Wednesday, March 9, 2011

10 perkara



assalamualaikum kepada para followers dan bloggers yang setia membaca entry yang dipublishkan.kali ni nak berkongsi serba serbi sedikit dengan diri yang tah ape yang merasuk tah malam ni tetiba sedih plak.padahal tadi hati berbunga bunga.sekarang sedih tetiba.pelik kan???yela.siapalah diri ini didepan mata mereka semua kan?heeeee*tahcink sebentar*

macam macam.ok nak kongsi skit bagaimana penulis blog ini menenangkan hati dan jiwa yang gulandah ini yang selalu nak tahcink dan sedih sesedap rasa je kan?*tampordialelaju*

1st
penulis blog ini akan mendengar lagu sepertimana yang dia dengar sekarang sambil taip entry ini.kengkadang dia nyanyi sendiri*perasan suara sedap* bila dengar lagu,dia akan menghilangkan diri dia yang yang sebenar dan berada dialam dia yang tersendiri iaitu alam rekaan dia sambil melayan FB/SB

2nd
penulis blog ini melepak kat dalam bilik,tepi tingkap tengok bulan dan bintang.bagi penulis blog ini,dilangit itu ada ketenangan yang dicari.tidak seperti di bandar bandar sebab sesak dengan kenderaan,anjing yang berkeliaran dan melalak lalak yang suka menganggu ketenangan umum.penulis blog ini sukakan suasana yang sunyi,cantik mata memandang dan sejuk hati ketika melihat.

3rd
penulis blog ini akan mencoretkan entry merepek repek seperti sekarang.bagi penulis blog ini,mencoretkan sebuah entry merupakan salah satu skill yang boleh diasah untuk mencoretkan sebuah karangan yang lebih panjang daripada karangan SPM dimana coretannya tiada format yang ditetapkan.ok pelik sebentar.tapi itu lah penulis blog ini lakukan.

4th
penulis blog ini tidur ikut kepala dia.haaa yang ini memang habis la kan.dah tidur maksudnya tiada kesedaran lagi didalam otak yang telah dishut downkan.ini kerana bagi penulis blog ini,tidur juga merupakan salah satu perbuatan yang merehatkan minda daripada berfikir perkara yang sedih.tapi yang peliknya bila bangun balik,dia akan terfikir kembali apa yang dah berlaku dan kembali sedih.*otak blank*

5th
penulis blog ini akan keluar sengsorang macam orang gila.merayau sana sini cuci mata.bagi penulis blog ini,dia merasakan dengan keluar seorang diri,dia berharap dapat menenangkan diri dia sendiri sesudah melayan perasaan yang kemelut hati tu.tapi makin dia berseorangan,makin dilayan perasaan sedih tu.pelik punya orang.

6th
penulis blog ini akan melantak makan.macam tadi.melantak makan je.tu yang gemok tu.*gemokgemokgemok* tapi penulis blog ini tak kisah pasal gemok.asalkan dia gembira.tapi dia sedih gak sebab badan yang sedang gemok ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit.haih..

7th
penulis blog ini akan bermain game sampai tak ingat dunia.game yang digemari ialah game lawan lawan.haaa.malangnya takde game kat dalam umah ni.jadi dia pon bertambah sedih la bila da jadi macam tu kan?nak beli duit pt da habis*takdekenamengena*

8th
penulis blog ini akan menjadi gila sengsorang dengan mengacau orang lain sambil ketawa berdekah dekah secara tak ikhlas kerana sedih.tapi bila dia start kacau orang,orang itu akan marah dia.dan secara tidak langsung dia bertambah lagi sedih.niat di hati nak kembali riang,tapi bertambah sedih pula.

9th
penulis blog ini makan coklat.haaa ini salah satu cara untuk menghilangkan rasa sedih bagi pihak perempuan.dia pon cubaaaa.tapi sayangnya.duit pt da habis.jadi dia tak boleh nak beli coklat hanya sekadar melihat dari jauh sambil menitiskan air mata melihat coklat itu berada jauh dari genggaman.

10th
penulis blog ini akan ketawa sepuas hati.orang kata ketawa kuat kuat biar orang tak taw kita sebenarnya ngah menangis.mula la dia nak gelak kuat kuat macam orang kena sampuk.tapi ade orang cakap,dia gila sebab ketawa macam orang kena sampuk memalam.sedih juga la kan kena macam tu.silap haribulan kena hentak dengan gayung air.

tu jela nak kongsi.malangnya semua yang dia buat takde nampak kesan kesan nak kembali riang.kesian dia.ish ish ish.tak kesian ke?now ce suggest cara untuk buat dia rasa gembira dan riang kembali.boleh?sebarang cadangan boleh la dicomment bawah entry ni ye.kalau ade lah.saya tahu memang takde punya.kan?


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

8 comments:

ann said...

agak terasa situasi yg same seperti diatas..hehe

hafiz hafizol said...

hhehe... betol la 2...

~iera nazirah~ said...

sy suke no6..hehe

Ai-Sis said...

anis;ye kee??situasi yang bagai mana ye?

aida said...

an very understanding entry for new bloggers... =)

Ai-Sis said...

hafis;err ape yang betul?

Ai-Sis said...

ierah;ye ke?teima kasih :D

Ai-Sis said...

aida;errrrr.ye ke?thanks