terasa sangat sangat fed-up sebenarnya apa bila BROADBAND tersangat lembap mengalahkan siput kura-kura yang memang terserlah kelembapan diri menatang tu sendiri.
bila keadaan ini menimpa diri,mula laa terasa nak sepak terajang semua kluar tak pepasal.lagi lagi kalau nak balas balik shoutout kat blog orang lain dan blog dia ade lagu.memang terasa nak campak je laptop ni.haaaa gara gara bengang dengan BB yang kelajuannya macam siput sebab da nak sampai limit.geram betul.cepat la bulan 3 cepat.nak laju laju balik T.T
oh ye bila cakap pasal nak laju laju ke masa depan ni,terasa stress pula dengan kerja yang bertimbun timbun ni.serius stress gila kot.semua nak hantar date yang sama.tempoh masa yang diberikan pula,2 minggu la 3 minggu la.yang bagi tempoh lama tu,tak perlu ambil kira la kan,tapi yang bagi pendek pendek ni yang sakit kepala.
nak buat bukan sikit,banyak tapi dalam tempoh yang sikit.kalau korang kena macam saya kena ni,comfirm nak jerit dan nak marah marah orang.silap hari bulan bila cakap,tetiba ade api kat dalam mulut.perghhhh.sampai macam tu sekali kalau terlalu stress.*ok tipu je* tapi saya memang stress T.T
banyak kerja nak diselesaikan,banyak benda nak kena study,banyak benda nak kena follow up.itu baroo kerja dalam kelas.belum lagi masuk bab bab nak buat kertas kerja untuk aktiviti kolej semua tu.pergh...bertimbun benda nak kena selesaikan dan kejar masa.haih...tension tension.
mulai hari ini,aku nak jarang keluar rumah memalam lah.nak selesaikan semua kerja secepat mungkin.ni banyak keluar lepak memalam,kerja ape pon tak boleh nak settle,memang ar.ape nak jadi laa dengan aku ni. *tampar muka lelaju*
haaa lagi satu yang saya tersangat tensionnya bila BB lembap ni ialah kat blog yang saya lawat ni,shoutmix dia sembunyi kat sidebar.yang ade gambar kena clik baru nak keluar shoutout tu.haa yang tu la.nak tunggu pergh bapak ar punya lama.bongek betul.*tetiba masuk topic balik*
saya benci benda yang boleh disettlekan dengan cepat,tapi dilambat lambat kan seperti dalam situasi BB ni hah.rasa nak lempang campak kat tengah jalan biar kereta semua gilis gilis BB ni hah.tapi sib baik si BB ni banyak berjasa kat saya ni.kalau tak,memang mampoih aku kerjakan BB ni T.T
oh yea,jadi untuk masa terdekat ini akan kurang update dalam teratak huduh saya ini,harap maaf.pape pon tinggal kan la link kat atas teratak huduh saya ni.bila saya online,BB pon da kembali laju,saya akan blog walking kembali,follow blog korang dan dan dan balas balik apa yang ade di shoutout ye.
i tak suka BB lembap la nyah!
2 comments:
patut la =.='
memang pon T.T
Post a Comment