Saturday, September 24, 2011

Anniversary ikut bulan?



assalamualaikum

heeee lamanya tak update blog ini.busy dengan jadual yang tersendiri.banyak sangat benda nak buat sebab dateline yang sangat pendek untuk dihantar jadi tiada masa untuk membuat entry dan membersihkan blog yang agak sudah berabuk ni.

back to the topic.sekarang ni selalu sangat lah aku tengok ade status update "happy anniversary yang ke 2 syg" aku pon pelik bila tengok anniversary?cepat betul?takkan da genap setahun kot diorang ni bersama?padahal baroo je bulan lepas ishtiharkan mereka bersama?

baroo aku tahu sekarang ni adalah trend zaman terkini kot?rata-rata semua nak anniversary mengikut bulan.mungkin lama sangat kalau nak tunggu ikut tahun jadi ikut bulan pon jadi lah janji ade anniversary untuk diraikan bersama-sama.

bagi aku,perkara seperti ini akan menghilangkan kemanisan dalam berhubungan.nak tahu kenapa?anniversary ini sangat penting untuk setiap pasangan kerana mengingati tarikh,masa dan tempat dikatakan sangat romantik untuk setiap pasangan kerana mampu mengingati saat saat bersejarah dalam hidup mereka.

bagi aku penungguan untuk meraikan hari ulangtahun bersama dengan kekasih adalah sesuatu penantian yang sangat berbaloi berbanding meraikannya mengikut bulan kerana kemanisan itu tidak sama seperti setahun sekali meraikan.seperti raya.setahun sekali sudah pasti banyak mengimbau pelbagai nostalgia manis dan duka bersama.

pasangan akan merasakan bosan terutamanya lelaki sebab bagi lelaki benda seperti ini adalah remeh temeh dan perlu sentiasa mencari idea untuk menawan hati pasangannya apabila tiba tarikh mengikut haribulan setiap bulan.ini boleh membuatkan lelaki kebuntuan idea dan menjerus lelaki untuk merasakan bosan kerana tiada idea yang baru.

sebagai seorang manusia,adalah lumrah jika membuat sesuatu perkara dengan kerap mengundang kebosanan dalam hati.kadang kadang juga boleh mendatangkan kerimasan terhadap diri pasangan tersebut jesteru hubungan tidak berkekalan lama.

bukan nak kata raikan anniversary setiap bulan itu tidak baik.baik je.banyak benda dan kenangan manis yang boleh dikumpulkan di kotak memori pasangan masing masing.memang baik,tapi apa yang dimaksudkan oleh aku ialah kemanisan itu akan hilang sepertimana jika selalu raikannya setiap bulan.

rasa itu tidak sama dengan orang yang meraikan setahun sekali kerana pasangannya akan mengingati detik detik terindah itu lebih mendalam berbanding pasangan yang meraikannya setiap bulan.bagi aku biarlah setahun sekali meraikan kerana itu adalah tarikh yang sebenar dan tepat sewaktu memulakan hubungan dengan si dia,tidak mustahil juga lelaki akan mempamirkan sikap romantis yang tersembunyi ;)
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

3 comments:

emy|farid said...

nak tanya, kalau dh 5 thun kaple n sekarang tunang, terasa sgt bosannya kadang2, pe cara eh nak bgi mood mcm awal bcinta dtg blik? *lgi2 cinta jarak jauh* dugaan tol

Nur Ain Zubir said...

trbaikkkkk...huhu

Terbang Bersamaku said...

apa2 pun terpulang pd masing2..
tp mmg alau dah slalu sangat sambut anniversary mg dah takde yg istimewanya..