Sunday, February 6, 2011

privacy

salam kepada semua pembaca yang sangat setia menyetiakan diri dalam membaca entry yang baru ini.heeeeeeeee.nak tanya korang lah kan,korang yang belajar ni yang tinggal serumah dengan roomate atau sebilik dengan roomate,pernah tak barang korang diusik,hilang dan sebagainya oleh roomate korang?mesti pernah kan?kan?kan?

kat sini nak cakap skit la pasal benda ni.saya sangat pantang bila barang barang saya diusik dan hilang terutama makanan yang dibeli(maggie) hilang.yelaa saya ni pon tak terkecuali dari wabak makan maggie ni bila duit da kering.nak buat stock la katakan.

beli satu bungkus ade 6 packet kat dalam tu.alaa maggie kari tuuu.haa yang itu laaa.itu..tak silap ade lebih satu yang lama punya.so total ade dalam 7 packet la.semuanya simpan dalam locker kain tu.itu semuanya sebelum balik cuti raya cina ni.

ade la teman serumah yang balik lambat dan tak balik.bukan saya nak cerita tentang jumlah stock maggie yee.tapi saya nak bercerita tentang orang yang tangan panjang ni.saya sangat sangat lah bengang bila balik pepagi buta ni tengok,stock maggie dalam locker kain tu tinggal sebungkus je.then barang lain semua bersepah kat bawah locker kain tu.gila panas gua sekarang.

bayangkan teman serumah buat macam ni,tak ke panas hati?orang duduk rumah sewa dengan member semua,harapkan member yang tak  balik lambat untuk menjaga keselamatan dalam rumah ni.tapi harapkan pagar,pagar makan padi.rupa-rupanya teman serumah yang lebih bahaya dari orang luar.

memang lepas ni ape-ape pon tak nak beli tak nak kongsi tak nak bermurah hati nak letak barang barang terutama makanan dalam rumah ni.buat ape letak kalau da perangai macam tu kan.sia sia je.duit sorang keluar,orang lain yang menghabiskan.kalau tak guna kalau memang tak pakai,beli tapi simpan saje tak kisah la nak pakai nak habis kan pon.ni benda yang disimpan untuk bekalan makanan ketika duit kering pon habis dikebas.

memang dah tak boleh nak letak pape dah kat dalam rumah ni terutama makanan.sorry to say lah sekiranya teman serumah membaca entry ini,orang dah buat baik,dah letak itu ini,kongsi itu ini,tapi ini yang korang buat,fikir sendiri lah.bukan nak mengungkit,kalau aku anak orang jutawan aku tak kisah.ni aku sendiri pon terkapai kapai nak pakai duit beli barang semua,korang yang sedap sedap pakai.aku yang membeli ni tak dapat nak pakai.

pastuh mengusik barang orang,selongkar barang orang.WEYH TOLONG AR RESPECT BARANG ORANG LAIN!!!aku tak selongkar barang korang,korang jangan selongkar barang aku!!!memang aku haramkan jela ape yang korang dah makan makanan aku tanpa kebenaran aku.kalau korang tanya aku takpe la juga,ni langsung tak tanya.dah tuh mengusik barang aku.memang ar aku berkira sekarang ni.lantak korang la nak kata apa pon.aku dah tengah kering,semua pon aku ambil kira.aku malas nak cakap depan depan,kang  bergaduh susah.biarlah aku taip kat sini.biar bengang aku tak terlepas kat korang sebab aku tak suka nak lepas kat orang.

kepada readers,maaflah sekiranya bahasa yang saya gunakan dalam entry ini agak kasar dan agak biadap sedikit kerana terlalu geram dan bengang sangat.harap maaf ye.saya tak berniat pon nak berkasar bahasa.tapi bila da bengang,mula la keluar benda yang kurang elok.maaf kepada semua.


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

No comments: