dinamakan commitment. huuhh.masa bertugas tu,tahan jela sakit.memang tak boleh buat ape dah.

huhuhu nah gambar motor yang dah kritikal.












total semua nak buat balik kat kedai adalah berjumlah RM650.00

luka aku ni,tak perlu la nak tunjuk sebab tak sesuai untuk dipaparkan.bagitahu kat mana jela aku luka ye?aku luka kat buku lali sebelah kiri.bukan tumit ye,tapi buku lali yang terbunjol keluar tu.pastuh luka kat pergelangan tangan dikedua dua belah tangan.pastuh kat pinggang sebelah kiri,bahu sebelah kiri dan kat siku sebelah kanan.rasa lebam dan bengkak tu,biasa la.terasa cam bengkak kat sebelah kaki kiri.

dah la 5 haribulan ni g bowling.sebelum tu,2 haribulan pula,pergi camp kat teluk senangin.pergh dah la accident macam ni,nak pergi camp dan pergi main bowling pula.giler ar.hahaha ;p
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

8 comments:

syairahmohdanuar said...

lain kali hati hati and jaga diri ye :)

Anis Aryna Shamsuddin said...

cepat sembuh ye.. :)

Ai-Sis said...

terima kasih.berhati hati sahaja tidak cukup kalau orang lain tidak berhati-hati juga. :D

Ai-Sis said...

anis;insya~Allah doakan yang terbaik untuk saya ye :D

mysara said...

lpas ni, berhati2 ye..;)

Ai-Sis said...

hehehe thanks mysara :D

.Cik Nana. said...

xtahu pun..

Ai-Sis said...

eyh tak tahu ke??ingatkan da tahu daa kak husna :(