Thursday, September 1, 2011

Cerita AKU




assalamualaikum.

cerita...cerita AKU ini banyak pancaroba dan ragam.seperti sebuah cerita yang diceritakan di atas pentas teater untuk tontonan.ya seorang Pengarah yang paling berkaliber telah pon mengarahkan cerita AKU ini.mari lihat review cerita AKU ini.

seperti aku,aku juga empunya cerita dan kisah yang tersendiri di mana script itu telah pon tertulis sejak dari watak aku dicipta di atas pentas teater ini.

mood cerita aku tiada bezanya dengan cerita orang lain cuma jalan penceritaan itu yang membezakan segala-galanya tentang cerita seseorang itu dan ini adalah cerita aku.

aku adalah seorang watak yang diberikan nama samaran sebagai Ai-Sis*di alam maya je*cerita aku bermula pada 11 june.iaitu tarikh watak aku dicipta oleh Pengarah.

watak aku adalah seorang yang ceria,berdikari,mengambil berat dan seorang penyayang.seperti drama petang petang,kalau semuanya gembira sahaja,tentulah bosan ceritanya.tiada kemuncak dan suspen sebagai perencah menarik terhadap sesebuah cerita.

Pengarah itu maha adil,Pengarah buat semuanya bersebab dan semua cerita itu ada sesuatu yang untuk difikirkan.tapi tak semua watak cerita itu semuanya bagus bagus belaka.tapi semuanya telahpon di rancang oleh Pengarah setiap cerita yang dicipta.

watak watak yang dicipta sering kali mempersoalkan kenapa jalan ceritanya ada yang mendatar,ada yang menaik dan ada yang menurun.seperti aku,banyak yang menurun daripada mendatar dan menaik.

tapi aku tak pernah nak soalkan apa-apa yang Pengarah rancangkan untuk aku dalam cerita ini bagi aku Pengarah itu adalah pengarah yang paling terbaik dalam segala-galanya.

aku diberikan watak sampingan yang mana selalu mendampingi aku semasa cerita aku dirakamkan.aku diberikan suasana yang sederhana dan segala apa yang aku perlu aku dapat dengan izin Pengarah tapi tak semuanya.

ye benar,tak semua yang aku inginkan akan diberi oleh Pengarah mungkin itu adalah terbaik dimata Pengarah untuk cerita yang dilakonkan oleh aku.

cerita aku ini penuh dengan dugaan dan pancaroba yang melanda aku dari kiri,kanan,depan,belakang,atas dan bawah tidak kira dimana aku berada.tapi aku bernasib baik kerana watak aku ini,reti bersyukur dan sangat penyabar.tidak terburu-buru dalam melakukan sesuatu.

tapi aku juga tidak terlepas seperti watak yang lain,selalu tertanya tanya mengapa jalan cerita aku begini?mengapa tidak seperti yang aku dambakan?

aku tanya kepada Pengarah,tapi Pengarah diam.Pengarah meneliti dan dalam diam Pengarah mengubah jalan cerita aku yang mana script pon telah ditukar oleh Pengarah supaya aku merasakan cerita aku ini adalah yang terbaik dari Pengarah.

betul,Pengarah diam tak semestinya Pengarah tidak buat apa-apa kan?jadi janganlah persalahkan Pengarah ke atas apa yang dirancangkan dalam sesebuah cerita.tanpa Pengarah,siapalah kita ini kan?

kalau nak diceritakan tentang cerita aku ini,memang tak bolehlah sebab cerita aku ini belum sampai lagi ke penghujung.mungkin baru 15% yang terakam.dan cerita ini akan ditayangkan tidak berapa lama lagi.begitulah review "cerita aku" ini.jangan lupa untuk saksikan cerita ini dan ketahui penghujung ceritanya yang sungguh mendebarkan ;)

Tajuk : Cerita AKU
Pengarah : Allah S.W.T
Skrip : Takdir
Watak Utama : Pemilik Blog sebagai AKU
Watak Sampingan : keluarga dan orang sekeliling
durasi : seumur hidup
klasifikasi : U


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

5 comments:

hatikubaik|mohdhazlan Dreadlock said...

hidup adalah pentas opera ....trskn melangkah walaupun payah ...:)

slmt hr ry...

nur amalina athman said...

entry yg menarik..:)

Zul Fattah said...

terbaik r.. kita cuma menumpang je di dunia ni bro.. so buat r cara penumpang haha..
ei..
salam kenal.. be frend k

Cik Leen_Dewi Syifa said...

hdup adalah anugerah...kita yg mencorakkannya...:D

Eyda Syahida said...

harap anda kuat dlm hadapi setiap dugaan n cabaran~