assalamualaikum
heee seperti biasa,aku memilih blog sebagai medium untuk aku mencoretkan apa yang aku rasakan ketika ini.yeah sape-sape yang da lama baca atau mengikuti atau stalker semua tu mesti da faham apa tujuan aku berblogging.
yeah buat masa ini,merasakan sedikit terkilan.mungkin juga salah aku sendiri.tapi entahlah.bukan aku sengaja pon.bukan selalu aku melepak dengan member aku yang dah lama tak lepak semeja.selalu jumpa kat kolej tapi jarang lepak semeja.
bila dah lepak of courselah macam-macam kita bercerita bukak cerita itu bukak cerita ini.itu perkara utama kalau dah lama tak lepak semeja.maklumlah walaupun sama kolej tapi lelain kelas.bila lepak sama,mestilah havoc dengan cerita cerita yang tak tahu.jangan tak tahulah lelaki pon lebih kurang je sebenarnya macam perempuan.bila dah lama tak lepak/jumpa comfirm ade je benda nak cerita bagai semua.
memang kalau bercerita tu tak ingat masa lah kan?yea tak?macam mak cik mak cik yang dah lama,15 tahun tak jumpa gitu,ye tak?da syok sembang takdenya nak tengok masa bagai.selagi cerita tu tak habis selagi itu la tak berganjak.
yeah aku ade cakap,kluar makan sekejap je.tapi aku tak expect lama sangat macam tu sampai aku pon lupa tengok jam kul berapa.balik je tengok dia da off dari YM.okay mungkin tido la kot?so text la cakap sorry bagai semua.
then kat twitter ngamuk bagai plak.okay lah fine.cuba untuk memujuk,tapi,disambut dingin.dia chatting dengan orang lain kat FB.inbox kat FB.okaylah fine tak kisah ar.mungkin ngah bengang kot tunggu sampai tertido kan?kalau aku,aku pon sama bengang.cakap kejap tapi sampai tertido menunggu.
aku tak salahkan dia sepenuhnya.memang salah aku.tapi tak perlulah buat macam tu kan?ingatkan dah tido tapi dok berchatting dengan orang lain.bila aku call buat supersavers semata-mata nak pujuk balik,dia off phone.so takpelah.
mungkin ada baiknya aku lenyap sebentar dari dunia FB.biar jela blog dengan twitter je yang tinggal.tak perlu nak bersemuka dan berkata-kata untuk sementara waktu.yealah orang da tak nak layan kita,takperlu la kita nak paksa orang layan kita.sendiri faham faham sudahlah.
mungkin memang begitu la kot perangai aku.sekali orang dah tak nak layan,aku pon tak nak cakap banyak.terus je lenyap.mungkin itu yang terbaik.kalau aku ada hanya sekadar menambah sakit hati orang lain buat ape.tak pepasal aku kena sumpah serenah dengan orang.
jadi sekarang ni aku cuma tinggal blog je.FB dengan twitter aku da deactive.jadi biarlah masing masing ambil masa sendiri untuk cool down.pandai pandai lah kalau da cool nak contact macam mana.simple je cara aku.orang tak suka baik pergi.tak perlu nak fikir pape kusut bagai semua.
move on je kalau dah orang tak suka.aku jenis orang yang simple.tak perlu nak complicated sangat dalam hidup.hidup hanya sekali,jadi kenapa nak complicated sangat?simple dan enjoy sudah lah.aku tak nak kusut kan hidup aku sendiri.baik aku had fun selagi aku masih bernafas.
bukanlah aku berniat nak bertindak kejam.tapi itulah aku.tak suka aku pergi.itu je.aku dah malas nak dok merayu simpati bagai dah sebab dah banyak kali buat macam tu pon last last sorang jugak.jadi better aku buat cara ini.macam mana pon still sorang jugak akhirnya.
biarlah apa yang nak dikatakan oleh orang lain.aku dah tak bermaya lagi nak jaga hati orang sekeliling.jaga pon bukan dihargai.malah dibuat seperti perhentian.datang singgah untuk dapatkan apa yang diperlukan selepas itu pergi ke perhentian seterusnya sekiranya bekalan yang dimahukan itu da habis.
apa yang aku tekan kan di sini ialah,aku dah biasa diperlakukan begitu.hati aku dah tawar dah pasal semua benda ini.buat sebaik mungkin pon,jadi sorang juga akhirnya.jadi apa guna?pengalaman mengajar aku untuk pentingkan diri dari orang sekeliling.
tapi badan,otak,jiwa dan hati aku tidak mengizinkan.malah sanggup diperlakukan begitu.aku pon tidak faham.kenapa aku sanggup bantu orang lain ketika orang lain memerlukan pertolongan aku walau hakikatnya aku mengetahui selepas ini mereka semua akan menghilangkan diri seperti orang sebelumnya.
biarlah apa yang orang lain nak kata.mereka tidak tahu rahsia hati dan perasaan hati aku yang telah aku lalui sebelum ini.biasalah,lain orang lain ceritanya.nak diikutkan banyak lagi yang aku nak luahkan kat blog ini.tapi banyak yang tidak kesampaian.sekadar mencoret tapi tidak dipublish.
biarlah,takde orang yang memahami diri aku ni pon.aku coretkan bukan untuk meminta simpati.tapi kerana kepuasan hati.kepuasan meluahkan dalam blog tidak sama dengan meluahkan dengan orang.walaupun blog tidak boleh memberi kata respond seperti manusia,aku tetap puas sebab bagi aku,orang lain tak semestinya faham situasi yang aku alami.susah untuk mereka mengerti.hanya perkataan yang memainkan peranan.tapi bagi aku perkataan tidak langsung membantu.sorry to say.
i was born to be independent.relying too much with others is just a trouble because at the end of time,you are the only one left in this big world.dont feel so weird because it was a part of our life. -aisis-
like the older said,dont only give fish to him.because he will only know how to eat the fish.at the end,he died for no food.teach him how to fish.and then he will be able to live until the end of time.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.