assalamualaikum kepada semua yang setia menanti setiap entry terbaru dalam blog ini.pertama sekali saya nak minta maaf sesangat sebab tak berapa boleh nak update blog sangat ketika ini atas kekangan yang telah saya ceritakan dalam entry sebelum ini.jadi maaf lah kalau lama tak update blog ini.baik mari kita proceed to the next stage.
apabila cinta itu berbicara dari minda ke hati,hati ke jiwa,macam macam expressi emosi yang boleh dilihat melalui tingkah laku seseorang itu sendiri.
baik itu hanya pembuka bicara kata.bak kata orang,mutiara kata dari saya melalui fakta yang boleh dilihat dari mata orang ramai.hehe.baik,bila disebutkan tentang cinta,ada yang tersenyum,ada yang berduka.bak kata orang ramai cinta itu subjektif.tiada maksud yang spesific dan tetap.setiap orang mempunyai definasi tersendiri tentang cinta.
ye,pertama sekali,cinta kepada Illahi.itu memang tidak dinafikan itulah yang pertama sekali yang harus kita sebagai seorang hamba dimuka bumi ini,itulah yang sangat sangat terbaik jika disebutkan tentang cinta kerana cinta kepada Illahi itu adalah yang hakiki.takkan pernah ada tarikh luput walaupun sesudah kita pergi meninggalkan dunia yang fana ini.tapi disini saya tidak mahu berbicara cinta dari sudut keagamaan.tapi saya ingin berbicara tentang cinta dari sudut yang yang lain iaitu,perkara kedua selepas cinta kepada maha Pencipta,cinta sesama manusia.
cinta sering kali diikat dengan jodoh.bila bercinta,itulah jodohnya.bila ada jodoh,itulah cintanya.*errbukansamake?*orang dulu dulu selalu berkata,bercinta biarlah selepas dah kahwin.indah rasanya kalau bercinta selepas berkahwin ni.tapi orang sekarang kata,bercinta la sebelum kahwin.dah berkahwin nanti tak ade masa nak enjoy dah.melekat dengan dengan isteri nanti.saya pula berkata,bercinta biarlah sebelum dan selepas berkahwin kerana cinta itu takkan pernah luput dari segumpal darah bernama hati.*memandaijerekasendiri*
cinta bagi orang sekarang ini sangat mudah untuk diertikan.iaitu lafazkan sahaja,maka itulah cinta.terlalu senang untuk bercinta dan mendapatkan cinta.tapi betul ke ini cinta?cinta yang diagung-agungkan dikalangan manusia manusia?mudahnya untuk bercinta ye?
sekarang ni,tak perlu cakap contoh yang jauh,didepan mata ini pon ada pasangan yang sedang mengaku bercinta.mereka melafazkan cinta itu dengan bersaksikan sang rembulan yang terang dikala bintang berkelipan.apa bila ditanyakan tentang cinta,mereka berkata,cinta itu indah.indah dikala saat tiada badai yang melanda.tapi indah itu akan musnah jika ada badai yang kuat melanda benteng cinta lalu meruntuhkan benteng cinta itu.jika ditanya,itukah cinta yang sebenarnya?mereka tidak menjawab.malah membisukan diri.
perlukah cinta itu dilafazkan?orang kata,cinta itu tidak perlu dilafazkan kerana cinta itu tidak dapat ungkap dengan kata-kata.namun ada yang selalu melafazkan cinta terhadap pasangannya.tapi tidak berkekalan.ada juga pasangan yang tidak melafazkan kata cinta terhadap pasangannya,tapi tidak berkekalan juga.
cinta itu tidak perlu diungkap dengan kata-kata.tapi berkatalah sekadar perlu untuk memuaskan hati pasangan.cinta yang sebenar itu adalah setia pada pasangan masing masing.tapi sekarang ni ramai yang pasang "sparepart" secara tidak langsung.adakah ini dinamakan cinta?cinta yang sering dilafazkan dengan berlainan orang.inikah cinta yang diagung-agungkan oleh mereka?bagi saya tidak!itu bukan cinta yang dicari-cari oleh pencinta sejati.tapi hanya sekadar nafsu dan duniawi semata-mata
memang terlalu senang untuk melafazkan cinta,tapi susah untuk mengikuti syarat bercinta.adakah melafazkan cinta itu hanya sekadar lafaz?kebanyakkan orang,senang untuk lafaz kata cinta,tapi susah untuk memaksudkan lafaz yang dikatakan.adakah itu cinta yang dicari?senang berkata,tapi mudah meninggalkan pasangan sendiri.
cinta tidak mempunyai maksud,tapi hanya sekadar perasaan.perasaan yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata tapi boleh ditunjukkan dengan cara tersendiri.jika orang itu benar benar bercinta dan memaksudkan cinta yang dilafazkan,kita boleh lihat,dia bersungguh-sungguh mempertahankan cinta yang dipertaruhkan diatas api nafsu yang membara serta badai yang kuat dengan pelbagai cara.orang yang benar benar bercinta akan berpegang pada tali cintanya yang diikat dengan pasangannya.dia takkan sekali kali membenarkan benda yang tajam menghampiri tali cintanya.
2 comments:
aalalalalaa pandai dia cakap pasal cinta ;)
pandai kee??mana ade???saya seorang yang suka mendengar cerita orang lain dan menjadikan sebagai pengalaman diri sendiri.hek hek hek :p
Post a Comment