Wednesday, February 23, 2011

give me a break

assalamualaikum kepada semua para pembaca.kali ini nak update short entry sedikit tentang apa yang berlaku.maksud saya,nak menegur cara cara orang mengadu sesuatu terhadap orang lain.ok dalam hidup ini,tipu lah kalau ade orang yang cakap tak pernah mengadu dengan sesiapa pon.maksud saya di kalangan manusia lah.dengan Allah,itu sudah pasti.kita sebagai manusia,kadang kala naluri dan nafsu dalam diri kita akan mengatakan sekali sekala tu,biarlah ade orang yang melayan pengaduan ini ketika itu juga.manusia ini dilahirkan dengan sifat sabar yang sangat tipis.jadi bukan nak kata mengadu dengan Allah,tapi Allah tak dengar.bukan.maksud saya,sekali sekala tu mahu juga pertanyaan itu dijawab dengan kadar segera.jadi nak pertanyaan itu dijawab dengan kadar segera,kita akan mengadu dengan orang lain tentang perkara itu.

cara nak mengadu pon perlu ada caranya.jangan lah semua benda pon nak mengadu kat orang lain.maksud saya,perkara yang kecil dan remeh temeh seperti "eyh makwe aku kenakan aku la.tak puas hati betul aku."pastuh gelak gelak.itu bukan benda yang penting pon nak mengadu.kadang kadang ni orang yang menjadi pendengar ini merasa bosan sebab perkara yang diadukan hanyalah perkara remeh temeh.

sebagai seorang pendengar,apa yang diharapkan daripada orang yang menghadapi masalah ialah masalah yang serius dan penting sampai menjatuhkan prestasi seseorang itu,menganggu emosi sehingga down sangat sangat.haa perkara macam itu la yang harusnya diadukan kepada seorang pendengar.bukan benda yang ngarut karot pon nak mengadu.


tolong ar.saya berasa rimas sebenarnya dengan situasi seperti ini.terasa rimas sangat sangat.saya pon ade masalah saya sendiri yang mana,saya sendiri akan menceritakan perkara yang penting je dengan pendengar yang sudi mendengar.bukan perkara yang tak penting dan memang tidak memberikan kesan yang sangat mendalam dalam kehidupan.

saya sangat pasti,anda semua kadang kadang bila ade orang mengadu benda yang remeh temeh mesti korang pernah terlintas dalam fikiran korang perkataan ini "ek eleh.benda kecik macam ni pon nak mengadu macam perkara besar pulak" maksudnya,kecoh la.perkara kecik pon nak mengadu macam perkara besar mengalahkan perdana menteri.

eyh tolong la eyh.saya rasa mana mana kaunselor kalau selalu dengar aduan yang kecik  dan tak berapa penting pon comfirm akan mengeluh.sebagai seorang pendengar,dia takkan mengeluh depan orang.tapi dia mengeluh dalam hati.dia tak nak tunjuk yang benda ni hanya merimaskan dia.sebab benda benda kecik yang tak penting itu sepatutnya kita boleh selesaikan sendiri kerana faktor usia yang meningkat dan semakin matang.

jadi sila lah mengadu benda yang penting penting sahaja untuk mengelak daripada orang tak nak berjumpa dan melayan kerana faktor yang suka mengadu perkara yang tidak penting.rimas sangat kalau macam ni.sorry la kepada yang berkenaan kalau terasa dengan apa yang saya catatkan kat sini.

setiap orang ade had kesabaran dia.sama juga macam saya.kalau hampir setiap masa mengadu benda yang tak penting dan agak kecik,memang saya sendiri akan terasa nak marah je dan berdiam diri je.tak pon mengelakkan diri daripada mendengar aduan yang tak penting.

bukan nak kata tak boleh nak jadi pendengar,boleh je.boleh sesangat.tapi biarlah perkara itu betul betul important macam da terdesak sangat ke,terasa susah hati yang melampau lampau ke,saya tak kisah.tapi kalau benda yang tak penting nak mengadu,saya rasa lupakan jela nak bagitaw saya sebab saya berasa rimas.kalau penting,silakan.kalau tidak,lupakan.

sorry to say like this.i'm tired of listening for unimportant things.give me a break please.


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

No comments: