Wednesday, December 14, 2011

gadis dan wanita




assalamualaikum.

kali ini nak update pasal sesuatu.yea benda ini bukan benda yang baru dalam dunia tanpa sempadan ini.dan yea ramai juga orang yang hebat dalam bidang IT ini.tetapi segelintir dari mereka menyalah gunakan ilmu yang dipelajari dari guru-guru mereka.

aku terpanggil untuk menulis entry sekali lagi kerana aku tak sanggup lagi menahan dan membiarkan orang yang tidak bertanggungjawab dalam memalukan maruah para gadis dan wanita sekalian tidak kira bangsa,kaum dan peringkat umur.kesemua mereka mempunyai maruah,tiada orang yang tidak mempunyai maruah diri melainkan diri sendiri yang tidak mahu menjaga maruah itu.

tadi aku dikejutkan dengan berita mengenai salah seorang blogger yang mana kawan aku juga,kira boleh la.takde la rapat sangat.awek orang.dia update status pasal perkara ini.perkara apa?perkara gambar mereka diupload dilaman lucah dan banyak yang diberi tajuk yang sangat merangsangkan nafsu seorang lelaki.bukan aku nak buat cerita,tapi dia sendiri memberi aku link itu dan aku telah melihatnya.

alhamdulillah gambarnya tiada yang seksi pon.semua lengkap bertutup.tapi yang aku kesiankan ramai yang menjadi mangsa manusia yang giler sex dan tidak bertanggungjawab ini.tak pasal pasal maruah mereka tercalar dengan hanya beberapa keping gambar sahaja.

kebanyakkan yang menjadi mangsa mereka ini boleh dikatakan 70% bertudung dan ada juga yang masih bersekolah.sungguh memalukan dan ramai juga lelaki hidung belang yang turut ber comment lucah tanpa segan silu diantara sesama mereka.

kawan aku ni menyedari apabila kawan kepada kakaknya terlihat gambar dia didalam laman tersebut dan dimaklumkan kepada dirinya awal pagi tadi.aku merasakan kesian sangat sebab gambar yang menutup aurat itu diberi tajuk lucah.sangat sakit hati bila ada kawan aku yang kena macam ni.

semakin teknologi meledak dengan kecanggihan semakin banyak benda yang songsang berlaku dan boleh dikatakan ramai yang sudah tidak bertamadun kembali gara-gara otak yang sangat bijak untuk memanipulasikan kegunaan teknologi yang terkini.

jadi disini saya menyeru kepada semua rakan taulan serta para pembaca semua untuk berhati hati semasa mengupload gambar dalam dunia tanpa sempadan ini.kalau boleh private,private kan.kalau nak bagi orang tengok pon,biarlah kawan yang boleh dipercayai sahaja.jangan mudah untuk memberi orang yng tidak dikenali mendapatkan gambar secara sewenangnya.

tolong berhati-hati sebab hanya dengan gambar sahaja,maruah boleh tercalar.dengan gambar sahaja orang lain boleh buat macam-macam dengan teknologi yang canggih.dan tidak mustahil kerana sekeping gambar masyarakat memandang serong terhadap anda semua.

sila ambil pengajaran daripada apa yang telah berlaku.mungkin sekarang tidak berlaku pada korang,mungkin juga satu hari gambar korang adalah sebahagian daripada laman web yang tidak bermoral itu.untuk lelaki,mungkin rasa seronok melihat gambar dan kata-kata lucah itu,tapi ingatlah,jika kau berkahwin nanti gambar isteri atau anak perempuan kau pula yang terpampang dalam laman web tidak bermoral itu dan ramai lelaki hidung belang berkata lucah disitu,baroo kau rasa bagai mana malu dan tercalarnya maruah kau sebagai seorang suami dan bapa.

jadi sila mengingati orang yang tersayang supaya mengambil langkah berjaga-jaga sebelum perkara tidak diingin berlaku.jangan biarkan nasi dah jadi bubur,tapi sediakan payung sebelum hujan.sila renung-renungkan dan saling ingat mengingati sesame kita.semoga kita dihindari dari fitnah dunia.

pesanan ikhlas buat sang hawa dari sang adam.



Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

5 comments:

I do I need Iman said...

hurm bhye. dah lme jgk xupload gmbr kt fb ?;p
kihkih. sikit3 cukupla kn.

Jemari MonteL said...

gambo kite pon ado kannn.....hahahahahahahahahaha

Unknown said...

:) kadang² kemajuan membuat manusia buta....kerana salah guna kemajuan tersebut

eVa said...

makin canggih makin menakutkann~~

syuxer said...

teknologi membunuh keselamatan peribadi manusia jika disalahgunakan..berhati2la wahai wanita..