Tuesday, February 1, 2011

cuti cuti tahun baru cina

ok aku agak rasa sedikit cemburu dengan budak budak U/College yang lain sebab mereka semua cuti SEMINGGU.i repeat,SEMINGGU.college aku ni pulak,4 hari je.memang aku jeles.hahaha.

mesti korang tertanya tanya ape plan aku untuk cuti tahun baru cina ni kan??haaaaa aku nak bagitaw ni.planning aku time cuti ni,dok umah je kot?tak pon keluar lepak lepak dengan budak budak kadet remaja sekolah aku.diorang kata nak buat reunion,jadi tak taw la ade ke tak sebab ramai yang dah nak balik sambung belajar.

pastuh,mungkin nak lepak lepak dengan adik adik(junior) aku yang lain ni hah sebab aku da lama tak lepak lepak dengan diorang semua.semua asyik tanya je bila cuti nak keluar lepak.jadi aku nak ambik kesempatan ni lah nak keluar lepak dengan diorang semua.heeeee best best best.

nak melawat sekolah,sekolah cuti pula.rindu plak nak melawat cikgu cikgu kat sekolah menengah ni.banyak betul kenangan disekolah dulu.rasa cam nak jee ulang balik masa dulu untuk merasai kena kejar dengan cikgu,masuk kem,ajar dak dak tentang ikatan,pertolongan cemas,kawad kaki dan lain lain.serius rindu dengan zaman persekolahan.aaaahhhhhhhh nakkk pppeerrrggiiii seeekoooolllaaahhhhhh T.T

pada mereka yang memang kenal aku ni,dah tahu dah yang aku ni mixed melayu dengan cina.jadi korang mesti tertanya tanya juga,sempena raya cina ni,tak celebrate ke dngan family sebelah mak aku tu,kan?jawapannya tidak.sebab mak aku dah jarang nak balik kampung sebab nenek dan atuk aku dah takde,tinggal adik beradik mak aku je.so memang macam tu la kot kalau dah tiada orang yang tertua dikampung.aku pon tak tahu kenapa jadi macam tu.untuk pengetahuan korang,kampung family mak aku kat IPOH ni.tempat aku belajar ni.kalau tak,memang aku tak balik KL pon.tapi da jadi macam tu,mak aku da malas nak balik kampung.aku jela yang akan balik ke KL.

cuti,cuti jugak,tapi kerja assignment semua perlu buat juga sebab perlu submit hari isnin ni.cuti sekejap je,tapi banyak benda nak buat.haih tah sempat ke tak sempat nak fulfill semua planning tu.haih.

tape,harap harap PTPTN masuk esok.boleh la aku beraya sakan tahun baru cina.hehehe.




Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

No comments: