Friday, March 11, 2011

nak tukar...tapi...

assalamualaikum kepada semua yang membaca dan melihat serta para pengikut yang setiaberusaha membaca entry yang dicoretkan oleh budak comot ni.

rasa jeles sangat bila tengok ramai kawan yang sering bertukar tukar wajah muka.err bukan wajah muka mereka yee.tapi wajah blog mereka.terasa jeles sebab setiap kali mereka bertukar wajah mesti bertambah comel dan bertambah gempak blog mereka.

bukan nak suruh orang tolong ubahkan dan bukan tak reti nak ubah wajah blog sendiri.tapi terasa macam malas sangat laa nak tukar baju/wajah blog sendiri.tak ade rasa cam excited nak mengubah wajah blog sendiri.tapi bila ade orang suruh ubah wajah blog mereka,terasa cam excited plak.pelik je.

terasa malas nak tukar sebab,banyak benda nak dititik beratkan.kalau nak tukar,header kena tukar,warna kena tukar,background kena tukar,senang citer semua sekali la nak kena tukar.dah la nak cari/buat banner memerlukan masa yang sangat lama untuk buat.

masa cuti yang pendek ni laa malas nak buat benda bebanyak.kang nak start kelas lagi.nak start buat short drama plak pas ni.so malas dan terasa malas sangat sangat nak tukar wajah blog ini.better biarkan macam ni je untuk sementara waktu.

malas nak kusutkan otak nak ubah wajah blog.haha.tak taw kenapa semenjak dua menjak ni duduk kat rumah je jadi bapak pemalas punyaaaaa.kalah setan setan kat luar yang ske merayap g pub semua tu.betapa teruknya malas penulis blog ini ketika di rumah.

hadoi...ubah ubah laa perangai tuu daripada malas ke rajin.berhijrah la yee.berhijrah untuk kebaikkan.tapi entah la.masih tiada kekuatan untuk berubah sifat malas ke rajin bila didalam rumah ni.kat tempat belajar rajin plak.

script yang mana idea perkongsian budak group boleh buat sorang dalam masa satu hari setengah.siap ade 8 act lagi.scene jangan cerita laaa.banyak gila nak kena lukis.tapi buat masa ni script je laa.yang lain tak gerak lagi.hadoi...

jangan cakap pasal blog laa.dalam kepala ni macam macam benda lagi yang ade dok nak kena pikir.jadi korang korang semua harap harap takde la rasa bosan sangat tengok blog ini tak bertukar tukar jadi mask rider yang lain yee.bila dah betul betul free dah tak terikat dengan tugasan iaitu cuti panjang la senang cerita kan.penulis blog ini akan cuba mengubah wajah blog ini.

sementara tuu tunggu jela dan baca jeeeee hidangan entry yang disajikan.hehehehe.sayang korang.thanks for supporting penulis blogger yang comot ini untuk meneruskan penulisan entry yang merepek repek ini.heeeee jasamu akan ku kenang sehingga ke akhirnyaaa.


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

4 comments:

Miss Shikio said...

ta payah tukar...

cm ni jew senang, simple.

blog ni pown x 'berat' cm sesetengah blog..hahah ^^

Ai-Sis said...

memang betul.tapi cadang nak tukar wajah je.tak tambah ape-ape widget takut berat nak upload dan membuatkan para pembaca susah nak baca.

farhana masdo said...

setuju ngn miss shikio :)

Ai-Sis said...

maso;setuju aje.haha.

thanks for supportin followers and readers :D