Friday, February 4, 2011

kakak ♥

baiklah dalam entry kali ini seperti yang korang bacakan pada tajuknya ye,tajuknya sendiri telah menceritakan tentang ape.pengunaan tajuk ini sangat penting ye sebab tanpa tajuk,orang lain tak tahu ape benda entry ni nak cerita.jadi gunakanlah tajuk yang bersesuaian supaya dapat dinilai oleh pembaca sekalian yang sedang dan tengah membaca ini.eyyhh eyhh eyyyhhh.dah terlajak pula.terlari dari tajuk yang sebenarnya.korang la ni.suka tarik menarik aku pergi ke tajuk lain,eyh??bukan eyh??ohh aku la ni syok sendiri.hahaha.maaf yee.

ok seperti yang korang tahu,eyyhh silap.ada yang tak tahu kan?meyh aku terangkan,aku takde kakak taw dalam family aku ni.semuanya lelaki je.jadi agak kasar la walaupun aku ni anak yang last tapi,aku tidak manja didalam rumah.yela,mak aku ajar aku untuk berdikari untuk membuat semuanya sendiri.katanya bila da besar,belajar/kerja jejauh,takde la kekok nak buat benda semua ni.jadi sangat beruntung le mak aku mengajar aku cara hidup berdikari ni.alhamdulillah.

disebabkan semuanya lelaki la dalam keluarga aku ni kan,aku sangat ngam juga dengan kaum perempuan.takde la macam kekok sangat dengan perempuan kan sebab aku ni juga jenis yang sangat cepat suaikan diri dengan pelbagai keadaan.jadi tiada masalah untuk aku bergaul dengan mana-mana jantina lelaki mahu pon perempuan.best kan bila tiada masalah bila bergaul?hahaha.

ok nak masuk isi penting ni.nak memperkenalkan lah yang mana kakak kakak yang ngam dengan aku la.sekepala dan agak sporting gegila la.memang best bila berborak dengan mereka-mereka ni.tapi untuk pengetahuan korang semua,tak semua kakak kakak ini pernah berjumpa.boleh kira la yang dah jumpa. *sebenarnya sorang pon tak penah jumpa lagi* hahaha.korang tertanya tanya mana aku kenal kan?ofcourse la dari myspace dan facebook yang terbaru ni.haaaaa.jangan memain,aku start aktif main myspace ni masa aku darjah 6 tahu.haaaa agak boleh la pasal coding coding ni sebab kakak angkat yang pertama aku tu yang ajar aku macam mana pasal coding ni.tapi tak semua la dapat diajar sebab tak jumpa pun kan?jadi tak banyak yang boleh diajar melalui chatting/comment ni.

ok mari saya perkenalkan kakak kakak ku yang ngam ini.


haaa ini namanya Nurul Hidayah.saya panggil kak nurul.dia lah yang first kenal masa buat myspace dulu.haaaa inilah kakak yang ajar saya coding sikit sikit ni.dia ade adik juga,adik dia tua saya setahun.hehehe.lupa nak bagitaw dia duduk mana,dia duduk di Taman Tun Dr.Ismail.kakak ni dulu KRS juga seperti saya.sekolah diorang memang gempak dengan KRS sebab pergi ke kawad peringkat kebangsaan.gila ar.best betul sekolah kak nurul ni.hehehe.


yang ini pula bernama Alyana Amri.saya panggil dia kak ally.kenal dari myspace juga seperti kakak di atas tu.tapi mula mula kenal adik dia, Alhana Sabrina iaitu adik angkat saya juga.hehehe.best jadi adik beradik angkat ni.hahaha.lagi pon keluarga kak ally ni cuma kak ally dengan adik dia sorang ni je.dua dua pandai belaka.kalah saya.hehehe.duduk di wangsa maju.




seterusnya mari berkenalan dengan kakak yang nampak garang ini.hehehe.kakak ini bernama Nurul Husna.berkenalan melalui myspace juga.saya panggil kak husna.duduk di rawang.haaaa.kakak ni memang best la.dia sekarang belajar bachelor accounting.best gila.da nak final year dah next year.gembira betul dengan kejayaan kak husna ni.hee semoga terus succeed ye kak husna.hehe.nampak je garang tapi tak pon.berhati lembut dan bersopan santun.hehehe.




haaa kakak ini pula bernama Nurul Nadiah Kamarudin.berkenalan dari myspace juga lah.saya panggil kakak ni dengan kak nadiah.hehehe.kakak ni gila gila skit.ske cakap merapu rapu macam saya.hahaha.best berborak dengan dia.ade jee benda dia nak ngarut.hahaha.memang ceria lee borak dengan kakak ni.hehehe.duduk di KL tapi lupa nama tempatnye.heee sorry kak.wekekeke.jangan marah yee nanti cepat tua kang.hahaha



kakak ni bernama Nurul Huda.perangai agak gila gila juga.happening berborak dengan kakak ni.saya panggil dia kak nurul huda.hehehe.kenal dari myspace gak.duduk kat wangsa maju juga kalau tak silap.ingat ingat lupa je.kakak ni sporting la.layan saya macam budak kecik.hampeyh je.hahaha.tapi tetap best.wekekekeke.otak pon gila gila macam saya ni hah.suka merepek dan merapu.tapi kakak ni minat bola.saya tak minat bola.wekeke.


tu je kot?actually ramai lagi,tapi tu la tak semua ade gambar sebab dulu tak teringat nak save gambar mereka.jadi agak nyesal sebab takde gambar yang boleh ditatap untuk melepaskan rindu.yang ada cuma kenangan dalam kotak memori sajelah.haih.


korang mesti tertanya tanya kan,ini kat myspce je,kat FaceBook pula siapa?haaa meyh saya tolong jawab soalan itu,kat FaceBook jumpa adik angkat je.kakak angkat semua ni pon ade facebook juga tu pasal takde kakak angkat yang baru di FaceBook.


korang mesti nak tahu juga kakak angkat ditempat saya belajar kan?haa mari saya perkenalkan.ade 3 kakak angkat saya di tempat saya belajar ni.haa mari berkenalan dengan mereka mari.




haaa kakak ini bernama Ain Asyakira.saya panggil kakak ni kak ain.dia sangat pemalu tahu,kak ain ni pon sporting orangnya,dan sentiasa suka senyum dengan orang lain.dia sekarang sem 5.kira last la sem ni kat tempat saya belajar ni.sem 6 da praktikal.huhuhu.rindu la nak jumpa dengan kakak ni  nanti.kakak ini juga sangat caring.hehehe.tapi dia sibuk dengan project final sem dia.kadang kadang je jumpa.heeee.




seterusnya kakak ini bernama Nor Asyikin.saya panggil dia kak ekin.kakak ni takde la garang.gaya dia je macam garang.tapi kakak ni ok dan sangat ok.sporting gak la kakak ni.haha.kak ekin ni kawan kepada kak ain tadi.same same satu batch dan sentiasa berkepit berdua.hahaha.jadi ke mana sahaja mereka pergi mesti berdua.nak cari kak ain,kena cari kak ekin dulu sebab di mana kak ekin ada,di situ akan ade kak ain.hahaha.

lastly gambar kakak ni takde.dia tak suka tayang muka dia.kat FB pon dia tak suka tayang muka.pernah terserempak beberapa kali je,tapi kakak ni pula selalu terserempak dengan saya.saya pula tertanya tanya mana kakak ni sebenarnya.hahaha.nama penuh kakak ni lupa laa.tapi saya panggil dia kak fieza.dia suka main sembunyi sembunyi.taw taw je dia cakap nampak saya.ceyh.jahat betul kakak sorang ni.hahaha.tapi otak gila gila best borak borak dengan dia.hehehe.

konklusinya semua kakak kakak ini sangat best gila.hahaha.

okay setakat itu sahaja untuk entry kali ini ye.mesti korang nak taw umur mereka kan??umur,kena tanya sendiri.wekekekeke.pandai pandai lee pergi tanya ye.yang pasti semuanya sudah berpunya.melepas le korang.hahahaha =p
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

4 comments:

ilanilyana said...

nak jadi kakak jugak

Ai-Sis said...

hahahaha.moh moh moh jadi moh =D

ilanilyana said...

boleh? haha tapi kan umur kamo ni brapa? ntah2 lagi tua dari saya. cemana nak jadi kakak kamo! ta bleh

Ai-Sis said...

hahahahaha.saya berumur 20 pada tahun ini laa.hehehe