Monday, April 4, 2011

tabiat



assalamualaikum kepada para pembaca dan pengikut yang setia.

kali ini nak buat entry sedikit pasal tabiat orang melayu dan orang cina.korang mesti rasa cam,apesal plak laa penulis blog ni nak bangkitkan pasal tabiat plak ni kan?mesti korang rasa cam,pukul gak dak ni kang.tapi disini saya tidak membangkitkan isu perkauman.hanya sekadar memberitahu dan menasihati sahaja.jadi jangan salah faham.coretan ini juga ditujukan kepada diri saya sendiri sebagai orang melayu.

first of all,.bukan nak kondem bukan nak kutuk bukan nak menghina sebab aku ni pon orang melayu walaupun aku ni mix dengan cina,so aku nampak la perbezaan ketara yang sangat jelas antara kaum melayu dan cina ni.orang cina di malaysia lebih maju daripada orang melayu.kenapa?pernah fikir?

kebanyakkan penceramah motivasi melayu yang memberi ceramah mengenai kejayaan selalunya mereka kaitkan dengan orang cina dan tabiat mereka.kenapa?sebab mereka sendiri mengakui hakikat yang sebenarnya.mereka sendiri mengatakan melayu itu amat pemalas.nak keuntungan,tapi kerja lebih tak nak buat.itu yang disuarakan oleh penceramah sendiri.

bekas perdana menteri kita,Tun Dr. Mahathir pun pernah cakap.melayu takkan maju selagi mereka malas dan hanya tahu mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain yang bersusah payah kecapi.itu memang terlalu bersetuju lah.dari zaman sekolah lagi,da nampak perbezaan ketara antara student cina dengan student melayu.

bukan lah nak kata melayu ni takde yang maju,ada.tapi terlalu sedikit.berapa ramai je yang boleh dikira?tak banyak.sebab itu ekonomi dimonopoli oleh orang cina.salah satu tabiat orang cina yang paling ketara ialah,mereka suka mencuba nasib dalam sesuatu perkara yang baru dan mereka cuba untuk membuat sedaya yang boleh.

kalau orang melayu,asal dapat keuntungan sikit sudah cukup.macam orang jual nasi lemak kat rumah aku tu.jualan dia sngat laris.tapi tu lah.dapat je keuntungan skit,buat perangai.malas nak ambik order lah,buat buat tak tahu ade pelanggan pula.buat buat tak nampak.acah tak acah je bila ade pelanggan.

tak boleh ke kita ambil benda yang baik dari orang cina?kita berusaha bersungguh sungguh untuk mendapatkan apa yang kita mahukan sebagai seorang melayu?banyak benda positive yang boleh kita ambil dari tabiat/cara orang cina buat kerja.

tapi entah lah.dari dulu bekas perdana menteri kita da  katakan macam tu,tapi macam takde perubahan pon.mungkin juga pengaruh orang lama-lama dulu,siapa tahu kan?tak boleh nak salahkan orang sekarang ni juga.haih entah lah.bila orang kita nak maju dan monopoli kembali ekonomi kita?

banyak lagi nak cakap,tapi takot tersalah cakap sehingga membangkitkan isu perkauman.so sebelum jadi macam tu,lebih baik aku berhenti cakap pasal benda ni.kang takpepasal ade je orang nak hack dan buat macam macam.

ini hanya sekadar renungan untuk diri sendiri.bukan nak mengutuk bukan nak kondem.tapi hanya untuk peringatan untuk diri sendiri yang semakin layu dengan sikap malas.ini hanya untuk menjadi pembakar jati diri sebagai saya sebagai orang melayu untuk berusaha mendapatkan apa yang diinginkan.jadi sila jangan salah faham.setiap orang ade pendapat sendiri.jadi sila jangan tunding jari sekiranya mahu menunding jari.dan tolong jangan sempitkan pemikiran anda ke tempat negative ye.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

No comments: