Saturday, September 17, 2011

flash header?

assalamualaikum

yeaaayyy da guna flash header.hehehehe.header ini adalah design aku sendiri.baroo belajar nak berjinak jinak dengan flash header ni.maklumlah dunia sekarang ni da maju kan?so kena la berjinak jinak dengan yang berkaitan dengan bidang IT ni.kalau tak orang kata ketinggalan zaman.

bukan ape.flash banner ini direka oleh aku yang baroo nak berjinak jinak dalam bidang ini.so tak seberapa cantik la sebab baroo nak mengasah skill dan ini merupakan percubaan pertama aku sendiri dalam menghasilkan header flash.

hehehehe da macam budak perempuan punya header flash da aku design ni.hahaha.merewang rewang sambil ditemani oleh sang rama-rama.comel tak?wakakaka.kidding je.update entry ini hanya sekadar suka suka je sebab boring.header ini da lama da siap tapi ade banyak benda yang tidak dapat dielakkan.

contohnya seperti aku da upload flash header ni kat website yang menawarkan perkhidmatan secara free untuk mengupload kan segala benda kat dalamnya tapi malangnya flash banner itu tidak menjadi.tak tahu la sama ada problem kat server ke ape ke kan?

so tertangguh-tangguhlah sampai ke hari ini.tiba tiba muncul seseorang bernama Fahmi Mahat yang tolong aku untuk upload flash header ini dan tolong aku pasangkan sekali sebab berdasarkan apa yang dia katakan memang aku ikut tapi tak menjadi.jadi dia sendiri yang tolong pasangkan.

jadi kat sini nak ucapkan credit dan thanks kepada Fahmi mahat sebab tolong aku dalam memasang flash header ni.hahaha segan gilak bila aku terpaksa suruh seorang pendesign tolong aku upload dan semestinya dia akan cakap cam budak budak je design aku ni.kah kah kah.

maaflah aku budak baroo belajar.hehehehe.bakal membuat yang lebih baik pada masa akan datang selepas skill mendesign aku diasah.hehehe.k la itu je nak cakap.kah kah kah.terima kasih sebab membaca ;)
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

2 comments:

Ain Fadhilah said...

Ceh!Flash Header!Jelesnya >< buat kan satu boleh?hehe

Miss Butterfly said...

eh2.. butterfly lhaa.. jeless!! >.<

ehemmm2.. nak satu boleh? lalala~