assalamualaikum
seperti yang dijanjikan,aku nak updatekan pasal dunia blogger yang menggemparkan tapi ditegah oleh tuan empunya diri kerana takot aku terkena tempias.da siap dah entry tu tapi terpaksa buat draft.mungkin da tiba masanya nanti aku akan terus publish.maaflah menghampakan korang yang tertunggu nak baca.tapi kawan aku sorang ni menegah aku untuk publish sementara waktu.
tapi buat masa ni aku tetap menceritakan juga tentang perbualan dua retis ini didalam satu group yang mana aku tidak boleh mention disini beserta nama mereka*sib baik la kawan aku tak benarkan*.aku tidak kisah sekiranya aku pula yang menjadi target oleh mereka-mereka ini selepas entry ini dipublish.dipersilakan.aku dah lama tak mengasah bahasa kelancangan aku ni.sekiranya dijadikan target,dipersilakan.
ade lah seorang admin tu,buatkan member aku ni jadi admin kat dalam satu group ni.boleh dikatakan admin ni retis juga la orangnya.suka juga la dia memberi teguran tapi bahasanya sangat lancang.samalah dengan kawan dia ini.korang semua kenal sangat dia ni sebab dia ni retis.retis yang disayangi orang ramai.tapi sayangnya orang ramai tidak mengetahui cerita yang sebenarnya.
kawan aku ni dilantik sendiri oleh retis ini untuk menjadi admin dalam sebuah group ni walaupun dia tidak teringin pon nak jadi admin.tapi kawan aku ni jadi admin pon tak lama sebab kawan aku ni tahu perangai si retis ni macam mana.kawan aku ni dah memang agak dah dia akan terkena dengan retis ini.
semasa menjadi admin group itu,ternyata jangkaan kawan aku ni benar.perbualannya telah pon di print screen oleh kawan kepada kawan aku ni.kawan aku ni dihina oleh retis yang melantik dia sebagai admin dengan kawan dia yang merupakan admin juga salah satu group.
kawan aku ni tak hingin pon nak jadi admin kepada group itu sebab bagi dia admin ke ahli ke semuanya same je.cuma ade kelebihan untuk approve dan delete je.tapi kawan aku ni dilabel sebagai babi oleh retis ini dalam perbualannya dengan kawan retis ini.
kebodohan itu menjangkau ke langit kah retis ini?lantik jadi admin pastuh menghina dan bercakap buruk.padahal dia sendiri yang lantik kawan aku ni jadi admin.hye jangan ingat kau retis boleh buat ape sahaja.retis itu tak lama.sekejap je hilang nanti.yang orang akan ingat ialah perbuatan buruk kau je nanti.
tunggulah masanya tiba nanti,kau kan tahu tinggi rendahnya langit dengan bumi ini bila Allah membalas kembali apa yang kau dah buat kat kawan aku sorang ini.bukan ini sahaja,banyak lagi benda yang kau buat kat kawan aku ni tapi sengaja dia suruh aku rahsiakan.
aku tahu apa yang kau and the geng buat kat kawan aku ni,tapi slack kawan aku ni tak bagi je aku bagitau semua itu kerana kuatir aku terkena tempias.memang aku takde kena mengena dalam hal ini tapi aku sebagai kawan,aku cuba menegakkan apa yang sebenarnya.
matang lah sikit.harap je retis tapi otak letak kat lutut.wey tolong ar sedar perangai buruk kau tu.kau kan suka tegur orang sana sini dengan kelancangan bahasa,tapi aku rasa kau tak layak nak tegur orang lain sebab perangai kau sendiri.tegur benda yang baik baik,tapi kau sendiri buat benda yang tak baik.layakkah kau ni nak tegur orang lain sedangkan diri kau lagi teruk daripada orang lain?cermin lah diri tu dulu bro sebelum kau menegur orang lain cara untuk membuat baik.dah tu suka pula putar belit cerita sebenar.orang yang tidak tahu kau macam mana,dia akan percaya sebab kau tu retis.orang yang dah kenal kau,tahu perangai kau,hah hilang respect brooo.serius hilang kalau orang tahu perangai kau yang sebenar.ni aku baru dedahkan satu.kau rilek je bro.banyak lagi masa untuk aku dedahkan satu satu perangai buruk kau.
aku bukan nak dedahkan aib orang,tapi aku tak nak ramai orang tertipu dengan gaya yang nampak seperti baik tapi lagi teruk sebenarnya.berhati hatilah dengan orang macam ni.suruh buat baik bagai,tapi diri sendiri lagi teruk.kau dah boleh jalan la bro dengan penampilan baik palsu kau tu.
korang semua tak percaya?ini buktinya si retis ini yang kononnya tegur orang buat baik itu ini.haaa inilah dia rupa sebenar.tapi kerana kawan aku ni kata padam yang lain,maka aku terpaksa padam.kalau ikutkan aku,memang aku tak padam biarkan ramai orang tahu siapa dia ni sebenarnya.kalau yang terlibat tahu ni baca comfirm terasa pedasnya.
aku bukan nak cari pasal.aku sedar aku sape.tapi aku sedikit pon tak heran kalau aku ni jadi target kau dalam entry kau tu.sebab aku tak luak pon dengan entry kau tu sebab aku dah tahu perangai sebenar kau yang suka putar belit cerita.jangan kau fikir kau retis aku takut nak bermain permainan dengan kau.jangan ingat aku ni diam aku tidak tahu apa-apa dan tak boleh nak buat apa-apa.anytime je aku boleh dedahkan semuanya pasal kau.biar dunia blogger tahu kau ni macam mana.
boleh click untuk besarkan gambar sekiranya tidak nampak
lihatlah kawan aku ni,da kena macam macam pon still tak bagitau orang ramai siapa yang dimaksudkan.haihhh.memang menjaga betul la dia ni.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.