Tuesday, February 15, 2011

yang teristimewa :D

salam kepada semua readers,para blogger mahupon yang singgah sana sini untuk membaca setiap entry coretan hak milik Ai-Sis.terima kasih kepada semua yang masih lagi tidak jemu jemu untuk melawat blog yang tak seberapa ini dan menyokong saya untuk meneruskan mencoret entry entry yang merepek dan merapu serta mengupdatekan blog ini secara tidak langsung.terima kasih semua.

haaaa kali ini nak bercerita tentang perkenalan saya dengan si teman istimewa saya ini.haaa mesti korang semua teruja dan excited nak dengar kan?yela selama ni takde pon entry post di blog ini yang mengutarakan babak-babak dan saat saat perkenalan pemilik blog ini dengan yang teristimewa dihati.bukan nak cerita ape-ape pon.cuma sekadar bercerita tentang saat mula-mula kenal je dulu.*permintaan orang ni*

baik pada pandangan orang lain,mungkin nampak saya ni tiada ciri ciri seorang romantik atau pon orang kata,ciri ciri orang yang sedang bercinta atau dilamun cinta.sapa-apa yang belum pernah kenal saya dengan sebetulnya,memang tidak tahu rahsia sifat saya yang sebenar melainkan orang yang da lama kenal saya.baik mari kita mulakan ceritanya.

berkenalan dengan yang teristimewa di hati ini adalah dari myspace yang sebenar benarnya.kenal sebab dia add dan dia cakap dia dari sekolah *&^*&%*^*& tempat yang sama saya belajar.kiranya saya ni senior dia lah.tapi masa saya habis tu dia baru je masuk sekolah tu.berpindah randah atas sebab sebab tertentu.dan dia juga tamatkan persekolahan di situ.

nak dijadikan cerita,biasa lah kalau orang yang kenal saya ni,saya suka kacau kacau mesra.maksudnya cepat sangat dan mudah untuk mesra dengan orang lain.secara tidak langsung,saya berkenalan lah dengan yang teristimewa ini.pada awalnya tidaklah rapat macam mana pon.dalam hati terdetik juga mahu bertemu dengan yang teristimewa ini.saya pon mintalah no phone dia,alasan nanti da kurang online dah sebab kerja dan akan pergi PLKN masa tu.dapat la juga no phone dia.tapi tak berapa nak contact sangat sebab tak berapa rapat lagi.ingat lagi tarikh itu.ketika itu bertarikh 20 julai 2009 sebelum pergi PLKN.haaaa masih ingat lagi.

time tu banyak masa free.jadi pergi ke sekolah untuk mengajar budak budak KRS tentang kawad,handle camping dan sebagainya disekolah.tapi ketika itu,jarang sangat jumpa yang teristimewa ni.jumpa pon,kadang kadang tak kenal sebab tak cam langsung.then tetiba dia msg kata ade nampak saya masa saya datang mengajar budak budak KRS.saya pon tercari cari la kat mana.rupanya banyak kerja nak kena settlekan untuk majlis ape tah masa tu.so saya pon ade la juga usha usha kat situ,tapi tak nampak.hahaha.

then pada tahun 2010,kami menjadi rapat.sangat rapat.tapi jarang berjumpa.yelah dia sangat sibuk dengan urusan disekolah disamping mewakili sekolah dalam drama dan kelab permata.so tak banyak masa boleh diluangkan bersama.cuma sekadar sms je.then ade la majlis sambutan hari guru.ketika itu ramai member yang cuti.so datang la lawat lawat sekolah serta guru guru sekalian yang pernah mengajar saya ketika sekolah dulu.then adelah ahli nasyid yang nak bagi kek untuk ustazah sempena hari guru.



ketika itu bertarikh 17 haribulan 5 bersamaan dengan hari isnin.sepatutnya 16 haribulan tapi 16 haribulan bersamaan dengan hari ahad,sebab itu sambut masa 17 haribulan.ketika itu baru lah betul betul bersua muka dan duduk bersama sama satu meja.ketika itu bahagia jangan diucap,tiada kata-kata yang boleh digambarkan ketika itu.haaaa.hebat tak?hebat tak?hahahaha.

masa dia ada kat kantin tu,saya panggil dia duduk bersama dengan ahli kumpulan nasyid yang lain meraikan kek khas yang dibeli untuk ustazah,tapi dia tak nak.segan.then lepas dah habis celebrate tu,diorang semua nak balik,tapi ustazah masih ada.dan suruh saya bagi kek kat junior-junior,selepas itu ustazah naik pejabat.jadi saya ambil kesempatan itu untuk tarik dia duduk satu meja dengan saya.

ketika itu lah saya terasa macam bahagia sangat sangat.yang teristimewa itu sangat segan sebenarnya dengan saya ketika itu.yelah dia berbaju kurung bewarna biru ketika itu.sangat cantik rupanya.tapi dia kepenatan masa itu sebab terlalu sibuk menguruskan majlis hari guru.

saya suruh la dia makan kek tu,tapi dia tak nak sebab tak suka.saya ingat lagi dia cakap,dia suka makan kek tiramisu.tapi yang bagi kat ustazah tu bukan kek tiramisu.dia pon menolak.saya pon jenis yang tak suka paksa paksa pon,jadi saya biarkanlah dia tak makan kek.

kami pon berborak borak lah sesame sampai ade la junior yang lain tegur saya tanya khabar semua.dalam hati da cakap*aisyeh kacau line betul orang nak dating* hahahaha.saya pon jawab dan layan jela junior semua tu.tapi diorang da macam "ehem-ehem" ceyh.kejam sungguh junior ni.hahaha.

then tengok yang teristimewa ni sangat sangat lah penat.disebabkan tak nak ganggu dia jalankan tugas,saya pon beransur pulang ke rumah sebab petang tu nak ke pyramid nak hantar kek kepada ahli kumpulan nasyid yang tidak dapat hadir ketika itu.kiranya bahagian dia la tu.

haaaaa ade lagi.tapi biarlah rahsia untuk kami je.hehehehe.apa macam?best tak?best tak?tak best pon kena cakap best gak.hahaha.susah tahu nak saya bercerita tentang perkenalan saya dengan yang teristimewa ini.ade lagi peristiwa yang lain,tapi buat masa ni biarlah rahsia ye.hehehe.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

16 comments:

Fifyjammieasbim said...

woi tu kan ke kek cikgu yg suh bg alas ! ko mkn ke ! grr

Nur Jumiatul Hidayah said...

hahaha,
sweet jer,

:)

ilanilyana said...

alaa nape xciter smpi abis dik oi. dekut la! penat bace smpi habis, tapi ending tergantung. macam cite asmara la pulak..

Ai-Sis said...

fify;eyh aku celebrate sekali laa dengan ustazah.aku siap delivery lagi kat alas kau tahu.hahaha.pandai da baca blog aku.hahaha

Ai-Sis said...

cik jumi;hahahaha sweet ke?terima kasih.hehehehe ;D

Ai-Sis said...

kak ilyana;heeee mana leyh dedahkan semua.tak syok laa.hahahaha ;p

Achu said...

waa...best...xsgka ai-sis sgt mghrgai dtik dgn si dia...in love la ni....hehe....chaiyok2!!

Ai-Sis said...

achu;hek hek hek.comel.

quesera sera said...

sweet.. huhuh =)

M a s A z i m a H said...

aaaaaaaaaaaaiiiiiffffffff!@@@#$#%^ muahahahaha kalau suka cakap suka. kang terlepas habuk pun tarak dapat...

Ai-Sis said...

quesera;heeee sweet ke?macam tak je?

Ai-Sis said...

mas;hek hek.insya~Allah adik.hehe ;D

M a s A z i m a H said...

panggil kita mas jelah lepas ni ye.. :)

Ai-Sis said...

takpe.nak panggil adik jugak.hahaha :D

M a s A z i m a H said...

tak boley!

Ai-Sis said...

boleh jugak.wekk ;p hahaha