Saturday, April 2, 2011

lelaki tempatan VS lelaki korea/jepun


VS










assalamualaikum kepada semua pembaca.malas nak berpanjang panjang.

kali ini nak bincangkan sedikit isu lahh yang baroo je ditimbulkan oleh aku sendiri kat dalam SB tadi.iaitu kenapa perempuan di malaysia ini,majoritinya yang remaja lah kan,sangat suka dengan lelaki dari korea/jepun?kurang mengemari lelaki tempatan malaysia sendiri.mengapakah?

sebab yang diberikan oleh perempuan yang berusia remaja adalah sangat mudah.lelaki dimalaysia tidak bertimbang rasa.ganaz.selalu pukul perempuan.kalau da terlanjur,tak nak bertanggungjawab.suruh gugurkan anak kalau dah mengandung luar nikah.

lelaki korea pula adalah sebaliknya bagi mereka.berhati lembut,penyayang,ambil berat,kalau terlanjur mereka bertanggungjawab.suka membelai perempuan.pandai melayan dan mengambil hati.gaya yang sangat sempoi dan macam macam lagi.

ok disini adalah pendapat aku sendiri tentang isu ini lah.bagi aku la kan,semua yang dikatakan oleh mereka tentang lelaki tempatan sendiri yang negatif itu adalah kerana kita duduk didalam malaysia.so kita tahu apa yang terjadi dalam negara kita sendiri.

itu yang masuk berita.benda yang baik pula,takkan nak masuk berita kalau tak penting kan?jadi kita tak nampak dimana kualiti seorang lelaki malaysia yang mana kita hanya mendengar dan melihat benda negative sahaja disekeliling kita sahaja?patutkah kita labelkan semua lelaki dimalaysia ini dengan negative hanya kerana segelintir yang menjadi duri dalam daging?

seorang lelaki tak mewakili sejuta lelaki.maksudnya seorang lelaki itu berperangai sebegitu,tak semestinya yang lain juga begitu kan?orang sekarang ni,dengar je negative,haa semuanya negative.kita jangan la fikir macam tu.positivekan minda kita.

haaaa tentang lelaki korea/jepun pula,memang la kita disajikan dengan pelbagai cerita dan drama romantik/romantik comedi di kaca tv.tapi itu tak bermakna semua lelaki korea/jepun adalah begitu dan semestinya itu semuanya adalah lakonan sahaja.

lagi satu,mungkin sebab kita tak pernah jumpa secara live dan hidup serumah dengan mereka,jadi kita tak tahu perangai mereka yang sebenarnya.kalau dah selalu jumpa dan selalu duduk serumah dengan mereka,aku rasa,semuanya sama je.takde beza.bila da bosan,mula la kot cari orang luar negara yang lain?siapa tahu kan?hahahahahaha.

kita tak duduk di negera mereka,jadi kita tidak tahu apa yang berlaku dalam negara mereka.segala negative kita tak tahu kerana kita tidak didedahkan berita tentang negara mereka.yang didedahkan cumalah bila ia mendapat perhatian dari seluruh dunia.

mungkin kerana itu lah perempuan majoriti remaja dinegara kita minat dengan mereka.mungkin mereka pon macam kita gak.ade kes kes macam kita.mungkin lebih teruk lagi,siapa tahu kan?mereka je tahu sebab kita tak duduk kat negara mereka.

hehehehe.bukan nak bangkang bukan nak larang bukan nak no entry la kan.cuma pelik je sebab majoriti bila lepak dengan kawan perempuan,mereka selalunya berkata kata tentang lelaki korea la,lagu korea la,cerita korea la,pelakon korea la.kenapa tak cakap pasal malaysia?da bosan dengan lelaki malaysia ke?itu jee.harap jangan marah yee.ini hanya sekadar topic untuk menghiasi blog ini yang dah lama tak up to date sangat. :D
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

4 comments:

@ Syima Raaif @ said...

dan akhirnye nanti mereka akan berkahwin dengan lelaki melayu@tempatan jugak ^^

Ai-Sis said...

hahaha.betul.tapi tu la.pelik je bila ramai remaja perempuan yang gilakan lelaki dari luar negara terutama korea dan jepun.

il ya na said...

akak suka lelaki tempatan kulit tann mcm remy ishak yawwww

Ai-Sis said...

hahaha.wahhh.ye ke?lelaki luar negara tak minat ? :p