assalamualaikum
kali ini nak update pasal something yang aku rasa cam bengap pon ade juga.yealah manusia kan pelbagai ragam dan ye setiap ragam itu tidak sama.tapi sekarang ni aku nampak macam ada saja persamaan antara satu sama lain.bukan aku nak cakap semua,tapi segelintir lah.
okay sekarang ni aku just nak bagitau yang aku tak puas hati sangat lah kan dengan manusia yang jenis begini.manusia jenis mana?haa jenis yang memang negative je memanjang.aku tak faham kenapa dan perlunya jadi begini?
kalau ada orang mengadu sesuatu atau menceritakan kisah hitam atau pon memberitahu sesuatu yang tidak elok,perlu ke nak mencaci dan memandang serong terhadap dia?dia jadi begitu bukan sebab dia mahu jadi begitu pun.mungkin sebab ada faktor pendorong yang membuatkan dia melakukan benda benda itu.
dah tu kalau tak cerita pula,macam macam fitnah orang tu dapat.semata-mata kerana tidak menceritakan kisah silamnya,macam-macam tanggapan yang manusia jenis ini lemparkan kerana tidak bagitahu apa yang sebenarnya.
then bila da bagitau,macam itu jugak.pandang serong jee.bukannya nak membimbing ke jalan yang benar.lagi mengutuk dan menjauhkan diri dari dia ada lah.sebab itu lah dia tak nak bagitahu perkara sebenar dengan manusia spesis ini.bagitahu ke tak bagitahu ke sama je tanggapan.
dah tu pergi sebarkan berita buruk yang dia bagitahu kat manusia spesis ini.dah lagi ramai yang terkena pengaruh syaitan bermuka topeng ini.bertambah dosa laa mereka-mereka ini semua.walaupun tahu cerita sebenar,tak patut kita sebarkan.kalau untuk dijadikan pengajaran,jangan pernah sebut nama mereka yang terlibat sebab itu dikatakan mengaibkan orang lain.
aku pon tak tahu mana nilai nilai murni dalam manusia spesis ini.dah la orang itu da jadi teruk dan down,lagi la manusia spesis ini buat macam ni,lagi laa dia jauh terpesong dan tersesat.lagi lah syaitan bertepuk tangan sakan sebab takde orang nak tolong membimbing dia.
haih.di manakah mentaliti seorang manusia disaat mereka yang diperlukan,tapi tidak diendahkan,malah lagi dicemuh dan dihina semahu-mahunya?di manakah sifat murni itu semua hilang?huh cakap bukan main pandai lagi itu ini semua.ceramah bagai semua.tapi bila golongan ini muncul untuk dibimbing,sorang pon takde tampil ke hadapan dengan niat nak menolong,tapi tampil dengan niat nak mencemuh.
manusia spesis apakah ini?cakap tapi tak serupa bikin.masih adakah orang yang bersifat ingin membantu mana-mana golongan yang telah rosak ini ke jalan yang benar?kalau ada pon boleh dikira.kalau yang mencemuh,tak terkira bilangannya.
bagus bukan?terasa gembira bukan bila mencemuh dan menghina mereka-mereka yang rosak ini?sangat terasa bangga bila kita bukan dari golongan itu kan?tapi fikir lah balik,bagaimana kalau mereka ini berdendam dan bersumpah untuk menjadi askar syaitan iaitu berdendam dan akan merosakkan anak-anak korang pula?mungkin korang dengan anak korang tak kena,tapi cucu cicit korang?
haaa jangan memain dengan benda seperti ini.what goes around comes around.jangan sekali kali kau buat orang lain kerana Allah telah berjanji setiap apa yang dikerjakan akan dibalas sama ada cepat atau lambat sahaja.jadi berfikirlah sebelum buat sesuatu.
beramal lah dengan cara yang baik dan bantulah kepada yang ingin dibantu.bak kata pesanan TV 3,hulurkan tangan ringankan beban.jangan jadi seperti harapkan pagar,pagar makan padi.jadilah orang yang berguna pada agama,bangsa dan negara.
sekian sahaja tazkirah di jumaat yang mulia ini.
selamat beramal sahabat ku.