Friday, September 30, 2011

kemurungan emosi



assalamualaikum

hari ini terdetik di hati nak update blog pasal kemurungan emosi.bukan nak cerita pasal keburukkan atau kebaikkan dan sebagainya tentang kemurungan emosi.tapi aku nak cakap yang aku sekarang ni mengalami kemurungan emosi.

kerana apa?haaaa biasalah masalah masalah hati dan perasaan.kerana tanpa dua benda ini,maka manusia akan dikatakan sebagai manusia yang lengkap.hurm....kemurungan emosi ini sangat sangat annoying buat diri aku ketika ini.pelik.benda kecik aku boleh menghadapi kemurungan emosi.

korang mesti nak tahu pasal apa kan?maaflah aku tidak boleh memberitahu sebabnya kenapa.dan aku pasti ketika saat ini sekiranya seorang kawan membaca,sudah pasti dia akan kata bersabarlah dan sentiasa mengingati Allah.

tapi bukan itu yang aku cari.aku mencari orang yang boleh menghiburkan hati aku ketika aku down,bukan kata-kata sabar yang dibisikkan kerana kata-kata tidak dapat membantu aku untuk gembira.hanya dengan mengalami sesuatu yang menyeronokkan sahaja yang boleh buatkan aku lupa seketika tentang semuanya.

hurm...yealah apakan daya,nak harapkan orang disini,semuanya hampeyh.hanya berdusta dan bersandiwara sahaja.dunia yang penuh dengan hipokrit semata-mata.bukan aku tak tahu perangai masing masing.cuma aku buat buat tak tahu je.buat apa fikir kalau menyakitkan hati?bertambah tambah lagi masalah kemurungan aku ni tak pepasal.

jadi apa gunanya blog?ini lah juga salah satunya kenapa aku berblogging dari dulu lagi.sebagai platform untuk aku melepaskan apa yang terbuku dalam hati aku.yeah mungkin korang akan cakap,kenapa dengan aku?gila ke?minta simpati suruh orang baca benda macam ni ke?tak habis habis dengan emosi down.

tentang itu aku tak boleh buat apa.aku hanya menulis apa yang aku rasakan ketika ini.seperti yang tertera di sebelah kanan,aku dah bagitahu yang aku hanya menulis apa yang aku rasakan.jadi tak perlu nak mempersoalkan apa yang aku tulis dalam ni.

hurm...i'm just a pathetic person from the beginning until the end of the time.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

3 comments:

RinsyaRyc said...

kemurungan emosi nih, lebih elok kta baca al-Quran, ingat Allah.... (kalo Islam la)

kalo pi disko ke apake, sama cam orang tak dek agama..


-kita sama ah, aku tension mesti lepas kat blog.. ^^-

http://bulatmata.blogspot.com/

emy|farid said...

luahkan apa yang terpendam

Sya_Merpati Putih 88 said...

kalau emosi tak menentu baik rajin2 baca Al quran, selain dr tue buatlah benda yg kt minat dan pergi tempat yg boleh tennag kn fikiran mcm laut ke..kalau stress sgt pegi bercuti / melancong ke mana2..